Maafkan aku kerana menduakan kamu....
Mungkin kerana aku telah terlalu berlama di sini. Terlalu lama.. sehingga aku seolah terlupa tentang kali pertama jejak kuletakkan di sini. Mungkin telah sampai waktunya untuk aku kembali mengabdikan diri di tempat yang telah kutinggalkan. Walau di sana yang mungkin masih tersisa hanyalah kenangan silam. Digenggam hilang.. didakap erat ke jiwa.
Di sini aku telah semakin lelah dalam melawan segala rasa. Telah semakin lelah menatang dan menjaga satu jiwa. Namun segalanya seakan melukis di angin lalu.. hilang tanpa tertinggal walau setitis.Mungkin aku perlu mengerti untuk kembali mencari diri yang telah lama hilang. Mungkin juga aku perlu mengerti.. kehilangan itu semakin mendekat. Lalu siapalah aku untuk menghalang setiap yang telah tertulis...
Ya.. mungkin aku perlu membina hati sekeras batu agar air mata ini tidak lagi tumpah apabila saat itu tiba. Mungkin aku harus perisaikan jiwa ini agar tidak mudah rapuh tika menggenggam noktah pertemuan. Dan mungkin.. telah tiba masanya untuk kusimpan cerita-cerita semalam seerat mungkin. Agar dapat kuteruskan perjalanan ini.. walau aku tidak pasti di mana harus kumulakan kerana aku telah terlalu lama terhenti menjadi penulis di laman ini...

Maafkan aku sang laman...kerana tanpa sedar... aku menduakan kamu dengan masa... menduakan kamu dengan kesibukan... menduakan kamu dengan hal-hal yang lain... hingga aku terlupa bahawa suatu ketika sewaktu aku hilang punca, kamu adalah peneman yang setia...
#tinggal dulu untuk hari ini... esok aku akan kembali lagi...
<=::budaqnakal::=>
No comments:
Post a Comment