Monday, April 01, 2013

Sempit Terhimpit

Ruang lingkungan aku kini seolah-olah dibatasi oleh sesuatu yang tidak seharusnya ada. Yang seolah-olah mengelilingi keberadaan aku dengan titik hitam pekat dan likat. Yang menyesakkan ruang udara sama seperti kotoran jerebu yang sedang menghiasi udara kota waktu ini. Untuk apa jua cara pun, kita masih tetap terpaksa menghirup udara yang kotor dan berdebu itu, hanya semata-mata untuk terus hidup normal seperti kebiasaan. Walau sedikit tidak selesa, namun itu sahaja jalan pilihan yang ada kerana kita tidak punya kuasa mengadun udara sepertimana apa yang Tuhan lakukan. Sama ada litupkan ruang muka kita dengan topeng ataupun apa sahaja, kita masih kekal menghirup angin yang sama, masih dibatasi dalam keadaan yang tidak selesa.

Seperti mana saat ini, yang semakin dibatasi dengan ruang yang semakin sempit terhimpit. Tersekat di antara dua rasa yang berbagi. Walau lelah, aku masih perlu menadah rongga pernafasan, menerima masuk apa yang Tuhan tiupkan. Aku menolak segala rasa yang tidak-tidak dan menerimanya dengan hati yang besar kerana aku percaya, Tuhan sedang merencana yang sebaiknya. Bersenyum-senyum sajalah.
 
<=::budaqnakal::=>

No comments: