Wednesday, November 18, 2009

DUA

Langit biru baru dibilas hujan
bau titisan dari langit dan dingin bergaul dalam udara
aku memeluk tubuh sendiri di jendela kantor
memohon waktu bergerak pantas melajukan hari

*** ah! aku menjadi seorang manusia yg kian kalah pada emosi... aku perlu rehat yang panjang... berhibernisasi untuk tempoh yang lama... bangkit dan keluar dari gua kelam hanya bila tiba masanya...
bantu aku untuk harungi rasa ini... akal dan hatiku sudah kian hilang tahap kewarasannya... tolong aku CINTA!!

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 13, 2009

SATU...

kita pernah menidakkan hati
meletakkan rasa dipenghujung masa
dan kian terbungkam dalam resah
hari ini sebenarnya
hanya satu permulaan episod
pada pengertian sebuah sayang dan rindu
katakan cinta...
akankah ianya mati??

<=::budaqnakal::=>

Peluk dan Dakap Hatiku


"....tanpa cintamu aku resah...
tanpa kasihmu aku hampa...
tanpa dirimu aku MATI..."

ermmmm... TANPA punya lirik yang sangat indah, puitis dan punya maksud-maksud yang tersirat dalam rangkaian kata yang amat cantik...

Untuk kamu CINTA, tanpa kamu, aku ini ibarat debuan pasir pantai yang hanyut dibawa arus ombak... Kekal lah kamu di sini... kita bersama saling menemani hari... merungkai segala yang buruk dan indah dalam diri... mengadun pelbagai ramuan kisah dalam kehidupan...

kerana hanya kamu yang mampu memeluk dan mendakap erat hatiku...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, November 12, 2009

Aku Hari Ini, Semalam dan Kelmarin...


ermmmm... aku tak tahulah kenapa kepala otak aku sikitnya sengal dan gila 2-3 menjak ni... macam badan je yang aku ada, jiwa dan akal aku jauh benar melayangnya...

sebabnya kenapa aku kata aku macam tu?

ermmmmm.....

1. semalam dan kelmarin tengah buat kerja aku boleh tak tahu bila masa aku terlelap, sedar2 aku tahu muka aku dah tersembam kat keyboard PC... bangun dalam keadaan yang pening-pening lalat... agaknya gelombang elektromagnet dari PC tu dah mengganggu gelombang otak aku agaknya.....

2. ada ke tadi aku keluar dari toilet ofis dengan hanya berbaju sahaja? nasib baik lah aku tersedar masa nak keluar dari toilet tuh... buatnya sampai ke dalam ofis tak tersedar? haruslah 10 tahun kisah aku separa bogel berkeliaran di ofis menjadi topik yang hangat di NRE... ermmmm...

3. dan, tak sampai 5 min yang lalu aku nak berjalan keluar bilik, aku tersepakkan kaki aku sendiri... bapak sakit weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! bodohnya kaki kanan! yg kau g sepak kaki kiri aku kenapa??? Otak aku dah tak boleh kawal kaki aku sendiri ke? isykkkkkk... isykkkkkk... kenapa ni????

ermmmmmm.... kenapa yea? kenapa jadi macam tu? Otak aku tak boleh fokus lah... rasa macam tak betul... KENAPA? KENAPA? KENAPA?

*** i really need some TLC...

<=::budaqnakal::=>

Kamu - JIWAku

...dalam diam, tanpa sedar, sayang dan rindu itu kian bercambah, ia hadir bila jiwa kian merasakan kehilangan rasa yang kita benihkan bersama...
...dalam diam, tanpa kamu sedar, aku telah berkali-kali jatuh cinta kepada kamu... seakan ruang dan masa yang kita lalui bersama tidak pernah mencukupi untuk aku luahkan dan buktikan segalanya kepada kamu....
...benar!, sayang, rindu dan cinta aku kepadamu, tidak pernah mati, malah ia makin galak bernafas dari dedaunan hati dan bercambah menjadi bunga-bunga JIWA...
Ya! kamu JIWAku...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 11, 2009

Mimpi Semalam...

