Thursday, January 17, 2013

Selamat Ulang Tahun Cinta

















Selamat ulang tahun Cinta
17 Januari ini begitu berharga
telah sempurna waktunya
hubungan kita beranjak setahun usia

Selamat ulang tahun Cinta
Kita punya kebersamaan yang begitu berharga
yang telah kita beri semuanya dalam sebentuk kasih
yang tidak mampu tertembus oleh apa-apa
dimana dan bagaimanapun ..

Cinta ini akan ku biarkan masih..
utuh dan tak akan pernah berkurang sedikit pun

Semoga kedewasaan ini selalu menjadi pegangan 
kesihatan hubung rasa menjadi budaya cinta kita
dan kasih sayang kita sentiasa berikan kenyamanan bahagia

NotaKaki : orang kata, dalam bercinta... kita perlu bersahabat...

p.s. aku tulis ini 2 minggu sebelum dan aku letakkan ketetapan ianya publish secara automatis pada tarikh hari ini... ini mungkin bukan karyaku yang terbaik. Namun, KITA adalah yang terbaik untuk KITA.


<=::budaqnakal::=>

Thursday, January 10, 2013

Topik Hari Ini

0                     00000

00                   0000

000                 000

0000               00  

00000             0


Kosong Kosong Kosong
hurm
haaa
hurmm
haaaa
errrrrrrrr
Kosong kosong kosong


OK, HARI INI KITA BORAK-BORAK KOSONG JER...


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 09, 2013

Monolog

hei
saya sayang awak
 
banyak mana?
 
banyak lah...
 
errrr... banyak mana pun nak kena explain ke?
 
dah cakap sayang tu cukup ar... banyak lak songeh!
 
eheheheheee...
 
 
p.s. saya sayang awk dengan secukup rasa yang perlu
 
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, January 08, 2013

AKU TANPA ROKOK

Orang kata - penulis dan rokok seperti irama dan lagu
Orang kata lagi - rokok dan kopi adalah pasangan serasi

Penulis, rokok dan kopi adalah gabungan terbaik bagi mewujudkan sebuah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke arah penghasilan karya atau naskah yang berkualiti, bermutu dan kreatif. Errr, ok! yang ini aku cipta sendiri... ehehehehehee...

Aku nak ceritakan betapa sinonimnya imej seorang penulis dengan rokok. Rokok sering dikaitkan dengan ilham. Ilham pula dikaitkan dengan seniman atau penulis. Jika penulis kehilangan ilham mereka akan merokok. Rokok ibaratnya pencetus idea yang muncul dari kolaborasi perbuatan bermenungan, sedutan, hembusan dan bermenungan sekali lagi. Ehehehee... ini pun aku reka berdasarkan pemerhatian kepada diri sendiri. 

Kalau dah termenung, sedut, hembus dan termenung tu ilham tak datang-datang juga. Hirup kopi hitam pekat. Kemudian, nyalakan sebatang lagi rokok dan ulangi rutin pertama hingga ke empat sampailah ilham muncul.

dan sebenarnya, apa yang aku nak katakan adalah... aku dah tahu punca dan sebab musabab aku kurang punya idea dan ilham untuk menulis sejak kebelakangan ini. Sebabnya adalah :

AKU PENULIS TANPA ROKOK




p.s. Ok, memang ternyata kurang ilham tanpa rokok. Hisap yang lain barangkali membantu?
(tanduk di atas kepala...)

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 07, 2013

Aku hilang rakan-rakanku

lewat kebelakangan ini
tandus idea itu bukan lagi suatu perkara yang luarbiasa
tertanya juga aku ke mana sang idea mengembara?

lewat kebelakangan ini
teman-temanku si idea, diksi dan aksara
sering kelewatan hadir menerjah kamar imajinasi

"ah..celakanya kalian bertiga! pergi hooyey-hooyey tak ajak aku! "
 




<=::budaqnakal::=>

Apahal?

hari ini aku kembali menanam azam dan semangat!
aku mahu kembali aktif bermain kata
dan akan kerap ku tarikan tap dance pada kekunci komputer ini
laman ini tidak akan kubiarkan sunyi seperti penghujung nyawa 2012
tidak! aku akan terus berkarya!

"OK! Mahu tulis apa pagi ini?"
hurm...
hurmm...
hurmmm...
hurmmmm...
aaa...
errrr...
aaa...

hurmmmm

sambil ketuk kepala sendiri
"weh! apahal kau?"


 
<=::budaqnakal::=>