Monday, June 27, 2005

Tak larat....

Harini, aku betul2 rasa tak sihat...Bangun pagi2 tadi pun rasa mcm nak pitam dah...Jari2 tangan aku pun bengkak semacam jer...Emmm, agaknya sakit lama datang balik...Patutnya aku kena g buat check up, tapi malas...tak larat nak ngadap jarum...Nie pun rasa sejuk giler nie...Emmm, makan pun tak selera...nak menelan pun susah...rasa nak muntah... Aku try call "dia" tapi tak angkat...Ingat nak ngadu...tapi nampak gayanya ngadu pada diri sendiri je lah...Ahaks...kesian aku...

Semalam aku ke rumah kakak aku, anak saudara aku si aween tuh petah betul bercakap...comel jer... masa dia baru lahir dulu akulah yang jaga dia, balik office aku g amik dia bawak balik umah dan jaga dia sampai kakak aku balik kerja...Tengok gaya dia...aku tak nafikan dia banyak ikut perangai kakak aku... rupa pun ikut kakak aku...Lembut pun macam kakak aku... She's pretty n cute...

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 20, 2005

Aku dan Duniaku

"aku dan dunia ku... hidup dan bercinta dan cinta ku hanyalah kamu.. dan kamu adalah dunia ku...!!"

<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 16, 2005

Bleach

Emmm...aku sukakan gambar2 komik Jepun mcm nie... Aku pun dah lama tak melukis, dulu masa study aku ingat lagi aku cukup suka melukis dan menulis...Hingga berjaga malam menyiapkan lukisan2 aku...dan yang paling seronok bila ada kawan2 yang suka lukisan aku tuh dan sanggup membelinya...Paling mahal aku pernah ditawarkan RM100 untuk lukisan kumpulan "gorillaz"...
Emmm....cuma sekarang aku tak punya masa untuk melukis seperti dulu-dulu...Menulis pun kadang2 jer...Itupun payah benar nak dapat idea...sejak "kawan" aku yang sorang nie pergi jauh dari hidup aku idea2 aku jadi hilang mcm dia jugak...Dulu dialah pencetus ilham utk aku menulis...Tapi sekarang...entahlah....


[=::budaqnakal::=]

Wednesday, June 15, 2005

Kuiz Personaliti


Take The quiz yourself

Emmm...aku try buat kuiz personaliti dalam http://www.bleachportal.net so yang kat atas nie adalah penilaian bagi personaliti aku sendiri...ahaks...muka mcm budak nakal kan? Sesuaiiii........

[=::budaknakal::=]

Friday, June 10, 2005

Aku suka...

Kita share citer ttg kawan aku yg aku kenal masa study dulu, cerita kat bawah ni aku ambil dari weblog dia...korang bacalah

"segalanya bermula 1996, aku masih study di ITM Jengka (sekarang UiTM), hampir setiap malam aku melukis gara-gara aku sukakan si "M" budak Diploma In Science (org K.Kangsar). Aku tak tahulah kenapa aku sukakan dia, tapi mula2 niat aku nak main2 jer..last2 aku betul2 suka dgn dia...tapi malangnya...dia masa tuh mcm tak sukakan aku..jadi aku mulakan langkah pertama..1st setiap hari aku akan melukis dan menulis..pagi2 dalam pukul 4-5 pagi aku akan ke blok asrama dia dan masukkan lukisan tuh ke bawah pintu bilik dia (blok asrama dia sebelah blok aku dan bilik dia setentang dgn bilik aku, kiranya aku selalu intai dia dari bilik aku)...Tapi dah berbulan2 aku buat mcm tu still takde respon...

So 1 day, aku mcm dah give up...aku tulis surat pada dia..aku cakap aku minta maaf ganggu dia..aku janji takkan ganggu dia lagi dan aku bagi pada dia lagu "Kau Ilhamku" dan "teddy bear"...Esoknya hari sabtu, lepas aku keluar dari bilik air, aku masuk bilik..atas katil aku ada paper bag..Si Ina roommate aku cakap, ada senior bagi...Aku tgk dalam paper bag tu ada "teddy bear" yg aku bagi pada si "M"..aku rasa betul2 kecil hati dan sedih..kot yea pun tak suka aku jgnlah pulangkan "teddy bear" tuh kan...Aku ambik pisau aku bedah perut teddy bear tuh aku masukkan dalam paper bag tuh balik aku paksa rommate aku hantar balik pada si "M"...Aku frust!!!!!!

Dua tiga hari lepas tu...sedang aku study, aku terdengar dari blok sebelah ada org pasang radio kuat2 lagu "Kau ilhamku"..aku terus bangun nak tutup langsir bilik aku cos aku rasa tak concentrate nak study, ntah mcm mana masa nak tarik langsir tu, aku nampak ada radio kat tepi tingkap bilik dia(radio di halakan ke arah bilik aku), dan aku perasan ada kepala yg intai2 pandang ke arah tingkap bilik aku...Aku tahu dia perhatikan aku...(tapi nak tunjuk perasaan punya pasal, aku terus tarik langsir bilik aku)...Ahahahaha padan muka kau...

