Monday, March 30, 2009

Kisah Kota Ini


Kota ini terbina
Diatas tulang-tulang,
Dindingnya darah, lantainya sumpah.
Didalamnya kami pernah terkapar
Rebah dalam api,
Bangun merebut panji-panji,
Berlari bersama rantai di kaki.
Disini tersusun satu barisan
Disini obor kami nyalakan,
Bersama tubuh-tubuh luka tertikam,
Mara mencabar hukum alam.
Kota ini dibina
Atas dasar cinta mulia,
Atas dasar paduan tenaga pejuang-pejuang setia,
Kota ini mesti wujud sampai bila-bila!
MESTI!
Biar kami hanya tinggal nama.
Kalau ada orang putus jari
Datang membawa minyak tanah dan korek api,
Kita tentang ,
kita pijak sampai lumat,
kerana ia menyalahi hakikat,
Kerana ia melanggar sumpah berdaulat.



<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 26, 2009

Kenangan

GAMBAR INI BENAR-BENAR MENGGAMIT KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK DAHULU...

<=::budaqnakal::=>

Posted by Picasa

PATRI


andai hati ini sang kecapi
perasaan... jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ke timur ke utara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

andai diri ini taman tasik
sang pirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini... insani
pasti ada kemahuannnya
kerna aku... panah arjuna
sedikit pun tidak ku menyesali

aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci

**AKU BANYAK KALI JUGA MENDENGAR LAGU INI... TAPI AKU KIAN TERTARIK BILA SEORANG TEMAN MENYANYIKANANYA SAMBIL MEMETIK GITAR DI TEPI LAUT 2 MALAM YANG LEPAS... SEDAP JUGA... KEBETULAN, DALAM BLOG SNUYA TURUT ADA LAGU INI... MAKA AKU MASUKKAN LIRIKNYA.. BEGITU MENDALAM MAKNANYA... DAN GARA-GARA ITU HUNJUNG JEMARI AKU SAKIT2 KERANA CUBA2 MEMAINKAN CHORD LAGU INI... MAKLUM SAJA LAMA TAK MEMETIK GITAR SUDAH LEBIH DARI 10 TAHUN...
<=::budaqnakal::=>

Friday, March 20, 2009

REZEKI

Aku sedang menunggu kalau2 malam ini bakal mendapat panggilan "REZEKI" dari seorang kawan... Aku bersyukur kerana aku punya kelebihan dalam berbicara dan pandai mencari kawan... dan bersyukur juga bila kawan tak lupa untuk hubungi aku jika dirasakan ada projek yang bersesuaian untuk diberikan kepada aku...
Imbuhannya tidaklah setinggi nilai yang boleh biaya aku untuk hanya duduk dirumah saja... tapi sudah memadailah untuk disimpan sedikit, diguna utk bercuti juga utk beberapa perkara sampingan... Alhamdulillah syukur pada Tuhan atas rezeki yang sentiasa ada untuk aku... biar pun hanya dikit-dikit tetapi tetap membahagiakan hati... Terima kasih Tuhan...
Apa2 pun.. kalau ada rezeki adalah... (moga2 ada...)
<=::budaqnakal::=>

Monday, March 16, 2009

RINDU...

NAK TAU SATU BENDA TAK?

I MISS MY BROTHER... MISS HIM SO MUCH!!!

SIGH

<=::budaqnakal::=>

Menyampah!!! Benci!!!

Aku cukup menyampah bila kenal sapa2 tak kisahlah dlm FB ke MS ke F'ster ke... Orang dok cakap merapu and talk dirty even baru kenal... Memang kena maki dgn aku and then wajib aku delete diorang dr senarai kawan aku tuh... Menyampah dan meluat betul dengan perangai manusia yg macam ni...
Aku tak kisah nak berkawan dengan sapa pun... Tapi, if dah kenal lama tuh takpelah gak kan... Ni baru sehari dua bertegur sapa dalam dunia cyber dah cakap merapu macam manusia takde otak and mcm manusia yg tak pi sekolah....
Pastu, bila tgk kawan2 aku ramai pompuan yang cun2... Boleh pulak tanya "I malam ni nak entertain client, kawan2 perempuan u boleh jadi escort tak?"
Duh!!!! Aku bukan mak ayam yang nak jual kawan2 utk aktiviti0-aktiviti tak bermoral korang... even if aku ada kawan2 GRO sekali pun... Aku bukan mak ayam yang kena kenal2kan kawan aku dengan manusia2 sebegini!!!
Eeeeeeeeeeee.... SAKIT HATI aku!!!!
<=::budaqnakal::=>

