Monday, December 22, 2014

Kau

aku sering membayangkan

kala senangku bermalasan di atas sofa
kau kemudiannya perlahan mendatangiku

dengan pandangan mata kuyu
kau naik dan duduk di atasku
menyondol-nyondol nakal
dengan bunyi getaran manjamu

haih
bila boleh bela kucing ni oi?


<=::budaqnakal::=>

JUJUR

kalau pun
ku tak selalu ada di sisi
aku kan tetap ada di hati

hatimu
hati dia
hati yang sorang tu
hati yang sorang ni

hati yang sana
hati yang sini

#aku ini jujur orangnya sayang


<=::budaqnakal::=>

Proooooooot!

Proooootttt
Prooooootttttt

Hey kamu
Itukan bunyinya senandung lagu cintaku untuk kamu
Bau aroma aslinya  seharum "Mewangi" dendangan Akim & The Magistrate
Yang bisa buat kamu sering teringat aku

Prooottttt


Haih...

Syahdu!

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 18, 2014

Rasa Tika Beranjak Usia

Bila usia makin beranjak naik ni aku dapat rasakan perubahan-perubahan drastik yang terjadi dari segi sikap, emosi dan fizikal.
 
Ok.
 
Tak usah bicarakan perihal perubahan fizikal yang tak mampu diterima dek akal nih. Sakit hati.
 
But seriously! Aku dah kurang gemar nak keluar melepak lepek di mana-mana kedai kopi borak-borak kosong atau dalam erti kata lain mengumpat dan bergosip. No!. Aku lebih gemar duduk rumah diam-diam layan tv, baca buku sambil minum kopi.
 
Malah, aku juga kurang gemar ke tempat-tempat yang crowded. Gegendang telinga aku sudah tidak mampu serap bunyi bingit dan hiruk pikuk. Paru-paru dan jantung aku tidak mampu berfungsi di paras normal bila berada di tengah-tengah kerumunan manusia dan bising-bising suasana.
 
Rasa sesak dan serabut tahap nak tumbuk orang.
 
So, siapa kata orang berumur ni penyabar, romantik dan loving?
 
Tak percaya langsung aku. Sebab aku tak macam tu.
 
<=::budaqnakal::=>

Pok Amai-amai

dari kau ajak aku main tepuk-tepuk buntut
baik kita lawan-lawan kentut
 
mana lagi asyik?
 
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 17, 2014

Emosi Diperosok Tapak Kaki

semampu mana mampu tuk ku berdiri
sedang untuk bangkit pun ku tak punya hati

<=::budaqnakal::=>

Hati

kau keras hati

hakikatnya
hati yang kalian katakan keras itu 
sebenarnya sudah lama hancur

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 15, 2014

SEBENARNYA

sebenarnya
luka masih ada

mengapa sukar benar mahu dipasakkan percaya?

kesedihan?
cuma aku yang tahu
kepedihan?
cuma aku yang rasa

hati jadi lali
sebak rasa hingga hampir menebak airmata

"jujur"
"percaya"

itu semua barangkali cuma prosa kata
tak memberi makna apa-apa
apatah lagi untuk dimengertikan kita

#dada aku sesak terhimpit

<=::budaqnakal::=>

Friday, December 12, 2014

TRUTH????


Sekarang cuba tanya pulak macam mana nama mamat tu boleh jadi on the top sedangkan beberapa hari lepas 1 whatsapp je yang aku hantar pada dia?

Ahahahhahaaaaaaaa

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 11, 2014

Kisah Aku dan Setin Nescafe

Lokasi : Shell Jalan Tun Razak

Sudah menjadi habitat, dalam perjalanan ke tempat kerja aku akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk membeli setin minuman Nescafe Latte.

Errr... habit!habit! bukan habitat!

Pagi tadi, selesai membeli minuman dan sewaktu berjalan ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Putrajaya, ekor mataku menangkap sesusuk tubuh seorang gadis bertudung dan berhelmet yang cuba menghampiriku. Aku memandangnya, dia menggamit. Langkah aku terhenti. Dia berjalan menghampiriku dalam keadaan sedikit gesa-gesa, aku terperasan gaya jalannya sedikit pelik. Jalannya seperti mengepit. Hurm. Ok abaikan. Aku jalan pun bukannya betul sangat!

Dia bertanyakan arah ke suatu lokasi. Aku senyum memandang wajahnya. Tahan tawa.

Selesai membantu berikan arah mana dia harus tuju, aku masuk ke kereta. Enjin aku hidupkan.
Teringat gadis tadi. Manis wajahnya bertudung.

Alhamdulillah.
Bukan senang nak jumpa pondan yang dah insaf dan menutup aurat kan?

#Nescafe kuteguk rakus.....

<=::budaqnakal::=>

Hisap

Aku berniat dan berhasrat mahu berhenti kerja hisap menghisap ni. Betul! Tak bohong! Betul-betul punya pasang niat ni.

Jujur wei... Janganlah cebik muka senyum sinis... Support lah sikit niat baik aku yang suci dan mulia lagi muhibbah ni.

Sebab? Sebabnya... Aku dah tak rasa nikmat bila menghisap. Terkadang boleh sakit kepala. Terkadang hisap bukan sebab nak sangat hisap pun. Miang dan menggatal je. Sungguh!

Hurm. Kadang-kadang sebab bosan je kot.

Macam sekarang ni lah. Bosan.

So aku hisap.

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 08, 2014

SOLAT

"aku doakan kamu agar sentiasa di bawah lindunganNya"
"Ya Allah berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah"
"Panjangkan umurku. Amin."

#walhal! solat pun tidak pernah

<=::budaqnakal::=>

SENYUMAN MEMBUNUH?

"gila! kau takkan faham apa yang aku rasa beb... senyum dia beb... betul-betul membunuh aku!"

Aku jentik dahi dia.

"Aduh! sakit dowh!" cepat-cepat dia gosok dahinya yang memerah berbekas jentikanku tadi.

Aku senyum. Sinis.

Cuba realistik sikit, mana ada orang boleh terbunuh dek senyuman?

<=::budaqnakal::=>

PESANKU BUAT NORA DANISH

selamat malam bekas kekasih
jangan pernah rasa tersisih

tetap utuh cinta kita... masih!

<=::budaqnakal::=>

JIWA

"semua penulis memang jenis yang syok sendiri"
"baca tapi sepatah haram aku tak faham"
"diorang nak cerita apa sebenarnya?"
"gila! stim sorang-sorang depa nih!"

- untuk menulis kita perlu 'jiwa' sendiri, bukan 'jiwa' orang lain.. sebab kau dan aku punya 'jiwa' yang berbeza... bukan semua yang ditulis mahu pemahaman dari setiap yang membaca... bukan setiap yang membaca mendalami 'jiwa' dalam setiap bait kata yang dibaca tu kan? interpretasi juga kan berbeza-beza?

- mari... kau cuba tulis untuk aku baca... percayalah! takkan aku bunuh 'jiwa'mu yang kau tiupkan rohnya di dalam setiap huruf kata... takkan!  kerana itu JIWAnya kamu... bukan miliknya aku...

<=::budaqnakal::=>

Doaku Untuk Kamu

entah kenapa agaknya

senyum manis yang cuma bergusi itu masih berlegar dalam memori
suara ucapan "terima kasih" sehingga kini masih melekat di hati

hai pakcik gelandangan yang kutemu tempohari
sudah lebih sebulan aku menanti
ke manakah gerangan pakcik pergi?

#moga Tuhan sentiasa melindungi kamu pakcik...

<=::budaqnakal::=>

JANGAN

rasa janggal jadi semakin janggal
pabila pernah meninggalkan
kembali untuk kekal
namun terus-terusan dipersoal

asyik disalah-salah 
di mana penyudah?

jangan kelak pabila hati jadi tawar
tinggal kekal tetapi ikhlasnya tiada
jangan nanti
cinta dan rindu menjadi sekadar sebutan
tanpa ada perasaan

#hai lah adik, salah orang kamu nampak... salah sendiri bagaimana? itukan ayahmu? kamu cerita perihal buruk-buruk bekasmu... buruk celanya kamu bagaimana???

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 04, 2014

HATI

mencari di mana silapnya hati

hati takut terluka
tetapi acap benar melukai

mahu disayangi
tetapi mudah melupai

mahu dimilikki
tetapi terkadang liar untuk ditambati

hati hati memilih hati
telah terpilih kemudian disisih

hai lah hati
jenis apalah agaknya kau ini?

<=::budaqnakal::=>