Monday, January 13, 2014
Bimbang
aku masih dalam kebimbangan tanpa suara
debaran akan-akan tidak berpenghujung
airmata menitik cuma dalam lopak jiwa
ibarat cahaya yang terlindung dibalik awan petang
intai-intai menyinar bumi kala siang katakan "bye"
dan malam mengangguk senyum katakan "hai"
ah!
aku bukan bimbangkan gelapnya malam
cuma bimbang kalau kelak
malam-malamku
tidak lagi ditemani dengkurmu
<=::budaqnakal::=>
Friday, January 10, 2014
hidup... PAHIT
Hidup ini kadang-kadang pahit
.jpg)
dek kerana adanya momen-momen tak manis
kunyah saja... telan dan cerna...
tetapi hidup harus perlu diteruskan
Sebentar!
aku mahu lari dari realiti
izinkan aku pergi dulu
izinkan aku pergi dulu
nanti-nanti aku kembali
jangan ikut!
kau takkan mampu
menahan bau hina dari kamar kecil itu
.jpg)
# ok... pahit sangat... sampai sakit perut dibuatnya...
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, January 08, 2014
CeritaCeriti
cerita
ceriti
dia yang pertama
dia yang kedua
hadir dan hilang merentasi masa
cinta dan benci merentangi rasa
kisah perkisahan yang datang jenguk-jenguk hati
barangkali cuma
sekadar untuk menguji
# INGIN tidak semestinya MAHU... MAHU tidak semestinya meMILIKi... SUKA tidak bermakna CINTA... nah! terkadang kita terkeliru dengan apa yang kita mahu kan?#

Tuesday, January 07, 2014
Walau
walau di mana sekalipun duduknya aku
puisiku tetap sama ritma bahasa
juga lenggok aksaranya
walau di mana aku berada
bahasaku masih sama nada nakal
polos gediknya yang acap menyakitkan hatimu
walau di mana aku pergi
berpusing tiga ratus enam puluh darjah sekalipun
paksi hatiku akan masih tetap terarah kepada kamu
cuma kamu cinta!
<=::budaqnakal::=>
Friday, December 13, 2013
Mungkin
sifat
dan
jaraknya
mungkin
kita perlu cari dimana titik temu kita
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, December 11, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Sempurna
kerap aku mencari separuh dari AKU
dan aku sedar, aku cuma ketemu refleksi diri pada biasan cermin
kerap aku mencari kepingan silangkata yang hilang
dan aku sedar, aku cuma ketemu refleksi diri pada biasan cermin
kerap aku mencari kepingan silangkata yang hilang
dan aku sedar, kau bukan kepingan itu
kerana kau satu susunan aksara siri yang hampir lengkap
kerana kau satu susunan aksara siri yang hampir lengkap
kau aku bergabung: SEMPURNA
<=::budaqnakal::=>
<=::budaqnakal::=>
Tuesday, December 03, 2013
Musim Hujan

musim hujan
sejuk
dingin
musim hujan
mengawan
hibernisasi berpasangan
ada juga perseorangan (sedih!)
musim hujan
hujan lebat menggila
nafsuku yang merundum
(siapa boleh urutkan batin?
ubatkan syahwat?)
musim hujan... aku enggan berasa kerugian
jika sepanjang musim kekeringan
ini kan musimnya hujan.... sedihhhh
<=::budaqnakal::=>
Monday, December 02, 2013
Realiti
M
A
N
U
S
I
A
comel itu
A
comel itu
A
K
U
maka...
J
maka...
J
A
N
G
A
N menyesal baca yang ini... REALITI
<=::budaqnakal::=>
pengembara yang kosong jiwanya
aku sang pengembara yang kosong jiwanya
aku perlu tempuhi jalan itu
rela atau terpaksa
bersedia atau tidak
tiba masa atau belum
aku sang pengembara yang kosong jiwanya
mereka tahu
aku perlukan ini
aku butuhkan ini
biar waktu tentukan segalanya
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, November 27, 2013
BERCERAI HIDUP
aku melihatnya dengan geram
dari tadi pandangan mataku tidak beranjak
aku sudah tidak mampu lagi memendam rasa
menahan perasaan
menyimpan sakit kerana menjeruk rasa
dia terlalu kuat menggoda
hingga aku tidak mampu menolak
dia terlalu bijak menyelami ingin dan mahuku
hingga aku lalai dan terlupa tentang realiti
kali ini jangan tidak tidak lagi
aku perlu membuat keputusan
aku lihat dia dan dengan penuh keyakinan
"KITA PUTUS! AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3!"
dia diam
aku diam
mataku masih melihat dia
tidak sampai 5 minit
aku kemaskini statusku dengan ini
"baru 5 min tadi aku bercerai hidup dengan dia, tapi... ahhh! celaka betul, pandai betul ambil hati aku dgn buat muka cute Nora Danish tuh kan? tak pasal2 orang kata aku GILA TALAK sbb kau FACEBOOK"

Friday, November 22, 2013
ketidaksempurnaan
sebening air
secerah pelangi
seputih salju
dan sesejuk embun
erti cinta itu sendiri adalah memahami
kamu akan selalu merasa bahawa dia, seseorang yang saat ini ada di sampingmu...
yang ada di dalam hatimu
kurang atau tidak sempurna
mengertilah.... bahawa cinta itu memahami
bukan memaksakan dia harus menjadi apa yang kamu mahu
detik demi detik dan itu kamu lalui dengan cara tidak memahaminya
percayalah, itu bukan saatnya kamu untuk mencari mengerti memiliki CINTA
cuba lihat belakang.. mungkin saja, masa lalu pernah memberimu sebuah makna akan cinta yang bererti memahami
dan satu lagi
ingat selalu dalam pikiranmu
bahawa.....
semua yang ada saat ini, esok,
seterusnya adalah ketidaksempurnaan

Friday, August 16, 2013
Fikir-fikir
bila difikir-fikir
mungkin sudah tiba masanya revolusi dan evolusi
tanpa perlu sangsi
ini kewajiban.. bukan urusniaga transaksi
bukan juga urusan jual beli
bukan juga imunisasi
yang boleh dijual beli dari mana-mana farmasi
mungkin... barangkali...
aku perlukan transformasi
barangkali juga reformasi
ah! bukan mudah mencari solusi

Thursday, August 15, 2013
Sudah Terlalu Lama...
Maafkan aku kerana menduakan kamu....
Mungkin kerana aku telah terlalu berlama di sini. Terlalu lama.. sehingga aku seolah terlupa tentang kali pertama jejak kuletakkan di sini. Mungkin telah sampai waktunya untuk aku kembali mengabdikan diri di tempat yang telah kutinggalkan. Walau di sana yang mungkin masih tersisa hanyalah kenangan silam. Digenggam hilang.. didakap erat ke jiwa.
Di sini aku telah semakin lelah dalam melawan segala rasa. Telah semakin lelah menatang dan menjaga satu jiwa. Namun segalanya seakan melukis di angin lalu.. hilang tanpa tertinggal walau setitis.Mungkin aku perlu mengerti untuk kembali mencari diri yang telah lama hilang. Mungkin juga aku perlu mengerti.. kehilangan itu semakin mendekat. Lalu siapalah aku untuk menghalang setiap yang telah tertulis...
Ya.. mungkin aku perlu membina hati sekeras batu agar air mata ini tidak lagi tumpah apabila saat itu tiba. Mungkin aku harus perisaikan jiwa ini agar tidak mudah rapuh tika menggenggam noktah pertemuan. Dan mungkin.. telah tiba masanya untuk kusimpan cerita-cerita semalam seerat mungkin. Agar dapat kuteruskan perjalanan ini.. walau aku tidak pasti di mana harus kumulakan kerana aku telah terlalu lama terhenti menjadi penulis di laman ini...