Hari tuh aku ingat lagi, aku demam...roommates aku balik kampung...so, aku tinggal sorang2...Demam2 pun aku masih sibuk melukis...Entah mcm mana ada org ketuk bilik aku, aku setakat menyahut dari dalam..tak kuasa nak bangun bukak pintu..Bila pintu terbukk jer..tgk2...si "M" datang...Aku terkedu bila dia cakap "awak demam?"...aku angguk..aku ilang punca nak bercakap dgn dia...Dia ajak aku tidur di bilik dia...senang dia nak jaga aku..lagipun aku sorang2, aku jawab OK!!!

Kat bilik dia...Aku terkejut tgk board dia yg penuh bertampal..bukan nota2 yg tertampal kat situ...tapi semuanya..lukisan2 aku..dan atas meja dia, ada teddy bear yg aku pernah aku bedah perut dia (dah berjahit..). Dia tarik aku suruh aku baring atas katil dia...Sambil baring aku pandang dia..

Aku tanya "kenapa tiba2 awk datang jumpa saya dan baik dgn saya".
Dia pandang aku..dia senyum...dia cakap "Saya rindu nak terima lukisan awak...dan nak baca sajak2 kiriman awak...".
Aku tanya.."kenapa baru sekarang?"...
"Sebab bila awak tak hantar apa2 pada saya lagi...saya rasa kehilangan" dia jawab sambil letakkan tuala basah kat dahi aku...
Aku tanya lagi "teddy bear tu..knp simpan lagi?"
Dia pandang aku "kalaulah dia bernyawa mesti dia tanya apa salah dia sampai awak robek isi perut dia"
"Kalau dia bernyawa mesti dia tanya awak apa salah dia sampai awak tanak terima dia"
jawab aku pula
Dia pandang aku dan dia cakap "Awak yang bernyawa dan bersuara pun tak pernah tanya saya kenapa saya tak terima awak..."
Aku terdiam..aku pandang si "M" dan aku cakap "Kalau saya cakap sekarang awak akan bagi jawapan awak?"...Dia angguk
"Saya sukakan awak..dari semester pertama tapi awak tak pernah bagi jawapan...Saya nak awak dulu dan sekarang" laju jer aku cakap dan dalam masa yg sama aku rasa muka aku panas...Malu!!! Ahahahahaha...
"Saya terima awak kalau awak janji dgn saya jaga makan dan minum awak...awak dah kurus tak mcm mula2 dulu"

Bermula dari saat itulah aku mula berkawan dgn dia...Dia baik dgn aku...jaga segala2nya tentang aku..Pakai makan minum aku semuanya dia jaga...

Tapi semua tu dah lama berlalu...dah 9 tahun berlalu..yang pasti aku masih sayang dan ingatkan dia hingga kini...Yang terbaru aku tahu dia dah berkahwin...."

Emmm....inilah cerita yg kawan aku tuh tulis... Ape2 pun kepada si M atau2 sapa2 yang kenal M nie tolonglah contact kawan aku nie balik... dia teringin sgt nak jumpa...



[=::budaqnakal::=]

Thursday, June 09, 2005

????


Tak berbahasa...

ingin rasanya

kutulis puisi cinta untukmu, ingin!

tapi tanganku ragu bergerak dan mataku pejam

puisi ini lenyap di keheningan yang paling dalam

dan aku tak lagi punya bahasa!

[=::budaqnakal::=]

Wednesday, June 08, 2005

PERBANDINGAN ITU..SAKIT...!!!!

Emmm...pelik dengan manusia sekarang nie....Kadang2 bercakap tak ikut akal...main sedap jer mulut tuh bercakap..tak fikir langsung tentang perasan orang lain....Aku rasa dalam hidup nie...dah jadi lumrah bila kita suka membuat perbandingan, lebih sakit lagi...bila kekasih sendiri membandingkan kita dengan org lain...Huh!!!! Mcm mana lagi nak buat nih?? Peningkan???....Arghhhhhhhhhhh!!!!!!


"Aku punya cara tersendiri untuk memanjakan kamu
maka usah persoalkan sejauh mana sayang ku itu
Aku punya cara tersendiriuntuk mencintai kamu
maka jangan pernah perbandingkan aku
dengan dia yg pernah wujud di hati mu
kerana bila kau persoalkan dan membandingkan kami
maka kau sebenarnya buta
sehingga tidak dapat melihat sejauh mana aku cintakan kamu
dan sekuat mana aku perlukan kamu
HANYA KAMU..."
=][= ::adeq:: =][= ::budaqnakal::=]

Kenali Personaliti Seseorang Melalui Ciuman

Emmmm...jadi korang jenis yang macam mana yeak? Cuba2lah dan fikir2kan...Okey!!!!
=budaqnakal=

4kud4nduni4ku

aku dan dunia ku...SETIAP MATA YANG TERTUTUP TIDAK BERERTI DIA TIDUR DAN SETIAP MATA YANG TERBUKA TIDAK BERERTI DIA MELIHAT...(mcm aku yang lebih suka mendengar dgn mata hati...)