Friday, October 09, 2009

Misterinya Hati

Bila kita suka... Orang akan bertanya "kenapa?".. "sejak bila?" dan "bagaimana?"... hakikatnya, terkadang kita tak punya sebab-sebab yang spesifik untuk sukakan sesuatu atau seseorang... Itu pada aku... aku tak tahu pada orang lain bagaimana pula jawapan mereka... Terkadang kita suka kerana "kesederhanaan" kerana "senyuman" dan kerana "kegembiraan" yang orang itu bawa dalam kehidupan kita... dan ada juga yang suka kerana "pengisian" orang itu dalam "kekosongan" diri kita... Perlukah semua itu kita huraikan satu-persatu untuk menunjukkan betapa kita menyukai sesuatu atau seseorang itu?
Seseorang pernah katakan yang aku ini berbeza, lain dari yang lain, kehilangan aku takkan dapat digantikan dengan apa2 dan sesiapa pun... dia mahu aku sentiasa ada untuk dia... kerana dia mahu begitu... Ini aku namakannya, "keinginan"... keinginan adalah perkara yang sentiasa ada pada setiap manusia dalam muka bumi ini.... keinginan yang kalau tak kedapatan akan buatkan kita kecewa.... Cumanya, keinginan orang itu buatkan aku tertanya-tanya, "kenapa dia mahu begitu?"... aku tak bertanya dan takkan bertanya kerana aku pasti dia punya alasannya yang tersendiri yang mungkin tak boleh dirungkaikan dalam bahasa lisan... lagipun....
........ hidup ini perjalanannya teramat misteri...
<=::budaqnakal::=>

No comments: