Monday, June 25, 2012

PokPokPok

Pok! Pok! Pok!
letak
tak sedap


Pok! Pok! Pok!
terbalik
tak selesa


Pok! Pok! Pok!
pusingkan
tak berahi


Pok! Pok! Pok!
lipat
tak sedap


Pok! Pok! Pok!


hurmmmm... yang tak lena tu mata... kenapa bantal pula yang menerima hukum?


Pok! Pok! Pok!


<=::budaqnakal::=>

Bersederhana

kamu tahu cinta?


kamu itu kadangkala menyakitkan hati
adakalanya memeningkan kepala
punya ketikanya mendangkalkan
kadangkadang jengkel dan merimaskan


kamu tahu cinta?


Ah! kamu tidak akan tahu
kerana kamu itu terkadang punya akal yang kabur
fikiran yang lurus 
dan pandangan hati yang cetek


"blur dan slow"


namun aku mahu kau tahu
dalam jengkel nakalmu yang merimaskan dan menyakiti hati itu
dalam blur, slow dan akal yang kabur itu
dengan bersederhana kamu melengkapkan hidupku


seperti sederhananya kamu mencintai aku
tidak berlebih
tidak berkurang


"cukupcukup makan"



























p/s: yang lain cukup2 makan... yang ini... belum cukup2 laaaaaa....


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 13, 2012

Aku ingin...


aku ingin membina masjid indah
bersamamu

namun
itu cuma impian
angan-angan kosong
terpendam bersama sendu

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 11, 2012

DIA ke?


Dia ke?
"dia lah"
betul ke dia?
"betul lah dia"
dia ke tu?
"tu dia lah"

...diam...

pergilah tegur
"salah orang kot"
dia lah tuh
"ye ke dia?"
itu dia lah
"dia ke tu?"

...diam...

dan hari ini DIA yang ku sangkakan bukan DIA itu sememangnya DIA
DIA bukan lagi dipandang2 ekor mata
diintai dari jarak yang jauh2
DIA sudah kudakap tubuhnya
sudah kukucup kasihnya
telah kugenggam DIA di hati terabadi


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 06, 2012

aku dan kamu


aku mahu menjadi lagu yang terindah untuk kamu
menjadi irama yang memenuhi setiap ruang
dihafal dan didendang
bergema-gema seperti suara cengkerik malam

yang pasti
bukan dengkuran indah
ihihihihiih

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 04, 2012

Sejak Kelmarin

Sejak kelmarin sendiri... Kamar ini sunyi...
Sejak kelmarin bujang... Hati ini lengang...
Sejak kelmarin puasa... Jiwa ini terseksa....

p.s. : mahu ke sana... Tempat kita selalu sembunyi berjumpa... Kamu tahu kan di mana??

<=::budaqnakal::=>

Kalau



sayang
kalau kau lihat
laman ini mula tumbuh semak
beritahu aku
biar aku pikul pam racun
untuk menembak semak yang menyemak

sayang
kalau kau nampak
laman ini mula tumbuh parasit
beritahu aku
biar aku tekan butang padam
mengikis parasit yang melilit membelit

sayang
kalau kau rasa
katil ini mula rasa sempit
beritahu aku
biar aku lenakanmu
sebelum beranjak tidur di lantai atau di luar

p.s. TIDUR LENA SAYANG... JAGA DENGKUR... ehehehehehhee

<=::budaqnakal::=>

Friday, May 25, 2012

Menulis Kembali...

Lama tidak berusik laman ini
entah apa yang aku busykan pun tak tahu
tapi yang pastinya setiap hari terisi dengan pelbagai cerita
kerja-kerja di pejabat
latihan prebet-prebet lapok yang berbagai karenah
MACAM-MACAM

namun,
apa yang lebih menarik adalah
pabila kau berkongsi kebahagiaan bersama orang-orang terpenting dalam hidup kau
emak, abah, adik beradik dan juga si dia...
kawan-kawan terapat mungkin cuma terkena tempias
takpelah... asalkan ada...

Angka 5 banyak memberikan tuah dalam hidup aku tahun ni
apa pun aku dpt atau terima
maka "5" juga aku berikan sebagai simbolik kepada mereka2 yang tersayang
tak kisahlah... 5ribu ke, 5ratus ke ataupun 5 surprise gift...
yang penting ianya berkait rapat dengan "5"

Mula merasakan hari-hari yang aku lalui dan tempuhi
terisi dan tidak lagi lopong dengan hadirnya DIA

p/s: untuk KAMU... bahagiakanlah aku... dengan senyummu


..KAMBINGKU...


