Friday, July 30, 2010

Melancap Akal

Semalam, ada yang bertanya "kenapa tak update blog? bukan ke banyak yang nak diceritakan?"
memang banyak nak diceritakan, tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku kisahkan di dalam ini... Ahhhhh, terkadang bercerita itu tidak semudah menulis dan bersuara... Feel tak sampai... Ianya tidak semudah "melancap akal, untuk memancut idea" (bak kata Angra Pendosa)
Mungkin, jika diberi peluang kepada aku untuk berkhalwah lagi sehari dua... Hasil lancapan itu akan terpancut keluar??? Siapa tahu??? Sabaaaarrrrrrrrrrrrrrrr
<=::budaqnakal::=>

Friday, July 23, 2010

210710

210710
ke angka baru usia tua
tiada rasa
tiada tawa
tanpa DIA
p/s : kalau saja aku bisa memilih untuk sentiasa memiliki dan selalu didampingimu
<=::budaqnakal::=>

Monday, July 19, 2010

Menunggu Detik 2107

...seperti tahun-tahun yang lalu, tidak sabar aku menunggu...
dan
seperti selalunya juga



<=::budaqnakal::=>

Friday, July 16, 2010

SEMUT MERAH

Semut jantan : Cuba cakap!!! kenapa u nak tinggalkan i?? kenapa????
Semut betina : tolonglah faham, i takut family u takkan terima i
Semut jantan : kenapa??? kenapa???
Semut betina : Sebab.... sebab.... (sambil menyanyikan sebuah lagu)
"Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah"
Semut jantan : Cilakak punya makwe! nak cakap aku gemuklah tuh!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Friday, July 09, 2010

Bila ditanya "kenapa masih bujang?"

Ke mana saja aku pergi, selalu sahaja yang bertanya "kenapa single lagi?", "bila nak kawin?", "apasal ko bujang lagi?"... dan aku selalunya menjawab dengan senyum dan tawa... tetapi bukan kerana aku suka soalan-soalan sedemikian, cumanya aku rasa geli hati... sebabnya... bagi aku soalan-soalan yang sedemikian bodoh tak perlu dijawab dengan kata-kata... cukup sekadar dengan senyuman...

apa pun, aku tuliskan disini jawapan untuk setiap persoalan yang mereka-mereka itu tanyakan...

"kahwin" - pada aku, setiap manusia di bumi ini, tidak pernah ada yang tidak mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dan berkeluarga... hanya orang yang tak punya matlamat sahaja yang akan berfikiran sedemikian... Aku? aku juga punya impian untuk mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga... bohonglah jika aku katakan aku tidak pernah "teringin" atau "bermimpi" untuk punya kehidupan normal...


<=::budaqnakal::=>

Monday, July 05, 2010

Hanya mimpi



aku bangkit dari tidur pagi ini dalam seribu kemalasan...
kerana menyedari tangan yang mendakapku erat dalam lena itu hanyalah mimpi...


<=::budaqnakal::=>

Friday, July 02, 2010

RINDU YANG KIAN CONDONG

di hadapanku sebuah nota kosong
untukku coret segala omong-omong
perihal hari-hariku yang lopong
dan rindu yang kian condong
<=::budaqnakal::=>