Thursday, November 12, 2009

Aku Hari Ini, Semalam dan Kelmarin...


ermmmm... aku tak tahulah kenapa kepala otak aku sikitnya sengal dan gila 2-3 menjak ni... macam badan je yang aku ada, jiwa dan akal aku jauh benar melayangnya...

sebabnya kenapa aku kata aku macam tu?

ermmmmm.....

1. semalam dan kelmarin tengah buat kerja aku boleh tak tahu bila masa aku terlelap, sedar2 aku tahu muka aku dah tersembam kat keyboard PC... bangun dalam keadaan yang pening-pening lalat... agaknya gelombang elektromagnet dari PC tu dah mengganggu gelombang otak aku agaknya.....

2. ada ke tadi aku keluar dari toilet ofis dengan hanya berbaju sahaja? nasib baik lah aku tersedar masa nak keluar dari toilet tuh... buatnya sampai ke dalam ofis tak tersedar? haruslah 10 tahun kisah aku separa bogel berkeliaran di ofis menjadi topik yang hangat di NRE... ermmmm...

3. dan, tak sampai 5 min yang lalu aku nak berjalan keluar bilik, aku tersepakkan kaki aku sendiri... bapak sakit weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! bodohnya kaki kanan! yg kau g sepak kaki kiri aku kenapa??? Otak aku dah tak boleh kawal kaki aku sendiri ke? isykkkkkk... isykkkkkk... kenapa ni????

ermmmmmm.... kenapa yea? kenapa jadi macam tu? Otak aku tak boleh fokus lah... rasa macam tak betul... KENAPA? KENAPA? KENAPA?

*** i really need some TLC...

<=::budaqnakal::=>

No comments: