Friday, December 13, 2013

Mungkin





mungkin kita terlalu jauh
sifat
dan
jaraknya

mungkin
kita perlu cari dimana titik temu kita

<=::budaqnakal::=>


Wednesday, December 11, 2013

hari-hari

10.30 malam

6.30 pagi
        
kalau boleh hari-hari mahu begini


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 10, 2013

Sempurna

kerap aku mencari separuh dari AKU
dan aku sedar, aku cuma ketemu refleksi diri pada biasan cermin
kerap aku mencari kepingan silangkata yang hilang
dan aku sedar, kau bukan kepingan itu
kerana kau satu susunan aksara siri yang hampir lengkap 


kau aku bergabung: SEMPURNA

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 03, 2013

Musim Hujan


 
musim hujan
                      sejuk
                               dingin
 
musim hujan
                      mengawan
                                          hibernisasi berpasangan
                                                                                    ada juga perseorangan (sedih!)
musim hujan
                      hujan lebat menggila
                                                        nafsuku yang merundum
                                                        (siapa boleh urutkan batin?
                                                         ubatkan syahwat?)
musim hujan...
aku enggan berasa kerugian 
jika sepanjang musim kekeringan


                                    ini kan musimnya hujan.... sedihhhh


<=::budaqnakal::=>

Monday, December 02, 2013

Realiti

M

A

N

U

S

I



comel itu 

A
K                                 
U
                        maka...
                                  J                                                                   
                                  A
                                  N
                                  G
                                  A
                                  N menyesal baca yang ini... REALITI
                                   


<=::budaqnakal::=>

pengembara yang kosong jiwanya


aku sang pengembara yang kosong jiwanya

aku perlu tempuhi jalan itu
rela atau terpaksa
bersedia atau tidak
tiba masa atau belum

aku sang pengembara yang kosong jiwanya
mereka tahu
aku perlukan ini
aku butuhkan ini

biar waktu tentukan segalanya

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 27, 2013

BERCERAI HIDUP

aku melihatnya dengan geram
dari tadi pandangan mataku tidak beranjak
aku sudah tidak mampu lagi memendam rasa
menahan perasaan
menyimpan sakit kerana menjeruk rasa

dia terlalu kuat menggoda
hingga aku tidak mampu menolak
dia terlalu bijak menyelami ingin dan mahuku
hingga aku lalai dan terlupa tentang realiti

kali ini jangan tidak tidak lagi
aku perlu membuat keputusan

aku lihat dia dan dengan penuh keyakinan 

"KITA PUTUS! AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3!"

dia diam
aku diam
mataku masih melihat dia

tidak sampai 5 minit
aku kemaskini statusku dengan ini

"baru 5 min tadi aku bercerai hidup dengan dia, tapi... ahhh! celaka betul, pandai betul ambil hati aku dgn buat muka cute Nora Danish tuh kan? tak pasal2 orang kata aku GILA TALAK sbb kau FACEBOOK"

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 22, 2013

ketidaksempurnaan

sebening air
secerah pelangi
seputih salju
dan sesejuk embun
erti cinta itu sendiri adalah memahami
kamu akan selalu merasa bahawa dia, seseorang yang saat ini ada di sampingmu...

yang ada di dalam hatimu
kurang atau tidak sempurna
mengertilah.... bahawa cinta itu memahami
bukan memaksakan dia harus menjadi apa yang kamu mahu
detik demi detik dan itu kamu lalui dengan cara tidak memahaminya
percayalah, itu bukan saatnya kamu untuk mencari mengerti memiliki CINTA
cuba lihat belakang.. mungkin saja, masa lalu pernah memberimu sebuah makna akan cinta yang bererti memahami
dan satu lagi
ingat selalu dalam pikiranmu
bahawa..... 

semua yang ada saat ini, esok, 
seterusnya adalah ketidaksempurnaan

<=::budaqnakal::=>

Kamu Hadir














<=::budaqnakal::=>

DAMAI yang HILANG




<=::budaqnakal::=>

Mungkin



sudah terlalu lama
membiarkan kamu sepi
sudah terlalu lama
akal fikirku mati untuk menitip kata
kerana aksara-aksara fikirku membeku
dalam ruang yang kosong dan lohong

mungkin, ini langkah pertama... berdikit bertatih moga tidak rebah

<=::budaqnakal::=>

Friday, August 16, 2013

Fikir-fikir

bila difikir-fikir
mungkin sudah tiba masanya revolusi dan evolusi
tanpa perlu sangsi

ini kewajiban.. bukan urusniaga transaksi
bukan juga urusan jual beli

bukan juga imunisasi
yang boleh dijual beli dari mana-mana farmasi

mungkin... barangkali...
aku perlukan transformasi
barangkali juga reformasi

ah! bukan mudah mencari solusi

<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 15, 2013

Sudah Terlalu Lama...

Maafkan aku kerana menduakan kamu....
 
Mungkin kerana aku telah terlalu berlama di sini. Terlalu lama.. sehingga aku seolah terlupa tentang kali pertama jejak kuletakkan di sini. Mungkin telah sampai waktunya untuk aku kembali mengabdikan diri di tempat yang telah kutinggalkan. Walau di sana yang mungkin masih tersisa hanyalah kenangan silam. Digenggam hilang.. didakap erat ke jiwa.

 
Di sini aku telah semakin lelah dalam melawan segala rasa. Telah semakin lelah menatang dan menjaga satu jiwa. Namun segalanya seakan melukis di angin lalu.. hilang tanpa tertinggal walau setitis.Mungkin aku perlu mengerti untuk kembali mencari diri yang telah lama hilang. Mungkin juga aku perlu mengerti.. kehilangan itu semakin mendekat. Lalu siapalah aku untuk menghalang setiap yang telah tertulis...

Ya.. mungkin aku perlu membina hati sekeras batu agar air mata ini tidak lagi tumpah apabila saat itu tiba. Mungkin aku harus perisaikan jiwa ini agar tidak mudah rapuh tika menggenggam noktah pertemuan. Dan mungkin.. telah tiba masanya untuk kusimpan cerita-cerita semalam seerat mungkin. Agar dapat kuteruskan perjalanan ini.. walau aku tidak pasti di mana harus kumulakan kerana aku telah terlalu lama terhenti menjadi penulis di laman ini...
 
Maafkan aku sang laman...kerana tanpa sedar... aku menduakan kamu dengan masa... menduakan kamu dengan kesibukan... menduakan kamu dengan hal-hal yang lain... hingga aku terlupa bahawa suatu ketika sewaktu aku hilang punca, kamu adalah peneman yang setia...
 
#tinggal dulu untuk hari ini... esok aku akan kembali lagi...


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 07, 2013

Selamat




April tidak pernah melukakan
hanya beri sedikit curiga
April tidak pernah menjadi episod duka
hanya beri sedikit perisa dalam hari-hari kita
 
Mei tampil
bukan menidakkan April
tetapi untuk meraikan KAMU cinta
 
bahkan jangan pernah lupa
Januari, Februari, Mac, Jun, Julai,
malahan juga
Ogos, September, Oktober, November dan Disember
sentiasa usaha untuk meraikan kamu CINTA
 
 
Selamat ulangtahun kelahiran sayang
 
p.s.jangan pernah fikir yang tidak-tidak
 


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, April 10, 2013

Cinta Kongkang dan Monyet





kongkang dan monyet kadang-kadang keliru
monyet kadang-kadang tertanya
kongkang juga tertanya-tanya

"betul ke dia suka???"

kongkang dan monyet
nyata berbeza

kongkang pemalu
lebih banyak diam
matanya meluahkan rasa
monyet pula
cergas dan nakal
pandang sana pandang sini
"mata gatal" bak kata kongkang
tetapi hanya kongkang di hati

namun masih kongkang dan monyet keliru

"uiskkkk! CINTA ke nih???"

kongkang
monyet
sikap berbeda
tetapi
punya satu rasa yang sama iaitu
CINTA

mereka tidak endah kalaupun orang kata cinta mereka cinta monyet
apalagi cinta mereka cinta kongkang
kalau nak dikaitkan dengan saudara mara lain cinta siamang cinta lotong mahupun cinta kera
kongkang dan monyet tak kisah... Janji... BAHAGIA...

p.s.akutulisinibukanmengiyakanyangmanasatukongkangataupunmonyetantarakita....
inicumatulisanmanusiamerengpeminatkongkangsejati




<=::budaqnakal::=>




Monday, April 01, 2013

AKU

aku jarang sebenarnya mahu tunjukkan siapa diri aku yang sebenar
orang yang tidak kenal aku pasti saja akan labelkan aku ini:-

"poyo"
"berlagak"
"sombong"
"muka ketat"
"garang"
"takde perasaan"
"hensem"

errr... errr... okey! okey! yang terakhir tu aku cipta sendiri... (poyo jer)

tetapi hakikatnya semua-semua itu hanyalah ciptaan alter-ego untuk menutup segala jenis kelemahan yang ada padaku... yang kenal aku pasti tahu siapa sebenarnya aku...

"lucu"
"penyedih"
"penyayang"
"penulis"
"penyair"
"pencinta"
"hensem"

okey! okey! yang hensem tuh memang tak betul... aku tambah2 sendiri jer... nampak ajer orang puji diri sendiri yea?? (poyo...)

notakakikubercagu : kautidaktahucintabagaimanasakitnyadadamenahantangiskalasedihmelihatairmatakamu...
keranaituakulebihgemarmenangissaatkamulenadantiadabersamaku...














<=::budaqnakal::=>

Kalau

Kalau ada orang yang percaya kau, cinta lah dia.

Kalau ada orang yang nampak kau waktu kau tiada, cinta lah dia.

Kalau ada orang yang sanggup teman kau waktu kau susah, cinta lah dia.

Kalau ada orang yang paham liku gerak hati kau
Buruk bangsat perangai kau
Jijik sial rahsia kau
Betapa kotor-nya pikiran kau
Apa yang kau buat bila kau sorang-sorang
Dan naluri mengada-ngada kau

Cinta lah dia.

Sebab hanya dia mampu menelan dan cerna semua rasa,

cuba kau tanya dia "sedap tak?"
dia pasti akan jawab "SEDAP SANGAT!"
walau hakikatnya tidak seenak mana.

p.s.kau tidak akan ketemu manusia gila yang jadi bodoh hanya untuk buat kamu tertawa.... seperti ku


 
<::budaknakal::>

Sempit Terhimpit

Ruang lingkungan aku kini seolah-olah dibatasi oleh sesuatu yang tidak seharusnya ada. Yang seolah-olah mengelilingi keberadaan aku dengan titik hitam pekat dan likat. Yang menyesakkan ruang udara sama seperti kotoran jerebu yang sedang menghiasi udara kota waktu ini. Untuk apa jua cara pun, kita masih tetap terpaksa menghirup udara yang kotor dan berdebu itu, hanya semata-mata untuk terus hidup normal seperti kebiasaan. Walau sedikit tidak selesa, namun itu sahaja jalan pilihan yang ada kerana kita tidak punya kuasa mengadun udara sepertimana apa yang Tuhan lakukan. Sama ada litupkan ruang muka kita dengan topeng ataupun apa sahaja, kita masih kekal menghirup angin yang sama, masih dibatasi dalam keadaan yang tidak selesa.

Seperti mana saat ini, yang semakin dibatasi dengan ruang yang semakin sempit terhimpit. Tersekat di antara dua rasa yang berbagi. Walau lelah, aku masih perlu menadah rongga pernafasan, menerima masuk apa yang Tuhan tiupkan. Aku menolak segala rasa yang tidak-tidak dan menerimanya dengan hati yang besar kerana aku percaya, Tuhan sedang merencana yang sebaiknya. Bersenyum-senyum sajalah.
 
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 26, 2013

Aku Bosan

aku bosan dengan rutin harian
lama tidak keluar mendapatkan hasil tangkapan lensa 

aku bosan dengan rutin harian
perlu sesuatu untuk memercikkan api semangat dan keseronokan

aku bosan dengan rutin harian
kerja-rumah-kerja-sesekali mamak-sesekali badminton-rumah-rumah-rumah

aku bosan dengan rutin harian

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 20, 2013

Semakin Lama

semakin lama bersama
semakin mudah diserang sunyi kala ditinggal kamu
semakin lama bersama
semakin mudah diserang emosi kala ditinggal kamu
semakin lama bersama
semakin mudah diselubung sepi kala ditinggal kamu
semakin lama bersama
semakin lama merasa
semakin lama menerima
semakin lama terbiasa

<=::budaqnakal::=>