Thursday, May 28, 2009

KEMBARA MASA

Hari ini, aku menjadi pengembara masa... Meredah perjalanan dari KL-SG PETANI, KEDAH sendirian... Hujan lebat jadi peneman... Mengembara tanpa 2 teman, sahabat baik ku buat aku sedikit bosaan... resah... Jika bukan kerana tugasan mahu saja aku rempuh besi pembahagi jalan dan kembali menghala ke KL... Namun, aku tidak mahu jadi pahlawan yang tewas berpatah arah tanpa berjuang (berjuang melawan perasan daaaa...)


Seperti biasa, letih dan penat tidak mampu buatkan mataku pejam... Tidur bersendirian terkadang buatkan aku tidak mampu menjadi peneman katil yang setia... entah, barangkali setia aku hanya pada sang katil dan sang bantal yang di rumah saja... (nampak tak betapa setianya aku? nampak tak???)


Setia? Ermmmm.... Setia itu adakah hanya pada perbuatan? Kalau lahiriahnya setia tapi batiniah nyer ternganga luas mcm Gua Niah yg menunggu je mana2 kelawar datang masuk... masih ke boleh dikatakan setia? (Errrr... tapi aku tak pernah terlintas sekuman pun rasa nak buat nakal... rasa2 nak nyanyi lagu Nakal by Gigi tu adalah... walau aku tau lagu itu akan jadi ala-ala dangsut Mas Idayu.. huhuhuhuhuhuhu)


<=::budaqnakal::=>

SEORANG AKU...

Terkadang seorang aku tertanya
perlukah aku duduk di sudut gelap beralaskan sampah
untuk melihat betapa kotornya permainan dunia?
terkadang
seorang aku tertanya
haruskah aku bergelumangkan busuknya najis
semata untuk menikmati warumannya hidup?
terkadang
seorang aku tertanya
wajarkah aku terperosok di telapak kaki manusia nista
hanya kerana kepinginkan cinta?
dan seorang aku
hari ini sudah punya jawabnya
TEPUK DADA TANYA SELERA
BIARKAN AKAL SEIRING DENGAN JIWA
jangan hidup membabi buta!
<=::budaqnakal::=>

Friday, May 22, 2009

Kassim Selamat...

...Kassim Selamat...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 20, 2009

SAKIT?


:: SAKIT??? ::
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 19, 2009

Penyakit Baru?

Malam semalam, aku sekali lagi ke Tamarind Springs untuk dinner dengan 2 osmet aku nie... So macam biasalah lepas makan sambil minum-minum, kitorang borak-borak.... So nak jadikan cerita, sorang dr osmet aku ni lately jadi pembaca tetap surat khabar... so dia rajinlah balik bercerita apa-apa news yang terbaru pada kitorang... So, malam tadi nak dijadikan cerita... Tiba-tiba dia bersuara...
"RUPA-RUPANYA MEMANG DAH ADA ORANG MALAYSIA YANG KENA PENYAKIT KHINZIR BABI TU!!!!"
So apa lagi... macam orang gilalah kitorang gelak kat table tuh... tapi yang tukang cakap tu lagi gelak kuat... sampai dalam kereta pun tak berhenti gelak... Kau memang gilalah pompuan! Ahahahahahahahahahahaaaaaa
<=::budaqnakal::=>

Monday, May 18, 2009

NOTES UNTUK DIA









<=::budaqnakal::=>

SANG KELEMBAI



MENCARI-CARI SANG KELEMBAI... BIAR DISUMPAHNYA HATI MENJADI BATU...


<=::budaqnakal::=>

Friday, May 15, 2009

Rindu

aku rindu
betul, tak tipu
kamu pun begitu?


<=::budaqnakal::=>

JATUH CINTA LAGI?

AKU JATUH CINTA LAGI... TIAP KALI MENATAP KAMU AKU LEKA... HIDUP SERASAKAN SEMPURNA DENGAN KEHADIRAN KAMU... TIAP KALI AKU MENYENTUHMU, DEBAR JANTUNG KIAN KENCANG... MATA KU MELIHAT SEGALA GERAK GAYA TINGKAHMU DENGAN PENUH ASYIK...


