Monday, December 31, 2007

Teman Lama "I"

Seorang teman lama aku "I", aku kenal dia sejak hanpir 12 tahun yang lalu semasa masih menuntut di UiTM Arau...

Aku dan dia, kami selalu terpisah-terjumpa-berjumpa-berhubung-terpisah-berhubung kembali...

Dan sekarang setalah hampir 2 tahun tidak berjumpa, kami berhubung kembali... BAnyak hal yang aku tidak ketahui tentang dia... Yang paling aku kesalkan, aku tidak tahu tentang kematian bapanya, perpisahannya dengan kekasih hatinya... dan kisah tentang apa yang telah berlaku pada dirinya sejak 2 tahun yang lalu...

Hari ini, aku berpeluang mendengar kesemua hal dan kisah "I"... Ermmmmm, "I" dan "H" putus kerana dalam diam si "H" bermain cinta dengan adik si "I"... Damn!!! Aku dapat rasakan betapa sakitnya perasaan "I"...

Hari ini, "I" minta aku menulis tentang dia... Dia kata..."tulis semua perihal aku yang menunjukkan pada semua orang yang aku bahagia...terlalu bahagia..."

Ermmm... aku melihat permintaan itu terlalu berat bagi aku... Dulu aku suka tulis sajak tentang "I" sebab dulu aku selalu ada dengan dia, aku kenal dia, aku tahu perasaan dia... Tapi sekarang aku tak mampu menulis di sini untuk menunjukkan "kegembiraan" yang dia katakan itu... Kenapa???

"Sebab "I", agak lama kita terpisah dan aku rasakan aku tidak mengenali kamu untuka ku luahkan atau kisahkan perihal "kegembiraan" kamu itu..."

"I" sudah bertemu pengganti "H", kata "I" dia sayangkan teman barunya... Ya, aku mengerti... Tapi "I" , ingat yang satu ini, PERLAFAZAN SAYANG SAHAJA BELUM MENJAMIN KEBAHAGIAAN DI HARI MENDATANG DAN UNGKAPAN CINTA BUKAN SATU TIKET UNTUK KAMU MEMLIKI DIA UNTUK SELAMANYA"

"I", dah lama aku tak katakan ini pada kau... AKU SAYANGKAN KAU "I" dan aku tak sanggup melihat atau mendengar kau disakiti lagi...

Maaf, hari ini aku tak mampu menulis tentang "bahagia" yang kau minta... Insyaalah, mungkin esok...lusa...tulat...bulan depan...atau tahun depan...setelah aku pasti "bahagia" kau itu memang milikmu... Akan ku catitkan di sini teman...

Salam Permisi...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 27, 2007


ehehehehe... comel pulak anak aku nie... ahahahaha...
mcm kalau mcm nie lah anak aku n DIA... bahagia hidup...













DD... I miss u... Hug me... (thats what this teddy bear said to DIA)















halamak... nak kucing... nak kucing... tapi DIA tak suka kucing...
ermmmmmmmm....











<=::budaqnakal::=>

Dia...aku...

Malam tu... 2-3 kali dia kata CINTA... Malam tu jugak aku menangis tengok dia menangis... Ermmmm... Tak suka ar tengok dia sedih2...

dan aku lately... Rindukan emak... rindu sangat2... How i wish she know that how much i miss her... Bertahun aku rasa kehilangan... Bertahun aku rasa hidup tak berikan aku makna tanpa kasih sayang dia... Aku berada dalam kesedihan yang melampau setiap kali aku rindukan emak... Kalau lah emak tahu...

<=::budaqnakal::=>

Friday, December 21, 2007


ermmmm....
sedang baca sms agaknya budak nie...
sms siapa?
ermmmm... DIA lah.... sapa lagi...















ermmmm.... MISS YOU.... muah2...








<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 19, 2007

Aku Yang KAu Panggil Sayang


Aku yang kau panggil sayang

Ingin menghampiri masa - masa silam

Engkau yang ku panggil sayang

Pernah meneroka hati ini

Detik kemanisan pun berlalu

Ke manakah janji mu yang suci


Aku yang kau panggil sayang

Ingin ku mengutip sisa - sisa cinta

Engkau yang ku panggil sayang

Menampakkan hala persimpangan

Tanpa meninggalkan kata-kata

Bila kau kan kembali...lagi


Seraut wajah sering ku usap

Dalam mimpi kita pun bersenda

Siang ku menyebut mu

Di malam sunyi ku di goda rindu..huwoo..

Aku yang kau panggil sayang

Dalam kegelapan ku mencari kasih

Engkau yang ku panggil sayang

Mungkin kali ini kehilangan

Berikan daku saat terakhir..

Mengusap muka mu oh sayang...


