kita takkan pernah habis biarpun ada rekahan yang dicelahnya meledak api amarah dan menenggelamkan jutaan rindu namun, kita takkan pernah habis kita takkan pernah habis kerana di atas rekahan itu aku bina jambatan ke hatimu dan kita takkan pernah habis
"aku tidak perlu menjelaskan apa-apa perihal aku kerana orang yang mencintaku tidak memerlukannya dan mereka yang membenci aku pula tidak akan pernah percaya"
bila kita rapat dengan seseorang, kita boleh rasa atau mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan orang tu... contohnya: bila kau rasa dia dah tak mesra dengan kau.... bila kau dapat rasa orang tu tak lagi mahu hangout dengan kau... dan berikan kau pelbagai alasan... bila kau rasa orang tu menegur dan bersalam dengan kau dengan senyum yang tidak semesra dulu... atau bila kau bercakap tentang orang lain, dia yang terlebih sentap... ok, bukan isu apa pun, cumanya... grow up la wei, kalau ada yang tak puas hati... cakap depan-depan... dah tua, dah boleh fikir secara matang... bukan buat perangai emo macam gampang... ok... FULL STOP... sekian, terima kasih
aku memilihmu tanpa ragu kerana kau berikan aku bahagia saat aku terluka kerana kau kembalikan tawaku saat aku berduka kerana kau bijak meleraikan kekusutan tanpa menambahkan lagi kekalutan dan kerana kau mendamaikan aku memilihmu tanpa ragu kerana aku tahu kau menerima setiap kekuranganku jua tanpa ragu terima kasih cinta
bekerja dengan boss yang percayakan kemampuan kau untuk melaksanakan sesuatu tugasan memang akan buatkan kau rasa bersemangat tahap pecutan pacuan 4 roda (ok, desire aku cuma pada 4WD)
yelah, memandu kereta yang besar dan tinggi ni secara automatiknya kau rasa berkeyakinan tinggi (aku je kot yang rasa gitu)
but!
kalau sekali bagi tugasan melambak:
1. 1 laporan
2. 1 Pekeliling
3. 1 Garis panduan
4. 3 Standard Operasi Prosedur
kau berjanji takkan sakiti aku lagi kau berjanji akan selalu bahagiakan aku kau kata kau sayang aku sepenuh hati kau kata kau cinta aku dan cuma aku kau tipu! (dia kata)
Lama tidak menitipkan bahasa bersemut di sini. Bukan kerana idea menipis dan kontang, seperti mana poketku. Cumanya, pabila terlalu banyak yang mahu diperkata, aku tak tahu mahu mulakan dari mana. 1. Pengakhiran tahun 2015 : Seriously LONELY! Aku jadi loner yang kesedihan akibat daripadanya pemberontakan emosi sendiri. Padan muka! 2. Tahun Baharu 2016 : Tetap LONELY. Bertemankan notebook siapkan kerja pejabat di rumah... hurm, tak siap-siap pun sebenarnya. Sebab emosi aku pada waktu itu di tahap telapak kaki. Huh! dah lah tapak kaki menggerutu kering. Hati pun konon-konon nak turut kering. Diamkan diri lah kononnya, pastu menyesal. Padan muka! Kesimpulannya, walaupun terkadang aku nampak tak acuh, itu batu besar jugak taruk atas kepala, mahu pun, aku hidangkan masakan hati menjeruk rasa. Tetapi sebenarnya, aku seorang yang perasa. Hati aku, hati kaca, mudah calar dan pecah. Aku belum upgrade lagi hati aku tu jadi batu kristal atau pun batu nesan. Tapi, kalau banyak permintaan, aku tukar. Boleh jer. (sambil potong bawang)