Hari ini, permulaan baru bagi minggu baru... Bermakna ada beberapa perkara yang bakal dilalui dan bakal ditempuhi... Bersedia atau tidak? semuanya perlu dihadapi juga...
Sabtu lepas... balik ke kg berjumpa mak abah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak... Mak menyambut dengan senyum "anak mak dah sampai"... abah dengan soalan bombastik seperti selalu "apasal lambat?"... tiga perkara dapat aku lakukan bersama mereka untuk satu tempoh yang agak singkat :-
1. menziarahi jiran yang kematian suami...
2. ke rumah sepupu emak sempena majlis perkahwinan anaknya
---> berjumpa dengan ibu2 saudara di sebelah emak agak merimaskan sebenarnya walaupun aku gembira bertemu mereka, manakan tidak, naik kebas pipi aku digomol mereka... paling merimaskan bila terpaksa ketawa tak ikhlas bila ketemu achik siantan (juga sepupu emak) yang memang sejak dari aku kecil lagi gemar memanggil aku dgn gelaran "abang"... adeh!!!! Kecik2 dulu boleh lah if dia jerit panggil aku mcm tu... dah tua-tua nih... agak2lah achik oi!!!
Hari itu aku turut berjumpa dengan adik pupu aku yang agak rapat dgn aku semasa dia kecil dulu, orangnya manis, lemah lembut dan cantik... tetapi Sabtu lepas aku melihat dia sudah berubah perwatakannya... berambut pendek ala2 hero drama korea, berseluar pendek dan punya gaya percakapan yang agak kasar... Aku bertanya kepada ibunya "mak ngah, knp nisha jadi macam tu?" dan dengan selambanya mak ngah aku jawab "Entah, dia kata dia nak jadi PENGKID"... Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! sempoi gila mak ngah aku sebut perkataan tuh... Dia tau ke tak maksud benda yang dia sebut tuh gamaknya??? Ermmmmm.... Macam2 hal lah... aku lak yang runsing dibuatnya...
Ermmmm... kerinduan kepada emak dan abah sedikit terubat.. walau belum sepenuhnya... tetapi kerinduan yang satu ini, belum terubati... walau hari-hari bertemu... pelik bukan? tapi itulah hakikatnya....
Terkadang, sayang dan cinta itu menjadi terlalu sukar untuk diungkapkan... namun, dengan tingkah laku dan perbuatan kita mampu menunjukkan perasaan kita yang sebenar... cumanya, tanpa perlafazan, mana mungkin kita mampu meneka jika ianya benar2 nyata...
Tepuk dada, tanya hati... adakah kita berbicara bahasa yang sama?
<=::budaqnakal::=>