Monday, June 27, 2011

POKOK


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

###
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

<=::budaqnakal::=>

Friday, June 24, 2011

Dia Anak Manja Abah






aku terjumpa sebuah blog, blog kakak kesayanganku... didalamnya pelbagai rahsia hati yang disembunyikan dariku dan kami semua...


ada banyak cerita tentang abah.... ini sepotong kisah tentang abah....

<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 23, 2011

MALAS yang TULEN

aku malas mahu menulis apa-apa di sini

betul-betul malas

kemalasan yang bukan dibuat saja-saja

atau suka-suka mahu malas


ini malas yang tulen

"pure"

"solid"


ini malas yang kalau didarab, bahagi, tolak, campur bagaimanapun

takkan merubah sifat dan rasa malas itu


ini malas asli, original

bukan ciplak mahupun cetak rompak


betul!!!! aku malas nak tulis apa-apa dalam ni!!!!


<=::budaqnakal::=>

Friday, June 17, 2011

JELAS

segalanya menjadi jelas
pabila dia cuma DIAM

p.s. dimana letaknya cinta, kalau dihati penuh dendam dan amarah?

<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 16, 2011

Bersamamu



ini bukan yang pertama kali

bukan juga kali kedua

tidak juga yang ketiga

ia telah berkali-kali terjadi



hinggakan tanpa kita sedar

masa dan waktu telah terbuang

dan banyak momen kita yang hilang

hanya kerana mempertahankan EGOIS

KESOMBONGAN dan KEINGINAN?



p/s : bersamamu, kumahu nikmati yang INDAH dan MUDAH



<=::budaqnakal::=>

BATU



kepala kau dan batu
sama, sekufu


hentakkan seluruh rasaku
biar berderai

biar tercerai


kepala kau dan batu

sama, sekufu

sifatmu beku

dendammu membuku


semalam
aku marah batu itu


hari ini

aku rindu

<=::budaqnakal::>

Monday, June 13, 2011

Memadam Yang Silap


membetulkan yang silap dalam kehidupan

terkadang ibarat memadam tulisan dengan getah pemadam


jika tidak cermat

permukaan akan jadi celoreng

jika terlalu bersungguh

kertas bisa terkoyak...


memperbaiki apa yang silap

tidak harus ditangguh-tangguh

perlu disegerakan

tetapi dengan penuh cermat

berhemah dan rasional

tidak terburu-buru

hingga memburukkan lagi situasi


usah terlalu memaksa

hingga tertekan emosi dan jiwa


harus,

...PELAN-PELAN SAJA....


<=::budaqnakal::=>

Friday, June 10, 2011

Aku dan Alam II


di hentian ini

abstrak hijau, biru, putih dan kelabu

mengadun indahnya warna petang


di sini

gemersik bunyi-bunyian instrumentasi sang beburung

dan mergastua

mengisi komposisi deskripsi dan naratifnya

ALAM






<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 09, 2011

MARAH

BODOH PUNYA BOSS!!! MANGKUK HAYUN!!!! BANGSAT!!!! BARUA!!!!!!!!!!

p.s. HILANG SABAR!!!!!

<=::budaqnakal::=>

DEMAM

Demam sejak malam Isnin yang lalu, panas badan, sakit kepala Tuhan saja yang tahu... hingga ke hari ini sengal-sengal badan dan sakit-sakit kepala masih terasa...


Bila sakit, selera pun hilang... selera makan, selera berbual, selera senyum, selera bergurau... yang ada cuma selera tidur...


maka, untuk tempoh dua hari yang lepas... aku abadikan hidupku dengan tidur...


<=::budaqnakal::=>

Monday, June 06, 2011

ZOE

Zoe dah bijak, tengah main-main, kejar sana sini, lompat-lompat... bila nak buang air terkedek2 dia lari masuk cage...

Zoe suka tido himpit-himpit... bila dia tgk kita duduk diam, dia datang duduk sebelah... rebahkan badan sambil himpit orang dan dia tidur...

Zoe sekarang suka melompat-lompat, walaupun halangan yang dia nak lalu tuh taklah tinggi mana, tetap dia nak lompat... Zoe comel... Zoe baik... Zoe manja.... Rindu Zoe....



<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 02, 2011

Jadilah LAMPUku... (Bila perlu)



aku mahu kamu menjadi lampu, menerangi malam-malamku, namun bila kita bersama, padamkan sahaja cahayamu, biarkan aku meraba dalam gelap.... (ehehehehehehehehehe)


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 01, 2011

Aku dan Laut





aku duduk di tepi laut

memandang ombak

menanam impian ingin berlayar

namun ku tak punya kapal

tidak juga sauhnya




aku duduk di tepi dermaga

melihat kapal

menanam harap menjadi pelaut

namun jiwaku tak kental

baru 5minit belayar

aku sudah mula mabuk-mabuk

mahu segera pulang ke daratan




aku duduk di tepi laut

melihat kapal di dermaga

sambil menahan sakit kepala





p/s : ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi ketika berpeluang ke Sabah tempohari, badanku tidak lagi seperti dulu... laut tidak lagi memberikan damai dan bahagia, tetapi memberikan aku SAKIT KEPALA... (ehehehehhee, walaupun mabuk laut, tetap control macho)


<=::budaqnakal::=>