...semalam aku bermimpi, kami berdiri di sebuah jalan di tengah2 gurun... dan dengan tenang aku melihat dia pergi... dia melambai-lambai tangan tanda selamat tinggal... dan aku membalas hanya dengan senyuman...

p/s*** sepanjang kembara itu, tiap kali kamu melihat masa di pergelangan tangan kananmu... moga kamu akan mengingati aku...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 10, 2009

RASA

Entah... Tak tahu kenapa agaknya...
rasa kehilangan semakin memeluk hati...
bisakah aku membunuh waktu agar kau tidak akan pergi?
...usah menidakkan hati....
<=::budaqnakal::=>

Monday, November 09, 2009

Terima Kasih CINTA

tanpa kamu sedar
kamu itu ibarat cahaya
yang bersinar tidaklah lama
namun tetap menyuluh gelita
...terima kasih CINTA...
<=::budaqnakal::=>

Tanpa Kamu

waktu semakin angkuh dengan detaknya
jiwa akan menjadi makin rapuh dalam tatap sinis dunia
hidup akan terus merangkak menyelusuri akar-akar waktu
apakah akan ada harapan pada hari yang mendatang?
yang barangkali terbias dari sinar lembut sang bulan,
yang asyik menyanyikan lagu damai di malam yang sunyi?
ah! jiwa yang kian memberontak
melayang menanti saat pemergian cinta
mengharapkan layar biru langit kan tetap kembang
dan cakerawala ku akan bisa mengelilingi orbit
untuk memulai episod kehidupan
...tanpa adanya kamu...
<=::budaqnakal::=>

Mencintaimu Satu Kewajiban

"di dalam kesunyian
kurasa gelombangnya
mencintaimu satu kewajiban
tapi tak terluah dgn perkataan..."


ermmmm... bagi aku, bila kita sayang, maka jatuhlah hukum ke atas aku untuk menjadikan DIA sebagai satu tanggungjawab... Ya! Benar! itulah aku... maka usah dipersoalkan mengapa?

***rasa sayang dan cinta yang aku bawa untuk DIA adalah hak hatiku, bukan hak kamu untuk menidakkan rasa itu utk aku... bukan hak kamu juga untuk mempersoalkan kenapa aku begitu... ini aku, bukan kamu... biarkan aku dengan caraku...

<=::budaqnakal::=>

Kisah Hujung Minggu

Hari ini, permulaan baru bagi minggu baru... Bermakna ada beberapa perkara yang bakal dilalui dan bakal ditempuhi... Bersedia atau tidak? semuanya perlu dihadapi juga...
Sabtu lepas... balik ke kg berjumpa mak abah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak... Mak menyambut dengan senyum "anak mak dah sampai"... abah dengan soalan bombastik seperti selalu "apasal lambat?"... tiga perkara dapat aku lakukan bersama mereka untuk satu tempoh yang agak singkat :-
1. menziarahi jiran yang kematian suami...

2. ke rumah sepupu emak sempena majlis perkahwinan anaknya

---> berjumpa dengan ibu2 saudara di sebelah emak agak merimaskan sebenarnya walaupun aku gembira bertemu mereka, manakan tidak, naik kebas pipi aku digomol mereka... paling merimaskan bila terpaksa ketawa tak ikhlas bila ketemu achik siantan (juga sepupu emak) yang memang sejak dari aku kecil lagi gemar memanggil aku dgn gelaran "abang"... adeh!!!! Kecik2 dulu boleh lah if dia jerit panggil aku mcm tu... dah tua-tua nih... agak2lah achik oi!!!
Hari itu aku turut berjumpa dengan adik pupu aku yang agak rapat dgn aku semasa dia kecil dulu, orangnya manis, lemah lembut dan cantik... tetapi Sabtu lepas aku melihat dia sudah berubah perwatakannya... berambut pendek ala2 hero drama korea, berseluar pendek dan punya gaya percakapan yang agak kasar... Aku bertanya kepada ibunya "mak ngah, knp nisha jadi macam tu?" dan dengan selambanya mak ngah aku jawab "Entah, dia kata dia nak jadi PENGKID"... Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! sempoi gila mak ngah aku sebut perkataan tuh... Dia tau ke tak maksud benda yang dia sebut tuh gamaknya??? Ermmmmm.... Macam2 hal lah... aku lak yang runsing dibuatnya...

Ermmmm... kerinduan kepada emak dan abah sedikit terubat.. walau belum sepenuhnya... tetapi kerinduan yang satu ini, belum terubati... walau hari-hari bertemu... pelik bukan? tapi itulah hakikatnya....

Terkadang, sayang dan cinta itu menjadi terlalu sukar untuk diungkapkan... namun, dengan tingkah laku dan perbuatan kita mampu menunjukkan perasaan kita yang sebenar... cumanya, tanpa perlafazan, mana mungkin kita mampu meneka jika ianya benar2 nyata...
Tepuk dada, tanya hati... adakah kita berbicara bahasa yang sama?

