Dah hari ke-6 tahun baru 2009, rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua teman2 juga pengunjung setia blog aku ini...
4 hari yang lalu setahun yang lepas aku memulakan persahabatan dengan DIA... Selamat Ulang Tahun CINTA... Moga 2009 memberikan kamu 1001 kebahagiaan dan kejayaan...
2009, jika mengikut perkiraan “bijak pandai”, masanya bakal tiba... tinggal sedikit masa sahaja lagi... barangkali juga banyak masa lagi sebenarnya... semuanya bergantung kepada Yang Kuasa... Insyaallah...
2009, begitu cepat masa berlalu... Terlalu banyak kenangan yang kita tinggalkan sepanjang tahun 2008 yang lalu... Aku tak punya “ikatan” yang baik di setiap awal tahun sebenarnya, terutamanya dalam perhubungan... Mengikut kepada pengalaman-pengalaman yang lalu... antara Januari-Mac adalah fasa “patah hati” atau “putus cinta”... hehehehe... Untuk itu aku selalu berasa terganggu memikirkan perkara-perkara buruk dalam tempoh 3 bulan yang pertama... Akan terjadi lagi ke? Atau ianya sedang terjadi dan aku sebenarnya dalam fasa “penafian”?
2009, aku mengharapkan bakal memberikan kebahagiaan dan kejayaan yang lebih baik dari tahun lepas... Bahagia? Sebetulnya untuk apa yang aku ada sekarang ini sudah cukup menjadi rencah dalam istilah kebahagiaan... Cuma kalau boleh, aku menginginkan sesuatu yang lebih lagi... Apa dia? Entah! Aku pun tak tahu nak jelaskan bagaimana rupa “bahagia” yang aku harapkan... Kejayaan? Aku mohon supaya aku lulus dalam fasa percubaan aku... supaya apa yang aku inginkan itu akan tercapai... dah capai nanti aku akan jadi manusia yang lebih bahagia!!!! Yeay!!! Ahakssss.... Kemudian barulah aku sambung belajar... tak sabar juga nak jejakkan kaki ke German... Insyallah!!!!
2009, permulaan agak perlahan sebenarnya... tiada apa-apa yang berubah... semuanya sama sahaja... tiada apa yang menarik untuk dijadikan sebagai “kayu pengukur” bagi membandingkan tahun-tahun yang sudah dengan tahun ini... Nampaknya aku kena cari dan lakukan sesuatu bagi menjadikan 2009 sebagai tahun yang ada “WOW!!!!”
Dalam mencari tuh, semalam dengan jayanya Nina dan aku menjadi pengunjung gym... bersungguh-sungguh juga dia menguji daya kecerdasan tulang belulang kaki dan tangan dia malam semalam... aku pun turut sama menguji sebanyak mana peluh yang berjaya aku produce... Hasilnya??? Hari ini aku takleh nak gelak lebih2... batuk pun perut aku dah rasa kejang semacam... heh!!! Kami buat keputusan... Isnin, Rabu dan Jumaat adalah malam berkunjung ke gym... saja mengeratkan silaturrahim dengan semua pemberat2 dan alatan2 kat dalam gym tuh... tambah ler juga SOHABAT kami nanti... heh...
Aku belum tidur sejak semalam... mata tak boleh pejam... sepatutnya lelah di gym boleh membantu tapi tidak.... aku gagal mengaplikasikan kepenatan semalam... sudahnya aku berjaga sambil menulis... 7 helai surat untuk si DIA... surat yang ke-3 dalam tempoh setahun berkawan... yang ke-2 sebetulnya, yang pertama dulu hanyalah sekeping nota yang aku tulis atas bil McDonald menggunakan celak, malam di mana tanpa sedar aku terbakarkan meja si DIA... sampai hari ini pun masih DIA sebut2... hehehe... yang pertama sebetulnya ketika pertama kali aku harus meninggalkan DIA untuk tempohnya yg agak lama juga... 5 hari... heh...
Selesai dengan karya surat merapu itu, aku layan menonton filem melayu zaman 80-an dulu... JEJAKA PERASAN... gelak sorang2 macam orang tak betul dibuatnya...
Kesimpulannya... masih belum ada banyak perkara yang berubah dalam kehidupan seawal 2009 ini... Aku masih aku... tetap sama... tak ada yg luarbiasa....
Untuk kamu CINTA... telah aku bawarasa ini... sejak dulu...hari ini... dan mungkin hingga hari-hari yang mendatang... Selagi masih rasa itu yang kamu perlukan dari aku....
<=::budaqnakal::=>