Friday, October 31, 2014

TOLONG

tolong selamatkan aku
dari terus lemah dicintaimu

tolong selamatkan aku
dari terus hanyut dighairahimu

gitewwwwwwwww

#macam berahi sangat dia tengok lu kan?
























<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 29, 2014

Faham-faham Sendiri

dia mendekatiku
sekeping kertas kosong dia serahkan kepadaku
pegun kukalihkan pandangan ke wajahnya, butuh jawapan

"Kau dah lama tak melukis untukku. Ingat tak dulu? hampir setiap hari kau lukiskan Sahak dan Jessica Aku Hidup Dalam Blues tu untuk aku?" jawabnya dengan mata berkaca dan pipi yang sudah kemerah-merahan tahan tangis.

aku tunduk memandang lembar putih kosong itu
fikiranku juga kosong
aku cuba mencantumkan memori-memori silam
tuk menutup lopong-lopong ingatan yang kelam

melukis dan menulis
kedua-duanya menjadi peneman kala aku bengang
boleh sejukkan hatiku kala berang
kala aku mahu luah rasa sayang
yang boleh fahami gila puitisnya mental aku
yang sentiasa mengerti segala bengong ayat dan psikotiknya contenganku

tetapi itu dulu
sekarang... faham-faham sendiri sudah...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 28, 2014

karipap

Ok
Tidak sesedap mana
Tetapi 9 biji karipap yang dinikmati semasa meeting tadi
Benar-benar buatkan aku rasa bahagia

Yang amat!

<=::budaqnakal::=>

Monday, October 27, 2014

Ternyata Karipap Lagi Sedap

ternyata :
kau tak seperti karipap di awal tahun 90an
yang murah, padat dan menyelerakan
kau murah, kosong dan menjelekkan

#karipap zaman dulu tak pernah mengecewakan!


<=::budaqnakal::=>

Mohon Pencerahan

mohon pencerahan;

perut bunyi-bunyi
maksudnya apa barangkali?

si cendol dan rojak tasik titiwangsa
si gulai masak lemak udang galah

baru sekejap tadi mereka berbaris
lintas hormat di hadapan imaginasiku

mohon pencerahan;

maksudnya apa barangkali?
perut bunyi-bunyi

<=::budaqnakal::=>

Fiksyen




















Aku baru tahu yang kau adalah pereka fiksyen yang hebat. Imaginasimu menciptakan momen-momen manis dan adegan-adegan lazat untuk memartabatkan kehebatanmu sendiri.
 
Pembohongan secara tidak langsung.

Kau sedut segala fiksyen dengan kepala dan kau ekstrak dengan hati, hingga diluar sedar, kau terawang dan tak lagi berpijak di bumi yang nyata.

Keghairahan mencipta fiksyen buatkan kau lupa untuk membina penghubung di antara realiti dan dongeng-dongeng ciptaanmu sendiri.

Jadi nasihat aku, hentikanlah mencipta fiksyen yang mengangkat dirimu tetapi menjatuh henyak dan membunuh orang lain. Takut nanti bila kembali ke realiti, fiksyen dan penonton setia karyamu berubah menjadi wabak dan menelanjangimu hingga kau tak punya apa-apa lagi.

Berhenti. Sebelum parah.

<=::budaqnakal::=>

Mabuk Dunia
























dalam senyum yang tidak berapa nak manis
pun sebenarnya dalaman terselit rasa muak dan jelak
dengan lakonan-lakonan manusia sekeliling

mana yang pura-pura baik
mana yang pura-pura alim
mana yang pura-pura caring
mana yang pura-pura simpati
dan ambil hati

realitinya;

semua plastik dan bermuka dua

antara aku dan kalian
siapa yang mabuk dunia?

<=::budaqnakal::=>

Thursday, October 23, 2014

PERUT owh PERUT

aku rasa aku dah gemuk
perut
buntut
sepakat kembang belaka

pundeklah!

I dare myself to do the abs exercise daily!
dengar tuh lahanat? Daily!!!
bukan setahun sekali!

#ok.. esok mula! hurmmm... next week lah!

<=::budaqnakal::=>

TAK TAHU

realiti;

luarannya keras
dalamnya hancur

tak perlu tegak sangat
kalau hakikatnya patah

tak perlu jantan sangat
kalau sebulan sekali pepet kau berdarah














tak perlu kepit sangat
kalau dah memang langkah bersepah

#tak tahulah aku marah apa yang sebenarnya nih! eeeee rasa macam bodoh jer arini!

<=::budaqnakal::=>

Entah Kenapa

kala diberi pilihan warna kain untuk dipadankan pada majlis Disember nanti :

kalau diberi pilihan
kau mahu yang mana?

warna putih atau hitam?

hurm
hurmm

#entah kenapa muka si Black yang menjelma... tak ada kena mengena!

<=::budaqnakal::=>

AKU II

mudah rimas dengan hal remeh temeh
walau hakikatnya tak remeh mana pun

relaks
campak jauh-jauh emosi keparat yang membunuh senyummu yang bangsat

sebab esok presiden segala hari
aku mahu jadi manusia tenang, decent dan suci

jadi untuk tengahari ini
aku nekad untuk cuma makan gula-gula jelly dan kopi

no share-share! tak boleh!!

 















#walhal gula-gula jelly tu ntah siapa punya kuambil di pantry tadi...

<=::budaqnakal::=>

AKU
























aku ini realiti
punya zarah dan emosi
punya hati
punya kaki
belum termiliki

aku bukan melodi ilusi
yang boleh kau siul-siulkan ikut suka tekak kau jelah siol

aku tempeleng nanti kot terus biol

<=::budaqnakal::=>

Kerana Mulut....

sakit hati
"tidak" sangat
kecewa itu
barangkali "ya"

manusia berubah
sama ada menjadi lebih baik
atau semakin buruk

jangan percaya wajah mulus
hakikat, hatinya gelap berkabus
jangan percaya yang bermanis mulut
belakang, ditikam belati beracun

ya!
manusia berubah
hati-hati
jangan sampai pecah tembelang
jangan orang tahu yang mana satu asli wajahmu

#kerana pulut santan binasa...

<=::budaqnakal::=>

Friday, October 17, 2014

Masih

masih banyak ruang di dalam hati ini

nah! biar aku sahaja yang isi
jangan ada yang lain lagi

akan aku sayang kamu sampai mati

eh! tidaklah sampai mati
cukuplah sehingga aku tidak diperlukan lagi





















<=::budaqnakal::=>

Monday, October 13, 2014

SAKIT TEKAK


semalam
hilang suara
perit benar tekak tiap kali cuba melontar kata

semalam
berganda tahap kelaparan
sakit benar tekak tiap kali menelan makan

hilang suara itu biasa
hilang sabar itu juga biasa
hilang beg duit pun biasa (mana beg duit aku nih woi!)
hilang KAMU - jangan dibuat-buat.. boleh hilang NYAWA nanti aku

#ok... kau jangan terapung sangat baca ini! kadang-kadang aku suka tipu (biasalah)

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 08, 2014

Dup Dup DUP

dup dup
dup dup
dup dup
dup!
 
degup jantung terhenti kaku;melihat senyummu 
mahu saja kucuri ia; simpan dalam saku
kalau semahal mana pun ia sanggup aku beli; simpan dalam almari
atau kubekukan ia jadi mumia; biar kekal manis sampai bila-bila

dup dup
dup dup
dup dup
dup!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 07, 2014

Kemaruk

Sejujurnya;

Kalau aku jadi seperti mereka pun pasti akan timbul rasa kecewa
cuma pada aku
bersyukurlah dapat juga ditauliahkan

lagipun
apa ada pada pangkat
kalau cuma hanya untuk dibanggakan
apa ada pada pangkat
kalau cuma hanya untuk terima tabik hormat

hakikatnya; pangkat itu datang dengan tanggungjawab
kau kecewa dengan mereka
sedangkan ramai yang kecewa dengan sikap engkau
yang cuma mendamba pangkat semata
ibarat kera mendapat bunga
ibarat jaga menjadi raja

belajar tinggi
akal tak setaraf ilmu dipelajari

kemaruk benar yea?



<=::budaqnakal::=>