Monday, March 31, 2014

Bila CINTA tak bersuara


Sang Gadis…

Jika ada mawar yang terindah maka sekuntum mawar itu adalah kamu
Jika malam tertutup awan hitam maka dikaulah rembulan yang menyinari kerongsang hati
Jika butiran embun tak membingkai pagi maka kehadiranmu penyejuk kelopak mata
Jika kau percaya keutuhan cinta maka jadilah pemanis bahagia rumahtangga yang sempurna...

# yang sakit bukan kerana menyembunyikan rasa... tetapi kerana menyedari kau tidak pernah tahu dan mengerti apa yang aku rasa terhadapmu...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 26, 2014

Aku Dia dan Tong Sampah

Aku Dia dan Tong Sampah
Drama komedi romantik
Komedinya tidak berlebih-lebih
romantiknya tidak meleweh-leweh

Aku Dia dan Tong Sampah
memperkenalkan aku dengan heronya
yang mampu 
membawa pelbagai watak... komedi, sadis, romantis mahupun 
antagonis dengan sangat sederhana sempoi dan selamba

itu Aku Dia dan Tong Sampah 2012

2014 Aku Dia dan Tong Sampah
kisahnya lain pula...

"ooo sblm terlupa tolong buang sampah kat dapur and cuci tong sampah sekali ye"

"malas!"

"alaa... plsss ... nak ke dok umah bau busuk, nak ke?"

"saya dah terbiasa dgn bau kentut yang busuk... so tak heran"

ok... ROMANTIS tak??

p.s. masih mengekalkan ciri-ciri sederhana sempoi dan selamba!




















<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 25, 2014

MengIYAkan yang YA

setuju atau tidak
ia sering jadi perdebatan emosi
terkadang akal bilang YA
hati pula kata TIDAK
terkadang berbolak balik
yang YA jadi TIDAK
yang TIDAK jadi YA

YA terkadang aku kata TIDAK
TIDAK terkadang sebenarnya YA

YA bukan semestinya setuju
TIDAK bukan semestinya tidak

terkadang yang mudah-mudah
bisa jadi sukar
YA kan?

realitinya bergantung kepada kita...




p.s seperti aku... kalau ada yang kata kentutku baunya sejak semalam berbeza benar dari yang sebelum-belumnya... YA aku setuju itu... kerana nyatanya aku juga tidak sanggup menghirup bau yang terhasil itu... sungguh menyedihkan aromanya! boleh menangis kalau terus-terus dinikmati bersama Seruling Anak Gembala


<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 20, 2014

CURHAT












sejak dari tadi
memandang dengan fikir yang kosong
curhat gagal diekspresi
rentak lenggok tari bahasa sudah tidak sama seperti yang lama-lama

aku gagal!
sepertimana gagalnya pencarian MH370
yang membezakan aku dengan mereka cuma satu

"usaha"

yang usaha itu mereka
aku cuma punya kata-kata

<=::budaqnakal::=>

RAPUH

ada teman yang bertanya
kenapa bukan dia yang terpilih
menjadi pelawat di laman ini?

bukan memilih
bukan memberi cuma kepada yang istimewa
bukan ada apa-apa
bukan kerana siapa-siapa

cuma
terkadang yang rapuh
perlu diselindung

 













<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 19, 2014

Bukan mudah

Bukan mudah tuk mengerti
apa yang dimengertikan hati
dugaan sebegini kecil terasakan sangat berat dan membebankan

Allahurobbi!
apa yang dirasai hati
teramat sukar untuk dijelaskan dengan penuh erti agar bisa difahami

cukupkah dengan cuma luahan titis-titis airmata
yang tanpa sedar menitis di atas peha?
dan perlahan diseka dengan jemari yang terketar menahan rasa?

Emak...
Abah...

Ternyata kalian adalah "titik" terlembut yang ada di dalam hati

Allahurobbi!
Maaf emak... maaf abah...
jika selama kalian membesarkanku... aku kerap gagal menjadi anak yang cukup dewasa
bilamana kalian menyayangiku... aku terkadang lupa tuk menyayangi diriku sendiri
dan maafkan aku emak...
maafkan aku abah...
seandainya segala kasih yang tertumpah kepadaku
belum mampu ku cedok keseluruhannya
untuk menyirami kalian 

Allahurobbi!
Bukan mudah tuk mengerti
apa yang dimengertikan hati

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 18, 2014

betul

betul orang kata
jangan terlalu berharap
bimbang kalau-kalau yang tiba tidak sepertimana yang kita sangka

betul kata orang
jangan terlalu memberi
bimbang kalau-kalau yang menerima akan jadi kerap meminta

betul kata orang
bila hati sakit
rasanya payah hendak hilang

tiada istilah benci tapi rindu
"benci" itu telah menjelaskan segala-galanya

<=::budaqnakal::=>

Sunday, March 09, 2014

EMAK

Emak masih demam dan batuk2

"Dikkkkk"
"Dikkkkkkk"

aku ke ruang tamu menjenguk apa yang emak mahu

"Kenapa mak?"

Emak pandang dengan memek muka mencebek
Akan-akan budak kecil merengek

"Duduk lah sini... jangan duduk jauh2 dari mak"
Kata emak sambil menepuk2 tilam nipis tempat dia berbaring di depan tv

Sayunya hati Allah sahaja yang tahu



Sama sayu sepertimana ketika emak meminta aku memeluknya tidur ketika di kota Mekah

Moga emak kembali sembuh dan cergas seperti selalunya...


<=::budaqnakal::=>







 

Tuesday, March 04, 2014

lambaian terakhir

Hari ini telah kuucapkan selamat tinggal kepada Kaabah
Rupanya lambaian terakhir jauh lebih menyedihkan jika dibanding dengan lambaian perkenalan....

Terima kasih emak
Terima kasih abah
Terima kasih Ya Allah

Kerana diberi kesempatan dan pengalaman yang tidak ternilai

Hari ini... aku ucapkan selamat tinggal Baitulmal
Jauh dimata... dekat dihati... moga ada jodoh untuk kita bersua lagi....

<=::budaqnakal::=>