malam ke-2 syawal... bau ubat-ubatan terlalu kuat hingga membuatkan dada aku sedikit sesak... mungkin di sini, di tempat menanti di luar lobi bangunan putih ini mampu buatkan aku sedikit bernafas dgn lebih terbuka dan selesa...
sebetulnya, di dalam sana tadi, melihatkan si kecil terbaring seakan tidak bernyawa buatkan aku hilang bahasa dengan Tuhan... menyedari kepesongan sendiri... maka Istighfar aku dalam hati... dan membawa diri ke sini... moga Tuhan tahu aku tidak bermaksud menuduhNya begitu...
si kecil itu, sedang bertarung nyawa untuk teruskan hidup... dan aku yang hidup, bertarung nyawa untuk apa? hanya untuk membuktikan betapa segala konklusi yang pernah dibuat mereka-mereka yg kononnya bijak pandai itu adalah ralat?? Konklusi yang tidak di sokong oleh aku... dan moga si kecil itu juga tidak mudah mengalah untuk membuktikan betapa konklusi yang terhasil hari ini adalah keRALATan yang paling besar dalam sejarah!!!
Bangkit dewi... bangkit... kitakan dah berjanji, mahu main bunga api???
<=::budaqnakal::=>
No comments:
Post a Comment