Bila Chichi Malu2


Last weekend, kawan gendut dr JB datang cos nak attend wedding si Enaz... Dia stay kat umah... Apa yang menariknya, Chichi tiba2 menjadi seekor kucing yang tak aktif... Tak bersuara langsung... By d time nampak je kawan si gendut tuh masuk umah Chichi terus nyorok kat dapur... Tak keluar2... Senyap je... Terintai-intai je keje dia... Bila aku dok kat dapur dia dok selit2 kat kaki aku.... Bila kat hall tuh aku panggil dia datang slow jer... Pastu nampak muka kawan si gendut, Chichi patah balik pi nyorok kat dapur or kat bilik baju... Tak keluar2... Semalam lepas tetamu dah balik.. barulah Chichi bising2... terlompat sana terlompat sini... dok tido terkangkang kat hall... Ahaksssss

Baru aku tahu kitorang ada seekor kucing yang pemalu... Comel je bila Chichi malu-malu...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 12, 2009

Kecelaruan Kerja

Aku dapat schedule keje utk bulan Mac dan April... Agak pening gak lah aku tgk jadual tuh...
16-20/3/2009 : SKUDAI, JOHOR
23-27/3/2009 : ALOR GAJAH, MELAKA
6-10/4/2009 : Penilaian Tender Sabah, Pahang dan Terengganu (di Office)
13-17/4/2009 : Mesyuarat J/kuasa Teknikal Tender Sabah, Pahang dan Terengganu di Langkawi
20-24/4/2009 : Mesyuarat Penilaian Tender Semenanjung (lokasi belum pasti)
28-29/4/2009 : Mesyuarat JK Teknikal Negeri Perlis, di Kangar Perlis
Gila tak? No wonder lah mohon cuti arituh tak lulus... Tak sabarnya nak habiskan semua tender2 nih... Tak sabar nak rehat2 memanjakan diri...
Apa2 pun, tadi mak call, dia demam...
Emak : Dik, mak demam ni...
Aku : La... yea ke.. makan ubat dah?
Emak : Malaslah mak nak makan ubat
Aku : Makan je lah... apa susahnya... masukkan dalam mulut telan minum air...
Emak : Nantilah...
Aku : Demam macam mana tuh?
Emak : Demam, batuk2...
Aku : Owh.. biasalah tuh... memang cuaca tak menentu... ramai yang kena demam batuk selsema
Emak : Tapi mak bukan demam batuk sbb cuaca je dik...
Aku : Ha? abis tu?
Emak : Emak demam batuk sebab TV umah rosak... nanti mak tak dapat tgk AF dik...
Haaaaaaaaa.... Tengoklah betapa manjanya mak aku nih... Jadi kesimpulannya? Akulah yang kena pi belikan TV baru utk emak... Nanti bertambah teruklah demam mak aku tuh cos tak dapat tgk AF.
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 11, 2009

Bila Gendut dalam Kecemasan

SEMALAM, 8.37MLM... SI GENDUT CALL... DIA ON THE WAY BALIK DARI OPIS... SOMETHING HAPPENED DGN KETER DIA... SO DALAM KEADAAN CUACA LEMBAB & SEJUK COS BARU LEPAS HUJAN, AKU AND SI MISNA PI LAH KE JALAN U-THANT, AKU SAMPAI2 JE KAT TEMPAT KEJADIAN... TERUS JALANKAN TUGAS MENYELAMAT AKU TUH... GODEK2 SIKIT KERETA TUH... BUAT APA2 YANG PATUT... THEN.. OK!!! LEH BALIK....
HEH.. SIAN GENDUT, BASAH2 BAJU DIA AKIBAT TAK TAHU NAK BUAT APA MASA HADAPI KEADAAN YG AGAK GENTING SEMALAM... AT LEAST DIA USAHA GAK LAH KAN KUAR KERETA AND CHECK SENDIRI THEN CUBA-CUBA JUGA BETULKAN APA YG PATUT... WALAUPUN KEADAAN JADI MAKIN TERUK KAN...
HEH... COMEL JER SI GENDUT CALL AKU SEMALAM BERIYA2 EXPLAIN DARI A TO Z APA YG JADI PADA DIA... HEH, KELAM KABUTKAN WIPER DEPAN KETER TUH TERCABUT JE PUN SEBENARNYA... HEHHHEEE...
:: hari hujan kan... so takpe... aku mengerti jika kamu kelam kelibut semalam... dan maafkan kami kalau isu ini berbulan akan menjadi hot topic kami... hehehheheh ::

<=::budaqnakal::=>

Duh!!!

Teman kata, "kau bukan seorang pembenci"
Ya! Memangnya aku bukan pembenci... bukan juga pendendam... Tapi aku tak mampu memaafkan dia...
Teman kata lagi "maafkan dia, kesian dia, hidup dalam kebencian dan dendam kau, lagi pula dia sedang kecewa tu"
Huh!! Kecewa?? Ini saja yang layak buat dia :-
duh!
hatimu berserakan di lantai kamarku?
sebentar, kuambilkan penyapu...
mahuku buang ke mana? tong itam atau biru?
<=::budaqnakal::=>

Haiku Sang Pencemburu

seorang teman sms aku dan berkata...
"aku ingin berikan sepotong sajak haiku pada kamu... haiku bicara sang pencemburu"(Haiku adalah sajak 3 baris... ritma hujung ketiga-tiga baris biasanya sama... amat terkenal dikalangan sasterawan dan cendikiawan Jepun dahulukala...dan masih terkenal sehingga kini)

aku tertawa sambil membalas
"ya! sila..."

tak sampai seminit kemudiannya, sms dia masuk ke telefon bimbitku... dan ini kandungannya...

"aku tidak cemburu pada dia yang berada di sisimu
tapi perkenankanlah aku meminta izinmu
bolehkah aku tusuk dia dengan garpu?"

ahahahahahhaaaa....

Puncanya???

Teman melihat gambar DIA lalu teman berasa sedikit iri... kerana teman tidak berteman lagi.... Ahahahhahaaaa

Sajak kamu benar2 lucu dong!!!

<=::budaqnakal::=>

Dasar Kaki Hisap!!!


sebatang rokok lagi
berperisa cengkih yang harum dan manis
kupertemukan dengan api
untuk temani aku malam ini

sebatang rokok lagi
sebelum aku bisa bermimpi
berselang seli secangkir kopi

ah, cuma sebatang rokok saja lagi..
untuk ku nikmati aroma cintanya yang asli..
tapi, mungkin juga akan ku nyalakan
sebatang lagi selepas yang ini

sebatang lagi...
lagi dan lagi...
(heh! dasar kaki hisap, mana bisa satu aja dong!!! harus diulang2... baru enak)




<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 10, 2009

DIA kata...


<=::budaqnakal::=>
Posted by Picasa

TAHNIAH

Kak Ton... TAHNIAH bakal jadi ibu....
RMH a.k.a sengalsss... TAHNIAH juga bakal menjadi ibu...
Pesanan :-
Kak ton, kurang2 kan bebel2 yea... nanti terkenan kat anak... kot keluar nanti Mr Alien Jr ka.. kan tak syok anak lelaki kuat bebel... uhuhuhuhuhuuuuu
SEngalsss... kurang2kan yang asap2 tuh yea... jgn sengal sangat nanti anak kuar dpt gelaran miss Blur pulak...
aku pulak yg excited sampai mimpi anak si sengal kuar sebijik muka Saini... siap ada misai and janggut lagi... ahakssssss
Arituh aku cakap dgn gendut
Aku : U kawinlah cepat... i nak anak...
Gendut : Ek eleh... apa kena mengena anak aku dgn kau... ahahahahahaha
Aku : Ala... takpelah.. anak u anak i gak... hikhikhikhikhik
Gendut : Tanaklah.. i kalau dapat anak tak bg u rapat dgn anak i... nanti dia manja.. sampai naik kepala... cakap i pun dia tanak dengar...
Ehehheheeeee... Takpelah... aku suruh Misna je lah yang kawin cepat... ahakssssssssss

Monday, March 09, 2009

Senyum Selalu

Kakak kata.. ADIK UNTUNG ADA DIA... MACAM AKAK NI SUSAH...
Sebetulnya... keberuntungan itu bukan hakmilik aku yang kekal... DIA pastikan dimiliki yang lain... dan aku cuma mendoakan yang terbaik untuk DIA...
Dalam cinta... pengorbanan itu seakan satu skrip yg klise bukan? Tapi itulah hakikatnya... Pengorbanan dalam cinta sebetulnya sesuatu yg agung... tapi sejauh mana pengorbanan itu memberikan kebahagiaan yang sempurna?
Sempurna? Adakah "sempurna" itu benar2 wujud dalam kisah cinta? Mungkin ada.. mungkin tidak... dan bagi aku pula... sempurna itu adalah, bila DIA sentiasa tersenyum gembira... tak marah2... tak moody2... heh....
Untuk itu... jika kamu mahu merasakan kamu itu sempurna pada aku... senyum selalu ya cinta.. .jangan marah2.. walaupun aku salah... ehehehheheee (aci tak macam ni?)
<=::budaqnakal::=>

Saturday, March 07, 2009

BENGANG

Aku cukup bengang dgn sia nih... Bila tiap kali aku buat air, dia sibuk2 minum air aku... tiap kali aku bancuh air.. selamba-selamba dia je tanpa perasaan bersalah main minum je air aku... sampai aku takleh minum dah air tuh... Nak minum, bancuh ar sendiri... ini tidak... suka-suka hati dia jer... Ingat aku nih kuli batak ke dia ke?
Sakit hati tahap dewa-dewa jer bila tgk dia minum air aku... Muka sengal jer... Bukannya nak minta izin ke apa ke.. Senyap2 dia je buat keje tu... LAngsung tak fikir org yg dahag.. bancuh air.. nak minum... dia lak yang tibai... Bodohnya semut!!! Pi bancuh sendiri lah!!!
<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 05, 2009

CINTAKU

Aku melakar warna pada kanvas lelangit
ku calitkan indahnya persona senja
seterang dan secantik warna jingga di ufuk mega
sejelas itulah cinta aku kepada DIA...

<=::budaqnakal::=>

Berteka teki???

DIA kata bila baca blog aku sepanjang aku takde aritu, DIA terfikir "Apahal beriya2 sangat rindu dia nih???"

Heh... Kalau lah aku ada jawapan untuk persoalan itu, maka tidaklah aku sendiri yang berteka teki...

Hairan... Selepas setahun lebih, seakan aku tak pernah rasa cukup dengannya... Masih rasa rindu walau hanya tak jumpa untuk beberapa jam sahaja... masih rasa rindu walau DIA hanya di depan mata... Pelik??

Ermmmm... Tiada apa yang pelik sebenarnya... kerana aku masih membawa rasa yang sama, cinta yang sama.. dan rindu yang sama... Tiada yang berubah... Semuanya masih kekal seperti itu... tidak terhakis walau sedikit pun....

Sesungguhnya, RASA ini hanya untuk kamu CINTA...

<=::budaqnakal::=>

Monday, March 02, 2009

Aku cuma mahu DIA!

Aku ada sedikit musykil dengan diri aku sebenarnya... Aku rasa bila aku berkawan aku tak pernah lah ada intention nak ngorat orang tuh ker apa ker... aku ni jenis manusia selamba yang suka berkawan dengan sesiapa pun... tanpa ada niat terselindung or tersembunyi... aku nih cepat mesra dengan orang sebetulnya... huhuhuhuhuhu.... Tapi, macam mana orang boleh teerrrrrrrrjatuh hati dengan aku ek?

Alkisahnya, aku kenal mamat mat saleh ni dah setahun lebih... Masa tuh aku single... so aku selalu lepak kat club nama The Pub di H.Inn Glenmarie Subang... Satu malam nie... aku lepak situ sorang2 (mmg biasa sorang2 pun)... Minum, layan perasaan... hahahhaahaha... ntah macam mana, kawan mamat nie datang tegur aku.. so aku borak2 lah dgn dia.. then aku join diorang... lepas tuh kitorang g lepak mamam kat area2 SS14... So start dari tu lah kitorang berkawan...

Nama German dia Willherm, tapi nak memudahkan dia suruh panggil William... ntah macam mana dia leh suka kat aku... walhal dia tau aku jenis yang macam mana.... Dia try jugak lah ayat2 aku... and biasanya aku gelak2 jer... tapi macam quite impressed lah bila till today pun dia still tak jemu nak ngorat aku kan... ahahahhahahahaaaa....

Apa yang aku nak cerita sebenarnya takdelah apa sgt... cuma since aku di Seremban nie... hari2 dia msg aku... 1st msg dia masa Sabtu pagi... dia cakap "Hi, good morning sayang, how are u?"

amboihhhhhhhh... sejak bila lak mat saleh nie pandai eja "sayang" nih... so aku tanya dia sejak bila dia tau guna word "sayang" tuh... Dia jawab "Since i'm in love with u sayang"... Ahahahahahaahahahaaa... Kelakar lah mamat mat saleh nih.... Jiwang karat lak....

So, sejak dari msg pertama tuh lah dia asyik msg aku guna perkataan "sayang" tuh... Macam "What are u doing sayang?".. "I miss you sayang"... "Have u take ur lunch sayang?"...

So tadi bila dia msg aku and cakap "When will u be mine sayang?"... Aku cakap ni pada dia "Will, my friend, u know that i'm different, i'm not comfortable when u keep calling me "sayang" and keep on texting me like that It's kinda weird for me.... So pls don't call me "sayang" if u still want to be my friend..."

dan dia jawab "Ok then, i'm so sorry sayang"

Ahahahahahhahaaaaaaaaaaaaaaa.......... Macam mana tu???

Dalam masa yang sama... Si "sejarah" msg aku and tanya "U tak ingat i ke? tak rindu i?"

Huh!!! Biar betik??? Sapa kau yang aku nak ingat and nak rindu2 nih???

Memang aku tengah rindu, tapi bukan rindu kat kau lah babi... Aku rindukan DIA... CINTA hati bucuk manja yang sorang tuh jer.... Tak rindukan orang lain.. tak ingatkan orang... Rindu and ingatkan DIA ajer....

Tak sabarnya nak jumpa DIA.. Untuk kamu CINTA... tunggu kepulangan aku malam nanti ya!!!!! Sayang bangat ama kamu CINTA!!!!

<=::budaqnakal::=>

Sunday, March 01, 2009

Stanza Sekuntum Bunga

seperti sekuntum bunga indah
terungkai dari jambangan pohon
melayang di tiup angin
lalu tersadai di daerah asing
tak ketahuan nasibnya
entahkan bisa terus hidup
atau menunggu masa menjadi layu
dan mereput di mamah bumi...
akankah ada yang mengingatinya???
<=::budaqnakal::=>

RINDU II


Since pagi busy dgn discussion and compiling report utk tender board nanti... Penat tahap maksima dah sbnrnya nie...

But still mata takleh pejam...

Rindu sangat2 pada DIA... Adehhhhh la hai...
Sesungguhnya hingar bingar dunia keliling terasa seakan kosong dan sepi tanpa senyum dan gelak tawamu CINTA...
dan jadilah aku sebuah syair tanpa alunan musik juga tanpa suara...
gambaran indah puitisnya kabur... hambar tak bermaya...
tunggu aku di sana CINTA...
tunggu kepulangan aku...
supaya kau bisa menghidupkan irama ini
Aku....sebuah puisi yang tak bernyawa
<=::budaqnakal::=>