Monday, December 27, 2010

Pagi tadi, semalam dan hari-hari sebelumnya...

Undur semula ke pagi tadi.

Aku bangun tidur dengan muka sebelah kanan yang masih bengkak. Sebelum aku masuk tidur malam sebelumnya, aku sudah rasa macam ada yang tak kena. Ubat aku telan, mengantuk, tetapi bengkak itu masih begitu. Seperti hatiku juga. (Celaka! Ubat tak bagus!!!!)

Semalam.

Bila di kampung, aku rindu Kuala Lumpur. Bila di Kuala Lumpur, aku rindukan kampung. (Damn!!! satu transisi yang belum pasti apa penghujungnya. Celaka!!! Jiwa tersimpul agaknya!!!) I'm neither here nor there.

Sejak kebelakangan ini.
Malam-malam aku rasa semakin panjang. Di mana-mana pun aku pergi. Aku selitkan hiburan-hiburan tak bermakna dan juga kerja-kerja biasa di celah segala kerisauan ini (aku perlu terus bergerak, bekerja dan hidup!!!)


Sekarang.
Tatkala mengadap blog ini, aku kembali jadi manusia tidak puas hati "Celaka!!!! apa yang aku nak tulis hari ni??? Idea aku mati!!!!"

Arghhh!! Persetankan, kalau aku terus hadap blog ini. Aku pasti akan mati. Dek kebosanan.




<=::budaqnakal::=>

Disember


Disember...
Bulan yang murung...
hati terkurung dalam menung

2010 hampir ke penghujung
Januari baru akan berkunjung
(ulangtahun bertemu atau berpisah???)

Disember kali ini
tidak sama dengan Disember lalu
Disember lalu, kita SENYUM...
Disember ini, kita MURUNG...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 15, 2010

Sarat Rindu

Jarang-jarang aku dapat menulis sekarang ini... Bukannya sebab sudah lama tidak menjenguk ke sini, cumanya aku ketandusan kata...
Banyak yang mahu aku perkatakan... pelbagai cerita yang berlaku dan menemani perjalanan hari-hariku... Buruk dan indah tercanai menjadi satu... pelbagai warna menghiasi langit dan bumi duniaku... Hitam dan putih teradun dengan begitu indah sekali...
Dalam menikmati pelbagai kisah dan pelbagai warna itu, sebenarnya hatiku sarat dengan rindu... Rindu pada abah... rindu pada emak... rindu pada KAMU...
Rindu duduk makan bersama abah dan mendengarnya bercerita
Rindu duduk di depan TV bersama emak dan mendengar bebelannya
Rindu duduk di situ bersama kamu dan melihat setiap geri dan senyumanmu...
<=::budaqnakal::=>

Rindu dan Sayang Ini


Kalau saja dapat aku tunjukkan
apa yang sedang bermain di minda
apa yang sedang bermain di hati
pasti kau akan mengerti
RINDU dan SAYANG ini
tidak pernah MATI

Ia sentiasa ada untuk kamu
hanya KAMU

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 06, 2010

Matahari Tersepit


akulah sang mentari
tersepit di antara langit dan bumi
kala aku ditelan sang waktu
dunia berbungkam kegelapan


lantas
pada rembulan aku mengadu

<=::budaqnakal::=>

Monday, November 29, 2010

Bicara hati buat sang kekasih


**aku petik ini dari blog seorang kenalan, tertarik dengan kata-katanya, maka aku selitkan di dalam ini**

Bicara ini untuk seorang kekasih kepada kekasihnya. Baca buat semangat pada cintamu, sesiapapun kamu.

"Sang kekasih,

Bila mana ada matahari mahu menyuluh wajah kudusmu, kamu sambutlah cahaya yang terang itu. Agar gelap sisi hidupmu akan terurai segala derita yang mengamit rasa. Andai kata kamu mahu resahmu berbicara kuat bersama ombak suka dan duka, kamu katakan bahawa tangan putih kamu hanya buatnya sahaja. Kamu berbicaralah padanya sang kekasih, bila mana matanya terpejam dan angin malam amat sejuk mencengkam. Kamu katakan padanya bahawa kamulah sang pencinta yang tiupkan tenang amat di hatinya. Kamu katakan padanya, kamu amat rindu segala-gala yang ada pada dirinya, kerana kamu anak yang sangat cintakan hidup tenang dan penuh warna. Sang kekasih, kamu katakan pada segenap ruang diri kamu bahawa kamu dambakan senyum dan peluk rindu itu selalu. Kamu katakan padanya bahawa kamu akan terus menjaganya walaupun nyawa kamu terbelah dua. Kamu capaikan bintang terang dan sematkan dalam hatinya dan kamu hadiahkan biru bulan pada setiap gelap mimpi mimpinya. Kamu katakan padanya sang kekasih, kamu bahagia pada senyumnya, tangisnya dan deritanya buat kamu mahu balutkan luka itu dan tenangkan dirinya selalu.

