Wednesday, May 25, 2011
Ini orangnya...
ini orangnya, penguat semangat dan pembimbingku... ini orangnya yang tahu tika sedih dan sukarnya aku... ini orangnya yang selalu buatkan aku rindu... ini mentorku... wiraku... abahku...
yang selalu bilang "sayang diri tu macam abah sayangkan kau"
p/s : ADIK PUN SAYANG ABAH!
<=::budaqnakal::=>
Monday, May 23, 2011
Andai saja
melihat wajah sikecil, membelai mulus kulitnya, menyentuh lembut ubun-ubunnya, memeluk kemas tubuh kerdilnya, mengucup enak harum bau pipi gebunya... hati tersentuh jiwa terasakan sayu...
apa khabar agaknya anak kecilku Raihan Mikhail? masihkah ingat dia kepadaku?
Andai saja dapat aku undurkan masa... kembali ke waktu itu...
<=::budaqnakal::=>
Friday, May 20, 2011
Karya Merapu Seorang Aku
cuaca panas bersilih hujan
begitu juga kehidupan
terkadang hangat
terkadang dingin
kalau panas, berteduh
kalau hujan, berpayung
kalau banjir, selamatkan diri
p/s : takyah tunjuk handal cuba2 nak redah banjir, tak pasal2 mati lemas nanti... itik pun leh mati lemas, ikan banyak jugak yang mati dilanda tsunami... inikan pulak kita yang berenang-renang itik pun tak terror kan???
<=::budaqnakal::=>
Monday, May 16, 2011
LULUH
aku tak punya bahasa untuk menterjemahkan perihal keluluhan hati...
p/s : entah dimana silapnya- kuhayun langkah menuju cinta, tapi rupanya aku tidak kemana
<=::budaqnakal::=>
p/s : entah dimana silapnya- kuhayun langkah menuju cinta, tapi rupanya aku tidak kemana
<=::budaqnakal::=>
Thursday, May 12, 2011
ANEH
"kita bawa haluan masing-masing, biar kita sedar sejauh mana perlunya kita antara satu sama lain"
permintaan yang sungguh aneh. sesuatu bukan boleh diminta-minta sesuka hati tanpa punya sebab dan alasan yang kukuh. "perlu"? tidak cukupkah rasa yang ada sebagai buktinya? apa lagi?
aneh. kerap benar aku diajukan permintaan yang aneh. anehnya juga, aku sentiasa menunaikan semua. bertambah aneh, bila permintaan hatiku tak pernah pula ditanya.
permintaan yang sungguh aneh. sesuatu bukan boleh diminta-minta sesuka hati tanpa punya sebab dan alasan yang kukuh. "perlu"? tidak cukupkah rasa yang ada sebagai buktinya? apa lagi?
aneh. kerap benar aku diajukan permintaan yang aneh. anehnya juga, aku sentiasa menunaikan semua. bertambah aneh, bila permintaan hatiku tak pernah pula ditanya.
<=::budaqnakal::=>
Friday, May 06, 2011
Senja
itu dia sang mentari
samar-samar bercahaya
di balik awanan menebarkan warna
sebelum gelap
lampu terpadam
dan
malam mati
<=::budaqnakal::=>
Thursday, May 05, 2011
Bersama alam
Lama tidak menulis, cerita yang mahu diperkisahkan jadi tertangguh-tangguh dek kerana waktu yang serasakan singkat dan cepat berlalu...
Tiada yang menarik kecuali satu - ke Salang, Pulau Tioman pada hujung minggu yang lalu
<=::budaqnakal::=>
Tiada yang menarik kecuali satu - ke Salang, Pulau Tioman pada hujung minggu yang lalu
Click petik pemandangan menjadi pengisi masa seperti selalu. Tiada yang lebih mendamaikan selain dari duduk dihujung beting pasir dan bebatuan melihat siang melabuhkan tirai. Melihat remang senja mewarnai ufuk horizon dan sang ketam menyorok dicelah bebatuan. Tiada yang lebih menarik selain dari duduk di hujung pulau di atas bebatu besar sambil melihat manusia berkulit putih kemerahan bermata biru/kelabu berbaring separuh bogel ketika bermandikan cahaya mentari. Tiada yang lebih menggembirakan, selain dari melihat anak-anak kecil ketawa senyum bermain air di pantai. Berpelampung biarpun hanya duduk di atas pepasiran.
Tiada yang lebih menarik selain dari meluangkan masa bersama alam.
<=::budaqnakal::=>
Subscribe to:
Posts (Atom)