Wednesday, March 31, 2010

KRITIKALNYA BATERI JIWAKU

Hari ini, Rabu, hari ke-3 dalam minggu terakhir bulan ini... tahap bekalan kuasa bateri jiwa berada ditahap yang kritikal... aku perlukan sumber tenaga untuk mengecasnya agar kembali pada tahap prestasi yang memberangsangkan... aku mahu ia kembali cergas... seperti sediakala...

Akan tetapi... nak buat macamana? ianya tidak semudah yang disangka... tersilap cara, hangus terbakar jiwa aku nih nanti... kalau jiwa jer yg terbakar takpelah jugak... buatnya dengan satu badan hangus sama?? tak ke haru?? ermmm... tak pasal2 terpaksa duduk sebaris dalam geng gagak rimba lak nanti...



Sejak beberapa hari ini, aku jadi manusia yang kurang bermaya... asyiklah sakit perut dan bermuram durja... (heh... ayat... power tak? Ayat romeo tuh!!). si Nonet semalam bagi aku satu artikel tentang stress, artikel tuh tulis, "cirit birit" dan "selalu letih dan tidak bermaya" adalah simptom2 "stress"... ermmmm...???? Ada kemungkinankah aku mengalami masalah tekanan?? aiyooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! yang benar dong???????



STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
So, tolonglah aku... kembalikan KUASA aku... kembalikan KEGEMBIRAAN aku... kembalikan MOOD aku.... kembalikan SEMANGAT aku... aku mahu kembali menjadi..................................



.....



.................



.....



...



......................



....



.................



.......

ULTRAMAN!!!!!!!

BUZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 30, 2010

NAFASKU - TAUFIK BATISHA

Kasihmu
Diluar jangkaanku
sulit rasanya hidupku tanpamu
Usah kau pergi jauh

Aku berjanji cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Diriku sering teringatkan kamu

ooooooo...

Setiap nafasku
Terkesan padamu
Jangan pernah tinggalkan diriku
Sentiasa hadir di jalan hidupku
dan kini cintaku untuk kamu

Ku menanti
ketibaan hari itu
saatnya kau mengucap cinta sejati
Dua menjadi satu

Aku mengerti kata-kataku percuma
Hingga tiba suatu masa
Semua kan menjadi nyata

Setiap nafasku
Terkesan padamu
Jangan pernah tinggalkan diriku
Sentiasa hadir di jalan hidupku
dan kini cintaku untuk kamu
oooo...ooo..

Sentiasa hadir di jalan hidupku
dan kini cintaku untuk kamu

Aku berjanji cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Semuanya untuk kamu

<=::budaqnakal::=>

Monday, March 29, 2010

BUNGA API?

aku mahu membakar bunga api
untuk raikan cinta
namun di tanggal apa nak kubakar ia?
tanggal - bersatu
atau
tanggal - berpisah?
pun sebenarnya
aku tak punya sebab untuk raikan apa2
<=::budaqnakal::=>

Di Sana...

di sana tempat kita
diam bermenung
bisu bercerita
di sana tempat kita
mengadu kisah
melepas resah
bila kan ke sana lagi?
<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 25, 2010

Jangan Ada Benci?

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Semudah melafazkan katakah untuk tidak meletakkan benci bila berakhirnya sesebuah perhubungan? terkadang kita berharap benar agar segalanya tidak berakhir dalam api kemarahan dan seterusnya melahirkan rasa kebencian... tetapi kita ini bukan insan yang kamil... yang bisa mendahulukan akal dari hati...
Ya! kita mungkin bisa berjanji untuk tidak membenci... namun, itu semua hanya sekadar kata-kata... kerana kita ini manusia yang tidak siddiq...
p/s** Aku bukan pembenci, bukan juga pendendam... namun, aku bukan manusia pemaaf... Macam mana tuh?
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 24, 2010

Permintaan Emak

baru tadi emak call

emak : ha... dah pakai tudung kepala dah?
aku : apa mak ni...
emak : yea la... pakai lah tudung... barulah cantik... sejuk sikit hati emak nih tgk...
aku : dah kawin baru adik pakai...
emak : kalau kau tak kawin2?
aku : kalau adik tak kawin2, adik tutup kepala dgn tong drum!
emak : budak bertuah ni, kau main2 je bila mak ckp kan dik?
aku : heh... gurau-gurau tuh kan amalan mulia...
emak : kawin cepat!
aku : kawin dengan sapa?
emak : entahlah dik, ada orang nak kau lak tanak, orang tanak kau yang terhegeh2!
aku : bila masa lak adik terhegeh2 ni mak? adik ni hot stuff tau.. org yg tergila2kan adik... ehehehehehehehehe
emak : gila! malas mak nak ckp dgn kau ni, penat!
aku : sampai hati emak ckp adik gila
emak : (ketawa) memang ye pun, kau tu bukannya betul sgt kepala otak kau tuh!

perbualan terhenti dgn gelak tawa dan dengan tergesa2 aku letakkan hp sebab ada polis di sebelah kereta aku yang menunjukkan isyarat warning kepada aku... ehehehehhee...
maaf pak polisi, saya tak salah... emak saya yg salah!!!