Kamu ingat itu sang kekasih...kamu ingat janji kamu pada warna hatimu, separuh darimu ada pada mentari itu. Berbisiklah indah pada kekasihmu..."

<=::budaqnakal::=>

Sedang kusyuk...

**maklumat terperinci seperti yang diceritakan oleh staff aku**

tadi staff aku masuk bilik, masa tu aku tgh tunduk sambil pegang pen, sibuk study fail MPK + FM....

staff : cik, bengkel kat KK tu nanti sy tak boleh pergi, anak takde sapa nak jaga, cik gantikan orang lain lah cik...
aku : (tunduk + diam)
staff : lagipun cik, azah tgh banyak keje skrg ni... blaaa blaaa blaaa blaaaa blaaaa....
aku : (tunduk + diam)
staff : cik! cik! cik tinie!!! (sambil pegang tangan aku)

aku angkat kepala pandang ke arah dia

aku : ha.. ada apa azah? sorry... saya terlelap...

ehehehehehehehe, sebenarnya masa aku tunduk ngadap fail MPK + FM tu, aku bukan tgh study fail tuh pun, aku terlelap... yg staff aku ni lak, masuk2 terus pot pet pot pet pot pet.... padahal sepatah haram apa pun aku tak dgr dia cakap apa...

apa lagi lah kan? jadi lawak pagi Isnin yg sensasi di ofis harini yea... tuh masing2 tgh gelakkan aku lah tuh! hampeh tul!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 24, 2010

Mual

kesendirian menjadikan aku mual dengan kehidupan


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 23, 2010

PERHATIAN


terlalu banyak hal yang jadi di pejabat sejak kebelakangan ni... buatkan aku rasa tak berahi langsung mahu bekerja... tapi aku gagahi dan kuatkan semangat... tika dan saat ini, aku perlukan perhatian untuk diri sendiri... jadi pada sesiapa yang rasa kurang mendapat perhatian dari aku sejak kebelakangan ini, harap maaf... bukan aku berniat untuk menjauhkan diri atau menyombongkan diri... cumanya - AKU MAHUKAN PERHATIAN YANG LEBIH UNTUK DIRI AKU SENDIRI!!!
AKU PERLU SEDIKIT "TLC" UNTUK DIRIKU...


<=::budaqnakal::=>

Monday, November 22, 2010

Permintaan

"jangan pernah samakan atau membandingkan aku dengan orang lain, kerana aku hanya aku, aku tidak sama dengan orang lain..."
"kau sama dengan orang lain"
"aku tak suka benda yang complicated, aku ingat dengan kau semuanya senang, rupanya tidak"
"salah ke kalau aku nak rasa seronok, gembira dan bahagia?"
- hanya dengan satu permintaan, ada hati yang terluka, ada airmata yang mengalir dan segalanya berubah menjadi rumit
p/s * ini AKU, AKU tidak sama, AKU berbeza...

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 19, 2010

Mohon Maaf


Ini aku yang selalu perlu beralah memenuhi permintaan dan keinginan orang-orang sekeliling aku hingga mengabaikan keinginan hatiku sendiri...


terkadang, aku menutup apa yang ada di dalam hati, demi membahagiakan orang lain...


kesedihan dan kepedihan yang tidak tertanggung itu, cuma aku yang merasakannya...


tak mengapa, aku dah terbiasa...


p/s : mohon maaf jika aku menjengkelkan, mohon maaf jika aku menyakiti, mohon maaf atas kekurangan... kerana aku tak SEMPURNA...


<=::budaqnakal::=>

Tak Pernah Padam

Bila mentari,bersinar setengah hati
Ku 'kan tetap menghampiri,menepis semua
Keraguan di wajahmu..
Oh..Jangan lagi bertanya,mengapa ku s'lalu
Saja Bertahan dengan harapan yg sama..
Reff.
Berlari..Ku takkan berhenti melangkah
Mengejar cerita terindah bersamamu
Berjuta mimpi tak pernah padam
Berlari..Ku takkan berhenti melangkah
Mengejar kisah tak berakhir menggapaimu
Tak pernah padam..
Gelapnya malam,tak kan menyurutkan hati
Ku 'kan tetap menghampiri,hingga akhir masa
Kau tak akan terganti..
<=::budaqnakal::=>

Monday, November 15, 2010

Mengalir

"mengalirlah mencintai aku
jangan berhenti
mengalirlah
menyuburi taman hati"
<=::budaqnakal::=>

Cumbui & Setubuhiku

"telanjangi aku cinta
cumbui jiwaku dengan sejuta puisi
dan
setubuhi hatiku dengan sejuta mimpi"


<=::budaqnakal::=>

Monday, November 08, 2010

Mahu Ke Mana?

mahu ke mana kita?
jika kamu lebih mementingkan apa kata mereka
bagaimana mereka memandang
tentang penerimaan dan penolakan

mahu ke mana kita?
jika kamu lebih mahu memuaskan yang lain
dan melupakan kemahuanku
keinginan kita...

lalu, ke mana halanya kita?

