Thursday, July 24, 2014

tak tahu

tak tahu nak fikir apa
tak tahu nak cakap apa

yang aku tahu cuma - diam sahaja

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 23, 2014

20 Julai 2014

20 Julai

Selang beberapa jam sebelum tarikh sebenar ulangtahun kelahiran; KEJUTAN

pun sebenarnya bukan kerana apa, kerana ianya dibuat di rumah seseorang yang selalu aku elakkan
rumah seseorang yang dah lama aku usaha untuk jauhkan diri
rumah seseorang yang pernah mengeluarkan ayat-ayat pedih dan kesat ketika aku cuba menjauhkan diri daripadanya

yea, kami masih berkawan, kawan atas nama kawan cuma, tidak berhajat untuk menjadi teman rapat seperti sebelum-sebelumnya

nah! daripada kenal seorang dua kawan-kawan aku, dia kenal hampir kesemuanya teman-teman terapat aku

(abaikan!)

20 Julai

Selang beberapa jam sebelum 21 Julai, sebelum angka 36 naik ke 1 angka lagi, KEJUTAN

terima kasih atas segala perancangan teliti yang sangat BERJAYA
luruh jantung
seram sejuk kaki
airmata? berjaya di tahan...
jangan "hilang macho" terus
cukuplah aksi melompat cuba melarikan diri
jangan airmata gugur menambahkan peluntur pada ke"macho"anku

terima kasih semua
ini adalah sambutan ulangtahun yang terbaik pernah aku terima
owh, bukan kerana penambahan ahli itu, tetapi kerana kamu.. kamu dan kamu...


<=::budaqnakal::=>

Friday, July 18, 2014

Kalau Kau Tanya

kalau kau tanya aku
kau takkan miliki jawabnya

tidak ketika aku tak punya rasa tuk bercerita
tidak saat aku tak punya kata tuk berbahasa

kalau kau tanya aku
kau takkan dapat jawabannya

tidak sekarang
tetapi esok lusa mungkin "ya"
tanpa perlu kau bertanya

#masa kan kau belum kenal aku ini orangnya bagaimana?

<=::budaqnakal::=>

Monday, July 14, 2014

Sakit

sakit belakang
denyut-denyut
perut pedih
sakitnya "adeh"

kalau dapat pegang mikrofon
confirm lah pun semua sakit pun hilanglah pun

<=::budaqnakal::=>

Biar

elok benar kau duduk situ
berlindung di celah-celah bulu antara kening

biar aku saja yang tahu wujudnya kau
sakitnya ada kau

duduk situ diam-diam
jangan memandai-mandai nak keluar

<=::budaqnakal::=>

Hakikat

senyum
ketawa
berjenaka

cuba ubati luka
cuba hiburkan lara
cuba buang kecewa

hakikat sebenar - tiada penawarnya

<=::budaqnakal::=>

Rasa

resah
gelisah
hati susah
marah

sakit
perit

masih diam dan senyum
rasa di dalam - kalian tidak tahu

<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 10, 2014

Nampak?

cuba kau renung mata
lihat apa yang ada di dalamnya
kau beleklah lama-lama

nampak tak?

yang aku ini sweet orangnya

<=::budaqnakal::=>

TUNGGU

mata kuyu
jiwa layu

tolong sedarkan aku
cakaplah "I love u"

hey kamu!
ya kamu!
alahhh yang gemok tuuu

janganlah buat-buat tak tahu
aku tunggu

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 09, 2014

DIAM

diam

sembunyi rasa

diam

hati bisu

diam

malu terkena tujuh satu

# Brazil mahupun Germany bukan pasukan pilihan, tetapi menyaksikan separuh masa pertama yang tidak langsung seperti perlawanan separuh akhir adalah sesuatu yang sangat memancing rasa mengantuk... setiap kali mata layu setiap kali itulah Germany jaringkan bola ke gol Brazil... Tidak cukup international dan pro pemain Brazil kalau hanya kerana 2 tonggak utama mereka tidak ada... jatuh terus moral... kalah melawan tak apalah juga... kalah bermaruah... ini tidak... agaknya Germany punya bomoh lagi kuat kot? :p













<=::budaqnakal::=>

Banyak

banyak
terlalu banyak
tidak terhitung

banyak
terlalu banyak
tidak terkira

banyak
terlalu banyak
tidak tertimbang

banyak
terlalu banyak
tidak tersukat

banyak
terlalu banyak
sangat banyak
hingga bila dihitung dikira ditimbang dan disukat

pun belum aku tahu jumlah sebenar sayang aku kepada kamu

# ini kata-kata seorang pakar matematik yang lulus exam dahulu sentiasa pakai dadu... cair?

<=::budaqnakal::=>

Monday, July 07, 2014

Ketik-ketik


ketik-ketik 
papan kekunci
ketik-ketik 
kata-kata ini
ketik-ketik 
idea mati
ketik-ketik 
lapar nasi

<=::budaqnakal::=>