Friday, August 19, 2005

Aku...dan duniaku...

Ku kecup bibirmu dengan petir berterbangan di udara

Maafkan, kali ini kita mesti berpisah lagi

Maafkan kali ini

Kita mesti berkemas dan meninggalkan kapal usang di pelabuhan

maka ingin ku kucup kau lagi sewaktu petir berhenti berkilat-kilat dilangit

cuma hujan yang ku tunggu

dan hangat bibirmu yang ragu..


<=::budaqnakal::=>

Friday, August 12, 2005

Tentang marah...

emmm...dalam hidup nie...kita kena hati2 dengan apa yang kita lakukan..bukan semua perkara yang kita buat dan bukan semua benda yang kita rasakan betul dipersetujui oleh orang lain...Kadang2 kita tak terfikir benda tu mnyakitkan hati orang (walaupun tak salah apa yang kita buat tuh..) tapi kena terima bila ada yang tak suka... Aku mengadu pada mama..mama cakap kadang-kala kita kena belajar minta maaf walaupun benda tuh bukan salah kita...
Well, aku bagitau mama, yang aku nih tak kisah if ada org tegur kalau aku wat silap or whatever lah kan...tapi aku tak suka if ada yang menegur dgn cara yang tak betul.. maksud aku, marah2 dan bercakap dengan aku seolah2 aku nie budak2... Cos aku sendiri tak suka nak marah2 orang...Aku kira cara yang lebih baik adalah pendekatan psikologi...Cakap dengan cara yang baik... Kalau kita tak boleh tangani kemarahan kita macam mana kita nak menangani masalah yang sedia ada... Aku terbaca salah sebuah artikel aku tak ingat tajuk dia tapi dalam tuh ada cakap..orang yang suka marah2 dan tak mampu mengawal kemarahan dia adalah tergolong dalam kumpulan orang2 yang mengalami depression...
So, nasihat aku pada orang yang suka nak marah2 nie...kaji dulu apa yang berlaku dan fikirkan dulu bagaimana nak bercakap dengan orang lain...marah bukannyer jalan penyelesaian yang terbaik...Faham??? Ahaks.... minda perlu seiring dengan jiwa beb!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, August 10, 2005

Kawan

Emmm...Tiba2 aku rasa happy cos aku punyai seseorang yang aku boleh berkongsi cerita...Dengan dia, segala2nya terluah dengan begitu mudah...Aku kira aku faham dia dan dia dapat fahami aku..Aku rasa sesuatu yang kosong dalam diri aku terisi dgn seorang kawan sebaik dia... dan aku berharap persahabatan kami akan berpanjangan...I'allah!!

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 08, 2005

Cinta mana yang kau genggam kini..

entah, cinta mana kini kau genggam
di getar jemarimu kisah-kisah berciciran
seperti tak ingin kau ingat kesedihan, luka dari tiap pertempuran
mungkin kau telah demikian banyak kehilangan
setiap kepergian yang kau hantarkan
di persimpangan jalan itu

entah, apa saja kini kau fikirkan
demikian banyak yang melintas dan tak sempat kau catat
seperti tak ingin ada kenangan pada halaman buku harian
saat langkah kaki menapaki jarum jam
di pergantian hari dengan nama-nama yang sama
waktu bagimu adalah tanda, sebuah prasasti
dengan loceng yang siap berdentingan
memanggil hujan di sudut matamu
ya, lalu kau hanya mengenal hari untuk tiap peristiwa
meski tidak untuk kau catat dalam buku harian

entah, cinta yang mana kini sedang kau genggam
di debar dadamu bunga-bunga berjatuhan
menjadi kupu-kupu yang menghantarmu pergi
melewati ribuan prasasti
dan loceng-loceng yang terus berdentingan
sedang aku..pasrah melihat kau pergi..


<=::budaqnakal::=>

Kontroversi

kontroversi sungguh...apalah diorang nie..tuh belum kenal lagi dian tuh saper..baru dgr nama dah mcm2 citer timbul...Emmm... Honestly, dia kawan yang baik lah u guys...hentikanlah hajat korang untuk korek2 cerita about her..OK???? Cheers...


<=::budaqnakal::=>

Friday, August 05, 2005

Buat kamu yang melukai hati

Emmm...aku agak kelam kabut sejak beberapa minggu nie...Rasa mcm sesuatu hilang dalam hidup aku bila dia seakan2 menjauhkan diri dari aku...Emmm...mungkin aku tak layak untuk dia...dia siapa aku siapa...

(Sajak buat kamu yang melukai hati ku..)

jika perjalanan telah membuatmu merasa asing dan sepi
dan airmata telah kering
hingga duka hanya jadi salak anjing
maka biarkan matamu terpejam untuk sejenak
menutup pandangan akan peristiwa yang selalu ada dan menyakitkan
biarkan pikiranmu tertidur
melupakan masa lalu yang senantiasa menghantui
dan ingin kau kubur di malam paling kelam
biarkan semuanya
mengalir pada sungai waktu
melewati pinggiran mimpi
melewati kefanaan penuh luka
biarkan. tapi jika kelak kita kembali bertemu di persimpangan jalan itu
engkau harus jawab satu pertanyaanku:
"dimana telah kau buang kisah itu?"

Benar kata mama..cinta itu sakit!!!! Benar juga kata mama..kadang-kala kita menjadi terlalu lemah dan bodoh dalam bercinta...dan aku tergolong dalam golongan ini kerana biar berkali2 aku disakiti...aku tetap sayang dan mengingininya...SHIT!!!!
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, August 03, 2005

Sajak


lalu kau tertidur di sisi malam
sendiri, terdengar bisikan lirih di sela-sela bibirmu
yang semakin membiru
dalam gelap yang mulai temaram
tak pernah kau tanyakan lagi cinta itu
yang mungkin menjauh, mungkin pula membeku
biarlah malam ini berakhir, itu pikirmu
namun hatimu seakan terperuk di situ
adakah cinta yang menjadikan dukamu harus terlahir?

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 27, 2005

Cakap mama

Mama cakap...dlm hidup nie..kita akan jatuh cinta berkali2 hingga kita bertemu seseorang yg benar2 sesuai dgn kita lalu kita akan berhenti memburu cinta... Selepas itu hanya satu perkara yang kita akan buat...MEMELIHARA CINTA!!


<=::budaqnakal::=>

Friday, July 22, 2005

Emmmm....Semalam birthday aku...Tahun nie rasanya tak seperti tahun2 sebelumnya...Bosan!!! Tak tahu knp...Tapi terhbur bila dapat call anak saudara aku si Dina...Petah bercakap...Dia bagitau dia suka tgk Akademi fantasia...Pelajar kesukaan dia Marsha...Bila aku tanya kenapa dia cakap...sbb marsha cantik...Kata dia lagi antara dia dan Marsha...dia lagi cantik!!! Ahahahahahaha...Comel....


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 19, 2005

2 hari lagi b'day aku...juga b'day anak saudara aku irdina jasmina...Emmm...dah tua rupanya aku nie...ahahahahaha!!!

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 27, 2005

Tak larat....

Harini, aku betul2 rasa tak sihat...Bangun pagi2 tadi pun rasa mcm nak pitam dah...Jari2 tangan aku pun bengkak semacam jer...Emmm, agaknya sakit lama datang balik...Patutnya aku kena g buat check up, tapi malas...tak larat nak ngadap jarum...Nie pun rasa sejuk giler nie...Emmm, makan pun tak selera...nak menelan pun susah...rasa nak muntah... Aku try call "dia" tapi tak angkat...Ingat nak ngadu...tapi nampak gayanya ngadu pada diri sendiri je lah...Ahaks...kesian aku...

Semalam aku ke rumah kakak aku, anak saudara aku si aween tuh petah betul bercakap...comel jer... masa dia baru lahir dulu akulah yang jaga dia, balik office aku g amik dia bawak balik umah dan jaga dia sampai kakak aku balik kerja...Tengok gaya dia...aku tak nafikan dia banyak ikut perangai kakak aku... rupa pun ikut kakak aku...Lembut pun macam kakak aku... She's pretty n cute...

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 20, 2005

Aku dan Duniaku

"aku dan dunia ku... hidup dan bercinta dan cinta ku hanyalah kamu.. dan kamu adalah dunia ku...!!"

