Sunday, August 24, 2014

Hujung Minggu Yang Produktif

Jam 10 malam semalam baru mula
berhenti jam 4.30 pagi
hibernisasi hingga jam 2 petang
sambung kembali ketika 3.30 petang
sekarang 5.45 pagi
semangat masih kukuh
daripada 115 muka surat tinggal lagi 24 sahaja lagi

kemalasan melanda
tunggu nanti sahaja sambung semula
moga-moga selesai semuanya

menjadi terlalu produktif ketika hujung minggu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan
namun, apa lagi pilihan yang aku ada?

ikhlas-ikhlaskanlah sahaja

ah! lapar pula

<=::budaqnakal::=>

Friday, August 22, 2014

Jasad Itu

aku mahu menulis
tetapi apabila mengenangkan di sana
ada keluarga yang menantikan kepulangan jasad-jasad tak bernyawa
 
titis airmata
aku biarkan sahaja
tidak berhajat sekalipun untuk menyapunya
 
ini kisah jasad itu :
 
sudah 30 tahun tinggal di Negara orang
kali ini katanya mahu pulang
mahu beraya bersama-sama
dalam seloroh dia kata "buat majlis besar-besaran tunggu kepulanganku ya!"
hari ini telah terlaksana apa yang diminta
 
ini kisah jasad itu :
 
tinggal cuma setahun lagi 'tuk timba ilmu
dek kerana rindu gesa-gesa pulang ke Malaysia mahu jumpa Ibu
sayangnya...
ibu tidak bisa memeluk untuk merasakan lagi hangat pelukanmu
ketika pergi ibu lihat wajah kamu melambai ucap selamat tinggal
hari ini
ibu cuma memandang sayu penuh rindu dan cinta pada sebuah keranda

ini kisah jasad itu :
 
enam sekeluarga
empat tak jumpa
yang ada cuma dua : ibu dan anak pertama
pesan ayah dahulu : "long, kalau ayah tiada, jaga ibumu"

hingga mati anak itu pegang janji


 
<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 21, 2014

Terima KAsih

buat kamu yang singgah di jiwa
terima kasih di atas segala rasa yang kau bawa
terima kasih si pulut mangga kerana buatkan malamku lena



















terima kasih buat si pembikinnya juga... SEDAP wooohhh!
makin pandai masak... TERBAIK woook!
hurmmm... seminggu makan ini je pun boleh...

#senyum sampai ke telinga

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, August 19, 2014

ANGAU

ANGAU?

ok
perasaan ini sangat tidak bagus
menganggu emosi dan konsentrasi

untuk aku membayangkan kamu
dalam situasi angau tahap melampau
bukanlah keutamaan pilihan

kau tidak seharusnya hadir ketika aku
sedang sangat rajin menyiapkan tugasan
ketika aku sedang sangat sibuk menyibuk-nyibukkan diri

tak seharusnya!

sekarang ni
bantu aku
beritahu aku
mana aku perlu cari kau?
supaya aku dapat back to normal

tolonglah oi
tell me lah oi
mana boleh aku cari pulut manga?

gagagagaga

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 18, 2014

Luahan Bangsat Si Bangsat

rasa bangsat yang tidak boleh diurai dengan sebangsat-bangsat bahasa
sebangsat-bangsat aku pun aku masih tahu bezakan duku dengan langsat

bukan macam kau
aku dengan Yusry KRU pun kau tak tahu nak beza

lain kot!
aku lagi hensem pe?

<=::budaqnakal::=>

Maaf

untuk semua gadis yang pernah aku cintai

maaf!
kerana buat kalian percaya

<=::budaqnakal::=>

Gila Tergila-gila Si Gila

kadang-kadang tertanya juga
apa yang dilihat pada aku
hingga mudah benar jatuh cinta, rajuk dan kecewa

rupa?
biasa biasa sahaja

gaya?
pun biasa biasa juga

bahasa?
tidak pernah pula guna yang luar biasa

pun sebetulnya aku ini biasa biasa sahaja
tetapi aneh ya?
masih ramai yang gila kerana tergila-gila

#siapa tahu di mana ada bomoh untuk buangkan susuk emas?

<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 14, 2014

SEDUT

sudah hampir setengah jam aku renung paparan laman ini
mencari idea dan kisah-kisah untuk kucoretkan
malangnya tak tahu dari mana harus aku mulakan

*sedut*

aku mahu menulis di sini
tetapi tidak tahu perihal apa

*sedut*

ah! otak berjerebu
idea kelam dalam kelabu

*sedut*

nak terberak pulak cari idea

*sedut*

jap eh! nak berak dulu

*writer's block symptom

<=::budaqnakal::=>

Aku

aku memilih :

bukan kerana paras rupa
bukan juga kerana harta

kalau pun ada iras-iras Nora Danish - itu aku anggap extra credit cuma

percayalah! aku bukan si mata keranjang
cuma terkadang memandang yang berdada telanjang

ooopsss!

<=::budaqnakal::=>

Lupa Ketika Mendung

mendung
hujan
dingin

ada sesuatu yang tertangguh sejak dari renyai membawa ke
lebatnya sang hujan turun

ah! sebetulnya, aku lupa

#terasa ngilu pula menahan kencing dari tadi

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, August 13, 2014

SOUL

terkadang bukan semua yang diidamkan indah di mata
atau cantik secara fizikal dan jisimnya

terkadang indahnya terletak di "soul" - jiwa
tidak nampak bentuk dan rupa... zatnya tiada
seperti roh

faham?
tak faham?

#meh cuba bau kentut aku, baru kau faham makna SOUL!

<=::budaqnakal::=>

Sensitif

sensitif
sensitif
sensitif
sensitif
sensitif

........... sensitif
sensitif
........... sensitif
sensitif
........... sensitif
sensitif
........... sensitif

# hari ini belajar bahasa

<=::budaqnakal::=>

Rimas, Malas, Lemas

aku ini barangkali orang asing
bercakap lebih sikit salah
berbuat pelik sikit salah
terlebih bergurau - sakit
terlebih laku - sakit

kalau dah semua benda sakit, kita berhenti bercakap; kita berhenti bergurau
senang cerita

#rimas, malas, lemas

<=::budaqnakal::=>

Aku Beri Yang Kau Minta

kalau lah cuma dengan kata-kata
bisa ada yang tersinggung
berkecil hati atau marah

kalau lah kerana dengan kata-kata
bisa ada yang memencil diri
berjauh hati dan tidur berasing

kau memang belum cukup kenal aku

#aku beri apa yang kau minta - takkan bersuara; jangan minta aku apa2

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 11, 2014

HUJAN

hujan - payung

aku kurang gemar berpayung atau memegang payung
kalau lagu ketipang payung tu, suka lah juga

antara hujan dan payung
aku lebih kasihkan sang hujan
baunya yang damai
dinginnya yang nyaman

lagipun, kalau demam dek kerananya
boleh MC lama-lama

kukuh tak alasan untuk aku sangat kasihkan hujan?

















<=::budaqnakal::=>

2020

 
kang kalau dah tahap tragis sangat emosi aku ni tak terkawal
kata pulak begini kat kau
aku rasa mahunya kau meroyan untuk 10 tahun yang akan datang
tak apa
aku cuma boleh berharap cukup cuma 6 tahun yang mendatang sahaja kau meroyan
tahun 2020 maaaaaaa
 
"MOVE ON"
 
*itu pesanan dalam kapsul masa yang aku suruh Tun M tanam dulu, tak percaya?
tunggu lah 2020 nanti
 

<=::budaqnakal::=>

*WISH*

kau minta :
mahu aku luangkan masa untukmu
sepertimana aku luangkan masa untuk orang lain

aku minta :
kau lupakanlah permintaan kau tu

<=::budaqnakal::=>

SIBUK

untuk menulis...aku punya banyak idea, tapi sekarang aku terlalu sibuk... banyak kerja...
banyak sangat nak buat - buat-buat sibuk

#kalah Perdana Menteri

<=::budaqnakal::=>

KOMPLEKS

dalam konteks kehidupan yang semua sedia maklum ----> kompleks
kau tanpa kerumitan berjaya buatkan aku lemas di daratan

namun,
untuk aku klasifikasikan kau tidak serumit dan sekompleks kehidupan ----> GILA

<=::budaqnaqal::=>

Kau GILA

Ya Tuhan
berikan aku apa sahaja

...kecuali dia!

#kau nak gila, kau gila lah sorang2... ajak aku berduet sekali buat apa?

<=::budaqnakal::=>

SEMAK

kau boleh pergi
adios
berambus
kalau kau tidak mampu bersabar denganku
 
kau boleh benci
maki
doakan aku mati
hanya kerana tak balas whatsapp kau beri
 
lebih dari 3 tahun
kau tidak berubah pun
 
kau memang tidak pandai kawal emosi
kau cuma bijak mendesak
buat otak aku sesak
dan... hurmmmm...
rasa SEMAK
 
#semak di bawah boleh lagi selak-selak; semak hati boleh mati woooo
 
<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 07, 2014

PSIKO PENCURI HATI - PSIKO TAK RETI NAK PULANGKAN BALIK!

betapa kau adalah penagih perhatian :

SMS 1: awak... jom lah borak...

*tak jawab*

SMS 2 : tanak borak takpelah.. sorry kacau awak...

*tak jawab*

SMS 3 : tadikan... saya... blaaa.. blaaaa.. blaaaa... blaaaaa

betapa kau adalah psiko yang sukakan perhatian

SMS 1 : kalau pun awk tak boleh terima saya sbg org yg special dalam hidup awk... bagilah peluang untuk saya anggap awak sebagai kakak saya

*tak jawab*

SMS 2 : tak pernah istimewanya saya ni di hati akak, kalau sbg adik pun akak tak boleh terima saya takpelah... hanya 1 je cara untuk putuskan semuanya... tapi.. itu nanti saya cerita lain...

*tak jawab*

betapa kau adalah perisik psiko yang sangat tragis :

SMS 1 : awak buat apaaaaa?

*tak jawab*

SMS ke 2 dihantar kepada kawan2 terapat si penerima SMS 1 dengan soalan ;

"ada mana?" - ok dengan harapan si polan jawab dia dengan si penerima SMS1 tu sedang di sini buat itu dan buat ini (korek cerita dari orang lain pulak la kan???)

SMS 1 : cubalah cari masa untuk saya mcmana awk ada masa untuk kawan-kawan awak

*tak jawab*

#dude! bila aku diam... kau meroyan... dah bertahun kot gini... tak berubah... bila aku layan walau cuma jawab "hai" kau mula lah sebut tentang bulan bintang hati dang perasaang


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, August 06, 2014

BARAI

emosi
keinginan
kerajinan

semuanya di tahap yang mengecewakan

ikutkan hati
malas nak layan
malas nak turutkan
malas nak fikir

tetapi
degil sangat otak nih!

#ambil pistol, petik, terbarai kau!

<=::budaqnakal::=>