<=::budaqnakal::=>

Karya Kemarau Aku

sudah beberapa hari aku tidak menulis, manakan tidak, hujung minggu sibuk melayan keluarga, kelmarin dan semalam pula tidak masuk ke pejabat kerana berkursus di Jabatan Peguam Negara berkaitan pengemaskinian akta... tak berkesempatan langsung untuk lakukan hal-hal yang lain... apatah lagi, sekembalinya aku ke pejabat hari ini aku ditimbuni dengan pelbagai tugasan...
bagaimanapun, tetap aku usaha untuk curi-curi masa menulis di sini... biar orang tahu aku masih ada... biar orang tahu aku masih wujud... biar orang tahu... sejauh mana pun aku pergi, tetap di sini aku kan kembali... biar orang tahu... aku ini sang setia! ehehehehehheehhe poyo!!!!!!!!!!
hah! cuba korang bagitau aku apa yang korang buat weekend lepas? takkan ngangkang je kat umah cari ilham kot? aku taklah buat benda2 yang hebat mcm daki gunung atau berenang dilautan api... aku cuma mendiamai sebuah daerah yang bagi aku sangat2 indah dan menarik... Ianya sebuah daerah yang sungguh membahagiakan dan mendamaikan jiwa....
daerah apa??? "biarlah rahsia".... (sambil kenyit2 mata and jelir2 lidah gaya si magesh!)
nota kaki : penulis menjelir lidah tanpa ada sebarang unsur-unsur berahi dan ghairah, ianya sekadar untuk tontonan dan bukan untuk ditiru oleh sesiapa pun. Harap Maklum!. Harap maklum juga bahawa si penulis sebenarnya bakal mengalami demam yang berlarutan gara-gara kemarau panjang yang dijangka bakal tiba lewat malam ini dan kemarau dijangka berlarutan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Sekian,

terima kasih daun keladi,
ada angin kentut lagi,
kalau cirit sana jamban lu pergi!

<=::budaqnakal::=>

Friday, March 19, 2010

Kesunyian?

"kesunyian ini terlalu indah
walaupun pahit untuk menelan
walaupun pedih sanggupku tahan
dan kurelakannya..."


benar! kita sedar bukan semua yang manis itu kan berakhir dengan rasa yang sama... terkadang sudah jelas dan nyata yang bakal tertinggal hanyalah kepahitan...

namun, terkadang cinta buatkan hati jadi bisu... minda jadi buta... dan akal seringkali dipaksa untuk berbohong...
terkadang, semuanya bermula kerana kesunyian... dan juga berakhir dengan kesunyian...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 17, 2010

Ro Ya Nun Dal Wau


aku mahu berenang lirih ke dasarmu yang jernih
menenggelamkan diri ke dalam zarah dan molekul cinta
menghela nafas lega di setiap pesisir senyummu

aku mahu berkiam kemas menyambut kamu
bila kala waktu berdua mengacarakan senja
berbicara tentang hari-hari kita

bila mata jadi pengantara bahasa-bahasa jiwa
tentang aksara-aksara yang terukir dihati

ro...ya...nun...dal...wau...

yang kadang terlalu menyesakkan

<=::budaqnakal::=>

Pengisi Ruang Yang Vakum dan Kosong

Genap sebulan aku bekerja di sini... Alhamdulillah... segala-galanya berjalan dengan lancar dan baik... Big boss aku orangnya very fatherly, soft spoken dan amat memahami... Boss atas aku je yg tak best... tapi big boss aku sporting sangat2...
Sebulan di sini aku sudah mula dapat sesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru... sudah mula lancar dalam menjalankan tugas... sudah mula sibuk dengan tugasan dalaman dan luaran... malah sudah mula bertugas sebagai "perisik" ahahahahahahahaaa.... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...
Sejak kebelakangan ini, jiwa terasakan kosong dan sunyi... hingar bingar dunia dan alam keliling tak mampu mengisi jiwa yang vakum... ada sesuatu yang hilang... ada sesuatu yang kurang... akankah ruang kosong yang vakum itu akan terisi kembali?
Aku kepingin CINTA...
<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 11, 2010

