Wednesday, March 15, 2006

ada sisa senyummu..

ada sisa-sisa senyummu

masih kau simpan rindu itu
di sebaris kalimat tak selesai
dulu di tangis tanah ini
kau berangkat
kini aku berdiri disini
di stesen yang sama
di simpang rel kereta
ada ceceran abjad
yang tak sempat kau pungut
dan di bangku kayu
ada sisa-sisa senyummu
yang luput dari tatapan bulan


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 14, 2006

Tak tahu..

Emmm...agak lama aku tak menulis..terlalu banyak perkara yang tertinggal untuk di ceritakan...Aku akan cuba untuk mengingati perkara2 penting yang telah berlaku untuk aku catatkan dalam blog nie...dan perkara pertama yang terlintas pada fikiran aku adalah sebuah sajak yang aku tulis untuk abah aku...sajak yang terilham sewaktu memandu pulang ke KL dari kampung...

Benar..Abah sudah tua
sudah pandai sakit-sakit...
sudah pandai berair mata melihat anak-anak
pulang ke kota

Benar..Abah semakin tua..
kerana terlalu jelas kerutan sunyi di wajah
dan sorotan cahaya rindu jelas terpancar di mata abah..

Memang benar..abah semakin tua

dan aku ingin selalu pulang untuk memeluk dan mengucupnya
untuk menyatakan betapa aku menyayanginya dan
berharap untuk selalu ada di sisinya



<=::budaqnakal::=>

Luahan seorang kawan

Entahlah... aku pun tak tahu kenapa lately aku rasa tak menentu...Aku rasa seperti aku hilang dalam arah...biarpun arah itu jelas kelihatan cahaya di penghujungnya...Barangkali aku yang tidak mahu keluar dari laluan ini... atau aku takut barangkali...takut utk menyakiti hati si "dia" lantas merelakan dan membiarkan hati sendiri merana???Entahlah...mana lagi nak aku jejakkan kaki kiranya duri jelas kelihatan di sekeliling ku... Aku semakin hancur dalam pengisar buatan ku sendiri...Aku pelik lah kenapa dengan aku sekarang nie...tapi aku harap semuanya akan berakhir...Insyaallah!!

<::budaqnakal::>