<=::budaqnakal::=>

Sleeping Beauty

Semalam tak boleh tidur lagi
terus rasa nak sumpah diri jadi "Sleeping Beauty"
tapi tak mau lah ending dia ada putera raja datang kiss, aku terjaga dan kawin dengan putera raja tuh...

aku nak versi lain... versi aku...
versi yang sentiasa boleh buat aku selalu tersenyum
dalam tidur... dalam jaga... hatta dalam jamban sekali pun!!!
yup! aku nak jadi macam "sleeping beauty"... tapi versi aku sendiri!!!!

heh!

p/s : ada sesiapa yang boleh tolong tepuk2kan aku sampai lena malam ni tak? satu tepukan aku bayar seposen!

<=::budaqnakal::=>

Jangan Bimbang Sayang

hulur tanganmu untuk kupegang
biarku pimpin kamu melewati hari-hari kita yang mendatang
dihujung sana biar waktu tentukan segala
"ayuh! jangan bimbang sayang"
"kita pasti OK"

<=::budaqnakal::=>

Thursday, November 04, 2010

Aku rindu

Ok, tanak cakap apa-apa kecuali satu - AKU RINDU BANTAL BUSUK AKU!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 03, 2010

Kepala Ringan

Malam tadi bosan di bilik, aku keluar cari mana-mana kedai makan atau warung-warung tepi jalan untuk aku teguk kurang-kurang segelas nescafe o ais...
Selepas gelas yang ke-3 sampai, hp berbunyi, sms dari seorang kawan masuk;

Kawan : Tengok pic kau dalam FB, kau potong rambut? Apasal?
Aku : Saja, nak bagi kepala ringan..
Kawan : Huh? Aku suka kau rambut panjang, lagi smart! Rambut pendek nampak bebudak...
Aku : Kau tau tak kepala aku sekarang rasa ringan? Aku rasa mau 3kilo gak berat yang hilang lepas potong rambut aritu...
Kawan : Huh! Kau kenapa???
Aku : Kenapa apa? Aku rasa kepala aku lost weight!

dan kawan aku terus diam... hingga ke harini dia tak sms aku lagi...

Huh! Peduli apa aku if orang lain fikir aku nampak lebih smart/hensem/macho dengan rambut panjang terikat sekalipun??? Ingat aku suka benda-benda tu semua?? Tegur sekali lagi aku botakkan kepala terus!!!!!!

p/s : errrr... kalau aku botak, nanti sesapa tolong temankan aku p cari wig kat sg wang yea!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 02, 2010

Katanya...

kelmarin, katanya :

"aku ini orang yang tak takut apa-apa
orang yang tak cinta apa-apa
lepas dan bebas bagai udara"

hari ini, katanya :
"aku ini orang yang takut pada segala
orang yang sunyi tanpa cinta, tanpa apa-apa
hidup aku kosong bagai udara"




<=::budaqnakal::=>

Malam Itu


malam itu
saat aku lihat kamu
menggairahi pentas dengan pario tipis
menampakkan celahan dua tetiang kaki
hela nafasku tak menentu
mataku kian layu
mensyahdukan kesakitan tak terjelaskan

malam itu
aku lihat kamu
menikmati lentok geliat tubuhmu
dan saat nafsuku kian menggebu

aku pulang
meredakan kegilaan

p/s : confirm pening kepala tgk pic nih kan? Memang saja nak bagi pening pun... Sebab aku pun tengah pening sekarang nih... Hikssssss. Selamat BERAMAL!!!!
<=::budaqnakal::=>

Monday, November 01, 2010

Gangguan Emosi

kawan : cuba kau tengok saiz kaki kau dgn kaki aku, kaki kau besar dari aku kan?
aku : aha, ye... knp pelik sgt?
kawan : sebab, kau dgn aku badan besar lebih kurang, tinggi pun lebih kurang, tapi kaki kau lebih dari aku
aku : yea ke? semua sama lebih kurang kecuali saiz kaki eh?
kawan : iyea... betul, tetek kita pun saiz lebih kurang
aku : kurang ajar lah tuh!!!! kau sebenarnya nak kondem yang lain kan?
gila! pervert!!!!
p/s : bila yang buat lawak tuh kawan lelaki, boleh dianggap gangguan seksual tak? boleh kot! tapi yang ini pada aku lebih kepada gangguan emosi!!! babinya budak jantan!!! meh aku lempang kau sekali!!!!

<=::budaqnakal::=>

Maafkan aku

aku hidup tersepit hari ini,

tersepit dicelah-celah kegilaan si dia yang merayu minta dilelapkan...

aku mahu, tapi aku tak mampu!!!

maafkan aku...

kita cuba lagi malam nanti ya sang mata!!

<=::budaqnakal::=>

Penafian Hidup

minggu pertama aku ke situ dengan rambut yang baru dipotong pendek :
pelayan wanita di situ tiba-tiba menarik lengan aku sewaktu aku mahu ke tandas, katanya "u... knp potong rambut? dah tak hensem", aku hanya senyum dan terus berlalu, bukan kerana aku sombong... tapi kerana aku dah tak tahan nak terkencing.
esoknya, tiba-tiba seorang wanita datang ke meja aku dan menghulurkan tangan "hai, i baby"... aku sambut salamnya dan menjawab "hai, im daddy", dan dia ketawa dengan penuh getis sambil kembali ke mejanya... sepanjang malam itu, dia sentiasa cuba menarik perhatian ku... (maaf, aku tak berminat!!!)
beberapa hari kemudian, seorang wanita jelmaan tiba-tiba datang bersalaman dengan aku, tangannya memegang daguku dan mendongakkan mukaku, katanya "dia ni kan kalau jantan memang hensem, dah lama mak ayam ngorat!!", aku hanya tertawa, sekadar menghormati lawak dia yang sebenarnya tak kelakar pun...
kelmarin, seorang wanita kategori XXXL datang menegurku, katanya "dah lama i tengok u, comel lah u nih, i aween, u?", aku jawab "tinie", dia ketawa dan kata "alaaaaaa yang, nama u tak machonya...", aku hanya sengih, dalam erti kata tak kuasa nak layan lebih2...
p/s : aku yang hidup dalam penafian, atau mereka2 itu yang sebenarnya???

<=::budaqnakal::=>

Semalam






gelak sorang-sorang aku tgk gambar-gambar binatang yang kawan aku kirimkan... ada banyak, tapi aku masukkan sedikit saja... comel kan?
semalam, entah kenapa chichi tiba-tiba naik atas riba aku sambil mengeow perlahan dan merenung muka aku... bila aku tanya kenapa... dia hanya menjawab dengan suara yang sayu... ermmmm... aku tak faham kenapa dia macam tu... atau sebenarnya, aku tak faham dia, tapi dia faham aku?
p/s : binatang pun ada perasaan...

<=::budaqnakal::=>

Friday, October 29, 2010

Terkenang

tiba-tiba terpanggil nak menulis tentang seorang kawan...

hujung minggu lepas, sewaktu kami sedang menikmati roti telur bawang di gerai mamak :

"Bibir you nipis, kan?" dia tiba-tiba tanya.
"Entah lah," aku jawab, "tak pernah pulak ada orang komplen."
"Ya, bibir you nipis."
"Kalau nipis, kenapa?" aku layankan saja tanya.
"Orang bibir nipis ni selalunya orang yang negatif," jawab dia. "Selalu nak argue dengan orang. Selalu nak pandang setiap benda dari sudut yang negatif. Semua benda tak betul."
"Hmm," aku sambut.
"Lepas tu dahi you ada banyak lines. Sebab you selalu frown. Semua benda akan buat you berkerut dahi."
"Hmm," aku sambut lagi.
"Betul tak?"
"Well," aku jawab, "I rasa sebab i nihilistic pessimist and a thinker, so I rasa betul lah kot"
Dia mengeluh. "Tu lah tu."
"I tahu siapa yang bersikap positif, kalau you nak berkenalan," dia kata lagi
aku tanya "Siapa?"
dia sambut dengan penuh tenaga positif."Lembu."

Hari ini dalam perbualan telefon :

dia mengadu "i mimpi this one girl came to me and bagi i lobster. u think whats the meaning of that dream?"
aku jawab "maybe u nak dapat something kot"
"tapi mimpikan selalunya terbalik?" dia menjawab
"ok, maybe the lobster will come and give u a girl" aku saja melawak
dia ketawa sekuat hati dan cakap "see, thats why i cakap u boleh kawan dengan lembu"
dan aku jawab "so now u kawan dgn i, u lah that lembu"
and we both gelak macam orang gila.

**dia ni memang selalu cakap menyakitkan hati, sinikal dan grumpy, tapi selalu buat aku ketawa... kitorang selalu argue pasal banyak benda... macam sebelum ke kedai mamak makan roti telur bawang, dia kata mamak foods menggemukkan banyak minyak, banyak kolestrol... Dia nak minum je... Bila sampai kedai mamak dia order 1 roti sardin dan 2 roti canai... sedangkan aku hanya makan 1 keping roti telur bawang... dan bila aku tgk muka dia, dia buat-buat macam tak faham cara pandangan mata aku tu kan???

<=::budaqnakal::=>

Peduli Apa

ke pejabat dengan mata yang bengkak dan muka yang sembab -----> ini produk yang aku hasilkan akibat tidak mampu lena malam tadi, jam 6 masih berjaga, terkebil-kebil mata... Ntah jam berapa aku terlena, aku pun tak sedar...
aku sangat free dua hari ini, tak punya apa2 kerja di pejabat.. Aneh??? Sangat aneh!!!!
tapi tadi mcm biasa si sengal cari pasal dengan aku, kali ni aku tak menjawab atau campak buku ke mukanya, aku cuma diam...dan aku terbalikkan meja ... peduli apa aku!!!
<=::budaqnakal::=>

Thursday, October 28, 2010

Harini

harini, tak pernah-pernah aku buat sebelum ni, aku minum beer di ofis...

ROOT BEER

<=::budaqnakal::=>

Dua Kerja

aku lupa nak cerita, aku terlalu sibuk dan amat penat sejak beberapa minggu ini, aku buat dua kerja dalam satu masa :

BERKORBAN DAN MELUPAKAN

...kerja yang amat berat kan???...

<=::budaqnakal::=>

Ada satu...

*ada satu metafora*

cuaca tidak boleh bertukar menjadi manusia, tapi manusia boleh berubah menjadi cuaca:
kalau semalam kamu menjadi matahari yang menyinari kehidupan aku, hari ini kamu menjadi hujan yang membiarkan aku kebasahan dan kedinginan....

*ada satu cerita*

ini tentang semalam:
semalam ada yang sakit tapi harini dah baik
semalam ada yang gaduh tapi harini dah baik
semalam ada yang jahat tapi harini dah baik
semalam ada yang marah tapi harini dah baik
semalam ada yang nangis tapi harini tak baik-baik

*ada satu makluman*

masih tentang semalam:
semalam aku KECEWA

<=::budaqnakal::=>

Kotak - Pelan-Pelan Saja



Kutahu kamu pasti rasa
Apa yang kurasa
Kutahu cepat atau lambat
Kamu ‘kan mengerti
Hati bila dipaksakan
Pasti takkan baik
Pantasnya kamu mencintai,
Yang juga cintai dirimu
Cinta kamu…..

Reff:

Lepaskanlah, Ikatanmu
Dengan Aku
Biar Kamu Senang
Bila Berat
Melupakan Aku
Pelan-Pelan Saja
Tak Ada Niat Menyakiti
Inilah Hatiku
Pantasnya kamu mencintai,
yang juga cintai dirimu
Cinta kamu…..


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 27, 2010

BELUM MAMPU


terkadang
mungkin kerana caraku memandang
juga mungkin kerana caraku mendengar
caraku yang begitu
dan caraku yang begini

telah membuat kamu rebah suka
jatuh hati dan luah cinta

tapi ini cuma aku...
aku yang tidak mampu mencinta yang lain selain DIA

untuk itu
jangan marah-marah
kita kan masih bisa jadi kawan?

p/s : Nah! Aku belum mampu berhenti menyebut tentang DIA...

<=::budaqnakal::=>

Monday, October 25, 2010

Aku Tak Mampu

Demi Tuhan, tak mampu aku melupakan kamu, apalagi melupakan segala rasa yang ada untuk kamu...

haruskah aku terus bertahan, sedang tembok hati telah lama runtuh dan berkecai?
haruskah aku pura bahagia dan tertawa, bila kala airmata mengalir dari rekahan hati yang retak?
haruskah aku menerima yang lain hanya untuk melupakan kamu?
membiarkan diri hidup dalam penipuan dan keterpaksaan?

aku tak mampu....

<=::budaqnakal::=>

Friday, October 22, 2010

DIA tak mengerti

Takkan aku menulis lagi perihal DIA, kerana DIA tak mengerti....

<=::budaqnakal::=>

Thursday, October 21, 2010

Jangan kau bimbang sayang

Untuk DIA,

Jauh atau dekatnya aku dengan kamu... rasa sayang, cinta, rindu dan perlu itu sentiasa ada dan masih kekal dalam hati...

sejauh mana pun kamu pergi, selama mana pun kamu hilang... aku masih akan tetap di sini, dengan segala rasa yang sama...

p/s**Jangan kau bimbang sayang...di mana ku berada...dengan siapa ku bersama...jangan bimbang ku tetap kau yang punya...

<=::budaqnakal::=>

terkadang


terkadang aku ingin berlari dan menyorok di hujung dunia
meninggalkan segala jejak-jejak rasa yang menyeksa

terkadang aku ingin menyorok jauh di hujung ufuk horizon
menembokkan diri dari terlihat dek cinta yang menyakitkan

terkadang aku ingin berdiri teguh di gunung tertinggi
membina tugu peringatan hati yang mati

dan
terkadang aku ingin menidakkan mimpi ngeri
merubah buruk menjadi indah

p/s**alangkah mudah jika dapat memadam rasa semudah memadam kata dari tinta


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 12, 2010

Kental dan Macho tak?

kepenatan yang amat sangat sejak Ahad, malam tadi aku masuk ke bilik untuk berbaring meluruskan badan, dengan niat untuk berehat sebelum sambung buat kerja yang aku bawa pulang dari pejabat. Tapi harapan dan niat suci yang aku tanam dalam jiwa yang tak berapa nak kental dan macho ni betul-betul buatkan aku sakit jantung.
Manakan tidak, aku tertidur seawal malam dan hanya bangkit dari tidur jam 6.15 pagi tadi.
Aduh!!! tak siap lagi keje aku nih gamaknya...
p/s : kalau jiwa dan hati tuh tak sekental dan semacho mana, jangan sesuka hati pasang niat yang tak mampu ditunaikan!!!!
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 11, 2010

Jualan PERCUMA


mahu????
aku ingin menjualnya
dengan harga PERCUMA
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 06, 2010

Dunia berputar, aku masih begini

dunia terus berputar
hari kian berlalu
musim telah silih berganti
namun aku tetap di sini
berdiri teguh dalam hatimu
masih begini
...tidak pernah pergi...
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 05, 2010

kenapa perlu cemburu?

aku tidak mampu untuk terus pura tersenyum dan bahagia, bila mana hati sebenarnya terluka
seperti selalunya, aku pergi membawa diri dan hati
melupakan seketika senyum dan tawa kamu bersama dia
p/s ** hai hati! kenapa perlu cemburu????
<=::budaqnakal::=>

Friday, October 01, 2010

TERPERANGKAP!

melangkah tanpa arah mula terasa lelah
tidak tahu mahu ke mana
ingin pergi tapi tak bisa
kakiku mulai kaku
dan perjalanan jadi terhenti


ingin cari jalan keluar
namun tak ketemu ia dimana


Aku telah jauh tersesat
terkurung dan terperangkap
dalam hatimu


<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 30, 2010

Mahu cari damai

aku kepenatan minggu ini, terlalu banyak kerja dan perkara yang perlu diselesaikan... kaki tidak lagi mampu menanggung badan kala melangkah ke sana ke mari bergegas-gegas menyelesaikan agenda dan tugas harian...
selesai sambutan 125 tahun 16 oktober nanti... teringin benar bercuti dan istirehat melihat damainya laut... atau nyamannya hijau dedaunan teh di tanah tinggi Cameron, namun mencari damai tanpa berteman, kelihatan seperti membosankan...
Ada yang mahu menemani perjalanan? Mari!!!
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 28, 2010

Kata Abah...

Kata abah "cuba sayang diri tu macamana abah sayangkan kau",
katanya lagi "abah sayang kau, abah tak mahu hidup anak abah tak bahagia..."

untuk itu, aku sebagai anak yang terlalu menyayangi abah... MENURUT TANPA MEMBANTAH...

Hidup masih jauh, masih banyak yang belum dicapai...

p/s : Adik pun sayang abah...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 22, 2010

Sabda Adi Salvatrucha

"Kenangan adalah saat indah yang tidak kau rasakan saat ia berlaku, namun merasukmu sesudah ia jauh berlalu...
Bila kau menoleh ke belakang di balik tembok masa silam... kau mula menyedari bahawa momen-momen terindah dalam hidupmu telah dirompak oleh sang waktu..." ~ Sabda Adi Salvatrucha~
p/s * aku menjadi peminat, penggemar dan pengikut karya hebat manusia bernama Adi Salvatrucha, teruskan berkarya Adi, sebabnya tanpa sedar karya kamu memberi nyawa kepada manusia-manusia seperti aku....
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 21, 2010

Nota Lama

terjumpa nota ini dalam buku harian lama... maka aku catitkan di dalam ini... kerana di sini... warna penanya tidak kan pernah pudar...

"Benar, aku mungkin dikalangan mereka-mereka yang tertewas... Aku perlu akur dan akuinya... Aku manusia tewas pada hati dan perasaan yang aku miliki sendiri... tertewas dalam usaha untuk mencintai kamu....

Sakit? Siapa yang mengerti sakit yang bagaimana aku rasakan di saat ini...?

Luka? Ya!! Luka itu terlalu dalam dan amat pedih untuk ditanggung...
Ianya tidak semudah membuang kata-kata dengan hanya menekan butang "PADAM"...

Aneh bukan? Bila orang yang pernah dilukai dengan cara yang paling menyakitkan, begitu mudah melukai hati orang yang lain dengan hanya kata-kata??

Kalah??, TIDAK! aku tidak kalah... aku hanya mengalah... Dalam aku tunduk dan mengalah, aku sebenarnya PEMENANG... Aku menang, kerana memberikan bahagia kepada orang yang aku cintai...

Untuk KAMU, aku pergi bukan kerana menidakkan rasa yang pernah aku bawa untuk kamu.. Aku pergi kerana kamu tidak mampu melihat hebatnya rasa yang aku ada untuk kamu..."

p/s : yang terkecewa akan menjadi lebih zalim bila mengecewakan yang lain...


<=::budaqnakal::=>

Itu Hatiku


mungkin benar... hatiku kecil
semuat telapak tangan mampu dipegang
segenggam acu tangan jika dikepal
namun ia membawa pelbagai cerita
segala 1001 rasa yang menyelubungi dunia
sayang...kasih...cinta...
marah...benci...dendam...
rindu...mahu...perlu...


mungkin benar
hatiku barangkali kerdil
namun, ia memberiku rasa
memberiku nyawa


ya! itu hatiku
yang kau takkan pernah tahu
bagaimana rasa jika menggenggamnya


<=::budaqnakal::=>

Monday, September 06, 2010

Aku Rindukan Kau

Ok, maybe aku sedikit ego untuk mengakuinya... ermmmm... bukan sedikit, tetapi banyak... ego aku mengatasi segala rasa yang ada untuk kau... kalaulah kau faham apa yang tersirat dalam hati aku ni sebenarnya, bukan ke bagus??? tapi yea lah... kau mana nak faham tentang kesedihan, kepedihan dan sengsaranya aku nak melupakan kau... kau takkan tahu dan takkan pernah cuba untuk tahu... sebab kau tak berada di tempat aku... jadi sememangnya kau takkan pernah faham betapa sayang dan rindunya aku pada kau sekarang ni...


yea!!! aku sayang dan rindukan kau... dalam keadaan aku yang sibuk bekerja pun, masih kau yang aku ingat... aku rindu nak sentuh kau... nak ditemani kau... bergelak tawa dengan kau... melalui hari-hari gembira bersama kau... kau tak rasa mcm yang aku rasa ni kan?? sebab kau tak setia dengan aku... kalau aku takde pun... ramai lagi orang lain yang boleh temankan kau... ramai lagi org lain yang nak kan engkau... takpe... aku sedar dan aku faham... aku ni siapa disisi kau... aku nih takde nilai apa2 pun pada kau... tapi bagi aku, kau terlalu bernilai dan terlalu berharga...


saat dan ketika ini, aku betul2 rindukan kau... aku betul2 perlukan kau menemani aku... aku menginginkan kau di saat aku sedang berada dalam amukan rasa yang makin menyeksa...


aku benar-benar rindu dan perlukan kau....





tolonglah.... SAMPOERNAkan hariku!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 01, 2010

Pada Siapa Nak Ku Mengadu?

sesungguhnya, tidak ada perasaan lain yang dapat aku gambarkan di waktu ini... kecuali yang satu itu... rasa yang kian menyucuk di ulu hati... pedihnya benar-benar menyakitkan... siapa yang dapat mengerti dan memahami?
sesungguhnya, perasaan ini makin menghimpit dada, sesaknya hingga ke kepala... sungguh memeningkan... sungguh memualkan dan meloyakan...
pada siapa lagi nak aku mengadu? sesungguhnya AKU LAPAR....

<=::budaqnakal::=>

Si Hering Hodoh

"setiap argumentasi berlangsung seperti cericip burung... dan aku adalah burung yang bersiul riang mengakhiri semuanya dengan kekalahan... asalkan sempat aku tegakkan benang-benang kering, benang-benang yang ku sulam menjadi sarang-sarang yang terselit di fikiran-fikiran burung-burung Hering... burung-burung Hering hodoh pemakan bangkai " – Sabda Adi Salvatrucha

<=::budaqnakal::=>

QUOTE FOR LIFE

"At some point, you have to make a decision. Boundaries don't keep other people out. They fence you in. Life is messy. That's how we're made. So, you can waste your lives drawing lines. Or you can live your life crossing them. But there are some lines... that are way too dangerous to cross."
<=::budaqnakal::=>

Bongkarnya Restriksi Sabar


aku cuba restriksikan sebuah kesabaran
namun terbongkar batas perasaan
membiarkanku terjebak dalam suatu dilema

lihat lah aku
punya hati yang kian hancur dicakar
dan kian robek ditikam tajam kata-kata

pembohongan apa ini?
pengkhianatan apa ini?
penyundalan apa ini?

pada paksi yang mana duniamu berputar?


<=::budaqnakal::=>

Monday, August 30, 2010

MAAF...









