Friday, June 10, 2016

Kita Takkan Pernah Habis

kita takkan pernah habis
biarpun ada rekahan 
yang dicelahnya meledak api amarah 
dan menenggelamkan jutaan rindu
namun,
kita takkan pernah habis


kita takkan pernah habis
kerana di atas rekahan itu
aku bina jambatan 
ke hatimu

dan 
kita takkan pernah habis

<=::budaqnakal::=>

No comments: