Wahai cinta
pejamkanlah mata dan resapi bicaraku ini;
tak kumampu menjanjikan kisah yang indah
pasti akan ada air mata, jika janji makin goyah
Tolong!
kamu jangan menyerah
kerana selama ini kita cuma punya mimpi dan harapan
telah terkendong meredah tahun-tahun sunyi bersama yang lain
cahaya bahagia masih berdiri di hujung sana menunggu kita
Wahai kamu, Cinta
mari kita berjalan seiring
senada dalam melangkah
airmata, duka dan sakit pasti akan menjengah
kita perlu kukuh dan teguh
berdiri gagah untuk menongkah
jika aku lelah masih ada kamu yang menopangku
jika kamu disakiti, masih ada aku untuk mengubati
jika aku sedih masih ada kamu memelukku
jika kamu sunyi, masih ada aku mengisi sepi
wahai Cinta
pejamkan mata dan resapi bicaraku ini;
"AKU CINTA KAMU sepenuh dan seikhlas hatiku"
<=::budaqnakal::=>
Thursday, April 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Siapa cinta kamoooo
Post a Comment