Untuk hati yang pernah dilukai dan disakiti oleh aku...
Cuma ini yang mampu aku lakukan...
Mohon berikan keMAAFan... Seikhlasnya untukku...
Biar aku lebih tenang, lebih betah untuk menjalani hari-hariku
tanpa amarah, tanpa sesal dan tanpa kesedihan...

p/s: aku juga manusia, yang punya hati dan perasaan, yang terkadang berkecil hati, marah dan terluka... yang terkadang suka, sayang, jatuh cinta dan cemburu buta!!!

<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 26, 2010

CUBA


cuba tanya hatimu
apa yang ia mahu?

cuba tanya kamu
apa yang kamu perlu
p/s**bahagiakan diri sendiri sebelum membahagiakan orang lain... penuhi keinginan sendiri, sebelum mahu memenuhi keinginan orang lain... jangan menzalimi diri sendiri...

<=::budaqnakal::=>

OK!


Ok, lupakan dan buang jauh-jauh segala rasa dan perasaan negatif yang ada... kecewa? sedih? marah?... semua itu sudah jadi sejarah... lupakan... kalau diingat2kan pun, sendiri yang sakit hati bukan?

ayuh... pegang tanganku... sama-sama kita melangkah ke hadapan... menelusuri waktu... raikan hidup yang masih banyak belum kita terokai...

ayuh! genggam tanganku, aku janji segalanya akan OK!

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 23, 2010

Maafkan Aku

ramai yang sedar bahawa sejak kebelakangan ni, aku jarang update blog aku seperti selalu... semua tertunggu, semua tertanya... apakah cerita dan kisah terbaru yang bakal aku catitkan di dalam ini...
ermmmmm.. banyak cerita, hal-hal dan perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni sebenarnya, tapi ntahlah... aku tak tahu mahu mulakan dari mana....
HATI? aku menyeksa hati sendiri sejak kebelakangan ini... untuk apa? untuk sesuatu yang aku tidak pasti sebabnya... Aku menyakiti hati DIA, tanpa aku jelaskan kenapa aku berbuat demikian... banyak... terlalu banyak yang tersekat dikerongkong yang tidak mampu aku luahkan dengan kata2... terlalu padat segala rasa sesak di dalam dada, yang tak mampu aku laungkan agar ia bisa reda... terlalu banyak simpulan dalam kotak akal yang belum urai hatta satu pun darinya... langsung tidak... tidak sedikit pun...
dalam waktu aku menyeksa hati sendiri dan melukakan kamu... JIWA AKU TELAH MATI... aku tidak lagi tahu keinginanku sendiri... segalanya akan tersorok entah di mana....
p/s** MAAFKAN AKU...
<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 19, 2010

TEMAN

semalam, sewaktu aku lihat teman menangis, aku pun turut merasakan kesedihan dan kepedihannya... SAKIT bila kita menyayangi seseorang dan kemudian orang itu melukakan hati kita... SAKIT bila kita percaya orang itu menyayangi kita tetapi kemudiannya dia pergi begitu sahaja...
semalam, sewaktu aku lihat teman menangis, rasa sayu sangat... dia benar-benar terluka dan kecewa... aku tahu... aku mengerti... tetapi apa saja yang mampu aku lakukan? sekadar menenangkan dia dengan kata-kata? cukupkah dengan sekadar memegang bahunya dan menyatakan "sabar"? atau cukupkah sekadar berkata "semua yang terjadi ada hikmahnya"?
entahlah... aku pun tak pasti sejauh mana aku mampu menenangkan dia... apa yang pasti... dia masih mentah untuk menerima hakikat kekecewaan, dia tidak layak diperlakukan sedemikian...
moga dia akan tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan sebegini... inilah hidup... cinta dan kecewa adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan... Semoga dia akan bertemu sinar kebahagiaan suatu hari nanti... dan aku sebagai seorang kawan, ahnya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia...
<=::budaqnakal::=>

Monday, August 09, 2010

HATI YANG MISTERIUS

Lama tidak menulis. Terlalu banyak yang mahu diceritakan. Tetapi aku tidak tahu dari mana hendak mula. Lebih baik diam. Menjadikan diri sedikit misterius.




p/s** misterinya hati adalah pabila ia tidak tahu keinginan sendiri...




<=::budaqnakal::=>

Friday, July 30, 2010

Melancap Akal

Semalam, ada yang bertanya "kenapa tak update blog? bukan ke banyak yang nak diceritakan?"
memang banyak nak diceritakan, tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku kisahkan di dalam ini... Ahhhhh, terkadang bercerita itu tidak semudah menulis dan bersuara... Feel tak sampai... Ianya tidak semudah "melancap akal, untuk memancut idea" (bak kata Angra Pendosa)
Mungkin, jika diberi peluang kepada aku untuk berkhalwah lagi sehari dua... Hasil lancapan itu akan terpancut keluar??? Siapa tahu??? Sabaaaarrrrrrrrrrrrrrrr
<=::budaqnakal::=>