**confirm ada yang sound "awaaakkkk! awak kata saya kambing?? sampai hati... tanak kawan awakkkk"*** skrip yang dah boleh diagak!


<=::budaqnakal::=>

Friday, May 04, 2012

Selamat UlangTahun Sayang...

Aku cuba menulis puisi untukmu
namun akal dan minda akan-akan tidak mampu menyusun kata

terlalu banyak yang ingin aku perihalkan
namun segalanya jadi terlalu sendat dan padat di fikiran

ulang-ulangkali aku tulis
ulang-ulangkali aku garap
ulang-ulangkali juga aku padam
ulang-ulangkali juga aku buang

padahal yang inginku garapkan cuma

"SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG"




p/s** susah juga rupanya untuk menulsi puisi Hari Lahir niiiii

<=::budaqnakal::=>

Thursday, April 26, 2012

Wahai cinta
pejamkanlah mata dan resapi bicaraku ini;

tak kumampu menjanjikan kisah yang indah
pasti akan ada air mata, jika janji makin goyah

Tolong!
kamu jangan menyerah
kerana selama ini kita cuma punya mimpi dan harapan
telah terkendong meredah tahun-tahun sunyi bersama yang lain
cahaya bahagia masih berdiri di hujung sana menunggu kita

Wahai kamu, Cinta
mari kita berjalan seiring
senada dalam melangkah
airmata, duka dan sakit pasti akan menjengah
kita perlu kukuh dan teguh

berdiri gagah untuk menongkah

jika aku lelah masih ada kamu yang menopangku
jika kamu disakiti, masih ada aku untuk mengubati

jika aku sedih masih ada kamu memelukku
jika kamu sunyi, masih ada aku mengisi sepi

wahai Cinta
pejamkan mata dan resapi bicaraku ini;

"AKU CINTA KAMU sepenuh dan seikhlas hatiku"

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, April 25, 2012

Tunggu aku?


mahukah kamu?

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 24, 2012

Rindu kamu


aku rindu melihat senyummu
mendengarsuara dan tawamu

aku rindu nakalnya kamu
segala usikanmu
setia geri dan tingkahmu

aku rindu untuk diam dipelukmu
dicium
dibelai kamu

aku rindu melihat saat kau malu-malu
menukar pakai tiap kali aku melihat
aku rindu lenggokmu

namun yang paling aku rindu
adalah saat dengkurmu mengiringi lena kita



<=::budaqnakal::=>

KITA


terkadang kita ibarat kanak-kanak kecil
yang rajuk mahu dipujuk
yang keras hati dan degil
yang terasa dan perasa

namun bila berdua berbaring
lihat antara satu sama lain
senyum dan tawa terukir

kita sama-sama
mentertawakan dangkalnya hati
bodohnya rasa
dan
anak-anaknya perilaku kita

<=::budaqnakal::=>

Monday, April 23, 2012

Teman?

hari ini... mari kita sama-sama renungkan;
berapa ramai antara kita yang menganggap diri kita ini seorang sahabat dan teman terbaik?
ada?
siapa?
kamu?
Itu jika kita menilai diri sendiri... cuba tanya teman sekeliling... hanya mereka yang mampu menilai terbaik atau tidaknya kita...
p/s** Teman terbaik adalah yang apabila cuba untuk susah dan senang bersama... yang tidak berkira dan mengungkit... yang tidak pernah cuba mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain... yang tidak pernah menganggap pertolongan yang diminta itu datangnya dari seorang PENGEMIS!
<=::budaqnakal::=>

Thursday, April 12, 2012

STRESS

aku stress...
tapi ada yang sentiasa membantu memberikan senyum dan tawa...
aku stress...
tapi ada yang selalu buat lawak bodoh yang kadang-kadang menyakitkan hati tapi masih bisa buat aku tersenyum...
aku stress...
aku stress...
aku stress...
siapa yang sudi buat lap dance?
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, April 11, 2012

Reward untuk diri?







** Ok, gila berahi dan bernafsu tengok jam2 Tissot nih! Hurmmmm... Jam atau kamera? Kamera atau jam? Hurmmmmm
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 10, 2012

SuamiIsteri

Si Suami : Sayang... nak susu...
Si Isteri : Period laaaaa

Si suami : aku bukan nak tetek engkau lah sengal! aku nak susu kambing aku!
Si Isteri : (KETAWA berdekah sambil ke dapur bancuhkan susu)

hurmmmm... si Suami yang berfikiran lucah atau si isteri yang sebenarnya gatal terlebih nih??? ahahahahahahahahahahahahaaaa


<=::budaqnakal::=>

Aku dan Dia dengan BerryHitam

Semalam sewaktu di kedai mamak;

Aku : Sayang tak rasa berat sayang dah naik?
Dia  : Tu laaaa... Rasa jugaaakkk... Bila kita nak pegi jogging niii?
Aku : takpelah... nanti dah settle semua kita start jogging ok?
Dia  : OK

10 minit kemudian;

Dia  : Mamak, ayam goreng 1, kasi potong ye!

hurmmmmmmmmmmmmm....

Hari ini; selepas dia tolong aku buat keja

Aku  : TQ sayang
Dia   : Okies... Belanja sy makan sebulan ek
Aku  : hurmmm... Makan hati leh?
Dia   : Tammo! Tak sedap!
Aku  : Ok apa... Xyah diet dah
Dia   : xmooo... nak makan pizza, kfc, mcD, manhattan, chillis, steamboat... OK?
Aku  : Amboih? Kata nak kurus??
Dia   : Lain kali lah kurus... kalau tak kurus pun awak sayang je kannnnnnnnnn
Aku  : Memanglah sayang... tapi kalau makin deboq... saya risau jugak... kalau sayang sakit, mcmana saya nak angkat?
Dia   : Ngok lah syg niiiii... macamlah kalau sy kurus sayang larat nak angkat
Aku  : Kurang2nya kalau tengah kalut sebab risau saya usaha juga untuk angkat... Bila dah sayang... Tak mampu mcmana pun kita akan cuba sedaya mungkin... tak tahulah kalau awak... Kalau saya, saya cuba juga utk angkat walaupun lepas tu sy yang patah pinggang...
Dia   : Kalau sy pun, sy angkat sayang... takkan nak tengok je kannnnn?

aku senyum melihat segala bual bicara melalui pesanan ringkas berryhitam... beberapa minit kemudian...

Dia  : Saya SAYANG awak...

Aku senyum... hurm.... dan rindu makin meluap...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, April 04, 2012

Tilikan?

Kita tidak punya apa-apa magis untuk mengetahui perihal seseorang itu hanya tanpa kita mengenali dia secara mendalam-dalamnya. Dalam sesebuah perhubungan sesama manusia lain, aku sering membazir masa dengan menilik manusia yang aku kenali, atau manusia yang aku jumpai hanya melalui komunikasi (sama ada secara verbal atau tidak verbal), melalui riak wajah yang dipertontonkan dan juga reaksi yang dibalas ketika berlakunya lorong komunikasi di antara satu sama lainnya.
Dari penilikan itu, seringkalinya aku mudah menjatuhkan tanggapan awal tentang perihal mereka-mereka itu walau sebenarnya itu adalah satu hal yang terang-terangan salah. Sebenar-benarnya pun; kita tidak dapat kenal seseorang itu hanya kerna wajahnya yang mencuka ataupun riaknya yang menggila ataupun diamnya yang mewah. Secara adil, setiap apa-apa perhubungan sesama manusia yang harus utama kita pertikaikan selain sifatnya melalui impresi pertama kali, harus dilanjutkan ke satu fasa saling kenal yang kemudiannya baru wajar untuk dijatuhkan tanggapan; dia itu jenisnya begini, begini dan begini.
Seperti peribahasa Melayu yang sering mewah di bibir-bibir kita, 'tak kenal, maka tak cinta'

p/s: ada orang kata aku ni sombong dan poyo.... itu sebelum kenal... selepas kenal? apa kata dia pula ye?
<=::budaqnakal::=>

Hidup



Hidup adalah sebuah perjalanan mencari kebahagiaan
terkadang kita memilih satu bahagia
namun kehilangan bahagia yang lain



Hidup tidak mendapat semua yang kita inginkan
hidup adalah menentukan pilihan
atau tidak memiiki pilihan sama sekali



<=::budaqnakal::=>

Monday, April 02, 2012

Abah Kata Jangan Jadi Askar


abah kata jangan jadi askar
aku kata... mahu juga...
wataniah pun wataniah lah
asal dapat sarung loreng hijau
pegang senapang
abah kata jangan jadi askar
aku kata... mahu juga...
wataniah pun wataniah lah
masuk hutan latihan medan
angkat beg berat 10kg
tak tidur malam
hari ini
abah tanya "demam ke?"
aku jawab "ha'ah adik demam"
abah kata "dah kata jangan jadi askar!"
dan aku cuma diam...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 21, 2012

KAMU...AKU...KITA


aku rindu KAMU
aku rindu KITA
aku mahu KAMU
aku mahu KITA
aku mahu raikan CINTA
yang cuma KAMU...AKU...KITA yang tahu
di mana NILAInya???
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 13, 2012

KAU




Untuk manusia sengal yang 10 kali aku ulang apa tujuan mesyuarat esok pagi tapi tak faham2....


"Kau adalah nikotin yang ku hembus menjadi asap-asap kenangan
yang berselerak di udara
yang menerawang perlahan-lahan ,
dan yang hilang bila disapu angin…..

Berambuslah dengan aman"


<=::budaqnakal::=>

Aku ingin...

Aku ingin mengendalikan urusan tidur secara seksama
bilamana Sabtu dan Ahad semakin tak bererti
dan cuti nampak semakin cengkung, kurus dan menderita



Malah aku ingin mendambakan mimpi yang lain
namun entah kenapa masih menjalani hidup serupa


pagi tadi kakak bertanya "ulangtahun ini mahu hadiah apa?"
aku kata "buku"
dia pantas mencelah "buku lima?"
aku bilang "asal percuma"



p/s : lambat lagi ulangtahun, sudah bertanya mahu apa? aku mahu hadiah percutian di tepi pantai seperti tahun lalu... aku rindu masa damai... berbaring basah selepas meranduk air... melapaskan hajat kecil mengeruhi air jernih dan ikan menyumpah2 aku yang dalam diam mengencingi mereka... ah! cuti panjang tidak dibenarkan lagi... nanti ada yang bertanya "what happened to u??"... Tuan Boss, saya cuma minta cuti sehari untuk berehat... mengapa pula itu jadi salah yang besar?



<=::budaqnakal::=>

Monday, March 12, 2012

AKU SUKA...



Aku suka melihatmu sehabis mandi
Berkemban pendek menuju almari
Tersenyum nakal pamerkan punggungmu
Memilih pakaian yang nanti tetap akan kau buka untukku

Aku suka melihatmu bertelanjang dada
Pamerkan puting kuncup merah mudamu
Serupa warna bunga yang merekah dimusimnya
Kupetik dengan bibirku dan kuhirup sebagai candu

Aku suka saat kau berbaring di atasku
Membenamkan bibirmu di bibirku
Memperkenalkan lidahmu kepada telingaku
Sentuh jemarimu memainkan debar jantungku

Aku suka saat kau memutar badanku
Menjadikanku raja di atas tubuhmu
Memerintah peluh mendesah perlahan
Hingga akhirnya kita berbaring bersebelahan
p/s: ini cuma puisi nakal imaginasiku yang liar...
<=::budaqnakal::=>

MASA


masa berjalan tidak lagi seiring keinginan
masa jadi sekutu
bukan lagi sahabatku

aku mahu ke sana
ke sini
ke situ

berduaan dengan sang buku
bercumbu mesra dengan lensa kamera
bersenggama dengan sang alam
bersatu larut dengan sang pena

namun masa itu bukan lagi milikku
masa telah jauh berlalu
dan
aku tak lagi betah memburu

<=::budaqnakal::=>

Monday, March 05, 2012

Si Biru Mata Hitam itu

Demi Allah...
Aku rindu si biru mata hitam itu
Senyumnya
Tawanya
Segalanya tentang DIA


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 29, 2012

Sesekali


sesekali
lihat aku dalam-dalam
berenang lirih ke dasar hatiku yang gusar
sesekali
selami aku
fahami aku
mengerti aku
aku bukan manusia gasar
yang tidak punya rasa
yang tidak punya jiwa
sesekali
pandang
sesekali
lihat
sesekali
letakkan erti pada rasa yang kian lama aku pendam
<=::budaqnakal::=>

Friday, February 24, 2012

CInta Fizik Kita

harus kamu tahu
ini bahasa cinta fizik

yang mana Archimedes dan Newton juga tak akan mengerti
perihal medan magnet yang berinduksi di antara kita

malahan
Einstein dan Edison juga tak mampu merumuskan
formula E=mc2


ini aku perkisahkan secara fizikal
tentang pertama kali bayangmu jatuh tepat di focal hatiku
Nyata, tegak, diperbesar dengan kekuatan lensa maksimum
Walau jarak kita bagai matahari dan Pluto
saat aphelium
Amplitud gelombang hatimu masih mampu berinterfensi dengan hatiku


Energi mekanik cintaku tak terbendung oleh friksi
Energi potensi cintaku tak terpengaruh oleh tetapan gaya
Energi kinetik cintaku = -mv~
Bahkan hukum kekekalan energi tak dapat menandingi hukum kekekalan di antara kita

Lihat hukum cinta fizik kita
Momen cintaku tegak lurus dengan momen cintamu
Menjadikan cinta kita sebagai titik ekuilibrium yang sempurna
Dengan inersia tak terhingga
Takkan tergoyahkan impuls atau momentum gaya

<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 23, 2012

Peta Kontur

Siapkan peralatan gambar, pensil, kompas, dan jangka sudut
Aku ingin menggambar peta kontur
Perjalanan gelap tanpa nama


ke daerah rindumu

<=::budaqnakal::=>

Sunday, February 19, 2012

Setapak... PADAM...

Setapak...
Bicara akhir
Sebelum padam
Ucap selamat
Ada pedih dan sakit
Tidak terucap

Setapak...
Selamat tinggal
Sebelum padam
Senyum tawar
Tawa pura
Kata OK
Walau tidak

Setapak
Dua tapak
Tiga tapak
Bertapak-tapak
Padam
Padam
dan padam


Setapak...
Rindu
Menunggu
Agar pulang
Agar tak padam
Mahu cinta
Mahu kamu

Setapak...
Dua tapak...
Tiga tapak...
Padam
Tunggu

Tanpa jemu



<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 09, 2012

Aku OK



terkadang tanpa perlu bersuara
aku mahu difahami
dimengerti kamu

terkadang tanpa perlu bersuara
aku mahu dipujuk
biar cuma dengan hanya belai
dan sorot matamu

terkadang tanpa perlu bersuara
cuma dengan hanya senyumku
aku mahu kau tahu

"AKU OK"

jika bukan sekarang pun...

nanti-nanti

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 06, 2012

Mungkin...

mungkin kamu tidak pernah tahu
walau terkadang kita bertemu hanya untuk diam
tanpa suara
sekadar memandang melihat
berbicara dengan pandangan mata
namun hakikatnya hatiku sarat rindu
ingin sentiasa menyentuh dan memelukmu

mungkin kamu tidak pernah tahu
hati ini sentiasa dan kan selalu jadi milikmu

percaya padaku... Please...



<=::budaqnakal::=>

Monday, January 30, 2012

Biru Mata Hitammu

hari itu dingin beku
disebalik langsir kerapku hembuskan asap anganku
sambil merenung langit
melihat awan
memandang hijau pepohon
mengintai gadis cina rumah belakang
dalam renung langit
lihat awan
pandang pepohon
intai anak orang
tetap biru mata hitam itu yang ku rindu
<=::budaqnakal::=>

Kebenaran Yang Diam

aku ini orang yang salah membenci dirinya sendiri
seperti robekan-robekan kertas dari tetasan mata pisau
yang pernah menjadi sahabatku

peluru sabarku diledakkan manusia iblis
hingga berdarah hati
hingga kering bibir
hingga tenggorok pecah
hingga bertanya aku kepada Tuhan

"tahukah kebenaran ada di mana? mengapa bila kutanya tiada berjawab?"


<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 22, 2011

PUTIH


Kan putih bersihkah aku
jika menyarung sepersalinan kain putih ditubuh

kan putih sucikah aku
kerna gemar yang berwarna putih

ah! putih
itu cuma luaran barangkali


p.s. suci dalam debu....




<=::budaqnakal::=>
Posted by Picasa

Wednesday, December 14, 2011

Bila...

bila lapar kau kata
"mati ar kita ni nanti"
(ini nak manja-manja)

bila penat kau kata
"kita rasa nak mati"
(ini nak ngada-ngada)

bila tak sihat kau kata
"mati ar kita"
(ini nak ubat-ubat... heeeeeeeeee)

bila tak tahu nak buat kerja, kau kata
"rasa macam nak bunuh diri"
(ini nak kena pelempang)

p.s. kau tahu kau boleh, cuma kau mudah mengalah!