AKU JATUH CINTA... BENAR-BENAR SUDAH JATUH HATI... BILA KAU TIADA, AKU RINDU... AKU SUNYI... HIDUP TERASA BENAR MEMBOSANKAN... AKU MAHU KAMU SELALU ADA DENGANKU, TEMANI AKU.... AKU MEMBUTUHKAN KAMU SELALU CINTA... KAU BIKIN AKU JADI AKAN-AKAN PENAGIH YANG KETAGIHAN CANDU... KAU MENGKHAYALKAN.. KAU MENGASYIKKAN...


OWH... SUNGGUH... AKU BENAR2 SUDAH PASTI YANG AKU

JATUH CINTA LAGI...
TAPI... AKU DAH PUNYA SESEORANG DALAM HIDUP AKU... DAN AKU TAHU PERBUATAN AKU INI SALAH... TAPI... AKU TIDAK MAMPU MENOLAK HAKIKAT YANG AKU BENAR2 TELAH JATUH HATI... JATUH CINTA...

JATUH CINTA DENGAN KAMU...






<=::budaqnakal::=>

SEMALAM YANG HANGAT

SEMALAM, UNTUK KALI KE-2 DALAM TEMPOH 2 BULAN BERTURUT-TURUT, KERETA AKU ACCIDENT LAGI... UHUHUHUHUHUHUHUHHUUHUUUUU

ERMMMMMMM....


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 13, 2009

AKU LAWAK?

Aku bukan orang yang kelakar sebenarnya, cuma terkadang perbuatan atau percakapan aku itu tanpa sedar mengundang tawa... Bukan ketawa yang dikit-dikit, tetapi ketawa besar yg sungguh riang ria ibarat orang gila...
Tadi balik lunch sampai keluar lif pun masih ada yang belum expired tempoh tawanya...
::HARUS KE AKU JADI PESERTA RAJA LAWAK TAHUN DEPAN?::

<=::budaqnakal::=>

AKU V

Sejak kebelakangan ini, mudah benar terasa letih dan tension... malah aku jadi seorang pelupa... Mana tidaknya, Isnin lepas aku langsung terlupa untuk punch kad kedatangan sewaktu masuk dan pulang kerja... Semalam pula pulang ke rumah dengan meninggalkan laptop di pejabat... bahkan pagi tadi aku terlupa wallet aku tak punya wang (wang tertinggal dalam saku seluar yang aku pakai malam tadi), nasib baik masih ada baki2 wang syiling dalam kereta yang aku boleh gunapakai utk membayar tol...
Tahap kemalasan untuk ke pejabat makin meningkat parasnya... mujur masih ditahap yang tidak merbahaya, kalau tidak, alarm tsunami (nonet) terpaksa dibunyikan sebagai langkah berjaga-jaga...
Suhu nafsu batin utk operasi jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan click-petik juga agak meningkat kebelakangan ini... Tak tahulah kenapa... Barangkali, kerana lama tak kedapatan... maka kerana itulah NAFSU menggila!!!
Heh...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 07, 2009

Our M.O.D.E

Semalam...

Dia : U ada plan apa2 tak malam nie?
Aku : Tak tahu lagi, why?
Dia : I rasa nak keluar, tapi tak tau nak g mana





<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 06, 2009

AKU IV

Sejujurnya, aku tak berahi untuk ke pejabat 2-3 hari ini, terlalu banyak bebanan kerja yang perlu aku laksanakan... makin aku cuba untuk meringankan segala beban yang ada makin aku rasa tertekan... Tapi, apa saja pilihan yang aku ada???

...TIADA-NIL-ZERO....

DALAM ERTIKATA LAIN "JANGAN HARAP!"


Dan jadilah aku ibarat kerbau yang sedang bekerja keras membajak sawah tanpa membantah sedikit pun... diam dan menurut.... walau hati keras membantah...



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 05, 2009

....

W.A.I.T.I.N.G
<=::budaqnakal::=>

CERAI-RUJUK

Malam tadi,
aku jadi seorang manusia sombong
langsung tidak menyapa
tidak juga memandang sebelah mata
melupakan...
malam tadi....
aku akan-akan bercerai hidup dengannya
malam nanti....
aku akan rujuk kembali
dan menikmati indahnya tubuh
si katil empuk
<=::budaqnakal::=>