Wednesday, December 26, 2012

Untuk 17 Januari yang bakal tiba...

Bersempena 17 Januari yang bakal menjelma... Harapan dan inginku cuma ini :-
 
"AKU HARAP DIA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SWT ... SEMOGA KEBAHAGIAAN AKAN SENTIASA BERSAMANYA DAN AKU BERHARAP AGAR DIA AKAN TETAP BERSAMA AKU DALAM SUSAH MAHUPUN SENANG...
APA PUN YANG TERJADI BIARKAN HATI  KAMI SALING BERDAKAPAN...DAN AKU AMAT-AMAT BERHARAP HATI ITU TETAP MILIKKU"
 
 

<=::budaqnakal::=>

Friday, December 14, 2012

Aku tunggu

Semakin berada di penghujung 2012, semakin kurang pula daya dan idea menulis di laman ini.
Tidak punya masa sebetulnya.

Semalam, hari ini
kelmarin, semalam
semalam, kelmarin
ada rajuk
tidak dibujuk

aku tunggu biar sejuk

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 05, 2012

YOUARE

















p.s. kalau tak tahu jugak tu tak tau lah nak cakap apa lagi

<=::budaqnakal::=>

Mungkin....



mungkin...
ada ketikanya aku 
tidak pandai untuk berbasa basi
tidak bijak bermanis mulut
tidak pantas mengambil hati

namun...
aku ingin kau tahu
walau tanpa kata
tidak terluah dengan bicara
gaya mahupun laku

istimewanya kamu
nilainya kamu
telah nyata dalam hati
ditempat yang tertinggi

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 23, 2012

KEMANUSIAAN



untuk seketika
kita lupakan 
segala pertelingkahan
tidak kira apa pun pegangan politik
tidak kira apa pun fahaman agama 
kita sama-sama suarakan pembebasan Gaza
kita sama-sama doakan Palestin
kita sama-sama doakan keteguhan Al-Aqsa

kita mengharapkan sejahteranya mereka
bukan kerana ISLAM
namun kerana KEMANUSIAAN

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 09, 2012

Perbualan BerryHitam

Abi : Harini, rasa rindu saya pada awak sangat luarbiasa. Nak tahu kenapa?
Dia : Kenapa?
Abi : Sebab saya pun memang luarbiasa...
Dia : Jangan poyo sangat boleh tak?
Abi : Kenapa? Awak tak rasa saya luarbiasa?
Dia : (senyum)

beberapa saat kemudian

Dia : Saya sayang awak
Abi : Biasa2 ke luarbiasa?
Dia : Luarbiasa...
Abi : Hah! Kan dah kata... Sebab saya luarbiasa kan?
Dia ?: Yea lah sayang... Awk luarbiasa...
Abi : (ketawa)

Abi : Malam ni saya akui yang awak pun luarbiasa....
Dia : Kenapa pulak?
Abi : Sebab kalau awak biasa-biasa jer adalah mstahil untuk saya yang luarbiasa ni jatuh cinta pada awak...
Dia : (muka bengang)
Abi : (Ketawa)

p.s. kamu luarbiasa kerana mampu bertahan mencintai aku sekian lama... kamu luarbiasa kerana sanggup bertahan dengan perangaiku yang gila... kamu luarbiasa kerana mampu mendapat aku yang amat luarbiasa...! ahahahaha


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 30, 2012

MALAM DI TENGAH KOTA

 
 
malam itu
keluar melihat-lihat sebahagian kecil kawasan-kawasan
yang masih hidup kala malam menginjak ke pagi
 
dataran itu
lorong itu
jalan itu
 
tidak pernah sunyi dari hiruk pikuk kota
kala yang remaja menguji-uji lajunya kuasa rempitan
berlumba-lumba celahan kereta
yang masih tidak henti melalui jalan-jalanraya
 
di sudut-sudut dataran yang gelap
ada sang penyair menyusun kata memujuk sang gadis
asyik memadu kasih
 
di sudut lorong-lorong yang kelam
ada transaksi jual beli dagangan
entahkan barangan entahkan orang
 
di sudut jalan-jalan terang
ada kumpulan-kumpulan pemabuk
berjalan beriringan mahu pulang
 
dalam sibuk menjadi pemerhati
dalam asyik menikmati ragam
pun sebenarnya aku ini punya
hati terlalu sunyi
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 22, 2012

