Tuesday, January 29, 2008

Abah yang memahami

Abah : Kau ok tak ni

Aku : Adik ok lah.. apa yg tak ok nyer?

Abah : Lain macam je ni, mcm belum ok je, ni ada mana?

Aku : Tempat pertapaan lah abah

Abah : Aik... Bukan kat Subang?

Aku : Bukan

Abah : Memang tak ok lah tu

Aku : Apa abah ni... Adik nak tidur ni, demam lah

Abah : Eleh... tau sangat dah kau tu...

Hehe... Abah aku ni memang memahami betul... Ermmm... Tak sabarnyer nak balik kg Khamis nih... Rindu ler...


<=::budaqnakal::=>

Monday, January 28, 2008

Lamunan Hati

Esok tetap ditangan Tuhan
Bukan aku yang menentukan
Janganlah engkau salah sangka
Masa merubah segalanya
Semangatku bagaikan hilang
Dibawa dirimu oh sayang
Walaupun perit hidup ini
Akan aku tenang selalu
Dibibir ku mengukir senyuman
Dihatiku tersimpan kepedihan
Biarpun engkau
Tiada lagi
Aku setia menunggumu
Biar....Diri...
Aku seorang
Hanyut dilautan
Lamunan tak bertepi

<=::budaqnakal::=>

aida a.k.a the big show

aida : cik tinie dok belakang sy memang jgn harap lah muka cik tinie tuh leh nampak...

aku : eh2... mana tau saya kat belakang nie... hebatlah kau aida...














aida : ha mcm nie baru okey cik tinie... lepas nie keluar skandal terbaru lak lah kat ofis nie...

aku : ceh2...kau nie aida... sedap2 jer mulut tuh yeah...

aida : tajuk skandal terbaru "pekerja ada hubungan sulit dengan boss!"

aku : cilakak tul lah kau ni aida...






<=::budaqnakal::=>

Thursday, January 24, 2008

Abah

Abah macam tahu2 je aku rindu dia... Baru je tulis tadi aku rindu abah... Tiba2 abah call... Nie yang nak nangis nie...

Abah : A'kum

Aku : W'salam

Abah : Kat mana ni?

Aku : Kat ofis lah

Abah : Sihat?

Aku : Sihat... Abah?

Abah : Abah sihat... Kau ok ke tak ni?

Aku : Adik okey jer...

Abah : Ermmm...Keje elok2 jangan ponteng2... Takde masalah yang tak boleh di selesaikan... Yang penting usaha... Takde hati yang tak boleh di jaga, yang penting ikhlas....

(adeh... abah ni macam tahu2 jer... anak dia tengah jiwa kacau...masa nie aku dah sebak dah nie...)

Aku : Yea bah...

Abah : Ok, ada masa balik...

Aku : Okey

Lepas letak jer phone, apalagi... cembenglah kejap anak abah nie... Adeh.... Nak ABAH!!!!!!!!!
<=::budaqnakal::=>

Rindu Abah

ERMMMMMMMM...

DEMI TUHAN, AKU RINDUKAN ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!


<=::budaqnakal::=>

Monday, January 21, 2008

Jika...

jika kau bertanya, kenapa aku jadi sebegini... jawabku...

"KERANA, AKU TERASA SEMAKIN JAUH DARI CINTAMU..."

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, January 15, 2008

Aku mungkin dah lama tak katakan ini pada kamu... Tapi aku mahu kau tahu... Apa pun yang telah terjadi atau apa pun yang bakal berlaku...



"AKU TETAP ADA UNTUK KAMU"



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 09, 2008

....

"...terkadang bukan mudah memendam perasaan...
bukan mudah melihat segalanya di depan mata
bukan mudah memujuk hati sendiri
bukan mudah... payah... apalagi bila dia tidak seperti yang sebelumnya...
dan kau kian rasa tak dihargai..."

<=::budaqnakal::=>

Hatimu belum pernah aku milikki

PUN SEBENARNYA AKU TIDAK MERASAKAN CINTAMU LAGI SEJAK KEBELAKANGAN INI... JANGAN LAYANI AKU HANYA KERANA SIMPATI... AKU BUKAN KANAK-KANAK KECIL YANG BOLEH DIGULA2KAN... AKU ADA HATI DAN PERASAAN... DAN TERNYATA KAU KIAN BERUBAH...

RENUNGI DAN IMBAS KEMBALI BEZANYA YANG LEPAS DAN KINI... TERNYATA HATIMU BELUM PERNAH AKU MILIKKI...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, January 08, 2008

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
<=::budaqnakal::=>

Monday, January 07, 2008

Alasan??

ermmm... mari kita berbicara tentang "hati"... Dah banyak yang aku lalui... dan aku kira jika seseorang itu mula berubah... aku mudah dapat mengesannya... terkadang, tekanan bukan alasan untuk kita berubah sikap terhadap si dia... tekanan juga bukan alasan untuk kita berubah hati dan berubah layanan... tekanan juga bukan alasan untuk kita asyik mencari dan menyatakan salah si dia...

harus di ingat si dia juga punya hati dan perasaan...

salam permisi...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, January 03, 2008

Semalam, iera.. kau ingatkan aku hal2 yang dah lama berlalu... hal2 yang telah agak lama aku lupakan... Tapi tak mengapa... Aku kan 'superwoman'...

Iera, jangan kesiankan aku... Tapi sayangi aku...Macam dulu??? Will you?
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 02, 2008

Aku tak punya sesiapa

semalam...tak tahulah...sunyi sgt aku rasa...dan untuk kesekian kalinya aku rasa aku kehilangan...tak punya sesiapa...

aku : iera...

iera : iyea...

aku : me, crying...

iera : lah...nape nie...

aku : i dont know, i guess i'm lonely

iera : jangan dok umah...keluar, cari kawan2...

aku : the thing is aku tak ada sesiapa

iera : mana kawan2 kau?

aku : ntah, aku penat disakiti manusia sekeliling aku

iera : bangun, mandi..mengucap banyak2...

aku : tak larat...the whole day aku terbaring jer...

iera : kalau penat di sakiti berhentilah, avoid dari benda2 tuh, kita nie bukan superwoman

aku : aku superwoman lah

iera : superwoman mana nangis

aku : ada, cuma tak tunjuk depan orang

iera : ok...sekarang baru aku jumpa superwoman tu

aku : ehehehehehehehe

dan iera...dah lama aku tak menangis macam semalam sebenarnya... kautak tahu iera betapa sakit dan pedih hati aku waktu ini...bukan kerana CINTA...tetapi kerana kawan2... apa salah aku???

<=::budaqnakal::=>

Januari






~~~~~~~~> BUT I GUESS I HAD TO GIVE IT UP...RIGHT????


berat bebanku..meninggalkanmu
separuh nafas jiwaku.... sirna
bukan salahmu.....apa dayaku
mungkin cinta sejati tak berpihak.. pada kita

reff :
kasihku..sampai disini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda
dengarkan dengarkan lagu... lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhir di januari
selamat tinggal kisah sejatiku
oh..... pergilah..........


<=::budaqnakal::=>