<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 16, 2005

Bleach

Emmm...aku sukakan gambar2 komik Jepun mcm nie... Aku pun dah lama tak melukis, dulu masa study aku ingat lagi aku cukup suka melukis dan menulis...Hingga berjaga malam menyiapkan lukisan2 aku...dan yang paling seronok bila ada kawan2 yang suka lukisan aku tuh dan sanggup membelinya...Paling mahal aku pernah ditawarkan RM100 untuk lukisan kumpulan "gorillaz"...
Emmm....cuma sekarang aku tak punya masa untuk melukis seperti dulu-dulu...Menulis pun kadang2 jer...Itupun payah benar nak dapat idea...sejak "kawan" aku yang sorang nie pergi jauh dari hidup aku idea2 aku jadi hilang mcm dia jugak...Dulu dialah pencetus ilham utk aku menulis...Tapi sekarang...entahlah....


[=::budaqnakal::=]

Wednesday, June 15, 2005

Kuiz Personaliti


Take The quiz yourself

Emmm...aku try buat kuiz personaliti dalam http://www.bleachportal.net so yang kat atas nie adalah penilaian bagi personaliti aku sendiri...ahaks...muka mcm budak nakal kan? Sesuaiiii........

[=::budaknakal::=]

Friday, June 10, 2005

Aku suka...

Kita share citer ttg kawan aku yg aku kenal masa study dulu, cerita kat bawah ni aku ambil dari weblog dia...korang bacalah

"segalanya bermula 1996, aku masih study di ITM Jengka (sekarang UiTM), hampir setiap malam aku melukis gara-gara aku sukakan si "M" budak Diploma In Science (org K.Kangsar). Aku tak tahulah kenapa aku sukakan dia, tapi mula2 niat aku nak main2 jer..last2 aku betul2 suka dgn dia...tapi malangnya...dia masa tuh mcm tak sukakan aku..jadi aku mulakan langkah pertama..1st setiap hari aku akan melukis dan menulis..pagi2 dalam pukul 4-5 pagi aku akan ke blok asrama dia dan masukkan lukisan tuh ke bawah pintu bilik dia (blok asrama dia sebelah blok aku dan bilik dia setentang dgn bilik aku, kiranya aku selalu intai dia dari bilik aku)...Tapi dah berbulan2 aku buat mcm tu still takde respon...

So 1 day, aku mcm dah give up...aku tulis surat pada dia..aku cakap aku minta maaf ganggu dia..aku janji takkan ganggu dia lagi dan aku bagi pada dia lagu "Kau Ilhamku" dan "teddy bear"...Esoknya hari sabtu, lepas aku keluar dari bilik air, aku masuk bilik..atas katil aku ada paper bag..Si Ina roommate aku cakap, ada senior bagi...Aku tgk dalam paper bag tu ada "teddy bear" yg aku bagi pada si "M"..aku rasa betul2 kecil hati dan sedih..kot yea pun tak suka aku jgnlah pulangkan "teddy bear" tuh kan...Aku ambik pisau aku bedah perut teddy bear tuh aku masukkan dalam paper bag tuh balik aku paksa rommate aku hantar balik pada si "M"...Aku frust!!!!!!

Dua tiga hari lepas tu...sedang aku study, aku terdengar dari blok sebelah ada org pasang radio kuat2 lagu "Kau ilhamku"..aku terus bangun nak tutup langsir bilik aku cos aku rasa tak concentrate nak study, ntah mcm mana masa nak tarik langsir tu, aku nampak ada radio kat tepi tingkap bilik dia(radio di halakan ke arah bilik aku), dan aku perasan ada kepala yg intai2 pandang ke arah tingkap bilik aku...Aku tahu dia perhatikan aku...(tapi nak tunjuk perasaan punya pasal, aku terus tarik langsir bilik aku)...Ahahahaha padan muka kau...

Hari tuh aku ingat lagi, aku demam...roommates aku balik kampung...so, aku tinggal sorang2...Demam2 pun aku masih sibuk melukis...Entah mcm mana ada org ketuk bilik aku, aku setakat menyahut dari dalam..tak kuasa nak bangun bukak pintu..Bila pintu terbukk jer..tgk2...si "M" datang...Aku terkedu bila dia cakap "awak demam?"...aku angguk..aku ilang punca nak bercakap dgn dia...Dia ajak aku tidur di bilik dia...senang dia nak jaga aku..lagipun aku sorang2, aku jawab OK!!!

Kat bilik dia...Aku terkejut tgk board dia yg penuh bertampal..bukan nota2 yg tertampal kat situ...tapi semuanya..lukisan2 aku..dan atas meja dia, ada teddy bear yg aku pernah aku bedah perut dia (dah berjahit..). Dia tarik aku suruh aku baring atas katil dia...Sambil baring aku pandang dia..

Aku tanya "kenapa tiba2 awk datang jumpa saya dan baik dgn saya".
Dia pandang aku..dia senyum...dia cakap "Saya rindu nak terima lukisan awak...dan nak baca sajak2 kiriman awak...".
Aku tanya.."kenapa baru sekarang?"...
"Sebab bila awak tak hantar apa2 pada saya lagi...saya rasa kehilangan" dia jawab sambil letakkan tuala basah kat dahi aku...
Aku tanya lagi "teddy bear tu..knp simpan lagi?"
Dia pandang aku "kalaulah dia bernyawa mesti dia tanya apa salah dia sampai awak robek isi perut dia"
"Kalau dia bernyawa mesti dia tanya awak apa salah dia sampai awak tanak terima dia"
jawab aku pula
Dia pandang aku dan dia cakap "Awak yang bernyawa dan bersuara pun tak pernah tanya saya kenapa saya tak terima awak..."
Aku terdiam..aku pandang si "M" dan aku cakap "Kalau saya cakap sekarang awak akan bagi jawapan awak?"...Dia angguk
"Saya sukakan awak..dari semester pertama tapi awak tak pernah bagi jawapan...Saya nak awak dulu dan sekarang" laju jer aku cakap dan dalam masa yg sama aku rasa muka aku panas...Malu!!! Ahahahahaha...
"Saya terima awak kalau awak janji dgn saya jaga makan dan minum awak...awak dah kurus tak mcm mula2 dulu"

Bermula dari saat itulah aku mula berkawan dgn dia...Dia baik dgn aku...jaga segala2nya tentang aku..Pakai makan minum aku semuanya dia jaga...

Tapi semua tu dah lama berlalu...dah 9 tahun berlalu..yang pasti aku masih sayang dan ingatkan dia hingga kini...Yang terbaru aku tahu dia dah berkahwin...."

Emmm....inilah cerita yg kawan aku tuh tulis... Ape2 pun kepada si M atau2 sapa2 yang kenal M nie tolonglah contact kawan aku nie balik... dia teringin sgt nak jumpa...



[=::budaqnakal::=]

Thursday, June 09, 2005

????


Tak berbahasa...

ingin rasanya

kutulis puisi cinta untukmu, ingin!

tapi tanganku ragu bergerak dan mataku pejam

puisi ini lenyap di keheningan yang paling dalam

dan aku tak lagi punya bahasa!

[=::budaqnakal::=]

Wednesday, June 08, 2005

PERBANDINGAN ITU..SAKIT...!!!!

Emmm...pelik dengan manusia sekarang nie....Kadang2 bercakap tak ikut akal...main sedap jer mulut tuh bercakap..tak fikir langsung tentang perasan orang lain....Aku rasa dalam hidup nie...dah jadi lumrah bila kita suka membuat perbandingan, lebih sakit lagi...bila kekasih sendiri membandingkan kita dengan org lain...Huh!!!! Mcm mana lagi nak buat nih?? Peningkan???....Arghhhhhhhhhhh!!!!!!


"Aku punya cara tersendiri untuk memanjakan kamu
maka usah persoalkan sejauh mana sayang ku itu
Aku punya cara tersendiriuntuk mencintai kamu
maka jangan pernah perbandingkan aku
dengan dia yg pernah wujud di hati mu
kerana bila kau persoalkan dan membandingkan kami
maka kau sebenarnya buta
sehingga tidak dapat melihat sejauh mana aku cintakan kamu
dan sekuat mana aku perlukan kamu
HANYA KAMU..."
=][= ::adeq:: =][= ::budaqnakal::=]

Kenali Personaliti Seseorang Melalui Ciuman

Emmmm...jadi korang jenis yang macam mana yeak? Cuba2lah dan fikir2kan...Okey!!!!
=budaqnakal=

4kud4nduni4ku

aku dan dunia ku...SETIAP MATA YANG TERTUTUP TIDAK BERERTI DIA TIDUR DAN SETIAP MATA YANG TERBUKA TIDAK BERERTI DIA MELIHAT...(mcm aku yang lebih suka mendengar dgn mata hati...)