Wednesday, January 26, 2011

untuk DIA


untuk DIA yang selalu aku sayang
dan akan sentiasa kekal dalam HATI
<=::budaqnakal::=>

Atok panggil "LEBIH"

Semalam keluar minum dengan bekas pensyarah... kebetulan dia bersama temannya yang juga seorang pensyarah dari USM...
Sewaktu rancak berbual dengan pesyarah aku tentang diri, kehidupan dan perancangan akan datang... teman pensyarah aku yang sebenarnya sejak dari mula asyik memerhatikan aku mula bersuara, bertanya kepadaku "u orang mana?", aku jawab soalannya. Dia tanya lagi "u ada kakak?", aku angguk mengiyakan. Entah kenapa soalan kedua yang diberikan seolah-olah sudah memberikan bayangan untuk soalan yang bakal aku terima seterusnya. "Dr. R***********, senior lecturer di Fakulti ************ kakak u ke?". Aku hanya senyum dengan anggukan.
Aku tanya pula "kenapa?".
Dia menjawab "Rupa u dengan dia iras-iras, suara lebih kurang, cara bercakap pun sama"
Aku cuma membalas dengan senyuman dan ketika itulah wajah kakakku muncul di kepala. Senyum, tawa dan kelincahannya "breakdance" sewaktu kami masih kecil terus terbayang. Siapa sangka kakakku yang "fragile", lembik dan manja itu telah berjaya sekarang ini?. Sewaktu kecil, orang selalu menyangka aku kakak dan dia adik... kerana jika ke mana-mana aku yang akan menjaganya. Kakak aku jenis yang tidak boleh naik kenderaan kerana dia mudah benar "mabuk". Apa lagi dengan tubuhnya yang lebih kecil dan sifat pendiamnya telah membuatkan beliau selalu dibuli. Kakak aku punya 12 jemari tangan. Sebabkan itu, pernah sewaktu di sekolah rendah kawan-kawan mengatakan dia cacat. Kalau kakak aku pulang ke rumah dengan tangisan, aku akan pastikan orang yang mengusiknya pula pulang menangis pada keesokan harinya. Tak kira lelaki atau perempuan.
Arwah atok panggil kakak aku "LEBIH", yea... kakak aku punya banyak kelebihan... Bukan hanya jarinya yang lebih... IQ nya juga... Dia bijak... Dia suka senyum walau dimarahi emak... Dia pandai memanipulasi aku... Dia bijak mempengaruhi aku... Dia bijak bila berkata... Dia tahu bagaimana hendak berkompromi dengan manusia sekeras aku... Dia tahu di mana kelemahan ku...
Kakak aku yang seorang ini... Dimulutnya tidak pernah keluar perkataan "SUSAH" dan "TIDAK BOLEH". Kalau dulu bila tiap kali abah bertanya exam susah ke senang? Dia akan jawab "SENANG". Kalau abah tanya boleh score? Dia akan jawab "BOLEH". Abah kata kakak aku "cool" (ermmmm... but i'm cooler than her... heh!).
notakaki : aku rindu kakak aku... :(
<=::budqnakal::=>

Monday, January 24, 2011

SEPI

dan bila rasa itu berpaling dari hati
membelakangkan rasa
menjauhi jiwa

...SEPI...



p/s : siapa yang tahu aku sepi? dia?? kau tahu?? sigh... tiada yang tahu... tiada siapa yang peduli...


<=::budaqnakal::=>

Friday, January 21, 2011

Diam

Diam
tak perlu kata apa-apa
pendam... biar redam...
puruk... sampai menjeruk...

