Thursday, November 27, 2014

Tolong Jangan JUJUR Sayang!

"awak betul-betul cintakan saya?"

Dia memandangku dengan mata yang layu. Tak pasti kalau-kalau pandangan itu kerana simpati atau dek kepenatan beraksi di atas ranjang tadi.

Keluhan berat aku hela. Dia masih memandang penuh harap. Jawapan. Ya... dia butuhkan jawapan!.

"sayang, tell me please..."

Tanya dia lagi. Tangannya memegang pipiku. Aku melihat tepat ke wajahnya. Entah kenapa bibir terkunci dan lidahku kelu untuk berikan jawapan. Perlahan dahinya kucium.

Dia lelah menunggu. Tubuhku yang dari tadi di atas tubuhnya dia tolak perlahan. Dia bangun duduk disisi katil sambil memegang selimut yang meliputi dada telanjangnya yang tadi jadi santapanku.

"u know what...?" perlahan dia bersuara.
"I don't love u either"

dan aku...
diam.
pedih.
terluka.


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 26, 2014

Warna

mari sini
biar aku calitkan warna-warna indah di kanvas hatimu
yang kelabu dan berdebu
biar kuwarnakan asmara agar ia kembali merah dan membara

mari sini
aku berikan kamu makna warna dalam hidup

"tanpanya pun kau masih bisa hidup sayang!"

<=::budaqnakal::=>

Monday, November 24, 2014

BAJINGAN

malam tadi waktu aku menantikanmu
aku renjis wangian mawar
bagi wangi seisi kamar

tapi
kau tak datang

ayoh! pulangkan balik upahmu yang kubayar
lho emang dasar!

<=::budaqnakal::=>

Kala Segalanya Digantikan Dia

mahu kata apa?
telan saja

punya hak apa untuk aku berbicara?
apa lagi untuk mempersoalkan apa-apa

<=::budaqnakal::=>

Saturday, November 22, 2014

AKU II

kepandaianku
mungkin dalam berbahasa

kebodohanku
pasti dalam menggambarkan rasa

jangan pernah lagi bertanya
"kenapa"
"mengapa"
"bagaimana"

ku tak punya jawabnya

<=::budaqnakal::=>

AKU

"Perosak"

itu AKU... barangkali?

#kemaafanmu terbit dari mana?

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 21, 2014

PUNAI III

maafkan aku kawan

kerna tak sampai hati lihat dia derita
dan sentiasa tertunduk dalam kesedihan

maka malam tadi
aku lepaskan punaimu

biarkan dia bebas!

#terbanglah burung terbang

<=::budaqnakal::=>

PUNAI II

barangkali "ya"

barangkali "tidak"

barangkali "mungkin" 

atau barangkali "barangkali" aku ini taste nya si dia

alah! si dia tu laaahhhh

#punai intai-intai mahu terbang

<=::budaqnakal::=>

PUNAI I

baru sahaja nafsu nak berfungsi
berahi baru sahaja nak beraksi

kau pancung bunuh habis semua rasa
dengan cuma satu ayat sahaja

"jangan merepek, pergi tido!"

#kalaulah ada punai, punai pasti rasa kecewa

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 11, 2014

PUCUK MATI

NAFSU
             LESU
MATI
            PUCUK

terung ungu tu kalau goreng garing cicah cili kicap sedap kan?

NAFSU
kuseru

berikankah aku MAMPU

<=::budaqnakal::=>

Monday, November 10, 2014

Berbaring...

Pusing kiri tak kena
Pusing kanan juga tak kena
Aduhhh! Mata masih gagah

#dalam gelap mencari sang lena

<=::budaqnakal::=>

Sunday, November 09, 2014

Malam Minggu

kebosanan di malam minggu

rokok dinyala, enak menyedut terbersin pula... 
perit juga tekak terbersinkan asap...
mujur ada sang kopi buat legakan tekak

cuma itu pun yang aku ada, 
rokok, kopi dan komputer riba
yang sentiasa ada temani sunyi

malam minggu
cuma ada gelap
dingin
sunyi
rokok
kopi

dan

aku yang layu

























<=::budaqnakal::=>

Friday, November 07, 2014

bila KAU kata suka AKU

aku patut sedar hakikat itu
cinta dan perasaan mana boleh tipu-tipu

tetapi

takkanlah?
mana mungkin
mustahil!!

















p.s. kecil tapak tangan

<=::budaqnakal::=>

AKALKU

bersoal dan bertanya
tak punya jawab

bermenung dan berdiam
tak punya fikir

diam dan kosong

<=::budaqnakal::=>

Thursday, November 06, 2014

IDEA?

harini
terfikir pula mahu ubah nama laman ini
tidak mahu jadi budaqnaqal lagi

hurm

mahu jadi apa?

<=::budaqnakal::=>

Gastrik+Tonsil = Rokok+Kopi

gastrik bukanlah sesuatu keadaan yang enak untuk dilalui
sakit
pedih
loya
..................... letih

tonsil bengkak bukan sesuatu yang seronok untuk dihadap
gatal
perit
batuk
..................... sesak

"sudah-sudahlah tu minum kopi"
"henti-hentikanlah hisap rokok"












#huh! dua-dua nih nyawa... korang apa tau!

<=::budaqnakal::=>

TAMAK

kau tamak!

pabila menginginkan yang lebih
sedang kau cuma berikan dia sedikit walhal dia layak mendapat yang setimpal

kau tamak!

pabila meminta sepenuh perhatiannya
sedang acapkali dia diabai kamu

kau tamak!

pabila punya yang pertama
memiliki yang kedua
tetapi berbicara tentang setia

kau tamak!

<=::budaqnakal::=>

DALAM

dalam senyum manis
dalam tawa riang
siapa yang dapat melihat betapa ada sunyi di dalam jiwa?

dalam seronok
dalam girang mengisi segala rencana hidup
siapa tahu di dalam hati sarat dengan pilu?

kalau suatu masa nanti suaraku tak kedengaran lagi
akankah aku dirindui?

<=::budaqnakal::=>