Monday, September 21, 2009

Ralatnya Sebuah Konklusi = MATI...

malam ke-2 syawal... bau ubat-ubatan terlalu kuat hingga membuatkan dada aku sedikit sesak... mungkin di sini, di tempat menanti di luar lobi bangunan putih ini mampu buatkan aku sedikit bernafas dgn lebih terbuka dan selesa...
sebetulnya, di dalam sana tadi, melihatkan si kecil terbaring seakan tidak bernyawa buatkan aku hilang bahasa dengan Tuhan... menyedari kepesongan sendiri... maka Istighfar aku dalam hati... dan membawa diri ke sini... moga Tuhan tahu aku tidak bermaksud menuduhNya begitu...
si kecil itu, sedang bertarung nyawa untuk teruskan hidup... dan aku yang hidup, bertarung nyawa untuk apa? hanya untuk membuktikan betapa segala konklusi yang pernah dibuat mereka-mereka yg kononnya bijak pandai itu adalah ralat?? Konklusi yang tidak di sokong oleh aku... dan moga si kecil itu juga tidak mudah mengalah untuk membuktikan betapa konklusi yang terhasil hari ini adalah keRALATan yang paling besar dalam sejarah!!!
Bangkit dewi... bangkit... kitakan dah berjanji, mahu main bunga api???
<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 17, 2009

Kisah Aku dan Piano

semilir angin dari putaran kipas siling
berhembus meniup dan menyapa wajah sendu
seakan kasih belai dengan lembut


aku duduk di sisi sang piano usang
jemari perlahan ku rebahkan pada gigi hitam putihnya
ku biarkan musik berbicara tentang hati..
tentang rasa, tentang duka, dan juga tentang cinta
walupun terselit nada minor yang kian sumbang
menghantar luka dalam tatapan hampa

<=::budaqnakal::=>

Monday, September 14, 2009

Saat Nakal & Degil



terkadang tanpa sedar
usia kian beranjak
dan masa mematangkan kita

usah menutup ego
buat-buat lupa
sedang hati saling mengingati
dan kita saling menjengah
mengimbau kenangan kita-kita semua..
saat nakal dan degil
jadi penunjuk jiwa




<=::budaqnakal::=>

Khatimah Cinta

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi


Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu


Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku


Peluk tubuhku
kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 10, 2009

NONET YANG SENGAL

SENGAL NYA NONET!!!
ahahahhaaaaa...
kadang-kadang bila Nonet ni moody2 aku pun naik hangin tgk dia
nyampah...tension... semua perasaan yang negatif lah...
tapi
bila time dia buat perangai gila n sengal dia tu
aduuuuhhhhhh
tak larat nak layan...
penat gelak
takde dia, boring jugak lah....


<=::budaqnakal::=>

Monday, September 07, 2009

Kalau Bisa...


lautan itu,
pada aku teramat puitis
teramat seksi
turun naik skala nafsunya bermusim
terkadang tenang
terkadang meribut
aku ingin menjadi lautan
yang memuja matahari telanjang perkasa
di atas rumput lautnya kami kahwin dan senggama
dan orgasme dalam belukar deburnya ombak
aku ingin jadi lautan
yang menguji ketabahan bebatuan
bagi musim yang tak pernah lelah
menghitung buih yang hilang
kalau bisa,
aku ingin jadi lautan

<=::budaqnakal::=>

Kejamnya Pisang

... bila yang tersirat
tak mampu diterjemahkan
kepada yg tersurat...

<=::budaqnakal::=>

Friday, September 04, 2009

AKU

langit bisa kehilangan renyai hujan
kerana sangkala yang membeku
hutan pun mungkin kehilangan daun serta perdu
kerana musim tak lagi bersekutu
tetapi
ada yang tak bakal lekang oleh buram waktu
namanya....


....AKU....



<=::budaqnakal::=>

Gerimis

aku bangkit dari tidur
tatkala embun terbangun antara daun-daun pepohon di luar jendela kamar
ketika hujan rintik menepuk-nepuk manja punggung dahan akasia
ah!
gerimis pagi ini, beraromakan sunyi
dan rindu menghimpit lagi...

<=::budaqnakal::=>

Namanya... SUNYI



ada yang mampu ubah hati jadi benci
ada yang mampu ubah airmata jadi puisi
ada yang mampu ubah langit jadi duri
ada yang mampu ubah tekad api jadi debu mati
ada yang mampu ubah tangis jadi nyanyi
namanya... SUNYI


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 01, 2009

MELANKOLIKNYA AWAN....


awan itu mendung
menjelagakan hari
melayankan melankolik
sebelum bisa menangis
meredakan hati


<=::budaqnakal::=>

AL-MUBARAK

Salam Ramadhan, agak lama tak menulis... Satu kerana sepanjang Ogos yang lepas aku jarang di pejabat, terlalu sibuk dengan urusan kerja... Satu lagi kerana minggu terakhir Ogos aku disahkan menghidap ILI - Illness Like Influenza... So aku bercuti sejak 26 Ogos hinggalah semalam...
Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yg kedua aku BERDUA.. heheheheee... tak tahu lah tahun depan macamana lak... Ermmmm, Bazaar Ramadhan merupakan destinasi utama dalam bulan ini, tapi mcm biasa lah, aku takleh g sorang2 tak berteman... kalau aku g sorang2 alamatnya semua benda aku beli... heh... Pastu makan tak abisssss....
Bunga api pun dah beli... tunggu nak main je... Tapi rasa2nya, bunga api tuh bakal terbakar hangus hujung minggu ni kerana 2 orang mafia akan berkunjung ke rumah utk buka puasa bersama-sama... (buka puasa je sama2? buka lain tammo??) ehehehehee...
Semalam, Chef Nonet masak bawal masak steam ala2 Naked Chef + sayur campur + hempedal ayam goreng, huh.... layan gak la makan kat umah... lepas makan rehatkan perut sekejap sebelum makan dessert... mula2 aiskrim Haagen Daz, pastu Baskin Robin.... eheheheeeee....
(arini mau makan aiskrim with peaches, auwwwwwwwwwwwwww!!! sedapnyaaaaaaaaaaa)
Weekend ni sempena kedatangan 2 org mafia ke rumah utk berbuka puasa bersama2... i was thinking of few menus.... salah satunya my favourite fruit punch... ermmmmm, yummieeeeeeee.... itu pun kalau rajin!!! ahahahahahaaaaaaaa
By d way, to all... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... Moga2 semua orang mendapat barakah di bulan mulia ini... Bagi yang berkenderaan tu, hati-hati di jalanraya, maklum saja, Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi... Ingat sikit keluarga tersayang, jangan membahayakan keselamatan sendiri....

<=::budaqnakal::=>