Diam
tak perlu kata apa-apa
bujuk sendiri... hati yang merajuk
usah tumbuk...
punya akal bukannya beruk

Diam
tunggu
dan
lihat
tanpa suara
"tak perlu kata apa-apa"

<=::budaqnakal::=>

Shhhhhhh...




sesetengah perkara, terkadang lebih baik dibiarkan begitu saja
tanpa perlu diperbicara
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 19, 2011

Batu Caves dan Ayah Pin


Esok aku ke Batu Caves... Ayah Pin email aku pagi tadi, suruh gantikan dia jadi tuhan esok... Katanya dia tak boleh balik Malaysia lagi... takut kena cekup... So, nak tanak aku kena menurut perintah... kalau tidak nanti aku mati... dikelahiran akan datang tak pasal-pasal aku jadi BABI... tak cium bau syurga pulak!!!!

:: ini gambar terbaru ayah pin ::


Ayah Pin pesan lagi... "Maafkan saja dosa-dosa semua pengikut kita, biar mereka tahu sesungguhnya, KITA ini maha pengampun"... ermmmm... Abistu, dosa aku? dosa dia??? Cane?? aaaa aaaaa cane? cane???

<=::budaqnakal::=>

PERHENTIAN



Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri
Oh.. Oh..

Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan peganganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri
notakaki : ibarat pengembara yang tidak punya destinasi tertentu untuk dituju... hanya mengikut langkah kaki dan kudrat yang ada... bila tiba masanya, mahu juga mencari perhentian untuk berhenti dan terus dihuni... sudah ketemu perhentian itu????
<=::budaqnakal::=>

HILANG

sejak kebelakangan ini, aku kian kemalasan untuk bangkit awal pagi bagi memulakan hari... aku hilang motivasi untuk ke pejabat...
sejak kebelakangan ini juga, aku semakin lemas dengan manusia-manusia sekeliling... yang terkadang pura-pura mengerti aku tetapi dalam masa yang sama menghimpit emosi... aku letih...
sejak kebelakangan ini, aku fikirkan sesuatu... sesuatu yang sebenarnya KOSONG dan HILANG
sejak kebelakangan ini, aku hilang AKU...

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 17, 2011

Masih


hari ini... untuk kesekian kalinya...
ingin aku katakan

"SENYUM SELALU CINTA.... aku masih di sini, tidak pernah pergi...."

<=::budaqnakal::=>

Buat Kalian

tiba-tiba teringatkan sahabat2 lama di sana... (kalian tahu siapa kalian)
"moga perjalanan hari-hari kamu ditemani cahaya terang... diindahi warna pelangi... diharumi 1001 aroma haruman bebunga... dilimpahi bahagia...
Semoga, tawa...senyum... menemani hari-hari kalian sahabat..."
<=::budaqnakal::=>

Rest In Peace (RIP)

Tahun lepas... tak silap aku dalam bulan Januari sebelum aku balik ke jabatan lama... masa tu ke Kedah atas urusan kerja... hari terakhir sebelum pulang ke KL, makan-makan di Pekan Rabu, selepas makan selipar aku putus... selipar Dr Cardin kesayangan aku pulak tuh... jenuh aku rayau dalam Pekan Rabu tuh cari selipar murahan untuk dibeli... dahlah jalan tak serupa orang berjalan kan... dok terseret2 je kaki masa tuh... eheheheheh (macam suster ngensot) tapi selipar yang aku cari takde... walaupun selipar jepun (jamban)... last-last aku beli capal... capal putih yang sangat aku suka...


few months later, aku beli selipar baru... sama dengan selipar lama aku yang putus tuh... so capal putih yang aku beli di Pekan Rabu jarang-jarang aku pakai... kadang2 je bila ke ofis aku malas berkasut aku pakai capal tuh... sebab sebenarnya capal tuh memang selesa dipakai... cumanya orang akan memandang kaki aku dengan muka yang pelik dan hairan... pernah ada yang bertanya "perempuan boleh pakai capal ke?"... aku jawab "dalam Quran atau Sunnah Nabi tak pula kata haram..." heh... walaupun sebenarnya aku faham maksud dia tuh... bagi aku capal nih pemakaiannya universal... kalau rasa selesa dan sesuai... tak salah dipakai... biasalah... paradigma "orang kita "... tetapi tidaklah semuanya begitu gaya pemikirannya... segelintir sahaja...


okey... sebenarnya... aku bukan nak cerita tentang betapa sedap dan selesanya capal putih edisi khas Pekan Rabu tu... bukan juga nak bercerita tentang paradigma kolot orang kita bila perempuan bercapal... yang aku nak ceritakan satu hal saja... SELIPAR AKU PUTUS LAGI...

...RIP seliparku...


p/s : boleh tak tahun ni aku nak request kawan-kawan aku hadiahkan aku sandal atau selipar masa birthday aku nanti? kalau 10 orang dah 10 pasang... so 10 tahun aku tak payah beli selipar atau sandal... tapi aku nak Dr Cardin je yea... (heh! demanding!!!!)

<=::budaqnakal::=>

tidak mampu

aku diam
kerana aku tidak mahu diganggu

aku diam
kerana tidak mahu lebih menyakiti sesiapa
dengan lakuku mahupun kata-kata

namun
bila aku diam
masih ada yang tidak mengerti
dan menambahkan beban pemikiran
yang baru cuba-cuba untuk istirehat

aku tidak mampu
untuk memikirkan soal hati

<=::budaqnakal::=>

Friday, January 14, 2011

Emcee yang tidak suka ambil MC

Isnin lalu 10 Januari 2011, pembuka kepada program jabatan aku telah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis amanat tahun baru oleh KPUP... Apa lagi pilihan yang aku ada selain dari menerima amanah yang telah diberikan walaupun pada ketika itu akulah juga orangnya yang perlu menyiapkan teks ucapan amanat Dato'...
pagi 10 Januari bermula dengan debaran... manakan tidak... aku lewat tiba ke pejabat atas sebab yang tidak mampu aku elakkan... tapi, syukur Alhamdulillah, walaupun aku tiba pada waktu program sepatutnya telah bermula, di takdirkan Dato' pula yang tiba lewat ke dewan... ahamdulillah... reputasi aku terpelihara olehNya....
Memulakan acara dengan penuh semangat... aku cuba berlagak cool supaya tidak nampak sangat aku berdiri dalam keadaan yang ketar... manakan tidak... bila saja aku buka mulut untuk bicara... semua mata tertumpu kepadaku... setiap aturcara aku umumkan dengan penuh berhati-hati... sehingga bila hampir ke penghujung majlis... aku tersebut SEKSI menggantikan perkataan SESSI yang terang-terang kewujudan ayatnya dalam skrip... Damn!!! muka terasa hangat... mata aku tak lagi memandang ke hadapan... aku cuba berlagak tenang walaupun dihujung2 pendengaran aku terdengar tawa-tawa kecil tetamu yang berbisik2 menyebut perkataan SEKSI...
Ya! ya! aku tersilap... Demi Tuhan, aku malu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Namun, malu itu bersifat sementara, "kesilapan" aku tertutup dengan ucapan tahniah dari beberapa orang "boss" lama di NRE dan "boss" di sini... Kata mereka "Good Job!"... hanya TKPUP II yang datang kepada aku dan bertanya "seksi???" sambil menunjukkan dirinya sendiri... hampeh!!!!!!
Malamnya pula... sekali lagi mengacara majlis makan malam persaraan pegawai-pegawai kanan jabatan... Pengarah aku kata... dia mahu majlis yag santai tidak protokol... maka, aku mula buat perangai gila-gila aku... menyakat semua orang... termasuklah Dato'... mujur Dato' boleh menerima usikan aku dengan senyum dan tawa... tiap patah kata mengusik yang keluar dari mulut aku disambut tawa semua tetamu malam itu... Alhamdulillah... tiada cacat celanya majlis malam itu kecuali "food presentation" yang agak lewat...
Hari ini, sekali lagi aku diminta mengacarakan majlis... cumanya kali ini, aku mula merasa BOSAN...
p/s : Siti Nurhaliza yang cun tuh kalau hari-hari muncul dikhalayak ramai pun orang boleh rasa muak, bosan dan jemu tengok dia tau!!!! inikan pulak aku!!! "orang" lain lah... bukan aku... aku takkan jemu kalau siti nurhaliza hari-hari ada depan mata aku... heh!!!!
Owh ya!!! video persaraan yang menggunakan suara aku sebagai suara latar telah menang kategori video terbaik pagi tadi... aku bangga!!!! lepas ni kalau perlukan khidmat suara aku lagi... aku minta bayaran yang tinggi.. maklum saja... aku mahu jadi seperti Ana Raffali... sudah mula pandai demanding!!! Biarlah!!!
<=::budaqnakal::=>

