Tuesday, April 29, 2014

BUKAN SUSAH

bukan susah pun untuk kau jaga aku

cukup dengan nasi kosong telur dadar dan sambal kicap

cukup dengan alat kawalan jauh astro dan kopi secawan

cukup dengan jaga pakaiku elok-elok

cukup dengan lekakanku dengan buku-buku

cukup dengan katakan aku yang tercomel dikalangan yang terhodoh

cukup dengan tidak dikawal didesak dan diminta-minta

cukup dengan izinkan aku tambah lagi satu

bukan susah pun untuk kau jaga aku kan?





p.s. Sesetengah orang terlalu mengambil mudah tentang sesetengah perkara... juga tentang perasaan... penumbuklah makannya

<=::budaqnakal::=>

LEMAS

"telah aku letakkan kamu ke dasar yang terdalam dihatiku"



sila jangan percaya!
tolonglah!

di bawah pancuran air pun kau boleh lemas...
inikan pula di dasar yang terdalam?
 



p.s. errrrr.... kecuali lah kalau aku benar-benar mahu dan kau sudi untuk lemas sendiri... hehehee


<=::budaqnakal::=>

RASA

biuskan hatiku
patah-patahkannya
dan cuba kau cicah dengan kopi

......
.............
......... enak?













# apa kau ingat hati aku ini biskut jagung?


<=::budaqnakal::=>

Friday, April 25, 2014

Tolong

tolong cari aku kalau-kalau nanti aku hilang lari entah ke mana
tolong cari aku kalau-kalau aku jatuh dijurang mana-mana
tolong cari aku kalau-kalau kelak aku sesat dibelantara
tolong cari aku
bukan cari yang lain
tolong!

<=::budaqnakal::=>

Malam Ini

"malam ini;
mari kita sama-sama menjadi bisu, pekak
buta dan tuli tehadap apa-apa di sekeliling kita
 
malam ini;
mari kita sama-sama mengasingkan diri daripada dunia di luar sana
 
malam ini;
senyap sunyi kamar gelap ini
cuma untuk kita berdua nikmati
 
ya! cuma kau dan aku"
 
 
*syaitan dan iblis MC ke malam ni sedara?

 
 <=::budaqnakal::=>

Mendua


"sayang...
kalau ditakdirkan aku hilang ingatan suatu hari nanti,
mahukah kau bantu untuk cuba kembalikan ingatan aku kembali?"














hurm,
hurmmm,
hurmmmm


 










kau rasa??

<=::budaqnakal::=>

Perempuan

















teruna : kau nampak manis...

gadis : manis? macam gula-gula? (nada minta dipuji lagi)

teruna : bukan... tetapi macam Magnum Gold... terlalu manis

gadis : ye ke??? (tersipusipu malu)

teruna : iya... betul.... manis dan memuakkan....


gadis : *hatihancurmasakcili*

p.s. haih! kenapa perempuan selalu ditakdirkan mudah perasan? simpati tahap bangunan pencakar langit aku untuk perempuan-perempuan jenis ini


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, April 23, 2014

PASTI

hari ini aku buka kembali
folder lama yang tersembunyi
malas nak tengok sebelumsebelum ini
malas nak sakitkan mata pedihkan hati

hari ini aku buka kembali
folder lama yang tersembunyi
juga hati

"pasti"
itu belum lagi

<=::budaqnakal::=>

KALAU...

kalaulah tubuh manusia ini
kulit dan dagingnya lutsinar

"huishhh! gila hitam hati kau?"
"dude! hati kau berdarah tuh!"
"mak aihhh! paru-paru kau tu ada yang bocor kot, asap keluar tuh!!"
"ok, apasal aku macam nampak anak berudu tengah berenang kat dalam pundi kau tuh eh??"

kalaulah tubuh kita ini lutsinar
pasti kita akan mudah kenal

...siapa yang bakal datang dan
tidak akan pernah meninggalkan...

# aku jarang datang dan meninggalkan.... tetapi kerap ditinggalkan... (aku bukan orang suci)

<=::budaqnakal::=>

Kegemaranku



kau tahu bukan?
kegemaranku cuma dua
buku dan kopi
kalau dengan yang dua ini
masa damaiku usah diganggu
 
namun,
pasti kau tahu ini juga kan?
jika aku diminta memilih antara buku dan kopi
 
aku pilih kau
 
#masih dan akan sentiasa
 
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 22, 2014

SUKAR

kau kata

"sudah dimaafkan"

tetapi masih diulang sebut kisah-kisah dahulu kan?

kau kata lagi

"hormat cara orang, manusia ini berbeza"

tetapi kau tetap mahu kata aku yang salah kan?

kau bilang

"kau yang lebih menyakitiku"

tetapi kau tidak tanya mengapa kan?

p.s. perkara yang tersukar bukanlah "maaf" tetapi "melepaskan dan melupakan"

<=::budaqnakal::=>

Monday, April 21, 2014

JAGA


















"rindu
cemburu
mahu
perlu
I love u
I miss u"

...bukan bermakna kau boleh lupa tentang batas-batas yang perlu kau jaga...

aku ini siapa?


<=::budaqnakal::=>

Pemimpi Cinta

ketika hening yang runyam
kuanyam ilham saat cahaya diam
sewaktu hati lebam menatap kenangan yang kusam
dan wajahmu muncul tika remang temaram
 
"hai lah kamu pencetus ilham sajak-sajakku yang bertebaran,
 ke mana kamu menghilang?
 bilakah hari, minggu
 bulan dan tahunnya kamu akan pulang?"
 
p.s. kau perlu sentiasa mendatangi aku... kalau bukan untuk menetap sekali pun... cukuplah sekadar singgah menjenguk aku sang pemimpi cintamu
 
 
 <=::budaqnakal


Friday, April 11, 2014

Makna Mimpi

Rabu malam Khamis... aku bermimpi melihat ayat-ayat Al-Quran di langit...
Selesai membaca 1 surah... Surah lain pula yang muncul... sehinggalah di dalam mimpi itu ketika aku cuba untuk mentafsir makna, aku terjaga dari tidur...

Mimpi itu aneh
Mimpi itu menakutkan
Mimpi itu buatkan aku terfikir apa maksud-Nya

Setiap kali memikirkannya, ada rasa seram sejuk menelusur ke dalam tubuh

Sesungguhnya, aku bukan pentafsir mimpi... Namun aku cukup pasti... ada sebabnya

<=::budaqnakal::=>

Maaf

keterbatasan masa
telah jadikan aku sang munafik
yang mungkir pada janji
berikan harap
dan biarkan kamu menanti dalam kekecewaan

maaf kawan
tanganku terikat di langit
kakiku terpasak di bumi
bukan sengaja menjadik fasik

* agak jauh mahu dipujuk nih Mar... jangan merajuk nanti babynya buruk... macam aku! :)

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 08, 2014

Hari ini

hari ini saya tidak mahu menulis apa-apa di sini
mahu biarkan kosong

ternyatanya GAGAL

# terkadang manusia memang cuma bijak berkata-kata

<=::budaqnakal::=>

Friday, April 04, 2014

Mereka terus tertawa...

mereka tertawa bila aku bercerita
mereka langsung tidak terbeli dengan kisahku
apatah lagi untuk percaya



mereka terus terus tertawa
sedang aku tidak berdusta







Nora Danish aku yang punya!

# korang jeles!


<=::budaqnakal::=>

Berahi yang tidak tertahankan

menikmatimu adalah hal yang terindah
hingga mampu menjadi igauan  dalam tidurku

lembut dan basahmu
kombinasi yang sangat sempurna
kau adalah berahi yang tidak tertahankan

gila aaah!! apasal pulak aku boleh angaukan si chicken chop nih???
bangangnya rasa..
isykkkk
lapar pulak
 
 

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, April 02, 2014

bila BOSAN

saat berhembusan tadi malam
melihat peperangan antara asap kelabu dan udara yang lutsinar
entah kenapa terdetik dalam hati

BOSAN!

cuba-cuba aku menyibukkan diri
ke dapur membancuh kopi
buka komputer riba
intai-intai kerja yang belum usai

masih BOSAN!

komputer riba masih menyala
tv juga
lampu kupadam, silau mata
ada cerita apartment 143 di astro citra
si gadis tiba-tiba bermata putih
suara garau kelelakian
dia kerasukan

pura-pura BOSAN yang teramat!

# tidur! ah celaka! seram bodoh! sakit pulak hati kita!!














<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 01, 2014

Penulis yang COOL

Aku menjadi seorang yang tidak cool hari ini...

Sakit hati! dan tidak ada yang lebih menyakitkan daripada berhentinya idea yang ada di dalam kepala.Kegiatan menulis kelihatannya tergendala. Tidak produktif.

Berhenti dan pegun pada satu titik.
Mengerikan sekali!

Seperti pemain bola sepak yang sudah tidak tahu menendang, perenang yang takut dengan air, pendaki gunung yang acrophobia, pelari yang takut dengan kepantasan, pengucap awam yang takut berbicara di hadapan khalayak ramai...

Aku tidak mahu menjadi penulis yang berhenti menulis terus. Keinginan itu ada, kemampuanku tiada. Padahal aku ingin sangat menulis, tulislah perihal apa-apa pun, asal menulis. 

Ok! balik nanti mahu makan Paddle Pop pelangi - sambil cari idea untuk menulis!

Supaya aku kembali menjadi penulis yang cool!












<=::budaqnakal::=>