Tuesday, August 15, 2006

Malap



malap wajah bulan, hanya bayang-bayang
malap wajah kekasih, tinggalan serpihan


kita pernah bertemu, di bawah lembut jemari bulan
kita pernah bertemu, memaknakan indah berkasihan


yang bermula barangkali akan berhujung juga
segalanya yang basah barangkali akan kering
menjadi kemarau akhirnya


lalu kita tidak usah bersedihan
tetapi lebih bersedia merelakan

<=::budaqnakal::=>


Monday, August 14, 2006

Aku menonton cerita Adam Sandler yang terbaru..."Click"...Kebiasaannya cerita-cerita lakonan Adam Sandler adalah filem2 komedi...tetapi apa yang aku tonton dalam "Click" benar-benar buatkan aku menyedari betapa dalam sedikit tempoh hayat yang Tuhan pinjamkan pada kita ini gunakanlah untuk membahagikan keluarga...Utamakan keluarga... Jangan hanya apabila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang baru kita nak sedar betapa kita menyayangi mereka...jangan baru kita nak rasa sesal kerana tidak pernah membahagiakan mereka...

Jadi, buat korang yang baca artikel ini, pulanglah ke kampung jenguk2 emak dan bapa... kalau dapat, peluk dan ciumlah pipi mereka...katakan yang korang sayangkan mereka... sekurang-kurangnya jika esok lusa mereka dah takde... korang tak rasa ralat kerana korang tahu yang mereka faham betapa korang sayangkan mereka...

Click" buatkan aku menangis...menangis kerana aku membayangkan betapa aku pernah hidup dalam dunia aku sendiri sehingga mengabaikan perasaan mak abah dan keluarga aku... Untuk emak dan abah...adik sayangkan emak dan abah...sayang sangat-sangat...

Korang tahu tak betapa aku rasa damainya dapat pulang ke kampung...lebih damai lagi bila dapat memeluk dan mencium pipi emak dan abah aku...Tenang rasanya...Tenang dan sayu...
Cubalah buat...Pasti korang akan rasa apa yang aku rasa..



<=::budaqnakal::=>

Terus mencari

Mungkin aku tidak harus memikirkan yang lebih
kecuali mengingatkan waktu kucing melepasi jendelaku
mengingatkan wajah kenangan yang dikecutkan
dan disimpan ketat di gua kehidupan
rohku kenapakah seperti sedang pulang
menjejaki jalan-jalan perlabuhan
seperti meninggalkan hayat tersisa
di antara kesementaraan ini
terus mencari dan tetap kehilangan....


<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 03, 2006

Nina

malam tadi macam terluahkan semua cerita pada Nina... dan entah macam mana termenangis kat dia...Emmm, aku cuba nak simpan semua perkara buruk yang terjadi pada aku lately sebenarnya...tapi entahlah...tak tahu kenapa boleh tercerita kat budak sorang nie...tapi aku perasan dia macam terdiam adn tergamam dengar cerita aku... and mesti dia macam terfikir 'kenapalah kakak aku nie bodoh sgt sampai jadi macam ni" ehehehehehe....

Nina...please jgn beritahu sesiapa k... Malam tadi tuh tak tahu ler kenapa boleh terlepas semua cerita kat Nina... Emmmmm...Anyway thanks...


<=::budaqnakal::=>