Friday, February 27, 2015

Masalah Wajar Didiskusikan Tika Mengopi

 
"kau minum kopi atau kau termenung?"
 
suatu pertanyaan yang aku rasa agak janggal didengarkan
dia aku renung dengan dahi berkerutan
tanda aku bertanyakan kembali dia dengan soalan
 
"tak adalah, nampak macam fikiran kau bukan di sini pun"
"ada masalah?"
 
aku angguk lesu
semena itu juga nafas kuhela berat
 
"cepat sangat aku minum kopi ni, panas! melecur lidah aku"
"tu je lah masalah aku sekarang ni"
 
dia pandang aku
aku pandang dia
 
"kau dengan muka drama kau memang macam gampang kan?"
 
heh.. itu tandanya dia menyesal kerana terlalu mengambil berat
 


<=::budaqnakal::=>

Kopi Terfaktab

fak!

rasa faktab gila ini hari
and now, emosi gua dah kat tahap balachi

how come pagi tadi gua boleh lupa minum kopi?

double fak!


<=::budaqnakal::=>

BETRAYAL

aku
kau

kita

maka,
tolong perjelaskan
dari mana datangnya dia pada "kita" itu?

<=::budaqnakal::=>

SYILAKA

entah kenapa

cinta padaku cuma punya satu rasa

rasa macam syilaka

dan lebih syilaka bila bercampur vodka

maka jahanamlah dunia!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 24, 2015

TUDUNG

Di gerai jualan pelbagai jenis tudung :

penjual : beli kak? sehelai lima ringgit, 2 helai 10 ringgit.

aku : *senyum*, angguk kepala.

penjual : saya bagi akak free plastik 1

aku : *senyum tahan tawa*

penjual : akak pakai yang ni mesti cantik kak. cuba pakai pastu akak tengok cermin tu. kalau tak lawa akak salahkan cermin.

aku : *ketawa berair mata*


<=::budaqnakal::=>

Monday, February 23, 2015

SETIA

setia?

setia membabi buta?

setia kukorbankan?

setia kukorbankan babi yang buta?

biar betul?

mazhab mana kau pakai untuk setia gitu sekali bai?

<=::budaqnakal::=>

Jangan Macam-macam

aku bukan budak-budak
anak-anak kecil
yang mulut ternganga
air liur meleleh
tiap kali disogokkan dengan drama sinetron yang episod berjela

aku bukan baru semalam hidup
dah ** kot!

(ok, umur adalah rahsia)

tak payah bikin drama
lihat skripnya sahaja aku dah tahu pengakhirannya bagaimana
dan sudah aku boleh jangka dramanya akan berlarutan sehingga bila

p.s. jangan macam-macam beb!


<=::budaqnakal::=>

Suka Hati

buat kamu

"sayang kamu selalu cinta"

suka hati nak percaya ke tak!

<=::budaqnakal::=>

Friday, February 13, 2015

SEDETIK

sedetik
cuma sedetik saja
mampu meracuni setaman sayang

gila power kot racun dia bagi


#cap betrayal tuhhhh

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 10, 2015

RUNYAM

uji
uji lagi

sabar yang mana pula mahu kau duga

perihal hati memang bisa renyam jadinya!


ralat : runyam bukan renyam, yang renyam tu orang lain... bukan aku

<=::budaqnakal::=>

RASA

kalau lah memberitahu apa yang wajar
kau rasakan pijar
lalu dariku kau diam menghindar
maka segala rasa juga kan turut bubar

padamu segalanya bukan sukar
maka untuk apa nak gusar?

#tunggu esok-esok pula, nak ku ajar rasa yang benar

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 09, 2015

Mouse dan Semut

aku nampak sekor semut di monitor PC

boring punya pasal aku ajak dia racing

rasa hebat bila mouse aku yang menang

syabas! sila kekalkan prestasi

#nanti hujung bulan, aku bagi bonus...


<=::budaqnakal::=>

ONANI

dari tadi jemari di kekunci PC :

akal semenjak tadi juga sakan terapung menerawang cari-cari sumber untuk mengisi ruangan ini... naya! tak sedikit pun idea gila yang muncul untuk kucatitkan... apatah lagi idea seksis mahu pun yang berahi-berahi... makin ligat melancap akal, belum juga idea dipancutkan...

Siapa kata onani tuh nikmat?

Penat!

#minum kopi dulu ah!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 04, 2015

Kejutan

hidup ini penuh dengan kejutan

sama ada ianya benar-benar suatu kejutan
atau pun sengaja dimasukkan elemen-elemen tertentu bagi menghasilkan daya kejutan tersebut

ada kejutan dek sergahan kawan yang lahanat suka  main terjah-terjah
ada kejutan dek cuitan-cuitan bangsa-bangsa celaka yang sukakan latah
ada kejutan dek bangsat-bangsat yang konon-konon sweet jemput gadis kau suka dari rumah sebelah

tak kisahlah kan
yang penting - terkejut
kan?

kejutan padaku pula

definisinya adalah
pabila pulangku disambut kamu yang berbogel di kamar beradu

ahhhhhhhhhhhh!

ha... kan dah jerit

terkejut?



<=::budaqnakal::=>

Kalau

kalau

wajahmu
bibirmu
lehermu
lurahmu
dadamu

yang acap ku curi lihat?

pervert kah aku?


<=::budaqnakal::=>


Andai

Andai merindukan kamu nilainya adalah sengsara
Maka aku rela jadi derita

Andai merindukan kamu nilainya wang berjuta
Maka aku rela jadi papa

Andai merindukan kamu sama tara harga delima
Maka aku rela pergi beli berlori-lori

#apalah sangat harga sebiji delima kan?


<=::budaqnakal::=>