Wednesday, July 29, 2015

Perlu ke?

perlukah saat rasa merimbun
kau halakan pula mata chainsaw 
lalu kau bentukkan hati darinya
dan kau letakkan pula lampu lip-lap-lip-lap padanya

cantik tu iya!
originalitinya?
















<=::budaqnakal::=>

Saturday, July 25, 2015

Abah dan Sekeping Nota RM100


Raya 2015, untuk pertama kali dalam hidup... abah beri kami lima beradik duit raya... termasuklah ketiga-tiga menantunya... tidaklah banyak mana pun... cuma sekeping nota RM100. Namun, bukan nilai matawang itu yang menjadi ukuran... "kenangan" itu yang menjadi nilai tertinggi dalam bursa ingatan kami kelak...
 
3 hari sebelum raya, ketika cuma ada aku, emak dan abah di kampung, emak bercerita :
 
emak : dik, abah kau aritu duduk kat luar tu termenung, lepas tu dia cakap dengan emak "kita tak pernah bagi duit raya kat anak-anak kita kan? sebab dulu kita susah... takde duit..."
 
Aku terdiam mendengar cerita emak sambil berfikir dan menguak pintu kamar ingatan "ya! abah dan emak tak pernah beri duit raya".
 
Namun, emak dan abah tidak pernah gagal memberi kami kasih sayang, didikan dan keperluan kami seharian. Tolak tepi waktu makanan kami dicatu dengan istilah "share-share"; pada ketika itu setiap apa yang emak sediakan atau belikan kami perlu kongsi... contohnya, semangkuk ABC di stesen bas Sungai Petani yang pada ketika itu harganya cuma berapa sen sahaja, kami kongsikan bertiga atau berempat (termasuk emak). Bukan sebab terlalu susah hingga tidak mampu bermewah dalam bab makan, tetapi emak dan abah perlu berjimat untuk tabungan pendidikan kami pada ketika itu. Secara tidak langsung, emak ajar kami erti bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.
 
Tapi, itu dulu... sekarang Alhamdulillah, kami semua sudah bekerja, tidaklah kaya mana, namun sudah cukup untuk memberikan keselesaan hidup buat emak dan abah.
 
Abah... kalau tanpa sekeping nota RM100 ni pun, kami tak pernah kisah, sebab apa yang abah dah laburkan pada kami selama membesar dan mendidik kami, nilainya : INFINITI.
 
Terima kasih emak, terima kasih abah!
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, July 06, 2015

Saat Tak Mengerti Hati Sendiri

saat aku cuba membendung hati
saat itu juga lukanya berkali-kali
saat aku ingin sendiri
saat itu juga semakin memberat rasa sepi
saat aku niatkan benci
saat itu juga rindu tak bertepi

aku juga tak mengerti

<=::budaqnakal::=>