KITA













dalam ruang waktu yang sempit
jua jangka masa yang tidak selama mana
kau aku harus bersyukur dan berterima kasih kepada takdir
kerana kita bisa bertemu lagi
untuk saling mengerti memahami
sayang dan disayangi

9 bulan itu tempoh yang sangat muda dan mentah
kita boleh saja diibaratkan bayi yang baru belajar-belajar berdiri
belum bisa apa-apa

namun kerana kau aku sentiasa ada satu sama lain
maka kita bukan sahaja bisa bertatih melangkah dan berlari
malah
telah kita redah pelbagai hal dan perkara
dalam hidup yang lamanya tidak seberapa

ya! baru 9 bulan!

p.s. selamat ulang "bulan" ke 9 sayang.... 

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 16, 2012

Janjiku Ikat di Puncak Kinabalu




perlahan kita hayun lemah langkah kaki
menuju puncak tertinggi Asia Tenggara
 
dalam payah kaki menapak
dalam lebat nafas berpencak
dalam gigil sejuk menggigit tulang temulang
dalam dingin angin menyapu lembut wajah
 
sesekali aku menoleh melihat kamu di belakang
pantaskah kau ku bawa ke puncak sana
bersama kita raikan jaya?
 
Demi Tuhan, wajahmu mencerminkan sengsara
sedikit sahaja lagi aku mahu katakan
"ayuh! kita pulang..."
 
namun kerana telah terpatri janjiku dihati
mahu bersamamu di puncak sana
aku simpan rasa perih dan perlahan mendaki
biar kau menuruti jejakku
 
mungkin kerana janji kita kuat
sang puncak mendengar azam aku-kamu
dan pagi itu
kita meterai janji duduk bersama
berdiri gagah di puncak Kinabalu
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 01, 2012

Lelumut



lelumut hijau itu
hidup subur di bebatuan keras
dan di pepohon lapuk yang rapuh
diam indah
tidak pernah mengeluh
kala di pandang sepi
 
<=::budaqnakal::=>

Friday, September 07, 2012

rindukan laut

 
 
aku rindukan laut
saat meranduk ombak
saat melihat momen mentari terbit
dan menghilang ditelan ufuk
rindu untuk berenang mendampingi
yang terindah di dasarnya
 
 
aku rindukan laut
ombak
pesisir dan terumbunya
yang sering berikan ku damai
 
aku rindukan laut
cuma laut tidak rindukan aku
kerna ia tidak pernah memanggilku pulang...
 
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 04, 2012

Kolek Ini


kolek ini
kita kemudinya
halakan ia ke arah sejahtera
pastikan bawa pulang segala bahagia
 
kolek ini
jika terumbang ambing dipalu ombak
kita usah terjun ke pusar laut
setialah mengemudinya dengan penuh bijaksana
 
kolek ini
kalaupun bocor
usah dibiarkan terdampar di sisi pantai
kita tampal mana yang perlu
kita perelokkan biar molek
 
kolek ini
kita pengemudinya
kalaupun patah dayung ditangan
usah cemas dan rimas
jika hanya perlu berkayuhkan tangan
usah pernah putus semangat
 
 
kolek ini
kitalah pengemudinya

<=::budaqnakal::=>

Kita = Kau, Aku dan KITA




 
hati itu terkadang amat aneh ya?
terkadang hati yang satu itu tanpa sedar
melukakan hati yang lain
sedangkan hati yang terluka itu tidak tahu
bahawa hati yang dituduh melukakan itu
tidak pernah meletakkan niat untuk bertindak sebegitu
 
Hati itu terkadang amat aneh ya?
hati ini tertanya-tanya
mengapa yang di sana lain benar perilakunya?
yang di sana pula menganggap yang di sini berubah
 
Anehnya hati bila lebih merasakan yang aneh-aneh
sedangkan tidak pernah ada keanehan itu
 
Aneh sungguh ya?
 
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, September 03, 2012

Mimpi Buruk

 
 
aku mimpi buruk tadi malam
(eh! tadi pagi barangkali)
 
aku bermimpi
kucuba lepaskan diri dari pegangan tangan-tangan menakutkan
yang cuba menakluk dan tenggelamkanku dalam lembah gelap
 
saat tubuhku lepas
aku terdengar yang memegangku itu jatuh kuat
 
mataku buka
kulihat lembah gelap di bawah sana
aku ternampak yang jatuh itu
dan tiba-tiba aku berasa sangat sayu
 
ah! yang jatuh itu berryhitamku yang baru


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, August 28, 2012

Nilai Cinta

Seorang sahabat bertanya semalam kepadaku:

"kasih dan sayang itu bagaimana kalau mahu diukur?"

kataku:

"kasih dan sayang itu tidak bersempadan dan tidak punya had. Ia sesuatu yang tidak berjisim. Mana mungkin boleh diukur dan disukat"

Sahabat bertanya lagi:

"apakah nilai yang perlu dibayar untuk sebuah cinta?"

aku cuma katakan :

"cinta itu terlalu besar... jikalau diletakkan harga dan perlu dibayar untuk mendapatkannya... itu bukan cinta"

dan sahabat berkata pula "cinta saya ikhlas tidak ternilai... tetapi kenapa saya perlu membayar dengan airmata untuk mendapatkan cinta si dia"

dan aku cuma mampu diam. Mendoakan yang terbaik untuknya.

notakaki : Sesungguhnya Allah itu maha adil... Diberikannya kelebihan yang lain dan mengurangkan yang lain pula. Supaya kita bersyukur dan menerima kekurangan itu seadanya. Namun, hati wanita... Tiada siapa mampu menduga...




<=::budaqnakal::=>

MENJELANG HARI RAYA (BERSAMA EMAK DAN ABAH)

Aidilfitri 2012..Giliran kakak2 beraya di rumah mertua masing2... Adik cuma boleh pulang seusai majlis hari raya di kem... Aku?

Aku tidak mempunyai mertua; BUJANG
Aku bukan tentera; BUKAN SEPENUH MASA

ya! Aku bujang dan anak kepada abah dan mak; SEPENUH MASA

Atas dasar itulah... makanya tahun ini aku pulang bercuti ke kampung seawal mungkin untuk bantu emak abah buat persiapan raya...

Khamis - Jumat :- Kemas rumah dari bersihkan habuk2 sawang2, cuci tingkap, mop lantai, kemaskan rak2 buku, rak2 fail abah, susun2 barang perhiasan mak dalam almari... SUMPAH PENAT! (macamana lah masa kami kecik2 dulu mak buat semua tu sorang diri dgn nak melayan karenah kami yang macam2 lagi... mak memang SUPERWOMAN!)



p.s. SORRY SAYANG SEBAB TERPAKSA ABAIKAN AWK UTK SEMENTARA WAKTU...



Sabtu pagi :- SUPERWOMAN ajak shopping beli barang2 basah untuk masak rendang... Since tangan mak tak kuat so 2 kali kot aku ulang alik g keter anta barang2 yg mak beli kat pasar... Balik rumah sambung kemas rumah... dalam masa yg sama mak suruh perahkan santan kelapa sbb abah nak bakar lemang... pastu potong2 bawang dan pelbagai jenis bahan untuk masak rendang... tak sempat nak kemas rumah sampai habis.. last2 aku duduk di dapur je tolong mak masak... kesian mak... tangan dia mudah sangat terasa ngilu bila memegang sesuatu... JAdinya, aku suruh mak rehat duduk je dan arahkan je nak buat apa2...

Abah tengok aku buat semua benda dalam 1 masa terus senyum dan kata kat aku "bagus jugak kau balik awal... boleh tolong2 mak... tahun depan balik awal lagi yea..." meleleh airmata aku masa abah kata tu... tapi airmata aku meleleh bukan sebab apa yang abah ckp tu la... airmata aku melelh sebab masa tuh tengah potong bawang... banyak gila wei bawang! rasa macam nak nak je aku buang separuh dari jumlah bawang yg mak suruh kopek tuh... tapi nanti ntah rasa apa pulak rendang mak kan???

p.s. TERIMA KASIH SAYANG SEBAB SANGAT MEMAHAMI...
 


Sabtu malam - bila semua sudah selesai... mak abah masuk tidur... aku sambung kerja aku kemas rumah... misi terakhir bersihkan dapur dan mop lantai serta... cuci pinggan mangkuk untuk guna pada keesokan harinya (sempat lagi terfikir dalam hati... MOTIF AKU TERLEBIH RAJIN DAN TERLEBIH PENYABAR TAHUN NI?)

p.s. SAYA SAYANG AWAK SANGAT2 SEBAB AWAK TAK GANGGU MASA SAYA DENGAN FAMILY SAYA... TQ SAYANG...
Kakak2 hampir setiap hari message tanya apa progress... kakak yang ke-2 siap tanya "hai? rajinnya? ada apa2 ke?" kakak yang ke-3 tanya "betul ke kemas rumah ni? dah gaduh dengan mak belum? kalau belum gaduh maknanya belum cukup kemas tuh" ahahaha

Itu hakikatnya, mak dan aku memang panas... Kami selalu bergaduh dan berselisih pendapat... abah kata sebab kami perangai sama... tapi aku rasa aku lebih ikut abah kot... COOL! ahahhaa.. jadinya bila tahun ini aku buat semua kerja tanpa berlaku apa2 pertelingkahan antara aku dan emak... kakak2 mula hairan... Abah pula kata "hebat lah kau sejak pakai jersi no.10 nih" isykkk takde kena mengena dengan jersi pun tau! anak abah nih memang baik dan rajin... abah je yang tak tahu... Kadangkala hati panas juga bila makin lama makin banyak pula yang mak suruh itu dan ini... tapi... yelah... hati kecil ni bila tiap kali tengok wajah tua emak... rasa sayu dan kasih yang mendalam tu mengatasi segala-galanya...

p.s. TERIMA KASIH SAYANG SEBAB SELALU BAGI SEMANGAT DAN SENTIASA MEMUJUK HATI SAYA BILA SAYA RASA SAKIT DAN SEDIH...

<=::budaqnakal::=>


Tuesday, August 14, 2012

Aku terima...

Sempena Ulangtahun Kelahiran ke 35 pada 21 Julai yang lalu...
Aku terima hadiah-hadiah ini dari si dia...






Terima kasih sayang...

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 13, 2012

KITA

bukan semua hal kita sama-sama gemari
namun kita tetap usaha untuk mengerti
untuk saling menerima dan memahami

kita nyata berbeza dari kehendak naluri dan hobi
namun
kita masih mampu berdiri
bersama melangkah seiringan


p/s : kekuatan kita adalah percaya dan mengerti









<=::budaqnakal::=><

Wednesday, August 08, 2012

Kafein dan Nikotin

secawan kopi,
sebatang rokok,
sekeping sunyi,
berbaur dalam satu rengkung
yang disedut dan dihirup dari luar
memakan dari dalam
 
kafein dan nikotin
sudah tidak lagi memberikanku insipirasi
bukan juga kenikmatan
yang mereka lebih betah berikan cuma
KETAGIHAN



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, August 07, 2012

Perbualan di Berry Hitam

Aduka : Awak tahu saya sayang awak?
Dara : TAHU (sambil memberikan ikon kuning bibir merah terjuih)

Dara : Awak tahu saya sayang awak?
Aduka : TAHU.... (disertakan bersama ikon kuning senyum pejam mata memeluk diri)
Dara : Sayang awak sangat2

Aduka : Tahukan saya sbetul2 sayang awak?
Dara : YES dear... saya tahu awak sayang saya...(masih dengan ikon kuning berbibir merah terjuih)
Aduka : Macamana awak tahu?
Dara : Sebab saya boleh rasa la... (kali ni disertakan dengan ikon kuning bermata pejam lidah terjelir)
Aduka : "Rasa" awak tu boleh pakai ke?

p.s. : kalau dengan yang lain-lainnya aku kira si Aduka pasti dah kena maki dengan si Dara... (kali nih aku yang terjelir sambil mata pejam...) ahahahahha

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 06, 2012

Kau

perlahan
kau mendekat dengan gendongan senyuman yang penuh,
memberi rasa yang kau alirkan melalui lorong-lorong sepi di daerah hati,
menyimpul jiwa yang rompong dan lompong,
dengan sapaan


"Ini aku datang, mengait benang cinta di hatimu sayang"

 






















sekarang...
seluruh jasadku menari 

<=::budaqnakal::=>

Terkubur dan Kabur

Agak lama tidak menulis...


Lewat kebelakangan ini, hidup aku seolah-olah dilitupi sesuatu yang berlegar-legar di udara...
keadaan telah memasung aku menjadi orang paling lemah dan terjelupuk pada rasa bosan yang maksima. 
Makin lama, ada sesuatu yang makin kelam dan hilang. 


Yang lebih melelahkan, aku makin lumpuh kata-kata, yang menjadikan aku bisu dan pekak; malah tuli untuk menggerakkan satu hal yang harus aku sudahkan. 


Untuk sekarang, aku mahu lekas sembuh dan kembali terbang bebas di udara tanpa ditempangkan apa-apa.


Tolong ubati aku cinta....


sama ada aku perlukan ruang yang lebih luas,
atau terus mati bersama emosi yang kian terkubur
dan  bersama harapan yang semakin kabur
untuk ke putrajaya di kala malam bersama sang lensa....



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 17, 2012

Penulis dan Pencuri Amatur

aku bukan seorang penulis hebat
cuma amatur
kadangkala bahasaku guna biasabiasa sahaja
ada masanya pula tidak orang lain fahami
maklum saja
aku amatur

aku menulis apa yang aku fikirkan mampu
aku tulis apa yang terlintas difikir
malahku catit perihal aku
aku tidak menyentuh hal-hal permasalahan politik
mahupun ekonomi dunia
maklum saja
aku cuma amatur

aku cuma penulis amatur
yang mula bersajak sejak kecil
yang telah mula menulis sejak umurku belum akil
yang mula sebagai amatur
dan kini masih jua amatur

aku menulis bukan kerana nama beb
sebab itu aku katakan aku cuma
penulis amatur
hasil tulisanku cuma picisan manusia pro seperti kamu

p/s : kalau karyaku cuma picisan... kenapa dalam diam kau intai laman ini dan kau letakkan namamu dikaryaku dalam lamanmu pula? cis! kamu yang pro itu sangat amatur dalam mencuri karya orang lain...

<=::budaqnakal::=>

Monday, July 09, 2012

Usah



kamu cemburu
namun kamu diam dan simpan
bimbang jika hatiku jadi tawar

lama-lama cemburumu hilang
katamu
"aku percaya kamu"

aduh!
kalau cemburu itu terus hilang
bagaimana harus aku nilaikan
perihal kasih sayangmu kepadaku

cemburulah sayang
cemburulah
jangan berlebih
jangan berkurang
sedang-sedang saja

cemburulah sayang
cemburulah...
biarku tahu rasa hatimu
usah pendam
usah padam

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 03, 2012

Hati Ini


 



hati ada rindu
ada sayu
tapi tidak terucap
bimbang semangatmu kan luntur

hati ni ada rindu
ada sayu
tapi tidak terluah
bimbang tangismu kan gugur

hati ini
             ada rindu
                                 untuk KAMU

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 27, 2012

Harapan Menyonsong Hari


malam kian larut
bisingbising alam makin diam
aku berbaring membujur kaku
hati terpasung dalam kesepian
mengira detik kesendirian
tatkala sepi malam kian berlalu
pagi datang menggiliri hari baru
aku bangkit dari lena panjangnya malam
keluar melihat mentari pagi
menghembus nafas berat dalam senyum
benar!
aku harus tetap tegar berdiri
menyonsong hari baru ini
berharap  nanti petang
ada sesuatu yang indah akan pulang
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 26, 2012

Sumpahan

Perihal :

kawan aku si E

Situasi :

selepas melihat gambargambar sang ular yang aku ambil
penuh bersemangat si E bercerita tentang sumpahan ular
katanya "ilmu hitam dan ilmu sihir sebegitu memang wujud"

bla bla bla amalkan 3 Qul
bla bla bla

Kesimpulan :

pemikiranmu kadangkala seperti OpahOpah hikssss

p/s: ok2... pasti akan dimarahi dia nanti...

<=::budaqnakal::=>

Aku mahu!!

semalam penuh bersemangat aku pulang
akal fikir "mahu itu"

bernyanyinyanyi riang aku dalam kereta
"aku mahu... aku mahu..."
senyum setan terukir
cuma tanduk yang belum tumbuh

tiba di rumah
masuk bilik
cinta sedang lena
"ah! aku mahu itu"
tungguuuuuu

malamnya
mula fikirfikir
selepas mandi
"mahu dan mahu ituuuu"

tapi entah macamana punya celaka
aku tertidur
memang celaka!
melepas aku!

p.s: lagi celaka bila kau mencelakakan  diri kerana tertidur, padahal malam tadi mana ada game EURO 2012 lah celaka!

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 25, 2012

PokPokPok

Pok! Pok! Pok!
letak
tak sedap


Pok! Pok! Pok!
terbalik
tak selesa


Pok! Pok! Pok!
pusingkan
tak berahi


Pok! Pok! Pok!
lipat
tak sedap


Pok! Pok! Pok!


hurmmmm... yang tak lena tu mata... kenapa bantal pula yang menerima hukum?


Pok! Pok! Pok!


<=::budaqnakal::=>

Bersederhana

kamu tahu cinta?


kamu itu kadangkala menyakitkan hati
adakalanya memeningkan kepala
punya ketikanya mendangkalkan
kadangkadang jengkel dan merimaskan


kamu tahu cinta?


Ah! kamu tidak akan tahu
kerana kamu itu terkadang punya akal yang kabur
fikiran yang lurus 
dan pandangan hati yang cetek


"blur dan slow"


namun aku mahu kau tahu
dalam jengkel nakalmu yang merimaskan dan menyakiti hati itu
dalam blur, slow dan akal yang kabur itu
dengan bersederhana kamu melengkapkan hidupku


seperti sederhananya kamu mencintai aku
tidak berlebih
tidak berkurang


"cukupcukup makan"



























p/s: yang lain cukup2 makan... yang ini... belum cukup2 laaaaaa....


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 13, 2012

Aku ingin...


aku ingin membina masjid indah
bersamamu

namun
itu cuma impian
angan-angan kosong
terpendam bersama sendu

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 11, 2012

DIA ke?


Dia ke?
"dia lah"
betul ke dia?
"betul lah dia"
dia ke tu?
"tu dia lah"

...diam...

pergilah tegur
"salah orang kot"
dia lah tuh
"ye ke dia?"
itu dia lah
"dia ke tu?"

...diam...

dan hari ini DIA yang ku sangkakan bukan DIA itu sememangnya DIA
DIA bukan lagi dipandang2 ekor mata
diintai dari jarak yang jauh2
DIA sudah kudakap tubuhnya
sudah kukucup kasihnya
telah kugenggam DIA di hati terabadi


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 06, 2012

aku dan kamu


aku mahu menjadi lagu yang terindah untuk kamu
menjadi irama yang memenuhi setiap ruang
dihafal dan didendang
bergema-gema seperti suara cengkerik malam

yang pasti
bukan dengkuran indah
ihihihihiih

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 04, 2012

Sejak Kelmarin

Sejak kelmarin sendiri... Kamar ini sunyi...
Sejak kelmarin bujang... Hati ini lengang...
Sejak kelmarin puasa... Jiwa ini terseksa....

p.s. : mahu ke sana... Tempat kita selalu sembunyi berjumpa... Kamu tahu kan di mana??

<=::budaqnakal::=>

Kalau



sayang
kalau kau lihat
laman ini mula tumbuh semak
beritahu aku
biar aku pikul pam racun
untuk menembak semak yang menyemak

sayang
kalau kau nampak
laman ini mula tumbuh parasit
beritahu aku
biar aku tekan butang padam
mengikis parasit yang melilit membelit

sayang
kalau kau rasa
katil ini mula rasa sempit
beritahu aku
biar aku lenakanmu
sebelum beranjak tidur di lantai atau di luar

p.s. TIDUR LENA SAYANG... JAGA DENGKUR... ehehehehehhee

<=::budaqnakal::=>

Friday, May 25, 2012

Menulis Kembali...

Lama tidak berusik laman ini
entah apa yang aku busykan pun tak tahu
tapi yang pastinya setiap hari terisi dengan pelbagai cerita
kerja-kerja di pejabat
latihan prebet-prebet lapok yang berbagai karenah
MACAM-MACAM

namun,
apa yang lebih menarik adalah
pabila kau berkongsi kebahagiaan bersama orang-orang terpenting dalam hidup kau
emak, abah, adik beradik dan juga si dia...
kawan-kawan terapat mungkin cuma terkena tempias
takpelah... asalkan ada...

Angka 5 banyak memberikan tuah dalam hidup aku tahun ni
apa pun aku dpt atau terima
maka "5" juga aku berikan sebagai simbolik kepada mereka2 yang tersayang
tak kisahlah... 5ribu ke, 5ratus ke ataupun 5 surprise gift...
yang penting ianya berkait rapat dengan "5"

Mula merasakan hari-hari yang aku lalui dan tempuhi
terisi dan tidak lagi lopong dengan hadirnya DIA

p/s: untuk KAMU... bahagiakanlah aku... dengan senyummu


..KAMBINGKU...


**confirm ada yang sound "awaaakkkk! awak kata saya kambing?? sampai hati... tanak kawan awakkkk"*** skrip yang dah boleh diagak!


<=::budaqnakal::=>

Friday, May 04, 2012

Selamat UlangTahun Sayang...

Aku cuba menulis puisi untukmu
namun akal dan minda akan-akan tidak mampu menyusun kata

terlalu banyak yang ingin aku perihalkan
namun segalanya jadi terlalu sendat dan padat di fikiran

ulang-ulangkali aku tulis
ulang-ulangkali aku garap
ulang-ulangkali juga aku padam
ulang-ulangkali juga aku buang

padahal yang inginku garapkan cuma

"SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG"




p/s** susah juga rupanya untuk menulsi puisi Hari Lahir niiiii

<=::budaqnakal::=>