Maafkan aku sang laman...kerana tanpa sedar... aku menduakan kamu dengan masa... menduakan kamu dengan kesibukan... menduakan kamu dengan hal-hal yang lain... hingga aku terlupa bahawa suatu ketika sewaktu aku hilang punca, kamu adalah peneman yang setia...
#tinggal dulu untuk hari ini... esok aku akan kembali lagi...
<=::budaqnakal::=>
Tuesday, May 07, 2013
Selamat
April tidak pernah melukakan
hanya beri sedikit curiga
April tidak pernah menjadi episod duka
hanya beri sedikit perisa dalam hari-hari kita
Mei tampil
bukan menidakkan April
tetapi untuk meraikan KAMU cinta
bahkan jangan pernah lupa
Januari, Februari, Mac, Jun, Julai,
malahan juga
Ogos, September, Oktober, November dan Disember
sentiasa usaha untuk meraikan kamu CINTA
Selamat ulangtahun kelahiran sayang
p.s.jangan pernah fikir yang tidak-tidak
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, April 10, 2013
Cinta Kongkang dan Monyet

kongkang dan monyet kadang-kadang keliru
monyet kadang-kadang tertanya
kongkang juga tertanya-tanya
"betul ke dia suka???"
kongkang dan monyet
nyata berbeza
kongkang pemalu
lebih banyak diam
matanya meluahkan rasa
monyet pula
cergas dan nakal
pandang sana pandang sini
"mata gatal" bak kata kongkang
tetapi hanya kongkang di hati
namun masih kongkang dan monyet keliru
"uiskkkk! CINTA ke nih???"
kongkang
monyet
sikap berbeda
tetapi
punya satu rasa yang sama iaitu
CINTA
mereka tidak endah kalaupun orang kata cinta mereka cinta monyet
apalagi cinta mereka cinta kongkang
kalau nak dikaitkan dengan saudara mara lain cinta siamang cinta lotong mahupun cinta kera
kongkang dan monyet tak kisah... Janji... BAHAGIA...
p.s.akutulisinibukanmengiyakanyangmanasatukongkangataupunmonyetantarakita....
inicumatulisanmanusiamerengpeminatkongkangsejati
Monday, April 01, 2013
AKU
aku jarang sebenarnya mahu tunjukkan siapa diri aku yang sebenar
orang yang tidak kenal aku pasti saja akan labelkan aku ini:-
"poyo"
"berlagak"
"sombong"
"muka ketat"
"garang"
"takde perasaan"
"hensem"
errr... errr... okey! okey! yang terakhir tu aku cipta sendiri... (poyo jer)
tetapi hakikatnya semua-semua itu hanyalah ciptaan alter-ego untuk menutup segala jenis kelemahan yang ada padaku... yang kenal aku pasti tahu siapa sebenarnya aku...
"lucu"
"penyedih"
"penyayang"
"penulis"
"penyair"
"pencinta"
"hensem"
okey! okey! yang hensem tuh memang tak betul... aku tambah2 sendiri jer... nampak ajer orang puji diri sendiri yea?? (poyo...)
notakakikubercagu : kautidaktahucintabagaimanasakitnyadadamenahantangiskalasedihmelihatairmatakamu...
keranaituakulebihgemarmenangissaatkamulenadantiadabersamaku...

Kalau
Kalau ada orang yang percaya kau, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang nampak kau waktu kau tiada, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang sanggup teman kau waktu kau susah, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang paham liku gerak hati kau
Buruk bangsat perangai kau
Jijik sial rahsia kau
Betapa kotor-nya pikiran kau
Apa yang kau buat bila kau sorang-sorang
Dan naluri mengada-ngada kau
Cinta lah dia.
Sebab hanya dia mampu menelan dan cerna semua rasa,
cuba kau tanya dia "sedap tak?"
dia pasti akan jawab "SEDAP SANGAT!"
walau hakikatnya tidak seenak mana.
p.s.kau tidak akan ketemu manusia gila yang jadi bodoh hanya untuk buat kamu tertawa.... seperti ku
<::budaknakal::>