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 06, 2009

Hari ini

Hari ini : Emosi tak stabil...

Pesanan : Jangan tegur!!! Jangan jeling!!!

...rasa macam mahu, tapi....???

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 04, 2009

Perbualan Lalu

DIA : Kamu dengar itu?
AKU : Dengar
DIA : Kita mendengar suara yang sama

DIA : Nanti kalau aku di sana, aku mahu kamu melihat bulan.
AKU : (diam tak menjawab)
DIA : Aku akan tanya begini "Kamu nampak tidak bulan itu?"
AKU : Tapi, kalau kamu di sana dan aku di sini, akankah aku dengar kamu bertanya?

DIA & AKU : (diam)

<=::budaqnakal::=>

KESINAMBUNGAN KISAH SI TANGGANG?

jantung dihenti, jiwa dikaku
lelah bernafas, langkah dipaku

kau pandang itu
kau tengok situ
kau mahu yang tiada seinci pun dari aku

dan aku hanya mampu membeku
menyumpah diri menjadi batu

<=::budaqnakal::=>

Pesanan Untuk DIA

Ini pesanan untuk si DIA...
Kalau esok lusa... kita terpisah oleh jarak, waktu dan keadaan... bawa ke mana-mana sayang yang telah aku persembahkan... Kalau esok lusa, kita saling tak menyapa dan bersengketa... ingat segala gelak tawa yang kita pernah kongsi bersama... Moga, tiada rasa benci tersimpan antara kita...
***Barangkali, segalanya ini sekadar satu persinggahan dalam mencari erti sayang dan cinta....
<=::budaqnakal::=>

Kisah Sang Naga Penjaga Malam...

Waktu2 sebegini, dalam keletihan yang teramat, gara-gara tidur malam yang tak menentu juga kerana bebanan kerja yang menyesakkan minda... masih aku menjadi peneman malam yang setia... Tak tahu kenapa agaknya, sudah 2 malam tidur ku terganggu... Merimaskan sebenarnya, bila penat, lelah dan mengantuk tercantum indah namun lena tetap terlalu sukar untuk menjengah....
Aku menjadi sang naga yang tak henti-henti menghirup dan menghembus asap beraroma cengkih... walau kepala serasakan pusing... dan mata kian berpinar... tak kisah... asal langsai sebatang ku jemput lagi sebatang singgah dibibir yang kian kehitaman... (Ya! Aku sang naga yang berjaga malam untuk mengingati indahnya gelap...)
Hanya beberapa detik saja lagi jarum pendek jam ke angka 3, aku masih di sini... merungkai kata... bertemankan hitam pekatnya kopi secangkir... berzikirkan asap-asap tembakau berbalut kertas putih... dan menghembus asap kekelabuan... sekelabunya mata menatap monitor komputer riba... (Ya! Aku sang naga yang berjaga malam untuk mengingati indahnya SAMPOERNA)
Si DIA, kala ini, sudah lena diulit mimpi barangkali... dan aku di sini, masih cuba menjadi pemburu lena... memasang angan-angan untuk tidur bermimpikan DIA... melihat senyum dan tawanya... jelingnya... manjanya.... arghhhhhhhhhhh!!! (Ya! Aku sang naga yang berjaga malam untuk mengingati indahnya kamu CINTA)
***Barangkali...aku sang naga yang menunggu untuk dijinakkan oleh kamu... Barangkali!!!!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 03, 2009

Usah Tutup Cahaya Ke Hatimu

USAH KAU TUTUP CAHAYA MENYULUH KE HATIMU
BIMBANG PINTUNYA KU TAKKAN KETEMU
USAH KAU PADAM SINAR CINTA
TAKUT KU TERSESAT DALAM GELITA
Dalam hidup kita ini, kita terkadang jadi takut untuk menyayangi dan mencintai... mungkin kerana sakit kecewa yang pernah kita bawa sejak dahulu lagi? atau mungkin kerana kita jadi
terlalu paranoid untuk bercinta apalagi untuk melafazkan sayang?
terkadang, kita ingin disayangi... tetapi belum cukup bersedia untuk menyayangi...
terkadang, kita merindu... tetapi belum cukup mampu untuk mengakui...
terkadang, kita cinta... tetapi belum cukup menyakini...
***untuk kamu... kalau aku ini tidak berbeza, akankah kamu serahkan cintamu padaku untuk selama-lamanya?
<=::budaqnakal::=>

Friday, October 30, 2009

Waktu Yang Tepat Untuk Berpisah


Kata orang, biar jauh di mata, asal dekat di hati...

Bila tiba masa dan ketikanya untuk kau harus terbang bagi memenuhi metafora kehidupan... Maka, tak perlu bersedih... tak perlu menangis... tak perlu ucapkan selamat tinggal... kerana ianya akan lebih menyakitkan... ianya akan lebih membebankan... malah, ianya akan lebih menyukarkan....

pergi... terbang sejauh mungkin yang kau bisa...

nanti... di suatu masa, bila kau kepatahan sayap,
aku akan di sini untuk menongkatmu agar bisa berdiri...
aku di sini, untuk memimpin mu biar bisa berjalan...
aku akan ada di sini, untuk menemanimu berlari...
aku akan ada disini meminjamkan bahuku tempat kamu bersandar kelelahan...
aku akan sentiasa di sini menebarkan sedepa tangan untuk memberikan kamu selesa dalam pelukan...
aku akan sentiasa ada di sini... menunggu kamu...

maka sementara itu, di hari ini, pergilah... pergi... terbanglah jauh-jauh, tinggi-tinggi... kerana.....

.....ini adalah waktu yang tepat untuk berpisah.......


<=::budaqnakal::=>

Monday, October 26, 2009

Kadang Kurasa


kadang ku rasakan hidup ini hanyalah selayang gugur daun
sehembus angin yang bermain sebentar
seperti hubungan ruang-waktu dalam analisis pemprograman ,
ibarat tanggapan-tanggapan fizik dan fungsional yang tidak sistematik
seperti satu tarikan nafas yang menggelembungkan paru-paru
sebelum akhirnya dikeluarkan dengan hembusan

sesungguhnya
hatiku sudah memecah dinding kaca saat tadi malam
semuanya menjadi anomali dan membatalkan aksiom
benar.... theorem cinta itu amat merumitkan
dan membuatkan fundamental hati jauh tersasar


<=::budaqnakal::=

Sisa-sisa kehidupanmu dirongga hatiku...

















merasakan waktu tak bergerak sejak semalam..
ia erat mengikatku

aku terbaring diam
merasakan sisa kehidupanmu dirongga-rongga hatiku..
mencium wangi tanganmu yang masih menempel samar dijari tanganku..
mengecapi tiap masa yang hampir tak bersisa..



aku mau pergi dari sini..
aku ingin hilang..terbang..melayang..
larut dalam alam imaginasiku yang tenang dan sunyi..
aku ingin kembali bermonolog dalam ruang jiwa yang sepi..



aah..aku lelah..



<=::budaqnakal::=>

Thursday, October 22, 2009

....






















Cinta... usah melulu menunjukkan pemberontakan
rasa yang kau kisahkan sepanjang pagi
yang tak usai ku terjemahkan
sabit di bibirmu mengukuhkan hela
aku tafakur, mengaji senyummu

menghafalnya dengan khusus


mungkin ini adalah sebuah perjalanan
dalam tirakat yang tiada bangunnya
seperti pelarian cinta yang tersesat dalam labirin hutan rimba
menyusun senyum-senyum menjadi cahaya
untuk bisa menyuluh dan membebaskan kita dari belantara cinta
yang tak selesai diraba....



<=::budaqnakal::=>

Meletakkan Mimpi Pada Sang Bintang


Wahai kamu...
Lihatkah kau bintang di atas sana?
itu harapan yang terbang jauh
yang terkadang muncul
mentertawakan mimpi dulu yang tak teraih
kemudian menghilang bersama gelapnya malam
dan muncul kembali kala mimpi bertandang

Wahai kamu...
bintang itu berbicara kepadaku
"mungkin seharusnya kau tak pernah berharap
meletakkan semua keinginan
jika pada akhirnya berhujung buntu
dan kepedihan"

wahai kamu... dalam pekat malam itu...
lama aku berlari hingga lelah
mengejar semua yang tak teraih
ingin rasanya pergi ke sana dan menjadi bintang
balas mentertawakan mereka yang sepertiku

namun, mana mungkin??


<=::budaqnakal::=>

Teruskanlah - Agnes Monica

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah... teruskan lah..


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 21, 2009

AKU & KESAKITAN

Aku cuba angkat jemari
tadahkan tangan dibawah tangis sang awan
menari dan berlari didalam hujan
mengucapkan salam pada guruh yang memekik kemurkaan

Aku cuba duduk tetap
bertafakur dalam gelap
ingin dengarkan kata hati sendiri
perlahan meluahkan resah yang menggema

Aku bagaikan pengunjung asing di daerah petang
menunggu senja yang berwarna riang
dan menanti malam... saat-saat beburung cinta kembali ke sarang
akankah nanti, ada senyum mengiring pulang?

***sakit ini tidak apa-apa jika dibandingkan dengan sakit yang aku bawa tanpa senyumanmu cinta...

<=::budaqnakal::=>

MAAF...

"MAAF"...
mungkin ia bukannya cara terbaik untuk memperbaiki keadaan
mungkin bukan juga perkataan yg bisa menyembuhkan hati...
namun, apa lagi yang mampu seorang aku lakukan?
untuk kamu, maaf kerana keralatan hati buatkan aku menjadi sedikit tidak rasional dalam meluahkan rasa dan mengekspresikan pemberontakan hati...
"MAAF"... pasti bukan cara yang terbaik untuk memiliki... tetapi, apa lagi cara yang aku ada?
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 20, 2009

PEJAMNYA JIWA...

jika esok lusa atau di hari mendatang, angin menolak kukuhnya hati... membawa terbang bersamanya debu-debu perasaan yang runtuh... maka, aku minta, jiwa yang bakal terpejam itu, usah kamu persoalkan MENGAPA?
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 19, 2009

Biarkanlah Hati Yang Bicara







Pejamkan mata
Rebahkan jiwa
Biarkanlah hati yang bicara
Kau takkan pernah tahu
kapan dukamu kan terubati


Pejamkan mata
Rebahkan jiwa
Biarkanlah hati yang bicara


<=::budaqnakal::=>

Terkadang....

Kenapa agaknya?
terkadang bila terkelilingi gelak dan tawa
berselingan senyum dan sengih
masih kita merasakan sepi?


kenapa agaknya?
terkadang bila terselubung sibuk dan kalut
berselitkan galau dan bingung
masih kita merasakan bosan?


kenapa agaknya?
terkadang bila terangkum sayang dan cinta
beradunkan rindu dan perlu
masih kita merasakan kosong?


kenapa agaknya?
terkadang bila tersulam letih dan perih
beralunkan layu dan ngantuk
masih kita merasakan segar?


kenapa agaknya?
terkadang bila berbaur soal dan tanya
berbungkamkan kata dan makna
masih kita merasakan... HAMPA?


terkadang, kita meminta lebih dari yang sepatutnya diperlukan... Mungkin lebih baik diam dari berbicara jika akhirnya yang bakal kau terima hanya harapan dan penantian....dan bakal mengecewakan... Seperti aku yang meminta mata agar dapat tidur lena malam ini....Hasilnya teramat berat nak ditanggung!!!! Arghhhhhhhhhhhh.... Nak tidoooooooooooooooooooooooooooooo


***Selamat ulang tahun buat semua teman yang lahir di bulan Oktober, kak Jue, Nina, Aman, Ayang, Ayei dan Misna, juga untuk sesiapa sahaja yang membaca laman ini... Moga kalian sentiasa berada ditahap yang membanggakan, ceria, bahagia dan berjaya... Moga segala impian yang di simpan kan tercapai... Biar lambat, asal selamat...


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 13, 2009

KALAU

Kalau gembira yang semalam-semalam itu akan lenyap esok hari dan pada hari-hari yang mendatang... MAAFKAN AKU...
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 12, 2009


11 Oktober


Selamat Ulang Tahun buat satu-satunya teman dan sahabat terbaik aku, cik Nina Halin, moga di tangga usia baru ini, kamu akan meniti dan melaluinya dengan penuh kegembiraan... Moga kamu akan ketemu cinta sejati... Moga perjalanan hidup kamu di hari-hari mendatang akan dilimpahi dengan segala kebahagiaan yang kamu idamkan... Moga, pada tahun-tahun yang mendatang kita masih akan bertemu dan bersama meraikan kamu... seperti kelmarin, di tarikh 11 Oktober...

"Kita bertemu, saling bergandingan kala susah mahu pun senang, kita saling melengkapi kala kekurangan dan kekosongan bertapak dihati... kita saling tertawa atas kebodohan dan kegilaan sendiri... kita saling menangis berpelukan tatkala kesedihan terkadang hinggap di pinggir jiwa... kau, aku... persahabatan kita - Anugerah Terindah Yang Kumiliki..."

Selamat Ulang Tahun.... Sayang Kamu!



<=::budaqnakal::=>

Saturday, October 10, 2009

Penat Hati?

Penat? Penat bekerja sepanjang hari tidaklah sepenat kau mencari jawapan bagi sesuatu perkara yang agak complicated seperti tentang hati... susahkan nak tahu apa yang dalam hati seseorang itu... rindu, sayang dan cinta itu mudah benar nak diungkapkan... tetapi sejauh mana kebenarannya?? "perlu", "mahu", "ingin" memang mudah untuk diminta tetapi sebaik mana ia mampu dilaksanakan??

Aku seorang yang sederhana... mudah... tetapi terkadang aku punya kesukaran dalam meluahkan apa yang ada dalam hati aku... aku perlukan dorongan... mcm enjin kereta juga, kalau takde injection of power takkan boleh hidup... kalau tak ada pemandunya takkan boleh bergerak... kecuali kalau kereta tu ada atas bukit yg curam dan diturunkan breknya lah.. memang kereta tu bergerak... tapi kebarangkalian untuk terjunam masuk gaung atau kemalangan tu memang tinggilah... heh...

Aku tak gemarkan hal-hal yang rumit yang menyesakkan akal hati dan fikiran aku... aku mahu sesuatu perkara itu berjalan dengan selancar-lancarnya, bila banyak halangan atau terlalu banyak persoalan... aku selalunya akan mengambil tindakan yang drastik... BERDIAM DIRI dan PERGI....

Itu, aku... diri aku... mungkin pada orang lain... segalanya mudah... segalanya seperti satu gurauan atau mainan... tapi aku tidak.. bila aku katakan sesuatu bermakna aku serius...

Yang benar nih dong! hati bukannya mainan....


<=::budaqnakal::=>

Friday, October 09, 2009

Misterinya Hati

Bila kita suka... Orang akan bertanya "kenapa?".. "sejak bila?" dan "bagaimana?"... hakikatnya, terkadang kita tak punya sebab-sebab yang spesifik untuk sukakan sesuatu atau seseorang... Itu pada aku... aku tak tahu pada orang lain bagaimana pula jawapan mereka... Terkadang kita suka kerana "kesederhanaan" kerana "senyuman" dan kerana "kegembiraan" yang orang itu bawa dalam kehidupan kita... dan ada juga yang suka kerana "pengisian" orang itu dalam "kekosongan" diri kita... Perlukah semua itu kita huraikan satu-persatu untuk menunjukkan betapa kita menyukai sesuatu atau seseorang itu?
Seseorang pernah katakan yang aku ini berbeza, lain dari yang lain, kehilangan aku takkan dapat digantikan dengan apa2 dan sesiapa pun... dia mahu aku sentiasa ada untuk dia... kerana dia mahu begitu... Ini aku namakannya, "keinginan"... keinginan adalah perkara yang sentiasa ada pada setiap manusia dalam muka bumi ini.... keinginan yang kalau tak kedapatan akan buatkan kita kecewa.... Cumanya, keinginan orang itu buatkan aku tertanya-tanya, "kenapa dia mahu begitu?"... aku tak bertanya dan takkan bertanya kerana aku pasti dia punya alasannya yang tersendiri yang mungkin tak boleh dirungkaikan dalam bahasa lisan... lagipun....
........ hidup ini perjalanannya teramat misteri...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 07, 2009

BENGANG

bengang
bengang bila sedar yang diri diperbodohkan
bengang
bengang bila tahu yang diri persendakan
bengang
bengang bila asyik memahami tanpa difahami
bengang
bengang
bengang
diri terasakan bangang
dikelilingi manusia gampang
bengang
bengang
bengang bila terpaksa bertenang
ingat senang??
bengang! bengang!bengang!
gampang!gampang!gampang!
tenang....tenang...tenang....
senang??senang??senang??
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 06, 2009

Di Sebalik Sang Langsir

beberapa hari ini
aku menjadi pengunjung tetap belakang tabir sang langsir
melihat panorama dari jendela kamar
menghirup asap beraroma cengkih yang enak
mengasyikkan!
sebentar tadi
aku baru kembali dari balik tabir sang langsir
bercumbuan dengan sang dinding
dan melafaz cerai pada sang katil...
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 05, 2009

AKU HARI INI & SEMALAM...

HARI INI DAN SEMALAM
AKU PETIKKAN SANG GITAR
DENGAN NYANYIAN LAGU HATI
BERNADA KESEDIHAN
JEMARI MENARI PERLAHAN
ATAS DEDAWAI KESEPIAN
SEPERLAHAN ANGIN YANG BERLALU
DIDALAM DERAIAN SANG HUJAN
<=::budaqnakal::=>

Bila Yang Benar Itu Hanya DIA Yang Tahu

"Sekiranya aku menulis, aku tak mahu menjadi candu yang meracun akal sesiapa. Aku suka kalau ada orang yang berbeza pendapat. Kerana aku selalu membuat silap, sewaktu aku yakin aku di pihak yang benar.

Aku membuat kesimpulan bahawa manusia adalah makhluk yang buta, sekali pun mereka sering mengaku sebagai celik huruf. Tapi telah terbukti kalau hanya tahu membaca tetapi tidak tahu berfikir, mereka hanyalah robot penghafal tulisan. Sejenis robot yang tak berguna. Tingkat intelektualnya tak lebih dari mesin pesanan suara untuk menjawab telefon.

Manusia begitu megah bila dapat mengetahui tentang atom, neutron dan elektron, sejumlah benda-benda yang belum pernah dilihat mata mana-mana manusia hidup, sekalipun dengan bantuan mikroskop"
kata-kata diatas aku petik dari blog seorang kenalan... melihatkan orangnya (hanya dalam FB) aku tak pernah menyangka yang dia mampu menghasilkan gaya penulisan yang sebegini... Gaya penyampaian dalam hasil penulisannya sungguh menarik... bahasanya penuh dengan kata-kata simbolik... walau sedikit sinikal... namun segalanya masih dengan kata-kata yang beralas... Penulisannya benar2 menarik perhatian aku...
Apa yang ingin aku simpulkan disini adalah, aku bersetuju dengan beliau yang menyatakan betapa manusia terkadang buta... walau hakikatnya celik... bodoh walau hakikatnya punya akal untuk berfikir dan menghalusi sesuatu perkara dengan penuh kewarasan... terkadang juga terlalu angkuh dan merasakan dirinya terlalu bagus berbanding manusia lain...
Aku tidak mahu mengutuk jenis-jenis manusia tersebut, aku hanya ingin menyatakan aku KECEWA... kecewa kerana ada yang beranggapan aku tergolong dalam jenis manusia-manusia yang harus dielakkan... Akukah yang pendek akal dan kurang waras atau yang bermuka-muka dengan aku itu yang sebenarnya manusia BODOH dan TOLOL??

<=::budaqnakal::=>

Monday, September 21, 2009

Ralatnya Sebuah Konklusi = MATI...

malam ke-2 syawal... bau ubat-ubatan terlalu kuat hingga membuatkan dada aku sedikit sesak... mungkin di sini, di tempat menanti di luar lobi bangunan putih ini mampu buatkan aku sedikit bernafas dgn lebih terbuka dan selesa...
sebetulnya, di dalam sana tadi, melihatkan si kecil terbaring seakan tidak bernyawa buatkan aku hilang bahasa dengan Tuhan... menyedari kepesongan sendiri... maka Istighfar aku dalam hati... dan membawa diri ke sini... moga Tuhan tahu aku tidak bermaksud menuduhNya begitu...
si kecil itu, sedang bertarung nyawa untuk teruskan hidup... dan aku yang hidup, bertarung nyawa untuk apa? hanya untuk membuktikan betapa segala konklusi yang pernah dibuat mereka-mereka yg kononnya bijak pandai itu adalah ralat?? Konklusi yang tidak di sokong oleh aku... dan moga si kecil itu juga tidak mudah mengalah untuk membuktikan betapa konklusi yang terhasil hari ini adalah keRALATan yang paling besar dalam sejarah!!!
Bangkit dewi... bangkit... kitakan dah berjanji, mahu main bunga api???
<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 17, 2009

Kisah Aku dan Piano

semilir angin dari putaran kipas siling
berhembus meniup dan menyapa wajah sendu
seakan kasih belai dengan lembut


aku duduk di sisi sang piano usang
jemari perlahan ku rebahkan pada gigi hitam putihnya
ku biarkan musik berbicara tentang hati..
tentang rasa, tentang duka, dan juga tentang cinta
walupun terselit nada minor yang kian sumbang
menghantar luka dalam tatapan hampa

<=::budaqnakal::=>

Monday, September 14, 2009

Saat Nakal & Degil



terkadang tanpa sedar
usia kian beranjak
dan masa mematangkan kita

usah menutup ego
buat-buat lupa
sedang hati saling mengingati
dan kita saling menjengah
mengimbau kenangan kita-kita semua..
saat nakal dan degil
jadi penunjuk jiwa




<=::budaqnakal::=>

Khatimah Cinta

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi


Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu


Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku


Peluk tubuhku
kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 10, 2009

NONET YANG SENGAL

SENGAL NYA NONET!!!
ahahahhaaaaa...
kadang-kadang bila Nonet ni moody2 aku pun naik hangin tgk dia
nyampah...tension... semua perasaan yang negatif lah...
tapi
bila time dia buat perangai gila n sengal dia tu
aduuuuhhhhhh
tak larat nak layan...
penat gelak
takde dia, boring jugak lah....


<=::budaqnakal::=>

Monday, September 07, 2009

Kalau Bisa...


lautan itu,
pada aku teramat puitis
teramat seksi
turun naik skala nafsunya bermusim
terkadang tenang
terkadang meribut
aku ingin menjadi lautan
yang memuja matahari telanjang perkasa
di atas rumput lautnya kami kahwin dan senggama
dan orgasme dalam belukar deburnya ombak
aku ingin jadi lautan
yang menguji ketabahan bebatuan
bagi musim yang tak pernah lelah
menghitung buih yang hilang
kalau bisa,
aku ingin jadi lautan

<=::budaqnakal::=>

Kejamnya Pisang

... bila yang tersirat
tak mampu diterjemahkan
kepada yg tersurat...

<=::budaqnakal::=>

Friday, September 04, 2009

AKU

langit bisa kehilangan renyai hujan
kerana sangkala yang membeku
hutan pun mungkin kehilangan daun serta perdu
kerana musim tak lagi bersekutu
tetapi
ada yang tak bakal lekang oleh buram waktu
namanya....


....AKU....



<=::budaqnakal::=>

Gerimis

aku bangkit dari tidur
tatkala embun terbangun antara daun-daun pepohon di luar jendela kamar
ketika hujan rintik menepuk-nepuk manja punggung dahan akasia
ah!
gerimis pagi ini, beraromakan sunyi
dan rindu menghimpit lagi...

<=::budaqnakal::=>

Namanya... SUNYI



ada yang mampu ubah hati jadi benci
ada yang mampu ubah airmata jadi puisi
ada yang mampu ubah langit jadi duri
ada yang mampu ubah tekad api jadi debu mati
ada yang mampu ubah tangis jadi nyanyi
namanya... SUNYI


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 01, 2009

MELANKOLIKNYA AWAN....


awan itu mendung
menjelagakan hari
melayankan melankolik
sebelum bisa menangis
meredakan hati


<=::budaqnakal::=>

AL-MUBARAK

Salam Ramadhan, agak lama tak menulis... Satu kerana sepanjang Ogos yang lepas aku jarang di pejabat, terlalu sibuk dengan urusan kerja... Satu lagi kerana minggu terakhir Ogos aku disahkan menghidap ILI - Illness Like Influenza... So aku bercuti sejak 26 Ogos hinggalah semalam...
Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yg kedua aku BERDUA.. heheheheee... tak tahu lah tahun depan macamana lak... Ermmmm, Bazaar Ramadhan merupakan destinasi utama dalam bulan ini, tapi mcm biasa lah, aku takleh g sorang2 tak berteman... kalau aku g sorang2 alamatnya semua benda aku beli... heh... Pastu makan tak abisssss....
Bunga api pun dah beli... tunggu nak main je... Tapi rasa2nya, bunga api tuh bakal terbakar hangus hujung minggu ni kerana 2 orang mafia akan berkunjung ke rumah utk buka puasa bersama-sama... (buka puasa je sama2? buka lain tammo??) ehehehehee...
Semalam, Chef Nonet masak bawal masak steam ala2 Naked Chef + sayur campur + hempedal ayam goreng, huh.... layan gak la makan kat umah... lepas makan rehatkan perut sekejap sebelum makan dessert... mula2 aiskrim Haagen Daz, pastu Baskin Robin.... eheheheeeee....
(arini mau makan aiskrim with peaches, auwwwwwwwwwwwwww!!! sedapnyaaaaaaaaaaa)
Weekend ni sempena kedatangan 2 org mafia ke rumah utk berbuka puasa bersama2... i was thinking of few menus.... salah satunya my favourite fruit punch... ermmmmm, yummieeeeeeee.... itu pun kalau rajin!!! ahahahahahaaaaaaaa
By d way, to all... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... Moga2 semua orang mendapat barakah di bulan mulia ini... Bagi yang berkenderaan tu, hati-hati di jalanraya, maklum saja, Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi... Ingat sikit keluarga tersayang, jangan membahayakan keselamatan sendiri....

<=::budaqnakal::=>