Thursday, February 13, 2014

HENSEM???

Ahad lepas; ke kotakmerah bersama 2 teman... 

Sewaktu di dalam kotakmerah dengan konsep mencubanyanyi lagu-lagu baru yang hot, sempat berbalas message dengan kawan lama... terselit pula perbualan janggal sebegini :

KawanLama : Awak... awak dah pakai tudung? and betul ke awak nak pergi umrah?

Aku : Segan pula saya awk bertanya macam ni

KawanLama : La... oklah tuh... 

Aku : *senyum*

KawanLama : So lepas ni saya dah tak boleh kata "hensem lah awak..." kena kata "cantiklah awak..."

Aku : tak pernah hensem pun saya ni (janggal)

KawanLama : Hensemlah... awak mana tau... orang yang tengok awak tau lah awak hensem...

# ok, kebiasaannya kalau aku ke kedai (apa2 jenis kedai pun) kalau tuan punya kedai terpanggil aku "abang" memang aku banned dah kedai tu... walaupun kedai dia jer satu-satunya yang jual barang yang aku mahukan... tetap aku takkan masuk ke situ lagi! tapi si KawanLama panggil aku "hensem"... perlukah aku banned dia? atau aku cuma anggap dia kurang siuman dan masukkan sementara waktu ke dalam wad sakit jiwa imaginasiku sendiri? 



<=::budaqnakal::=>

Monday, February 10, 2014

KELIRU aku lebih KELIRU dari Ajai dan Nurul

Ini perbualan pagi Isnin antara aku dan teman sepejabat. LELAKI!.

Kawan : Kau tahu tak Tinie? Aku tak faham betul lah dengan orang perempuan nih. Sikit-sikit nak merajuk... sikit-sikit nak kecik hati sedih dan menangis. Bila tak pujuk merajuk. Bila dipujuk marah-marah pulak. Bila tak belikan hadiah sebut-sebut. Bila dah dibelikan merungut tak penuhi selera. Bila penuhi selera membebel pula kata membazir lah apa lah. Isykkk! Aku pelik lah Tinie, Pelik sangat-sangat! Naik pening dan rimas aku dengan perempuan nih! Kau faham tak??

Aku : Kau tanya aku faham kau ke faham perempuan ni?

Kawan : Faham aku lah, suruh faham diorang nak buat apa??

Aku : "DIORANG"??

Kawan : Aiseyh Tinie... Aku lupa kau perempuan... Dah bertudung pulak tuh kan...

... dan dia bangkit dari kerusi tempat dia duduk meluahkan rasa kepada aku tadi dengan muka yang tanpa ada sebarang perasaan dan keluar dari bilik aku tanpa permisi. Masuk tadi pun tak bersalam. Duduk pun tidak dipelawa... bercerita tanpa ditanya... hurmmm...

OK! Sekarang ni... aku yang KELIRU!
















<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 06, 2014

Kadang-kadang

terkadang aku sekadar nak mengada-ngada... nak manja-manja... menggedik bak kata orang...
kadang-kadang bila aku kata
"lapar lahhhh"
aku kepingin 
untuk kau balas dengan
"ok sayang... nanti pergi cari makan yea"
atau mungkin
"sayang lapar yea? sayang makan dulu apa-apa nanti malam kita makan sama-sama yea"
itu sahaja pun yang aku mahu 
sekadar ayat menunjukkan kau beri perhatian
bukannya ayat-ayat panik membebel seolah-olah apa yang aku beritahukan itu masalah yang besar
"itulah sapa suruh tak makan? lain kali bawalah bekal roti ke apa ke makan sambil buat kerja kat ofis bla bla bla blaaaa!"

aiyoooh! aku ini orangnya simple
kenapa perlu merumitkan keadaan merasa bimbang tidak tentu hala?

tolonglah... tolong jadi simple... saya tidak suka serabut dan ribut2...

<=::budaqnakal::=>

Permisi














Kawan aku kata, perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan baik sebab nanti timbul rasa suka. Nanti suka berubah cinta. Aku ketawa. Bukan tak percaya. Cumanya...

Zaman sekarang berbeda... Lelaki dan lelaki pun tak boleh berkawan baik... begitu juga perempuan dan perempuan...  sebab nanti akan timbul rasa suka, obsesi dan jatuh hati. kau fahamkan maksud aku?

aku tahu... aku mengerti...
kerana aku pernah alami sendiri

Permisi! 

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 04, 2014

Saat Tidak Ketiduran Tadi Malam

Saat tidak ketiduran tadi malam :

Aku capai sebatang rokok kesayangan dari tempat ia menginap
Ku hisap kuat ia tatkala akal fikirku terbang
menerawang sesat tanpa peta
Fkiran meraba-raba dengan paksa dalam terang

mengantuk yang luarbiasa hari ini
dari atas, bawah, sisi kanan dan kiri sekujur tubuh
akan-akan memaksa aku tergolek bagai bangkai mayat
memperkosa mataku untuk tertutup barang sesaat

sekali lagi…
aku capai sebatang rokok kesayangan dari tempat ia menginap
ku hisap nikmat rasanya sekali lagi dan begitulah seterusnya
hingga tak terasa malam dihujung usia beranjak siang
jam dinding berdenting sekali dikala yang pendek tunjuk 3
dan yang panjang terjulur di 6

ah! asyik mengadap kerjaan
hingga tidak sedar masa bersetubuh dengan sang katil hampir tamat
akan jatuhlah talak bercerai hidup dengan si bantal

aku capai sebatang rokok kesayangan dari tempat ia menginap
masih ghairah menghirup hisap sedapnya ia 
tanpa sedar... sudah genap dua bungkus….
tanpa sedar... sudah sesak nafas…
tetapi... masih belum juga aku berlalu istirehat menikmati malam...

















<=::budaqnakal::=>