Sempit Terhimpit
Ruang lingkungan aku kini seolah-olah dibatasi oleh sesuatu yang tidak
seharusnya ada. Yang seolah-olah mengelilingi keberadaan aku dengan titik hitam
pekat dan likat. Yang menyesakkan ruang udara sama seperti kotoran jerebu yang
sedang menghiasi udara kota waktu ini. Untuk apa jua cara pun, kita masih tetap
terpaksa menghirup udara yang kotor dan berdebu itu, hanya semata-mata untuk
terus hidup normal seperti kebiasaan. Walau sedikit tidak selesa, namun itu
sahaja jalan pilihan yang ada kerana kita tidak punya kuasa mengadun udara
sepertimana apa yang Tuhan lakukan. Sama ada litupkan ruang muka kita dengan
topeng ataupun apa sahaja, kita masih kekal menghirup angin yang sama, masih
dibatasi dalam keadaan yang tidak selesa.Seperti mana saat ini, yang semakin dibatasi dengan ruang yang semakin sempit terhimpit. Tersekat di antara dua rasa yang berbagi. Walau lelah, aku masih perlu menadah rongga pernafasan, menerima masuk apa yang Tuhan tiupkan. Aku menolak segala rasa yang tidak-tidak dan menerimanya dengan hati yang besar kerana aku percaya, Tuhan sedang merencana yang sebaiknya. Bersenyum-senyum sajalah.
<=::budaqnakal::=>
Tuesday, March 26, 2013
Aku Bosan
aku bosan dengan rutin harian
lama tidak keluar mendapatkan hasil tangkapan lensa
aku bosan dengan rutin harian
perlu sesuatu untuk memercikkan api semangat dan keseronokan
aku bosan dengan rutin harian
kerja-rumah-kerja-sesekali mamak-sesekali badminton-rumah-rumah-rumah

Wednesday, March 20, 2013
Semakin Lama
semakin lama bersama
semakin mudah diserang sunyi kala ditinggal kamu
semakin lama bersama
semakin mudah diserang emosi kala ditinggal kamu
semakin lama bersama
semakin mudah diselubung sepi kala ditinggal kamu
semakin lama bersama
semakin lama merasa
semakin lama menerima
semakin lama terbiasa

Friday, March 15, 2013
KITA
17 Mac 2013
Kita sudah setahun 2 bulan
kuakui
terkadang aku lupa memberi ucap
melafaz sayang dan cinta
namun
kuakui juga
yang terkadang
ianya lebih indah jika dapat dirasa dengan hati
tidak hanya didengar telinga
"aku cinta sayang kamu cinta"
Selamat Hari Kita!
<=::budaqnakal::=>
Monday, March 11, 2013
Cemburu?
katakan cinta
apakah layaknya aku untuk merasa cemburu
kala gurau sendamu bersama sang teman
sudah bisa saling bersentuhan
bukan aku cemburukan gurau senda itu
tetapi aku curigakan dia yang berlebihan menyentuhmu
itu hak aku
bukan hak dia
malaha bukan juga hak siapa-siapa

Friday, February 15, 2013
JIKA ADA KETIKANYA
jika ada ketikanya
kamu merasa was-was dengan setiaku
ingatkan hati
yang kita bukan muda lagi
untuk bermain cinta seperti sinetron Indonesia
mahupun seperti Winter Sonata
apatah lagi fantasi cinta indah Kajol dan Shah Rukh Khan
jika ada ketikanya
aura negatif hitam kelabu menyelubungi hatimu
menutup rasa percaya kepadaku
ingatkan hati
yang kita bina rasa dan cinta ini
tidak semudah aku menyusun kata di laman ini
telah kita lalui yang sukar, pahit dan sedih dengan senyuman
walau hati pedih terhiris
jika ada ketikanya
kau begitu yakin aku mencurangimu
hadapilah aku
luahkan padaku
agar dapatku genggam erat tanganmu
biar kudakap erat tubuhmu
izinkan aku bisik ini di telingamu
"cinta ini aku azamkan bukan untuk disakiti dan tersakiti
kita sudah terlalu lama membiarkan diri tersakit kerana cinta yang sebelumnya
aku sudah letih dan lelah
dihatimu aku ingin lepaskan lelahku
dihatiku kurimbunkan kasih sayang untuk kamu
yang kita ada ini HARGAnya bukan untuk GADAIAN"
<=::budaqnakal::=>
Thursday, February 07, 2013
BOQ
aku perlu kamu Boq
walaupun kadangkala kamu menyakitkan hati
tak apa
aku pun gemar menyakitimu... dalam gurau...
aku perlu kamu Boq
walaupun kadangkala tidurku terganggu dek dengkurmu
tak apa
aku pun gemar ganggu lena tidurmu... bila gatal...
aku perlu kamu Boq
walaupun kadangkala aku rimas dengan bebelmu
tak apa
aku pun gemar bebelbebel... bila kamu degil
ah! kita sama saja degilnya...
aku perlu kamu Boq
kamu juga perlu aku
ah! itu aku tahu Boq
kau juga tahu...
aku cuma ingin mengingatkan...
errr...
duit kutu jangan lupa ambil dariku nanti
p.s. sayangkamusangatnihBoq

Thursday, January 17, 2013
Selamat Ulang Tahun Cinta
Selamat ulang tahun Cinta
17 Januari ini begitu berharga
telah sempurna waktunya
hubungan kita beranjak setahun usia
Selamat ulang tahun Cinta
Kita punya kebersamaan yang begitu berharga
yang telah kita beri semuanya dalam sebentuk kasih
yang tidak mampu tertembus oleh apa-apa
dimana dan bagaimanapun ..
Cinta ini akan ku biarkan masih..
utuh dan tak akan pernah berkurang sedikit pun
Semoga kedewasaan ini selalu menjadi pegangan
kesihatan hubung rasa menjadi budaya cinta kita
dan kasih sayang kita sentiasa berikan kenyamanan bahagia
NotaKaki : orang kata, dalam bercinta... kita perlu bersahabat...
p.s. aku tulis ini 2 minggu sebelum dan aku letakkan ketetapan ianya publish secara automatis pada tarikh hari ini... ini mungkin bukan karyaku yang terbaik. Namun, KITA adalah yang terbaik untuk KITA.
<=::budaqnakal::=>
Thursday, January 10, 2013
Topik Hari Ini
0 00000
00 0000
000 000
0000 00
00000 0
Kosong Kosong Kosong
hurm
haaa
hurmm
haaaa
errrrrrrrr
Kosong kosong kosong
OK, HARI INI KITA BORAK-BORAK KOSONG JER...
<=::budaqnakal::=>
00 0000
000 000
0000 00
00000 0
Kosong Kosong Kosong
hurm
haaa
hurmm
haaaa
errrrrrrrr
Kosong kosong kosong
OK, HARI INI KITA BORAK-BORAK KOSONG JER...
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, January 09, 2013
Monolog
hei
saya sayang awak
banyak mana?
banyak lah...
errrr... banyak mana pun nak kena explain ke?
dah cakap sayang tu cukup ar... banyak lak songeh!
eheheheheee...
p.s. saya sayang awk dengan secukup rasa yang perlu
<=::budaqnakal::=>
Tuesday, January 08, 2013
AKU TANPA ROKOK
Orang kata - penulis dan rokok seperti irama dan lagu
Orang kata lagi - rokok dan kopi adalah pasangan serasi
Penulis, rokok dan kopi adalah gabungan terbaik bagi mewujudkan sebuah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke arah penghasilan karya atau naskah yang berkualiti, bermutu dan kreatif. Errr, ok! yang ini aku cipta sendiri... ehehehehehee...
Aku nak ceritakan betapa sinonimnya imej seorang penulis dengan rokok. Rokok sering dikaitkan dengan ilham. Ilham pula dikaitkan dengan seniman atau penulis. Jika penulis kehilangan ilham mereka akan merokok. Rokok ibaratnya pencetus idea yang muncul dari kolaborasi perbuatan bermenungan, sedutan, hembusan dan bermenungan sekali lagi. Ehehehee... ini pun aku reka berdasarkan pemerhatian kepada diri sendiri.
Kalau dah termenung, sedut, hembus dan termenung tu ilham tak datang-datang juga. Hirup kopi hitam pekat. Kemudian, nyalakan sebatang lagi rokok dan ulangi rutin pertama hingga ke empat sampailah ilham muncul.

dan sebenarnya, apa yang aku nak katakan adalah... aku dah tahu punca dan sebab musabab aku kurang punya idea dan ilham untuk menulis sejak kebelakangan ini. Sebabnya adalah :
AKU PENULIS TANPA ROKOK

p.s. Ok, memang ternyata kurang ilham tanpa rokok. Hisap yang lain barangkali membantu?
(tanduk di atas kepala...)
<=::budaqnakal::=>
Monday, January 07, 2013
Aku hilang rakan-rakanku
lewat kebelakangan ini
tandus idea itu bukan lagi suatu perkara yang luarbiasa
tertanya juga aku ke mana sang idea mengembara?
lewat kebelakangan ini
teman-temanku si idea, diksi dan aksara
sering kelewatan hadir menerjah kamar imajinasi
"ah..celakanya kalian bertiga! pergi hooyey-hooyey tak ajak aku! "

Apahal?
hari ini aku kembali menanam azam dan semangat!
aku mahu kembali aktif bermain kata
dan akan kerap ku tarikan tap dance pada kekunci komputer ini
laman ini tidak akan kubiarkan sunyi seperti penghujung nyawa 2012
tidak! aku akan terus berkarya!
"OK! Mahu tulis apa pagi ini?"
hurm...
hurmm...
hurmmm...
hurmmmm...
aaa...
errrr...
aaa...
hurmmmm
sambil ketuk kepala sendiri
"weh! apahal kau?"
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, December 26, 2012
Untuk 17 Januari yang bakal tiba...
Bersempena 17 Januari yang bakal menjelma... Harapan dan inginku cuma ini :-
"AKU HARAP DIA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SWT ...
SEMOGA KEBAHAGIAAN AKAN SENTIASA BERSAMANYA
DAN AKU BERHARAP AGAR DIA AKAN TETAP BERSAMA AKU DALAM
SUSAH MAHUPUN SENANG...
APA PUN YANG TERJADI BIARKAN HATI
KAMI SALING BERDAKAPAN...DAN AKU AMAT-AMAT BERHARAP HATI ITU
TETAP MILIKKU"
<=::budaqnakal::=>
Friday, December 14, 2012
Aku tunggu
Semakin berada di penghujung 2012, semakin kurang pula daya dan idea menulis di laman ini.
Tidak punya masa sebetulnya.
Semalam, hari ini
kelmarin, semalam
semalam, kelmarin
ada rajuk
tidak dibujuk
aku tunggu biar sejuk
<=::budaqnakal::=>
Tidak punya masa sebetulnya.
Semalam, hari ini
kelmarin, semalam
semalam, kelmarin
ada rajuk
tidak dibujuk
aku tunggu biar sejuk
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, December 05, 2012
Mungkin....
mungkin...
ada ketikanya aku
tidak pandai untuk berbasa basi
tidak bijak bermanis mulut
tidak pantas mengambil hati
namun...
aku ingin kau tahu
walau tanpa kata
tidak terluah dengan bicara
gaya mahupun laku
istimewanya kamu
nilainya kamu
telah nyata dalam hati
ditempat yang tertinggi
<=::budaqnakal::=>
Friday, November 23, 2012
KEMANUSIAAN
untuk seketika
kita lupakan
segala pertelingkahan
tidak kira apa pun pegangan politik
tidak kira apa pun fahaman agama
kita sama-sama suarakan pembebasan Gaza
kita sama-sama doakan Palestin
kita sama-sama doakan keteguhan Al-Aqsa
kita mengharapkan sejahteranya mereka
bukan kerana ISLAM
namun kerana KEMANUSIAAN
<=::budaqnakal::=>
Friday, November 09, 2012
Perbualan BerryHitam
Abi : Harini, rasa rindu saya pada awak sangat luarbiasa. Nak tahu kenapa?
Dia : Kenapa?
Abi : Sebab saya pun memang luarbiasa...
Dia : Jangan poyo sangat boleh tak?
Abi : Kenapa? Awak tak rasa saya luarbiasa?
Dia : (senyum)
beberapa saat kemudian
Dia : Saya sayang awak
Abi : Biasa2 ke luarbiasa?
Dia : Luarbiasa...
Abi : Hah! Kan dah kata... Sebab saya luarbiasa kan?
Dia ?: Yea lah sayang... Awk luarbiasa...
Abi : (ketawa)
Abi : Malam ni saya akui yang awak pun luarbiasa....
Dia : Kenapa pulak?
Abi : Sebab kalau awak biasa-biasa jer adalah mstahil untuk saya yang luarbiasa ni jatuh cinta pada awak...
Dia : (muka bengang)
Abi : (Ketawa)
p.s. kamu luarbiasa kerana mampu bertahan mencintai aku sekian lama... kamu luarbiasa kerana sanggup bertahan dengan perangaiku yang gila... kamu luarbiasa kerana mampu mendapat aku yang amat luarbiasa...! ahahahaha

Subscribe to:
Comments (Atom)