Monday, February 28, 2011

Cuba-cuba (apa salahnya)

Ini bukan ciptaan. Ini yang benar. Kenyataan. Bukan direka-reka. Tidak juga ditokok tambah saja-saja. Bukan juga sekadar menyedapkan cerita. Ini betul-betul. Hakikat. Bukan main-main.
"SEMEMANGNYA MENIKMATI AROMA KENTUT SENDIRI KADANG-KALA MEMANG MENGASYIKKAN DAN MEMBERAHIKAN".




Tidak percaya? Maka harus dicuba!!!!!!!!!



<=::budaqnakal::=>

Naskah RAM

kalau ke toko buku
tolong ingatkan aku
untuk mencari yang ini
juga senaskah Cinta Sufi
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 23, 2011

Malam Itu...


malam itu


lampu terpadam
kamar gelap


aku meraba


suis ku tekan
berahi menyala!


malam itu
kamar gelap
lampu terpadam
aku meraba
ku ketemu suismu

<=::budaqnakal::=>

Ku Pinjam Wajahmu

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 22, 2011

PILIHAN?

Dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Untuk memilih pula kita perlu memikirkan konsekuensi yang berkemungkinan akan terjadi. Mungkin pilihan kita itu tepat. Mungkin juga tidak. Siapa tahu? Kita tidak mampu menafsir atau melihat masa hadapan. Kalau mampu, sudah semestinya semua orang tidak akan pernah melakukan kesilapan dalam membuat pilihan.

Berkata tentang pilihan. Aku juga sedang berada dalam situasi untuk MEMILIH.


p/s** aku tahu yang mana kemahuan dan pilihanku... cuma aku perlu sedikit waktu. Waktu untuk memberikan keputusan.

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 21, 2011

Ada yang ingin kuceritakan...


~terkadang dalam asyik melayari kehidupan tanpa sedar kita kian hanyut ke arah pusaran yang bisa menenggelamkan dan melemaskan~

Ada yang ingin aku luah dan kisahkan dalam laman ini, namun aku tidak mampu untuk interpretasikan semuanya dalam susunan bahasa yang mudah. Aku mahu ianya dibaca dan difahami seperti air yang mengalir cantik , tidak tersekat-sekat dan terhenti-henti.
Terkadang, mahu adaptasikan perkisahan dalam hati dan minda ke bentuk penceritaan yang nyata tidaklah semudah mana. Drafnya dalam minda, bila ditulis sebegini terkadang plotnya sudah tidak ada originaliti. Sedikit sebanyak, ada yang tidak mencapai maksud seperti yang diinginkan hati. Mungkin juga bisa jadi salah erti.
Untuk itu, esok lusa bila sudah tahu bagaimana hendak bercerita, akan aku ceritakan. Apa yang pasti ~ KESUNYIAN itu sudah tiada lagi indahnya.
<=::budaqnakal::=>

Friday, February 18, 2011

Pergi dan Kembali

tampak diam di sana
bila aku dekati
cuba menyentuh
kamu pergi
bila aku berpaling
kau kembali ke situ
di tempat yang sama
di duduk yang sama


kau lihat aku
akan-akan minta dihampiri
wajahmu gambarkan sunyi
aku cuba kembali
dekatimu di situ
mahu tahu rahsiamu
mahu mengasihanimu
mahu mencintaimu
namun
kau pergi
dan kemudian kembali lagi




pergi dan kembalimu berulang kali
namun aku tetap menunggu
penuh setia 'tuk berharap
jika pun takkan bisa menyentuh
dan memiliki
cukuplah sekadar menatap indahnya kamu



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 16, 2011

Aku dan Alam








mencari damai di kuala selangor
menjadi pengembara di celah lumpur dan padi kehijauan
p/s : satu kebahagiaan yang tak mampu diungkapkan (mentang2 dah ada remote control sekarang kan... eheheheheheheh)

<=::budaqnakal::=>

Click-Petik Sawah Padi








Ahad yang lalu, berkesempatan ke Kuala Selangor. Biarpun sebenarnya aku keletihan tapi segala rasa yang ada itu hilang dan lenyap sebaik saja aku menjalankan aktiviti click-petik aku di situ. Teruja dan jakun terangkum di bawah panas terik matahari. Melalui batas-batas sawah sambil menghalakan muncung lensa ke arah beburung bangau yang duduk sekawan, pepatung yang asyik terbang hinggap di daun padi ala-ala main acah-acah dengan aku dan burung raja udang yang agak lama aku tak lihat. Memang cantik di sana.
Kesimpulannya, aktiviti aku pada Ahad lepas memang MENYERONOKKAN!!!

<=::budaqnakal::=>

Hidup dan Mati

sunyi
sepi
dingin dan sendiri
siapa yang peduli
tentang hidup dan matinya
sekeping hati
<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 10, 2011

Keterasingan

keterasingan ini telah jadikan aku
manusia sepi dan sunyi
siapa yang harus disalahkan?
jarak? masa?
p.s. - semua ini adalah takdir yang tak daya kita tepis
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 08, 2011

Chenta Hatiku ~ HANA TAJIMA




I'm so in love with this brilliant, gorgeous and talented young women

her name is HANA TAJIMA <--------(click sini)


aku jatuh cinta bukan sebab rupa dia yang memang super duper comel dan cantik sahaja yea! tapi sebab personaliti dan kisah dirinya sendiri yang paling buatkan aku jatuh hati kat dia... haishhhhhhhhhh..... tapikan, muka macam ni memang tak jemu pandang tuh! mesti laki dia geram je kalau tengok dia kan? kan? kan? Grrrrrrrrrrrrrr!

notakaki : she's only 23 and she's married!! Damn!!! (eh2?? apasal aku lak yang emosi terganggu nih??)

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 07, 2011

BURN NOTICE

Ini siri baru (baru tengok dan tahu sebenarnya) kegemaranku di FOX.
Malam tadi gara-gara tak boleh tidur, aku ter"layan" pulak siri acara larian tanpa henti dan tanpa baton (marathon) drama ni. Menarik! Disebabkan menarik dan tertariknya aku melayankan stim sorang-sorang mengadap cerita ni. Aku masuk tidur jam 4.45 pagi. Campur tolak kebil-kebil kelopak mata cari mood nak lelap dan senyum sorang-sorang layan imajinasi getis yang tentu hala, agak-agak kul 5 pagi gaklah aku tido.

p/s : Hero cerita ni punya muka maha hebat ketatnya dan punya raut wajah yang ala-ala psikotik, buatkan aku rasa... nak jadi spy gak ar! Sebab aku nak cuba jadi psikosis boleh tak? :p

<=::budaqnakal::=>

Lelaki?


Lelaki?

Ada yang bertanya "sampai bila kau hendak menidakkan kehadiran lelaki dalam hidup kau?"

Menidakkan? Aku tidak pernah menidakkan kehadiran manusia bernama "lelaki" dalam hidup aku. Siapa tahu apa yang ada di dalam hati manusia sekeras aku?

Lelaki? Kadang kala bila aku kesedihan, aku jarang meluahkan rasa dan erti sedih yang ada dalam hati kepada seorang perempuan, kerana perempuan terkadang tidak meleraikan kesedihan tetapi menambahkan kekalutan amukan rasa yang aku ada. Aku akan tetap mencari manusia bernama lelaki. Padanya ku luahkan segala rasa, dia hanya akan mendengar dan kemudiannya menguraikan segala rasa yang aku ada pada ketika itu menjadi ringan. Ringan seperti debu, perlahan-lahan terangkat ke udara dan terbang hilang entah ke mana.

Terkadang bila aku ingin rasa selamat, ke dalam pelukan lelaki aku hinggap. Ke dadanya tempat aku bersandar mengisakkan tangis. Bila aku kesusahan, kepada lelaki aku meminta bantuan. Kepadanya juga aku memohon perlindungan. Bila aku sakit, dengan lelaki juga aku ingin bermanja.

Siapa kata aku tidak perlukan seorang manusia bernama lelaki? Siapa kata dalam hidup dan hatiku tidak pernah wujud seorang manusia bernama lelaki? Ada! Lelaki itu, Abahku. Lelaki yang sentiasa menjadi pembimbing, penasihat dan pelindungku.

Nah! Siapa kata aku menidakkan kehadiran manusia bernama lelaki?

<=::budaqnakal::=>

Singa Menari

mahu bergendang
menghayun langkah
menyusun gerak
menjadi "singa menari"
walau hanya dalam mimpi
<=::budaqnakal::=>