Aku, Penjaga Malam dan Nonet

Selepas sekian lama, malam tadi aku kembali ke habit dan habitat lama sebagai seoarang "penjaga malam"... aku tak boleh tidur... jenuh aku cuba... dah beribu-ribu ekor bebiri yang aku kira... dah berhelai2 bulu beruang yang aku cabut... tapi mata aku tetap degil... seingat aku jam 3.15pagi, mataku masih celik... tak aku sedar jam berapa baru aku terlena... itupun seawal jam 5, aku kembali terjaga, kerna bermimpi buruk... ntah malaun mana ntah yang datang2 dan terus menyerkup kepala aku dgn guni... jenuh aku usaha utk lepaskan diri... jenuh aku usaha utk bernafas... sehinggakan aku bangkit dari tidur dalam keadaan yang agak cemas... teman disebelah aku kejutkan... kepada teman aku adukan tentang mimpi burukku... dan teman damaikan aku dalam peluknya... Thanks Nonet...

**Pelik, macamana aku asyik mimpikan yang buruk2 dan menakutkan saja sedangkan Nonet sentiasa diberikan mimpi yang enak2 dan membahagiakan dia?... sbb itu aku mengigau dalam keadaan yang cemas dan dia sentiasa mengigau dalam keadaan ketawa!!! eheheheheheheheheheheheeeeee

**Teringatkan Nonet pernah mengigau pegang sepanduk sedang berpiket... Sengal punya minah!


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 10, 2010

KONSENTRASI TUMPUL

Dua harini, aku akan2 hilang keinginan untuk ke pejabat... namun, walau dalam keberatan tetap aku gagahi... bagaimanapun, kemahuan utk buat kerja sedikit tumpul... gara-gara, ketidakselesaan perut dan kesakitan tulang belakang yang amat sgt... bukan tak boleh buat langsung kerja-kerja aku ni, tapi... aku tak boleh nak tumpukan perhatian supaya aku mampu kusyuk dan tawaaduk dalam menyelesaikan tugasan2 aku tuh... heh!
** aku perlukan urutan manja yang mendamaikan... yang mampu hilangkan kesakitanku, yang juga mampu menajamkan daya konsentrasiku... heh! tolooooonnnn.... tolooooonnnnn....
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 09, 2010

ANAK

hari ini aku mengimpikan sesuatu...

"ANAK"

tapi... aku tanak kawin... so? ada sapa2 yang nak bg aku anak dia tak? heh... cik nonet! kawin cepat ar... nanti anak kau bagi kat aku eh...

ehehehheheeeee

<=::budaqnakal::=>

Bilamana Aku Mula Goyah

Dulu, aku pernah nekadkan dalam hati, aku tak perlukan sesiapa untuk harungi hidup... aku tidak perlukan manusia bernama "kawan" untuk warnakan hari-hariku... aku bisa dan mampu hidup walaupun sendiri...
namun, atas apa yang terjadi semalam... aku akui aku silap dalam membuatkan pernyataan sebegitu dahulu...
dalam keadaan semalam, aku benar-benar perlukan seseorang untuk tenang dan damaikan hatiku... aku perlukan bahu untuk aku sandarkan kesedihan...
aku perlukan pujukan dan kata-kata yang bisa membunuh keresahanku... aku perlukan pelukan mendamaikan...
**Ini semua dugaan... dugaan untuk aku dan mungkin juga untuk kamu... Siapa tahu?
**Akan betahkah kamu berdiri untuk menongkatku bila mana aku mula goyah dan tak mampu berdiri?
<=::budaqnakal::=>

Monday, March 01, 2010

Zoo Negara?

SUKACITA DIMAKLUMKAN PADA HARI SABTU INI IAITU PADA TARIKH 6 MAC 2010, SAYA AKAN BERADA DI TASIK ZOO NEGARA... KENAPA?

...SEBAB KERJA...

KERJA APA?

...TAKYAH BAGITAU LAH...BIKIN PANAS HATI GUAAAAAA JE!!!....

<=::budaqnakal::=>

Serasakan Mati

Hari ini, tanpa ada sebarang keraguan... aku melabelkan diri sebagai manusia yang kalah... Kalah kerana ketidakupayaan aku untuk menjadi yang terbaik...

dan atas ketidakupayaan yang tak seharusnya berlaku ini... hari ini serasakan mati...

<=::budaqnakal::=>