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 18, 2007

Aku pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku jadi terlalu sensitif... Aku mudah terasa...mudah marah...mudah hilang mood...Terlalu banyak hal yang aku fikirkan kebelakangan ini...Otak aku jadi terlalu sendat dan berserabut... Apatah lagi bila DIA mempersoalkan sesuatu yang kemudiannya bila aku jelaskan DIA seolah masih tidak berpuas hati dan tidak yakin dengan penjelasan aku... Aku jadi marah... Silapnya aku, aku marah dan serabutkan hal2 lain kemudian melepaskan marah serta perasaan aku terhadap dia... Entahlah... Aku tak bermaksud... Cumanya aku pun tak tahu kenapa dengan aku semalam... Aku tak tahu apa yang telah terjadi pada aku sejak kebelakangan ini... Tapi yang pasti, aku silap kerana melepaskan marah aku terhadap dia... Untuk DIA, mungkin aku tak layak untuk menerima maaf dari kamu... dan sebenarnya aku pun tak tahu apa yang harus aku perkatakan kepada kamu... Kalau kau membenci - mungkin aku layak untuk di benci... Kalau kamu tawar hati - mungkin itu yang selayaknya aku terima...

Salam PErmisi...


<=::budaqnakal::=>

Friday, December 14, 2007

Untuk Kamu










yeahh... UNTUK KAMU... faham tak faham...fahamkan jugak!!!! sebab....
and nak tahu kenapa aku sayangkan kau?? sebab....







<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 13, 2007

Maaf...

Untuk kamu yang terluka kerana aku... Yang menangis di dalam hati kerana aku... MAAF... Aku akui aku tidak cukup sempurna dan bukan yang terbaik untuk kamu... MAAF... kerana tanpa sedar, telah ku sakiti hati kamu malam tadi...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 11, 2007

Aku kah?

UNLOVED but TAKEN????
Tak dicintai tetapi telah dimiliki????
Adehhhhh.... Sakit tuh........

AKU KAH ITU????







<=::budaqnakal::=>

Even though

What do i have for u is.....TRUE LOVE
being with u is just like...

even though...





<=::budaqnakal::=>

Untuk kamu









ini apa yang aku ingin perkatakan kepada KAMU...













<=::budaqnakal::=>

Dugaan...

Hari ini, tak di sangka2 aku bertemu dengan seseorang yang aku kenali dahulu... Tahun 1996 semasa masih di UiTM Arau... Kolej Beringin... Damn!!! Tahun ini adalah tahun2 aku bertemu kembali dengan kawan2 lama... Tapi si dia ini seseorang yang aku tak pernah terfikir langsung akan bertemu kembali...

Sewaktu aku memberikan penerangan secara ringkas kepada sekumpulan pelajar UTM pagi ini, tiba2 aku terpandang seseorang yang aku pernah lihat... Pada mulanya aku sangkakan bukan dia... Tetapi bila aku bertanya siapakah pensyarah pengiring, dia tampil memperkenalkan dirinya...aku tergamam!!!!!

Kenapa tiba2 aku bertemu kembali dengan mereka2 ini? Dugaan barangkali? Cubaan yang hendak menguji hati dan kekebalan jiwaku terhadap CINTAKu barangkali????

Dia... Aku tak tahu apa yang hendak aku perkatakan tentang dia... yang pasti dahulu kami bertemu dan kenal atas dasar CABARAN dan TARUHAN kawan2ku...

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

Iera...Kalau kau baca blog aku nie kau mesti dapat agak siapa yang aku maksudkan... Dia student course DIA dulu... Satu kolej beringin dengan kita... Iera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa aku jumpa dia kat sini???? Damn!!!! Tak suka! TAk suka! Tak suka!!!!!






<=::budaqnakal::=>

Monday, December 10, 2007

Hari ini, setelah sekian lama seseorang mengirimkan aku email, agak lama sebenarnya dia menghilangkan diri, aku kira sudah hampir 4 tahun, aku dan dia, baginya ada sesuatu yang belum selesai antara kami... bertukar2 yahoo id dan kami ambil kesempatan berbual dalam YM,

DIA : SAYA NAK AWAK YANG DULU, YANG SELALU DENGAN SAYA

AKU : BENDA DAH LEPAS, AWAK DAH ADA HIDUP AWAK SENDIRI, SAYA PUN

DIA : SAYA TAK PERNAH LUPAKAN AWAK

AKU : SAYA PUN TAK PERNAH LUPAKAN AWAK...SEMUA KAWAN2 SAYA PUN SAYA TAK PERNAH LUPAKAN

DIA : TAPI SAYA LAIN AWAK

AKU : YEA,, TAPI ITU DULU...

DIA : AWAK MASIH MARAHKAN SAYA?

AKU : TAKDELAH, TAK ADA SEBAB UNTUK SAYA MARAH UNTUK HAL2 YANG DAH BERTAHUN JADI

DIA : KALAU SAYA MASIH SAYANG AWAK?

AKU : (KETAWA)

DIA : SAYA SERIOUS

AKU : SIMPAN SAYANG AWAK UNTUK ***** AWAK...

DIA : TAPI DIA LAIN, AWAK LAIN...

AKU : MEMANGLAH LAIN... AWAK NAK MEMBANDINGKAN SAYA DENGAN DIA, MEMANGLAH TAK SAMA... JANGAN BUAT PERBANDINGAN, SAYA TAK SUKA, WALAUPUN PERBANDINGAN TUH MEMBERIKAN KEMENANGAN PADA SAYA...

DIA : AWAK MEMANG DAH LUPAKAN SAYA?

AKU : SAYA TAK PERNAH LUPAKAN AWAK... BUKAN AWAK JER RAMAI LAGI YANG SAYA TAK PERNAH LUPAKAN...

DIA : KENAPA AWAK MCM NI? DULU AWAK TAK CAKAP MACAM NI DENGAN SAYA, AWAK CAKAP ELOK2 JE

AKU : ITU DULU... SEKARANG LAIN

DIA : SAYA LEBIH SUKAKAN AWAK YANG DULU...

AKU : SIMPAN JER ATAU BUANG JAUH2 TENTANG SIAPA SAYA YANG DULU... SY SKRG LAIN

DIA : KENAPA AWAK KASAR SGT NI?

AKU : LAH...AWAK NI KENAPA? ANAK AWAK SIHAT?

DIA : (diam)

AKU : ERMMM... KALAU AWAK CONTACT SAYA UNTUK BERKAWAN SAYA OK JER, TAPI SAYA TAK RASA MCM AWAK NAK BERKAWAN... SAYA DAH ADA ORANG LAIN... N EVEN KALAU SAYA SINGLE PUN SEKARANG, SAYA TAKKAN JADI YANG MACAM AWAK NAK...

DIA : KENAPA AWAK NI???

AKU : TAKDE APA2LAH... OKLAH YEA SAYA ADA KEJE NAK KENA BUAT... SALAM UNTUK ***** AWAK...

perbualan termati di situ, kasar ke aku cakap macam tu? aku tak rasa mcm tuh pun, aku cuma tak mahu terlibat dalam masalah... lagipun, hati dan perasaan bukannya boleh di paksa2.... aku tak minta kau hadir semula dalam hidup aku untuk memulakan kembali sesuatu yang telah lama berakhir... Berhenti dari meminta sesuatu yang mustahil untuk aku tunaikan...


<=::budaqnakal::=>

Rahsia tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh: 12 April 197412 + 4 + 1974 = 19901 + 9 + 9 + 0 = 191 + 9 = 101 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis - Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual -Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

<=::budaqnakal::=>

hobby


aku tak tahu knp aku suka sgt dgn patung2 mcm nieh...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 06, 2007

Ku temui CINTA?


Dalam hidup ini... Ramai antara kita yang cuba mencari cinta... Cinta sejati... Yang sanggup lalui segala perit jerih kehidupan bersama.... Yang sanggup berkongsi segala cerita baik susah mahu pun senang... Yang akan sama-sama jaga bila usia mengensot senja... Meniti bahagia dan derita bersama... Menerima segala kekurangan... Berkongsi segala kelebihan....

Sudahkah kita temui cinta itu? aku secara jujurnya, telah menemui cinta hati ku... Keyakinanku ada padanya... Gembira... Sedih... Suka... Rajuk ku... terletak padanya... Aku menyakini cinta ku yang satu ini... Namun, mungkin dia tidak akan di takdirkan bersamaku untuk selama2nya... Mungkin... atau pasti yang sebenarnya?

Aku tidak mahu memikirkan hal-hal yang bakal mendatang... Aku hanya ingin menikmati segala rasa yang telah aku rasakan dengannya sekarang... Apa yang bakal terjadi esok lusa... Biarlah menjadi satu ketentuan dari-Nya... Kalau di takdirkan berpisah... Aku redha... Aku rela... Aku cuma inginkan CINTA ku ini menikmati segala rasa bahagia yang ada di dunia ini... Biarpun bersamaku hanya untuk sementara waktu...

Kenapa aku cinta dia? Kenapa rinduku tidak pernah luntur untuknya? Kerana cinta dan rindu yang ku bawa padanya hari ini adalah CINTA DAN RINDU YANG TERTUNGGAK sejak dahulu...

Untuk kamu cinta... Kala senyum mu biar aku temani tawamu.... Kala tangis mu biar aku kesatkan airmata... kala kecewa mu biar aku jadi pengubatnya... kala sunyi mu akukan selalu ada di sisi.... kala susahmu aku sanggup membantu... kala apa pun yang kamu mahukan ku... katakan saja... Di mana kau ada di situ ku kan setia menemanimu... Insyaallah...

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 03, 2007

Selepas hantar dia ke KLIA... Dalam perjalanan balik ke KL, dia call...

dia : i rasa... i rasa macam... ermmm...i rasa macam rindukan u, macam mana?

aku : heh...i miss u too baby...

then we hanged up...
and guess what? tears go down slowly from my eyes... cos why? cos i miss DIA more than what i can imagine actually...



<=::budaqnakal::=>