<=::budaqnakal::=>

Friday, December 09, 2011

Penghujung kudrat

Di penghujung kudrat,
Telah lama meranap asa,
Khilaf berganti menjadi saksi,
Mencari silap dan salah menujah diri,
Membelah hati tertusuk belati,
Menghukum jiwa tiada nyawa,
Biarkan berdarah…
Biarkan parah...
Biarkan hancur berderai

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 08, 2011

SPOILT

Aku beli senaskah Bogel Menuju Tuhan... ketika membaca aku tulis status terkini di BeriHitam "Bogel Menuju Tuhan"... tidak sampai 2 minit status ditkar, seorang teman menghantar pesanan ringkas bertanya "Apa benda Bogel Menuju Tuhan tu?". Aku jawab dengan ikhlas sebagai perkongsian maklumat "Buku hasil tulisan Zahiril Adzim". Dia tanya lagi "Buku berkenaan apa tu?". Aku jawab masih penuh keihlasan "Hasil tulisan dia dari blog - puisi". Kemudian kawanku bertanya lagi "Best ke? tajuk macam menarik". Aku kata "Aku suka, kalau kau aku tak tahu lah" Kawanku bertanya lagi "Kenapa tajuk dia mcm tu?". Jawabku "Kan catchy tajuk tu? lagipun diambil dari salah satu puisi dalam buku ni". Dia jawab "owh... ok... tapi kenapa "Bogel Menuju Tuhan"? Apa maksudnya?". Hati aku sudah mula mengutuk "Harap muka je cantik, IQ rendah" namun aku jawab juga soalan tersebut "Kalau kita mati, kita tak pakai apa2 kecuali kain kapan kan? lagi pun bila sampai masa kita semua dikejutkan dan berkumpul di padang mahsyar kita semua berbogel". Dia jawab "oooo yealah! betul jugak tuh". Aku tidak menjawab message dia yang terakhir itu. Tidak mahu diganggu dengan soalan-soalan lain hingga membantutkan usaha aku untuk meneruskan pembacaan. Namun, setelah setengah jam berlalu, kawan aku tu menghantar satu lagi pesanan ringkas "Dah habis baca novel?".


p.s. Celah mana yang aku explain sebelum ni tadi aku ada mention Bogel Menuju Tuhan tu adalah sebuah novel??? Lembab ar kau ni pompuan!! spoilt!

<=::budaqnakal::=>

Friday, December 02, 2011

Rupa-rupanya

Rupa-rupanya
Tidak dimengerti

Rupa-rupanya
Perlu lebih teliti

Rupa-rupanya
Dia memerhati

Rupa-rupanya
Terasa hati

<=::budaqnakal::=>

Puisi 2 pagi : Putar dan getar

Hampir 2 pagi.

Tak betah lena. Mataku pejam. Akal masih ligat berputar. Bebola mata pun masih bergetar.

Pejam
Pejam dan pejam

Berputar
Dan masih bergetar

Fikir apa lagi?

Hampir 2 pagi.

Mata tak pejam. Akal ligat berputar. Mata asyik merenung hadapan. Kusyuk!

Buat apa lagi?

TULIS INILAH!!!

Lagi mau tanya ke???

<=::budaqnakal::=>

Kalau aku menulis...

Seorang kawan. Kawan lama. Kawan sekolah.

Setengah jam tadi. Setengah jam sebelum aku tulis ini. Aku dan kawan berbual di laman muka buku.

Kawan kata "tulislah tentang aku". "sebuah puisi dalam blog kau untuk aku".

Aku tanya "kenapa perlu?".

"perlulah, untuk kenangan aku".

Aku jawab "Tak perlu tulis pun ada yang kau boleh jadikan kenangan".

Dia kata pula "betul...Kenangan zaman nakal kita dulu". Sambungnya lagi "tapi, ini tak sama, mesti seronok bila ada orang menulis sesuatu perihal kita kan?".

"kau mahu puisi?" tanyaku. Dia jawab "ya!"

"kau akan seronok kalau aku tulis tentang kau?" tanyaku lagi. Dia kata "ya!"

"Tak pernah pula kekasih hati aku cakap dia seronok kalau aku tulis tentang dia".

Kawanku kata "dia tau ke kau tulis pasal dia?". Aku jawab "tahu kot!".

Dia soalku lagi "abistu macaman kau tahu dia tak seronok?". Aku jawab "dia tak pernah komen apa2".

Kawanku kata "tak pernah komen tak bermakna tak seronok". Aku tanya "seronok sangat ke kalau orang tulis tentang kita? Atau cipta puisi untuk kita?"

Dia jawab "seronoklah!!! Rasa macam dihargai!!!".

Aku kata "aku nak rasa seronok gak lah, nak rasa dihargai. Boleh kau tulis untuk aku? Puisi tentang aku?"

Kawanku DIAM... Bulatan pada pangkal namanya di laman muka buku sudah terpadam warna hijaunya. Log off

Eheheheheheeheheheheheheee... Tahulah tuh aku ngenakan dia... Janganlah merajuk, inikan aku tulis tentang kau jugak...

p.s. Untuk SAYANG saya ------------------> kalau aku tulis tentang kau, apa yang kau rasa ye??


<=::budaqnakal::=>

Monday, November 21, 2011

KITA

Ini
Aku
Itu
Kamu

Kita

Kamu
Itu
Aku
Ini

Kita BERSATU

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 16, 2011

mati Hidup semula

Inilah musimku menuai luka pada simfoni kematian hati..
hati yang berpusarakan sekeping stanza sepi
bernisankan cuma kata-kata dalam ingatan

Entahlah..

barangkali saat talkin dibaca
kamu kan tetap mempersoalkan
tentang keraguan

kalau ku jawab
mati hidup semula pun
belum tentu kamu kan percaya

maka, kebumikan saja aku

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 26, 2011

Tangan

Pabila tangan yang pernah membelai waktu kecilku
Menyuapkan makanku
Menepukkan lenaku
Kini sudah kian luruh tenaga dan asanya

Maka hari ini
Biarkan tanganku pula lakukan kesemua itu untukmu
IBU


<=::budaqnakal::=>

Monday, October 17, 2011

Geletar jiwa kernamu


pernah kau rasa?

sepertimana aku rasa

geletar jiwaku kerna kamu


geletar tubuh tak bisa berdiri

gementar kaki tak bisa berlari


jika cuma duduk resah

mahu melangkah juga tak betah

ketidak keruan rasa

membikin jantung kencang berdetak

isi perut seakan dikocok-kocok beliung

lantas bagaimana lagi?

lihat kiri

lihat kanan





1




2




3





ayuh!!!!







<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 12, 2011

Bulan Ditutup Awan

Terdengarkan lagu ini minggu yang lalu, nyanyian Yuna yang padaku sangat menarik dan sedap didengar... Cari punya cari kaji punya kaji, rupanya ini adalah lagu lama nyanyian asal oleh Rokiah Wanda...



Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan
wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu
wahai janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku seorang dalam sunyi sepi
nun bulan ditutup awan
terkenang
hati bertambah rawan
wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu




<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 11, 2011

RASA


Aku cuma dendammu yang semakin marak
sungai jiwa yang dangkal
dan hati mati yang bangkainya kian menjengkelkan
RASA apa lagi yang kau punya untukku?

<=::budaqnakal::=>

Friday, September 23, 2011

Monolog manusia bengong


Meraung melolong wahai hati yang murung
Biar lepas segala jadi kosong dan lopong

Biarkan
Biarkan
Biarkan

Aku bengong...

<=::budaqnakal::=>

Hering Huduh

apa gunanya, jika yang lebih dihitung dan diambil kira cuma yang buruk-buruk sahaja?

apa gunanya, jika yang lebih dilihat dan dinilai cuma ketidaksempurnaan?

apa gunanya, jika yang lebih terucap dan terlafaz cuma perihal ketidakpuasan?



sesuatu hubungan

bukankah ianya keseimbangan antara baik dan buruk

indah dan huduh



p.s. : dalam cerita ini, akulah sang hering huduh pemakan hati yang kau katakan telah mati...


<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 15, 2011

Epilog Seorang Tua Di Tembok Sebuah kota






ini berlaku Julai yang lalu sewaktu aku ke Penang atas urusan kerja... Usai kerja dihari pertama, ada yang ajak menjamu durian... Sewaktu sedang duduk-duduk menikmati durian aku terlihat kelibat seorang wanita tua berpakaian kusam, Cina barangkali... Perlahan-lahan dia menolak sebuah troli kecil yang sarat dengan botol-botol mineral dan plastik-plastik yang tidak aku pasti isi kandungannya...


dia duduk di satu tembok... dinyalakan rokok... sehembus sahaja asap yang aku lihat... selebihnya dia cuma termenung sambil menongkat dagu merenung kosong ke hadapan, lama...


sesekali mata kecilnya menatap langit yang makin kelam... nyala rokok padam, dinyalakan semula... dan menung kembali... lama...


hati kecil aku tertanya... apa yang si tua itu fikirkan dalam menungnya? Siapakah dia? Pengemis? Orang gila? atau cuma seorang tua?


seorang tua di tembok sebuah kota

sebelah tangan menongkat dagu

dan dimulut rokok kretek yang padam


wajahnya ada sayu

sarat terkendong sejak dulu

dadanya sarat rindu

lama terusung bersama waktu


mungkinkah dia menyoal diri

dan bertanya hati

"mana anak-anakku?"


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 14, 2011

Semalam...

Semalam sewaktu menanti kehadiran VVIP ke majlis Hari Raya jabatan... dari kejauhan aku terlihat figura-figura manusia yang aku kenal... dikalangan figura-figura itu, ada seorang yang amat aku kenali... Reen... hatiku melonjak kegembiraan... aku lambaikan tangan, dia juga begitu... aku perhatikan dia hingga susuk tubuhnya hilang dari pandangan mata...



Dalam kesibukan menunggu dan memerhati kehadiran para tetamu... mataku meliar mencari dimana sahabatku itu duduk... namun tidak kelihatan... ah! lupa pakai cermin mata... kesal...



usai ucapan dan hal-hal penting sebelum ke acara makan-makan... khemah tetamu aku lintasi... aku terlihatkan dia... dari belakang bahunya kusentuh... kami bersalam... berpeluk dan berlaga pipi... ada sayu yang mengalir... itu Reen, sahabat yang pernah tertawa dan menangis bersama... walau selalunya dia yang akan menangis beria sedangkan yang melalui episod sedih itu adalah aku... aku tidak mampu memandang wajahnya... gusar jika airmata mengalir... seketika kami berbicara...



aku berlalu meninggalkan dia kerana masih punya urusan yang belum selesai... dalam hati ada sayu... ada rindu yang terkendong bersama waktu... momen-momen indah satu persatu babaknya terimbas diingatan...



terkadang... ke mana jua aku melangkah... sejauh mana aku mengarah... momen indah antaraku dan sahabat-sahabat lama tetap kekal dan segar... Demi Tuhan, aku rindu kalian...



<=::budaqnakal::=>

Friday, September 09, 2011

Kau sempurna

bila sendiri

kamu senantiasa disisi

menemani ruang-ruang sunyi

mengisi rongga-ronga sepi



tubuhmu

terasa asyik untuk kusentuh

nikmat mengucupimu

berikanku bahagia

keenakkanmu

mengilhamkan rasa



kamu adalah segala-galanya

yang berikan bahagia

juga derita


kamu sempurna...












<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 07, 2011

NOKTAH

Apabila kalian menatap apa yang tertulis di dalam ini, ikuti setiap bait kata hingga ke noktahnya...


Noktah itu cuma satu tanda... bukan penamat segala.


<=::budaqnakal::=>

Monday, August 01, 2011

CHICHI




30 Julai - Chichi pergi untuk selama-lamanya... Tiada lagi teman berjaga malam... Tiada lagi teman untuk main menyorok dan kejar mengejar... Tiada lagi Chichi dibirai tingkap duduk termenung melihat ke luar...
30 Julai - Ada nafas yang terhenti... ada airmata yang menitis... ada kenangan dan rindu terusung bersama waktu...

Bersemadilah dengan damai...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 21, 2011

21072011 - bukan hanya tarikh








21072011 - dari tarikh yang hanya dinanti tanpa sebarang keistimewaan kecuali anjakan umur ke satu angka baru... telah bertukar menjadi hari yang paling istimewa dalam sejarah sambutan ulangtahun kelahiranku...




Tiada lafaz yang lebih bermakna untuk aku ungkapkan atas pemberian hadiah yang tiada nilainya... sebuah iPad, selembar sejadah dan sepasang telekung adalah hadiah yang paling bermakna aku terima dari si dia...

Untuk kamu, TERIMA KASIH SAYANG....



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 20, 2011

BOGEL MENUJU TUHAN




mahu "BOGEL MENUJU TUHAN" ini....

<=::budaqnakal::=>

Sekali lagi 21 Julai...

Cuma tinggal sehari lagi untuk ke tanggal 21 Julai... seperti tahun-tahun lalu, semakin hampir hari melangkah ke tarikh itu, makin kurang rasa keseronokannya.. agaknya kerana tarikh itu cuma sebuah tarikh anjakan usia tanpa ada apa-apa yang menarik untuk diseronokkan pun...


21 Julai cuma satu tarikh... bila 21 julai esok berlalu dan berakhir... aku tunggu pula 21 Julai tahun hadapan... untuk merasakan keseronokan menanti yang akhirnya tidak punya apa-apa klimaks...



sebelum aku terlupa akan ulangtahun kelahiranku sendiri esok... HAPPY BIRTHDAY untukku...




<=::budaqnakal::=>