Thursday, June 26, 2014

AKU

aku memang tercipta
untuk curang dan mencurangi
untuk menipu dan berbohong
untuk memiliki dan meninggalkan
untuk memberikan janji dan mengecewakan

jahat aku tidak sama dengan jahatnya orang lain
kau boleh terus-terus ungkit dan mengungkit
marah dan terus marah
persoal dan terus mempersoal

aku punya alasan untuk setiap perbuatan
untuk setiap keputusan
meninggalkan ataupun kekal

<=::budaqnakal::=>

Iya kan?


jika benar
kenapa kau biar?
 
takkan terbuka coli
kalau tidak diambil hati
 
iya kan?
 
<=::budaqnakal::=>

Pilihanmu

sebenarnya berat untuk membenarkan rasa yang ada
aku tidak punya apa-apa untuk dikenang-kenangkan lagi
cuma punya kata-kata
dan mungkin janji-janji yang aku buat dalam keterpaksaan
juga, kerana simpati

cuba kau pilih
yang mana inginmu?
aku yang sama dengan kenangan-kenangan simpananmu itu?
atau
aku yang ini
yang kau kata tidak pernah pandai mengambil hati

<=::budaqnakal::=>

STRESS

perkara paling stress pada aku ;

bukan kena marah-marah tak tentu pasal
bukan kena tuduh yang bukan-bukan
bukan sebab jem tahap gila-gila
bukan juga apabila dirimaskan orang-orang yang tak berkenaan

tidak!
itu semua belum mampu letakkan aku pada tahap stress yang melampau

stress tahap melantun aku adalah
apabila perut dan buntut bertindak tidak seiring
perut macam nak
buntut lak tak bagi

takleh berak!
main-main ar diorang nih!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 24, 2014

Aku

yea!
aku suka dia

tetapi aku bukan kasanova

# untuk memilih aku, Nora Danish tu belum cukup gila la!

<=::budaqnakal::=>

Friday, June 13, 2014

Bukan Senang

ingat senang ke nak menulis?
susah tau! bukan senang!

sebab tu aku menaip

<=::budaqnakal::=>

Bahana

ini semua bahana Piala Dunia
 
...MENGANTUK WEH!...

# ke mari, lempang aku...
 
<=::budaqnakal::=>

MIMPI

sms ringkas kepada kawan lama pagi semalam:

"wei, aku mimpi kau malam tadi"

dia cuma jawab "mimpi tu mainan tidur"

cilakak! itu je dia jawab?
kurang-kurang lu tanya lah gua mimpi apa dol...
tak pandai jaga hati langsung lah lu ni...
habiskan kredit gua je message lu

sms kawan lama kepada aku pagi tadi:

"eh! kau mimpi apa eh semalam?"

#huh! jangan harap aku nak beritahu yang kau accident depan rumah aku!

<=::budaqnakal::=>

Relaks

kau pandang aku
aku pandang kau
 
aku ketawa bahagia walau pun kau marah-marah
 
alah! tak busuk mana pun kentut aku tuh
 
relaks lah!
 
<=::budaqnakal::=>

BEBAL

sumpah wei!
tak pernah rasa sesak sesesak ini
tak pernah rasa rimas serimas ini

"kau tak rindu aku ke? kau betul-betul tanak aku ke?"

tak!
tidak!
tidak akan!

tapi aku ada rasa macam nak hantuk kepala kau kat dinding sebab tak faham-faham bahasa

"AKU TAK NAK DAN TAK ADA HATI KAT KAU!"

#kenapalah bebal sangat kau ni wei???? maaakkk toooloooong maaakkkkk uhuhuhuu

<=::budaqnakal::=>

Dialog

"kau patut cetak tulisan-tulisan kau"
"jual"
"macam blogger-blogger lain buat"
"atau cukup kau cetak sendiri jilidkan sebagai zine"
"RM3 setiap jilid zine dah boleh berikan kau untung"

itu memang benar!

tetapi aku bukan peniaga yang memikirkan untung semata-mata
lagi pula karya aku cuma biasa-biasa
tidak sehebat mana untuk diniaga

"kau belum cuba"

itu juga benar!

<=::budaqnakal::=>

Redha
























kau tahu?
aku lebih rela ditemani kamu
daripada beruang besar di ruang tamu ini

tetapi,
apa bezanya?
bukan ke masih spesis yang sama?

#ternyata kini, kau sedang berbahagia dengan sang panda peneman tidurmu... tidak mengapa... aku redha yang aku telah dipinggirkan kamu...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 10, 2014

Entry ke 1000 pada Ulang Tahun ke-10

10 tahun yang lalu
aku mulakan ia ini dengan penuh rasa kesedihan
aku mulakan ia ini kerana kekecewaan

10 tahun yang lalu
karyaku di dalam ia ini sangat hingusan
sekarang pun sama, cuma hingusnya sudah sedikit kering

selama 10 tahun ia ini terbentuk
identiti kreativitiku terbina dikit-dikit
walau terkadang terselit retorik dan erotik
biasalah... sesekali gila kan bagus juga

dan hari ini
untuk ia ini
selamat ulangtahun ke-10
nah! aku hadiahkan entry ke 1000
dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta

<=::budaqnakal::=>

999 + 1

sembilan sembilan sembilan
aku cuma perlu satu sahaja lagi

sebelum dapat bermesra dengan katil dan tilam yang tidak berapa empuk
dan bergelumang dengan selimut yang tidak berapa tebal
serta berhibernisasi dengan ruang kamar yang terkadang sejuk terkadang hangat

cuma satu saja lagi
SATU!

