Tuesday, September 30, 2014

Gua Hari Ini

hari ini gua belek-belek anak mata gua
pejam celik pejam celik gua tahan pedih
kejap gua jegil kejap gua kerdip

hari ini gua tak puas hati
kenapa anak mata gua macam ni?
apa?
sebab gua melayu gua tak layak ada mata biru ke?

30min gua tunggu
anak mata gua tetap macam tu

<=::budaqnakal::=>

RIMBA




















tidak ada yang lebih memberikan nyawa
selain daripada indahnya alam semesta

tiada yang lebih memberikan cinta
selain daripada nyamannya belantara

tiada yang lebih memberikan damai
selain daripada cantik dan jernihnya sungai

bila aku dan alam bersatu
kala kepergian timbul pula harum rindu

tunggu sang rimba... tunggu aku di sana...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 18, 2014

Hari Ini

hari ini gua rasa bangga
sebab gua tak makan gaji buta

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 17, 2014

RAJUK

kau tahu
rajuk ku ini
kalau semahal emas
dikumpul membukit boleh digadai
dah lama aku jadi jutawan

kau tahu
rajuk ku ini
kalau terbit benang seurat demi seurat
ditenun anyam jadi kain
dah lama aku jadi tokey tudung
dah lama Fareeda bankrupt

kau tahu
rajuk ku ini
kalau sesedap kopi starbucks
dah lama kena boikot

kau tahu?
ah... kau takkan tahu
sebab aku bukan gemar merajuk-rajuk ni

tak minat!

<=::budaqnakal::=>

Friday, September 12, 2014

Apa Kau Mahu?

belum bertanda di dada dan bahu
kau sudah begini dan begitu
apa sebenarnya kau mahu?

belum terletak paku nan satu
dah buat tak tahu
selama ini pangkat sahaja kah yang kau mahu?

hebat sangatkah kau tu?

<=::budaqnakal::=>

Kun Faya Kun

kalau sudah ketetapanNya
Kun Faya Kun
selautan air pun bisa terbelah dua

kalau sudah Dia kata
Kun Faya Kun
gunung ganang pun boleh rata

kalau hati sudah selesa
Kun Faya Kun
maka jadilah... Tunku Aminah aku yang punya



#eh? perasan sangat kot?? celaka!

<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 11, 2014

Sensitif Tak Tentu Hala

kawan : kenapalah aku mesti terjumpa dia balik? kenapalah dia pun kerja kat sini?

aku : relaks ar, dia dah ada GF kot

kawan : helloooo, orang yang dah kawin pun boleh skandal bersepah, gf keliling pinggang, ini kan pulak sekadar GF? macam orang tu, dah ada awek tapi menggatal gak, habis keliling dia belasah, depan awek bukan main baik lagi, padahal??

aku : woi! tolong sikit yea, aku tak buat semua-semua tu dah yea, kau jangan sedap mulut je nak mengata aku.. ehh? errrr... aaaaa... hurm

kawan : (terdiam)

aku : (terdiam)

kawan : kau dah kenapa? (muka blur)

aku : ha'ah kan? kenapa aku yang terasa? Damn!

#siapa makan cili dia rasa pedasnya

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 09, 2014

Aku DULU
























aku pernah begitu
menginginkan yang hebat-hebat belaka
setiap hari minum di DOME KLCC, Coffee Bean atau Starbucks Coffee sahaja
 
Shopping? harga T-Shirt sehelai harga tidak kurang RM79.90
Kasut NIKE berderet-deret yang RM259 sepasang
Jam tangan NIKE berbagai warna dan bentuk
Cadar dan sarung bantal? Beli cuma di Aussino yang bercorak nombor bersulam timbul
 
lagi melampau kerek tahap hidung kembang tak boleh kempis lagi
ketika waktu bermalas-malasan
duduk bersidai di kompleks beli belah mewah dihimpit artis dan model
best sangat kot kawan dengan aku nih?
 
itu ketika mula bekerja
berasa dunia digenggamannya
maklumlah.. masih muda, pegawai, berduit pula...
ada orang bela... (eh??)
 
pabila tahun menonjol usia naik ke angka-angka berbeda
pabila paras kematangan di tahap tak sama
kau akan mula merasakan
yang hidup bersederhana memberikan kau nikmat yang jauh lebih mewah
 
#sebenarnya aku hidup dalam bersederhana, setelah habis segalanya dikikis habis-habisan, celaka punya manusia!
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, September 08, 2014

HLOVATE vs AKU

"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."
 


HLOVATE yang kata... bukan aku kata...
entah kenapa aku rasa cemburu
kerana dia punya kata-kata yang sangat cool
aku punya cuma suam-suam kuku saja!


<=::budaqnakal::=>

Buat Semua Hati Yang Pernah Ku Lukai

buat semua hati yang pernah ku lukai
maaf kerana kalian tidak pernah termiliki

hati ini dahulunya amat liar untuk ditambati

lain tahun, cuba lagi
mana tahu kalau-kalau punya rezeki
 
<=::budaqnakal::=>

Friday, September 05, 2014

ADEH

mahu letakkan otak pada keadaan "shut down mode"
biar tidak sakit
biar tidak letih

sudah penat berjerih perih




















<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 04, 2014

2x2 Pinggan Nasi goreng

semalam entah kenapa teringin benar makan nasi goreng

perghhh
siap pecah telur dan padat dengan lobak
gila tak sedap?

sampai dua kali tambah
dek kekenyangan mengantuk pula... tidur

terjaga dari tidur sekitar hampir jam 11 malam
duduk-duduk
minum-minum

jam 12 lebih
round ke-2 makan nasi goreng
pun 2 kali tambah

pergh! kalau lah ada petai... mahu langsai segalanya

# hari ini, mahu nasi kosong, telur goreng dan ulam sahaja boleh? (errrr sambal nasi ayam aritu ada lagi tak?) adessss... gemuklah aku kalau gini... teruk sangat selera makan sekarang ni... tukang masak guna "pelaris" dari bomoh mana nih?

<=::budaqnakal::=>

KAMU


aku cuma ingin menghargai waktu-waktu sunyi bersamamu
menikmati saat diam kita berdua
tanpa bicara mahupun bertentang mata

aku mahu lapangkan akal dari segala perihal

usah menentang, diamlah kamu di situ
dikepit jemariku

biarkan auramu meresap kerongkong
sebelum kau tinggalkanku fikiran yang kosong

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 03, 2014

Gua Lu Kawan

awal lagi kenal
lu dah menyanggupi semua request
walaupun tiada yang tak masuk akal

awal kenal
pantang dengar disebut "teringin" itu dan ini
menggelabah beruk lu cari yang dia hajati bai

awal kenal
baru message nada-nada jealous
lu dah mengepak sayap
terbang terapung-apung senyum bangga

nah! sekarang
kerana menyanggupi lu melingkup
kerana menggelabah terbang terapung lu jatuh terduduk
muka terhenyak kepala kena hempuk dada kena pijak

tu belum check tulang punggung tu... silap-silap retak bai

#tak apa... kalau lu cacat, gua lu tetap kawan...

<=::budaqnakal::=>

Buat Sang Mantan

buat semua sang mantan
yang pernah aku cintai
yang pernah singgah di hati
yang cuma lalu pergi

maaf!
kerana aku tidak pernah mengerti makna- SETIA

<=::budaqnakal::=>