Terkadang Silap


terkadang kita silap
dalam berbicara
dalam tindak laku
dalam menafsir
dalam memutuskan apa-apa

terkadang kita salah
dalam banyak hal
mengatur langkah tika berjalan
salah lorong tika memandu
salah lirik tika berlagu

namun
bila aku kata

"aku sayang dan rindu kamu
itu betul
tidak salah
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 12, 2011

SEMUDAH ITU?

semudah itukah
memutuskan asa dan rasa?



<=::budaqnakal::=>

CEMBURU

aku bukan cemburu
bila kau sentuh dia
aku cemburu
kerna kau sentuh hatinya...
<=::budaqnakal::=>

Yang GAGAL itu AKU


tenggelam ditelan rasa yang asyik terusik
hilang lenyap teradun udara panas hati yang pedih
hancur lebur terinjak masa yang membelakangkan rindu

mana hilangnya kamu?
mana hilangnya aku?

mana hilangnya KITA?

<=::budaqnakal::=>

p/s : kalau sesekali terlepas kata2 kasar seolah menidakkan perasaan pun bisa meleraikan ikatan hati... maka kita sememangnya gagal menerima baik dan buruknya diri kita... mungkin aku tidak pernah mampu melengkapi hidupmu... (yang gagal itu aku)

Friday, January 07, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


p/s : tolong ingatkan aku yang terkadang lupa... terkadang alpa... tentang KITA...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, January 06, 2011

JANUARI

Hari ke-6 2011, sudah hampir 3 tahun...

Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa
Engkaulah jiwaku
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
**Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Hari ke-6 2011, sudah hampir setahun...

Berat bebanku Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku sirna
Bukan salahmu

Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak Pada kita
Kasihku

Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan kerna kita berbeda
Dengarkan

Dengarkan lagu
Lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 03, 2011

"Jual Ikan"???

Kadang-kadang kau cuba mengangkat seseorang taulan ke 1 tahap yang lebih baik kedudukannya.. kau ikhlas... kerana sayang...

dan bila tiba pula masanya kau jatuh walau setelah kau mengadu dan bercerita,
dia seperti tidak endah... kau kecewa... sedih dan terluka...

kerana kau sebenarnya tidak menginginkan apa2... cukup sekadar si taulan bertanya... di mana budi bahasa?

dalam beberapa harini, aku sedikit runsing... terlalu banyak yang aku fikirkan hingga aku tak mampu untuk fokus... badan juga mudah benar keletihan... nak bercerita pada siapa? kalau bercerita pun ada ke yang nak kisah? manusia sekarang ni pentingkan diri... hanya akan ambil tahu bila kau senang dan akan menjadi "penjual ikan" bila kau kesusahan... itu perkara biasa... sudah banyak kali terkena... abaikan saja...
Sempurna? Aku tidak sesempurna mana... terkadang ada hal-hal yang aku terlupa... contohnya semalam dan pagi ini kelam kabut mahu keluar rumah untuk ke pejabat (kes lambat bangun lah ni) ada beberapa perkara yang aku terlupa untuk buat... yea... tak apa kalau tegur dengan cara yang diplomasi... kenapa perlu marah-marah?? kalau merasakan diri itu sempurna tidak pernah buat silap... tidak bolehlah anggap orang sekeliling pun akan jadi sesempurna kita...
p/s : bukan mengungkit... tapi kenyataan....

<=::budaqnakal::=>