<=::budaqnakal::=>

Cadbury-Babi

itu hari kawan saya - kawan lama
gah mempersalahkan kerajaan dengan hujah-hujah dan fakta-fakta isu Cadbury-babi
yang sedang melambung sahamnya di sana sini

lantang dia bersuara; sangat bijak bunyinya
dia kata;
"kita makan benda-benda yang tidak sahih halalnya"
"kita makan benda-benda yang cuma bersih luarannya"
"sebab itulah generasi yang ada sekarang ini buta tentang agama!"
"sebab itulah generasi kita semakin jauh daripada Al-Quran dan Sunnah"
"ini semua salah kerajaan, ambil mudah hal halal haram!!"

hebat kawan saya - kawan lama itu
ambil berat betul dia tentang akidah rakyat
ambil cakna betul dia perihal halal haram

marah betul dia tentang isu Cadbury-babi
sambil marah-marah
dia minum brandi

"kering pulak tekak ni" katanya sambil senyum

<=::budaqnakal::=>

KOPI dan INTERPRETASI

sejuk kamar hotel ini
buat aku kepinginkan kopi panas

jangan tanya kenapa
kerana aku tidak punya jawapannya yang hakiki

cuma kalau bisa untuk difahami
kopi adalah ibarat interpretasiku tentang kehidupan

"dalam sedap dan manisnya, masih terselit pahit"

# masih juga sedap aku hirup!

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 09, 2014

Menyetan

Jam sudah hampir ke tengah malam
dalam baik-jinaknya aku
entah mengapa sebahagian daripada diriku tidak mampu ku jinakkan

perutku kerap menyetan tiap kali larut malam
entah kelab malam mana dia pergi menggelinjang
menari shuffle dalam kemabukan

perut
cubalah kau baik-jinak juga seperti tuanmu yang naif ini

<=::budaqnakal::=>

Semut Yang Gagal

kelmarin;
sewaktu mahu meneguk kopi hasil tangan sendiri
ada seekor semut sedang berenang-renang di dalamnya

orang kata minum air bersemut akan melunturkan memori
pejam mata aku teguk kopi itu tadi
dengan harapan segala kenangan pahit akan pudar atau terus hilang
walaupun orang kata; kita akan sentiasa diburu dosa-dosa silam
ah! tidak salah mencuba kan?

hari ini;
terkadang kebenaran itu pahit......................................

#semut itu yang gagal, bukan aku

<=::budaqnakal::=>

Bedanya Aku

aku bukan seperti orang lain
untuk menulis perlu ke serata tempat
ke luar negara
ke lain benua
mereka kalau boleh mahu bertandang hingga ke kutub utara

aku bukan seperti mereka
mereka hebat, tidak tertanding aku
aku cuma penulis picisan
tulis pun secara kecil-kecilan

aku bukan seperti penulis lain
ke negeri atau negara lain untuk mencedok ilham
yang aku perlu cuma kamu

<=::budaqnakal::=>

Apa kata?

ok
kalau kau tanya lagi

"berapa dah?"

kau ambil dan kau sendiri yang tulis pula

apa kata?

<=::budaqnakal::=>

SYMP

hari ini
esok
berlanjutan ke lusa pula

tak boleh kata apa-apa

#saya yang menurut perintah kan katanya?

<=::budaqnakal::=>

Cuba

cuba mengejar seribu
masih kurang sepuluh

untuk tempoh enam jam yang tertinggal
ini cuma pemanas badan

#jangan memaksa, bimbang nanti cramp pula... relaks saja bah!

<=::budaqnakal::=>

Friday, June 06, 2014

Nota Untuk Kamu






































<=::budaqnakal::=>

Anehnya Cinta

terkadang aneh juga ya?

bila mana cinta;

dinilai si jantan pada cantik moleknya wajah si wanita
dikira si betina pada kacaknya kocek si lelaki

lagi aneh ya?

bila mana cinta;
disukat si jantan pada besarnya buah dada si wanita
diukur si betina pada besarnya anu si lelaki

aduh!
bertambah aneh
bila kau kata mahu mencari otak geliga
sedangkan mata melihat dadaku yang rata

# kau pandang apa lah gila?

<=::budaqnakal::=>

Adaptasi Kita

aku teringin benar mengadaptasikan perihal kita
mungkin, di layar perak - tinggi benar impian!
atau
di naskah novel? - kurang pula kemahiran!

aku ingin benar adaptasikan kisah kita
biar mereka-mereka tahu
kita punya pasang surut dan jatuh bangunnya
dan di akhir perkisahan
kita masih punya sesama kita

supaya mereka-mereka tahu
kisah kita bukan semudah mereka melihat

ya! aku ingin adaptasikan kisah kita

nanti aku naskahkan ya!


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 04, 2014

Peringatan

segalanya harus bermula dari langkah yang pertama
jika tidak mengorak langkah bagaimana mahu mara ke fasa yang lain pula?

usaha, daya dan keinginan perlu senada langkahnya
hati dan nekad perlu seirama geraknya

#solat itu tiang agama

<=::budaqnakal::=>