Tuesday, May 04, 2010

GENGGAM TANGANMU

Aku ingin menggenggam erat tangan itu
merasakan hangat dan mulusnya jemarimu
mendekapnya rapat di dadaku
biar kau rasakan
pencak degup jantungku yang tak betah diam
bilamana, adanya KAMU

aku berharap untukkan tetap menggenggam tangan itu
bersama-sama, KITA menelusuri batas waktu

<=::budaqnakal::=>

Friday, April 30, 2010

Rindu Setengah Mati


Aku ingin engkau ada disini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu

Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu
Aku rindu setengah mati kepadamu

Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Meski tlah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu

Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu…

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 27, 2010

Aku Ada Kerna Kau Pun Ada

Usah pernah rasa kamu bersendiri...
aku ada di sini bukan?
yang akan selalu temani kamu
hilangkan duka dan airmatamu
buat kamu mahu sentiasa tertawa...

usah pernah rasa kamu bersendiri...
aku ada...
nah! ini gambarku...buat hilangkan rindu kamu itu...

...
....
.....
......

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


p/s** amacam? boleh jadi model tak???


<=::budaqnakal::=>

Pantun

"nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buah emak buang saudara
kerna kasih hamba turutkan"

- Percayakah anda bahawa kerana pantun ini lah, si Tanggang disumpah ibunya menjadi batu??

Tak percaya? Tak percaya sudah! Ada aku kisah????

<=::budaqnakal::=>

Monday, April 26, 2010

Bila Mamai

Semalam, gara-gara ubat batuk, aku ke kamar tidur agak awal... tidur dengan lenanya, sehinggalah aku bangun berkali-kali bermula jam 4.15pagi, kemudiannya 5.00pagi, 6.00pagi dan 6.30pagi... kepala aku sedikit goyang, pening, seperti orang yang sedang mamai aku ke dapur membancuh nescafe o panas bagi menyegarkan mata... selesai menikmati minuman panas itu, aku ke kamar mandi... dalam keadaan yang masih mamai dan sedikit "weng", ubat gigi aku capai, aku picit sedikit ditelapak tangan, dan aku tonyoh ke muka... huarghhhhhhhhh!! terasa berpijar muka aku... mana tidaknya, ubat gigi aku jadikan pencuci muka... hikssss... sebelum cuci muka, sempat aku pandang muka aku di cermin, tersenyum sorang-sorang melihat muka yang memutih bertempek dengan ubat gigi... ehehehehehhehehee... SENGAL!!!!
Aku terfikir, apakah kesengalan aku itu berpunca dari kesan ubat batuk atau kerana aku bangun tidur berkali-kali??? atau kerana aku berasa teramat malas untuk ke pejabat hari ini???
Nota kaki : Aku berada ditahap kemalasan yang maha hebat hari ini untuk ke pejabat... walaupun bateri hati telah sepenuhnya di cas... aku perlukan motivasi untuk ke pejabat... Nonet aku kira bermotivasi tinggi untuk ke pejabat kerana kereta baru + DZ... ehehehehehheee... Net!!! i need motivation Net!!!! help me Net!!!!!
<=::budaqnakal::=>

Thursday, April 22, 2010

TIADA LAGI

Mulai hari ini, bila aku pulang ke kampung, akan tiada lagi terdengar laungan yang memanggil aku "abang"... akan tiada lagi yang akan menggomol muka aku dengan ciuman-ciuman dan pelukan erat yang damai... dan tiada lagi yang akan terkocoh-kocoh dihalaman rumah aku menjenguk kepulangan aku ke kampung... tiada lagi usikan-usikan nakalnya... kerana, orang yang selalu memperlakukan aku sebegitu telah pergi untuk selama-lamanya... Pergi kepada Tuhan Yang Maha Pencipta... Moga roh ibu saudaraku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
hari ini, aku merasakan kehilangan... aku pasti akan merinduinya... kerana, tiada lagi....
<=::budaqnakal::=>

Monday, April 19, 2010

Mungkin?

Sejak kebelakangan ini, aku kekurangan idea untuk diadaptasikan ke dalam blog ini... bukan tiada cerita, cuma aku rasakan tiada yang menarik untuk dijadikan bahan penulisan... segalanya seakan2 sama, tiada yang luarbiasa, tiada yang boleh dijadikan sebagai bahan istimewa sebagai terjemahan jiwa...

mungkin, aku perlu warnakan kehidupan harian aku dengan pelbagai warna-warna pelangi... aku perlu lakukan sesuatu supaya hidup tidak terasa semakin membosankan... aku perlu perisa baru dalam memberikan rasa dalam kehidupan aku... aku perlukan enjin baru untuk menggerakkan aku ke satu had laju yang lebih mencabar... aku perlukan sayap untuk terbang ke awanan yang tidak pernah aku capai... Ya! aku perlukan sesuatu yang baru yang mampu menghidupkan jiwa aku...

mungkin juga aku perlukan KAMU...


<=::budaqnakal::=>

Thursday, April 15, 2010

CUTI SAKIT + CUTI REHAT

sejak beberapa hari yang lalu, aku jadi manusia lemau selemau lemaunya, BRONKITIS yang buatkan aku jadi begitu... aku tak boleh terlalu banyak bergerak dan bercakap kerana sesak nafas... malah, aku mudah penat... tidak ada apa-apa yang mampu aku lakukan selain dari tidur... kalau aku rasa tanak tidur pun tetap aku akan tertidur... Ntah kenapalah agaknya?
Dada ni terasa benar sempitnya... terasa benar payah untuk menghirup oksigen dengan sepuasnya... terasa benar sakit kepala kerana kekurangan oksigen...
banyak perkara yang tertangguh gara-gara kesihatan yang terganggu... tapi apa daya kita kan? kita hanya mampu merancang segala-galanya, bila aral merintangi langkah, kena redha dan tabah...
Abah juga mula bimbang bila aku belum sembuh sepenuhnya... setiap hari abah call, setiap kali itu jugalah abah membebel2, katanya aku tak jaga makan dan minum, asyik makan makanan ringan yang tak berkhasiat, asyik minum minuman berkarbonat, ermmmmmmm... setahu aku, aku tidaklah sepanjang masa melahap makanan ringan dan minuman bergas seperti yang di dakwa abah tuh... cuma kadang-kala bila teringin jer aku balun... nak kata hari-hari pun tidak... ermmmmmm... takpelah, tengah sakit-sakit takleh nak cakap banyak nih, tadah je lah telinga dengar orang tua tuh membebel...
apa-apa pun, aku cuti lagi dua hari... :)
yesssszaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
<=::budaqnakal::=>

Monday, April 12, 2010

DEMAM?

Sejak Rabu lepas aku demam + batuk + selsema + sakit sendi... Tuhan je yang tahu betapa tak selesanya aku menanggung semua kesakitan tu... Its been a while aku tak sakit teruk mcm ni... dahlah badan ni memang lembik kalau sakit... ngada-ngada...manja... semua benda jadi serba tak kena... lambat pulak tuh nak kebahnya... tensionnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
Bab-bab sakit ni aku memang kalah... Semangat aku tak sekental semangat Nonet... dia kalau sakit macamana pun dia mampu lagi lawan... mampu lagi masuk ke dapur untuk masak2 dan buat aiskrim Malaysia... mampu lagi nak makan... mampu lagi gelak2 tgk cerita orang utan... how i wish i can be like her... SUPERWOMAN... heh!
Harini, aku masuk ke ofis dalam keadaan yang selemau-lemaunya... kalau goreng balik guna minyak masak baru pun belum tentu aku leh garing macam sediakala tau...
haihhhhhh... samaada aku kekurangan zat besi dan karbohidrat seperti yang terkandung dalam Horlicks... atau aku kekurangan kasih sayang seperti si orang utan dalam movie yang si Nonet tengok semalam?
<=::budaqnakal::=>

Monday, April 05, 2010

...LUKA...

...ada sesuatu yang terpendam, tak termampu untuk diluahkan, kepedihan dan kesedihan yang teramat dalam... kesunyian yang terasa benar kian menghimpit dan menyesakkan dada...
rindu ini, hanya akukah yang merasakannya?


<=::budaqnakal::=>

dan aku tak seharusnya berharap...


mungkin aku tidak sepatutnya berharap
pada "masa" yang belum tentu mahu bersahabat denganku
tidak seharusnya aku berharap
bahawa "masa" akan sentiasa menyebelahi aku
seharusnya aku tahu betapa "masa" bisa cemburu
bisa bersekutu untuk mengkhianati aku
dan bisa buatkan aku memeruk 1001 rasa keralatan
kerana ia tidakkan selalu ada untukku

mungkin aku tak seharusnya berharap
dan aku tidak lagi akan terus berharap
kerana...
"masa" telah semakin jauh menjarakkan waktu...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 31, 2010

KRITIKALNYA BATERI JIWAKU

Hari ini, Rabu, hari ke-3 dalam minggu terakhir bulan ini... tahap bekalan kuasa bateri jiwa berada ditahap yang kritikal... aku perlukan sumber tenaga untuk mengecasnya agar kembali pada tahap prestasi yang memberangsangkan... aku mahu ia kembali cergas... seperti sediakala...

Akan tetapi... nak buat macamana? ianya tidak semudah yang disangka... tersilap cara, hangus terbakar jiwa aku nih nanti... kalau jiwa jer yg terbakar takpelah jugak... buatnya dengan satu badan hangus sama?? tak ke haru?? ermmm... tak pasal2 terpaksa duduk sebaris dalam geng gagak rimba lak nanti...



Sejak beberapa hari ini, aku jadi manusia yang kurang bermaya... asyiklah sakit perut dan bermuram durja... (heh... ayat... power tak? Ayat romeo tuh!!). si Nonet semalam bagi aku satu artikel tentang stress, artikel tuh tulis, "cirit birit" dan "selalu letih dan tidak bermaya" adalah simptom2 "stress"... ermmmm...???? Ada kemungkinankah aku mengalami masalah tekanan?? aiyooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! yang benar dong???????



STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
So, tolonglah aku... kembalikan KUASA aku... kembalikan KEGEMBIRAAN aku... kembalikan MOOD aku.... kembalikan SEMANGAT aku... aku mahu kembali menjadi..................................



.....



.................



.....



...



......................



....



.................



.......

ULTRAMAN!!!!!!!

BUZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 30, 2010

NAFASKU - TAUFIK BATISHA

Kasihmu
Diluar jangkaanku
sulit rasanya hidupku tanpamu
Usah kau pergi jauh

Aku berjanji cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Diriku sering teringatkan kamu

ooooooo...

Setiap nafasku
Terkesan padamu
Jangan pernah tinggalkan diriku
Sentiasa hadir di jalan hidupku
dan kini cintaku untuk kamu

Ku menanti
ketibaan hari itu
saatnya kau mengucap cinta sejati
Dua menjadi satu

Aku mengerti kata-kataku percuma
Hingga tiba suatu masa
Semua kan menjadi nyata

Setiap nafasku
Terkesan padamu
Jangan pernah tinggalkan diriku
Sentiasa hadir di jalan hidupku
dan kini cintaku untuk kamu
oooo...ooo..

Sentiasa hadir di jalan hidupku
dan kini cintaku untuk kamu

Aku berjanji cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Semuanya untuk kamu

<=::budaqnakal::=>

Monday, March 29, 2010

BUNGA API?

aku mahu membakar bunga api
untuk raikan cinta
namun di tanggal apa nak kubakar ia?
tanggal - bersatu
atau
tanggal - berpisah?
pun sebenarnya
aku tak punya sebab untuk raikan apa2
<=::budaqnakal::=>

Di Sana...

di sana tempat kita
diam bermenung
bisu bercerita
di sana tempat kita
mengadu kisah
melepas resah
bila kan ke sana lagi?
<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 25, 2010

Jangan Ada Benci?

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Semudah melafazkan katakah untuk tidak meletakkan benci bila berakhirnya sesebuah perhubungan? terkadang kita berharap benar agar segalanya tidak berakhir dalam api kemarahan dan seterusnya melahirkan rasa kebencian... tetapi kita ini bukan insan yang kamil... yang bisa mendahulukan akal dari hati...
Ya! kita mungkin bisa berjanji untuk tidak membenci... namun, itu semua hanya sekadar kata-kata... kerana kita ini manusia yang tidak siddiq...
p/s** Aku bukan pembenci, bukan juga pendendam... namun, aku bukan manusia pemaaf... Macam mana tuh?
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 24, 2010

Permintaan Emak

baru tadi emak call

emak : ha... dah pakai tudung kepala dah?
aku : apa mak ni...
emak : yea la... pakai lah tudung... barulah cantik... sejuk sikit hati emak nih tgk...
aku : dah kawin baru adik pakai...
emak : kalau kau tak kawin2?
aku : kalau adik tak kawin2, adik tutup kepala dgn tong drum!
emak : budak bertuah ni, kau main2 je bila mak ckp kan dik?
aku : heh... gurau-gurau tuh kan amalan mulia...
emak : kawin cepat!
aku : kawin dengan sapa?
emak : entahlah dik, ada orang nak kau lak tanak, orang tanak kau yang terhegeh2!
aku : bila masa lak adik terhegeh2 ni mak? adik ni hot stuff tau.. org yg tergila2kan adik... ehehehehehehehehe
emak : gila! malas mak nak ckp dgn kau ni, penat!
aku : sampai hati emak ckp adik gila
emak : (ketawa) memang ye pun, kau tu bukannya betul sgt kepala otak kau tuh!

perbualan terhenti dgn gelak tawa dan dengan tergesa2 aku letakkan hp sebab ada polis di sebelah kereta aku yang menunjukkan isyarat warning kepada aku... ehehehehhee...
maaf pak polisi, saya tak salah... emak saya yg salah!!!

<=::budaqnakal::=>

Karya Kemarau Aku

sudah beberapa hari aku tidak menulis, manakan tidak, hujung minggu sibuk melayan keluarga, kelmarin dan semalam pula tidak masuk ke pejabat kerana berkursus di Jabatan Peguam Negara berkaitan pengemaskinian akta... tak berkesempatan langsung untuk lakukan hal-hal yang lain... apatah lagi, sekembalinya aku ke pejabat hari ini aku ditimbuni dengan pelbagai tugasan...
bagaimanapun, tetap aku usaha untuk curi-curi masa menulis di sini... biar orang tahu aku masih ada... biar orang tahu aku masih wujud... biar orang tahu... sejauh mana pun aku pergi, tetap di sini aku kan kembali... biar orang tahu... aku ini sang setia! ehehehehehheehhe poyo!!!!!!!!!!
hah! cuba korang bagitau aku apa yang korang buat weekend lepas? takkan ngangkang je kat umah cari ilham kot? aku taklah buat benda2 yang hebat mcm daki gunung atau berenang dilautan api... aku cuma mendiamai sebuah daerah yang bagi aku sangat2 indah dan menarik... Ianya sebuah daerah yang sungguh membahagiakan dan mendamaikan jiwa....
daerah apa??? "biarlah rahsia".... (sambil kenyit2 mata and jelir2 lidah gaya si magesh!)
nota kaki : penulis menjelir lidah tanpa ada sebarang unsur-unsur berahi dan ghairah, ianya sekadar untuk tontonan dan bukan untuk ditiru oleh sesiapa pun. Harap Maklum!. Harap maklum juga bahawa si penulis sebenarnya bakal mengalami demam yang berlarutan gara-gara kemarau panjang yang dijangka bakal tiba lewat malam ini dan kemarau dijangka berlarutan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Sekian,

terima kasih daun keladi,
ada angin kentut lagi,
kalau cirit sana jamban lu pergi!

<=::budaqnakal::=>

Friday, March 19, 2010

Kesunyian?

"kesunyian ini terlalu indah
walaupun pahit untuk menelan
walaupun pedih sanggupku tahan
dan kurelakannya..."


benar! kita sedar bukan semua yang manis itu kan berakhir dengan rasa yang sama... terkadang sudah jelas dan nyata yang bakal tertinggal hanyalah kepahitan...

namun, terkadang cinta buatkan hati jadi bisu... minda jadi buta... dan akal seringkali dipaksa untuk berbohong...
terkadang, semuanya bermula kerana kesunyian... dan juga berakhir dengan kesunyian...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 17, 2010

Ro Ya Nun Dal Wau


aku mahu berenang lirih ke dasarmu yang jernih
menenggelamkan diri ke dalam zarah dan molekul cinta
menghela nafas lega di setiap pesisir senyummu

aku mahu berkiam kemas menyambut kamu
bila kala waktu berdua mengacarakan senja
berbicara tentang hari-hari kita

bila mata jadi pengantara bahasa-bahasa jiwa
tentang aksara-aksara yang terukir dihati

ro...ya...nun...dal...wau...

yang kadang terlalu menyesakkan

<=::budaqnakal::=>

Pengisi Ruang Yang Vakum dan Kosong

Genap sebulan aku bekerja di sini... Alhamdulillah... segala-galanya berjalan dengan lancar dan baik... Big boss aku orangnya very fatherly, soft spoken dan amat memahami... Boss atas aku je yg tak best... tapi big boss aku sporting sangat2...
Sebulan di sini aku sudah mula dapat sesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru... sudah mula lancar dalam menjalankan tugas... sudah mula sibuk dengan tugasan dalaman dan luaran... malah sudah mula bertugas sebagai "perisik" ahahahahahahahaaa.... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...
Sejak kebelakangan ini, jiwa terasakan kosong dan sunyi... hingar bingar dunia dan alam keliling tak mampu mengisi jiwa yang vakum... ada sesuatu yang hilang... ada sesuatu yang kurang... akankah ruang kosong yang vakum itu akan terisi kembali?
Aku kepingin CINTA...
<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 11, 2010

Aku, Penjaga Malam dan Nonet

Selepas sekian lama, malam tadi aku kembali ke habit dan habitat lama sebagai seoarang "penjaga malam"... aku tak boleh tidur... jenuh aku cuba... dah beribu-ribu ekor bebiri yang aku kira... dah berhelai2 bulu beruang yang aku cabut... tapi mata aku tetap degil... seingat aku jam 3.15pagi, mataku masih celik... tak aku sedar jam berapa baru aku terlena... itupun seawal jam 5, aku kembali terjaga, kerna bermimpi buruk... ntah malaun mana ntah yang datang2 dan terus menyerkup kepala aku dgn guni... jenuh aku usaha utk lepaskan diri... jenuh aku usaha utk bernafas... sehinggakan aku bangkit dari tidur dalam keadaan yang agak cemas... teman disebelah aku kejutkan... kepada teman aku adukan tentang mimpi burukku... dan teman damaikan aku dalam peluknya... Thanks Nonet...

**Pelik, macamana aku asyik mimpikan yang buruk2 dan menakutkan saja sedangkan Nonet sentiasa diberikan mimpi yang enak2 dan membahagiakan dia?... sbb itu aku mengigau dalam keadaan yang cemas dan dia sentiasa mengigau dalam keadaan ketawa!!! eheheheheheheheheheheheeeeee

**Teringatkan Nonet pernah mengigau pegang sepanduk sedang berpiket... Sengal punya minah!


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 10, 2010

KONSENTRASI TUMPUL

Dua harini, aku akan2 hilang keinginan untuk ke pejabat... namun, walau dalam keberatan tetap aku gagahi... bagaimanapun, kemahuan utk buat kerja sedikit tumpul... gara-gara, ketidakselesaan perut dan kesakitan tulang belakang yang amat sgt... bukan tak boleh buat langsung kerja-kerja aku ni, tapi... aku tak boleh nak tumpukan perhatian supaya aku mampu kusyuk dan tawaaduk dalam menyelesaikan tugasan2 aku tuh... heh!
** aku perlukan urutan manja yang mendamaikan... yang mampu hilangkan kesakitanku, yang juga mampu menajamkan daya konsentrasiku... heh! tolooooonnnn.... tolooooonnnnn....
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 09, 2010

ANAK

hari ini aku mengimpikan sesuatu...

"ANAK"

tapi... aku tanak kawin... so? ada sapa2 yang nak bg aku anak dia tak? heh... cik nonet! kawin cepat ar... nanti anak kau bagi kat aku eh...

ehehehheheeeee

<=::budaqnakal::=>

Bilamana Aku Mula Goyah

Dulu, aku pernah nekadkan dalam hati, aku tak perlukan sesiapa untuk harungi hidup... aku tidak perlukan manusia bernama "kawan" untuk warnakan hari-hariku... aku bisa dan mampu hidup walaupun sendiri...
namun, atas apa yang terjadi semalam... aku akui aku silap dalam membuatkan pernyataan sebegitu dahulu...
dalam keadaan semalam, aku benar-benar perlukan seseorang untuk tenang dan damaikan hatiku... aku perlukan bahu untuk aku sandarkan kesedihan...
aku perlukan pujukan dan kata-kata yang bisa membunuh keresahanku... aku perlukan pelukan mendamaikan...
**Ini semua dugaan... dugaan untuk aku dan mungkin juga untuk kamu... Siapa tahu?
**Akan betahkah kamu berdiri untuk menongkatku bila mana aku mula goyah dan tak mampu berdiri?
<=::budaqnakal::=>

Monday, March 01, 2010

Zoo Negara?

SUKACITA DIMAKLUMKAN PADA HARI SABTU INI IAITU PADA TARIKH 6 MAC 2010, SAYA AKAN BERADA DI TASIK ZOO NEGARA... KENAPA?

...SEBAB KERJA...

KERJA APA?

...TAKYAH BAGITAU LAH...BIKIN PANAS HATI GUAAAAAA JE!!!....

<=::budaqnakal::=>

Serasakan Mati

Hari ini, tanpa ada sebarang keraguan... aku melabelkan diri sebagai manusia yang kalah... Kalah kerana ketidakupayaan aku untuk menjadi yang terbaik...

dan atas ketidakupayaan yang tak seharusnya berlaku ini... hari ini serasakan mati...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 25, 2010

PLAYER?

PLAYER?
...was...


<=::budaqnakal::=>

CINTA

Cinta itu buta... dan ia boleh muncul secara tiba-tiba... bila bertemu dengan seseorang yang kita cintai tanpa sedar semua kriteria yang telah kita sediakan sejak berkurun lamanya akan hilang begitu saja...

tak kisahlah kalau

- hidung dia kemek ke
- mata bulat mcm bola ping pong ke
- perut boyot mcm ngandung 9 bln ke
- kepala senget ke
- perangai mcm org takde akal ke

kalau dah cinta... semua yang buruk, hodoh dan cacat cela tertutup dek rasa kasih sayang yang tak berbelah bagi...

aku juga pernah melaluinya, but then, selepas beberapa lama, aku rasakan aku cukup beruntung kerana memiliki kamu... kamu cukup indah... mungkin tidak di mata orang lain... tetapi bagi aku, kamu SEMPURNA...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 24, 2010

KEMEROSOTAN AKAL

Harini rasa mengantuk yang teramat sangat
selesai meeting pagi terus masuk bilik dgn hasrat yg teramat suci lagi murni untuk menyambung kerja-kerja aku yang due date nya minggu hadapan...
tetapi niat suci aku terbantut disebabkan tanpa sedar aku terlelap
uhuhuuhuhuhuhuhuhuhhuuhuuhuhuhuhuu
Tiba-tiba hari ini, aku mendapat idea yang bernas... nanti nak beli tikar getah + karpet untuk bilik aku ni... then... bwk bantal letak kat opis nih... ehehehehehehehheee... bila-bila rasa ngantuk or tak larat ke... leh lah aku berbaring dan tidur sambil memeluk teddy bear dengan nyenyaknyaaaaaaaa...
Amacam? Genius tak? Ahahahahahahahahahahhahahahaaa
p/s** Take note bahawa tahap kesihatan akal penulis blog ini sedang berada ditahap yang hampir kritikal, seperti kritikalnya paras air sungai Kluang gara-gara musim panas yang berlanjutan... Tetapi kemerosotan kesihatan akal penulis ini tidak ada kena mengena dengan cuaca panas , sebaliknya kerana....
(huh! mana boleh bagitauuuuuuuuuuuu... ini RAHSIAAAA)

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 23, 2010

Strip Club?

baru 10min yang lepas, aku berbual di telefon dengan seorang kawan... ermmmm... take note yea, yang kawan aku ini seorang lelaki tulen yea... yang punya nafsu terhadap wanita... aku kenal dia ni taklah lama mana... bila di kira-kira hari pada kalender tahunan... tak sampai setahun pun aku kenal dia nih... alah! kenal sebab ada buat job sikit dengan dia... itu je... nak katakan rapat sangat tuh tidaklah... tapi sebab dia leh join kepala otak aku yang tak berapa nak stabil orientasi orbitnya nih... so selalu gak lah lepak dgn dia... heh...

berbalik kepada panggilan fon dr dia...

Dia : U busy ke?

Aku : leh tahan lah

Dia : i nak ajak u keluar lepak dengan i malam ni jom!

Aku : pi mana? ada projek baik ke?

Dia : ada... i nak ajak u ikut i p lepak strip club kat O** W**** Hotel Damansara

Aku : huh? biar betul u nih?

Dia : Jomlah u, ala bukannya apa pun saja je for fun, gain experience... kat situ leh tahan best gaklah nak melepak...nanti... bla bla blaaaaa... bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla...bla bla bla bla bla bla bla blaaaaa.... bla bla bla bla bla

Aku biarkan seketika dia bercakap tanpa henti sambil bercerita dengan penuh asyik tentang strip club yang cuba dia promote kat aku... setelah hampir 2 minit dia membebel2 tanpa aku tumpukan sepenuh perhatian pada butir percakapannya...

Dia : so? kul 9? i amik kat umah u?

Aku : huh? u nih! malaslah i... u g la dgn org lain...

Dia : betul nih? rugilah u nih... i nak belanja tapi u tanak lak... oklah takpe lain kali je lah... bye...

Damn! Biar betul kawan aku nih... if dia ajak kawan lelaki aku rasa dah panas buntut dah memasing tak sabar tunggu kan malam cos nak pergi club tuh... ini tidak... aku yang diajaknya? agak2lah... haishhhhh... aku betul2 tak paham lah apa yang menariknya tgk pompuan menari-nari separuh bogel eh? bayar mahal2 just utk tgk je? kalau leh pegang-pegang tuh lain lah citer... takat pompuan tuh dtg dok gesel2 atas riba ko bagi konek ko tegak semata-mata tapi tak klimaks nak watpe? kan ke buat senak perut sendiri je... heh! kalau yea pun nak berbudi bahasa ajak aku keluar... tgk sikitlah... berKONEK ke aku nih untuk kau bawak g strip club woiiiiiiiiii!!!!... Sorry aku tak berminat dengan perkara-perkara seperti itu... Ya Ampuuuuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

p/s** kalau aku nak sgt tgk pompuan bogel, aku bogel je depan cermin then tgklah diri aku puas2.... lagi layannnnnnnn!!! ahaksssss

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 22, 2010

PERGI!!!!

aku tahu aku tak layak nak rasa benci atau menyampah pada sesiapa... malah aku tak berhak untuk melabelkan seseorang tu sebagai "bodoh" "bangang" "bahalul" dan sebagainya...
tapi...
bila dalam meeting, boss bercakap... ko pun sama nak bercakap... and bila orang lain bagi idea kau pun sama nak bagi idea padahal kau ulang jer apa yg orang lain tu cakap... and then bila orang lain berikan idea-idea baru untuk meningkatkan produktiviti produksi supaya tidak terlalu "lame", kau membantah dan tidak boleh menerima hakikat... WTF???
ermmmm...
barangkali, dia merasakan diri dia adalah orang lama yang lebih bijak dan lebih tahu tentang segala-galanya di sini... atau mungkin juga dia membayangkan bilik mesyuarat itu adalah bilik mahkamah yang membenarkan dia untuk keluarkan statement "SAYA BANTAH!"... atau barangkali dia sememangnya bersifat TOLOL???
melihat dia bersuara saja sudah memualkan... (huh! nasib baik setakat buat aku rasa mual.. kalau buat aku termengandung??? dah berduyun dah anak aku yang keluar sebijik2 rupa mcm si BAHALUL nih...)
p/s**sekali lagi, aku sebagai penulis blog ini ingin menyatakan bahawa aku bukanlah manusia sempurna yang semudah itu mahu memBAHALUL dan menTOLOLkan seseorang itu... tapi "mamat sengal" yang memang terserlah ke NGOK NGEK kannya (perkataan NGOK NGEK ini aku pinjam dari kamus bahasa Sonasha) dalam mesyuarat tadi betul-betul buat jiwa aku tak tenang... manakan tidak... hingga sekarang walaupun sudah hampir 2 jam berlalu mesyuarat tersebut tamat... aku masih terbayang-bayang dan terdengar-dengar cara percakapannya... Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Pergi!! Pergi!!! Pergi!!!!!!!!!!!! Pergi kau dari fikiran aku!!!!!!!!!!!!!! Pergi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Damn!
<=::budaqnakal::=>

Matahari Tak Bersinar Seperti Selalu?

"dan semalam matahari tak bersinar seperti selalu"

heh... sebenarnya, semalam bukannya matahari tak bersinar seperti selalu... cumanya, aktiviti aku yang membuatkan aku tak berapa berpeluang nak melihat matahari dan merasakan bahangnya... manakan tidak, malam berjaga hinga ke 5 pagi.... bangkit tidur jam sudah anjak ke waktu petang... bangkit hanya untuk menikmati secawan kopi dan mengalas perut (nonet masak lempeng sedap woooooooooo heh!)... kemudian bergolek di hadapan tv dengan pelbagai gaya dan aksi yang kalau pak haji tengok maka pasti akan gugur title hajinya... heh...
hah! dah berbulan rasanya tak menikmati hujung minggu di rumah... memang patutlah aku jadi manusia yang serba malas nak berbuat apa2 kelmarin dan semalam... kecuali tidur-makan-tv-makan-tidur... (mintak hampunnnnn cik nonet!!!!!!, malam nanti saya lipat baju yea....)
<=::budaqnakal::=>

Friday, February 19, 2010

Kepingin

dan aku tak lagi mengimpikan tuk melihat indahnya rembulan
tak juga menginginkan kerdip bintang di langit malam
apalagi mengharapkan pelangi muncul di hujung gerimis
yang aku kepinginkan dikala ini
cuma tuk melihat dan menatap indahnya senyum
dan manisnya wajahmu...
"aku rindu masa-masa kita yang lalu"...
<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 18, 2010

3 Sebab Kenapa...

3 sebab kenapa kamu yang pertama dalam hati...


1. Aku sayang kamu

2. Aku cinta kamu

3. Aku GILAkan kamu!


Tak paham-paham lagi?? Takyahlah cari orang lain... Saya pun ok gak apa????


p/s** leh terima pakai tak statement aku yang last sekali tuh? ada rasa-rasa mcm nak jolok anak tekak sampai muntah darah tak?? ehehheheheheheee

<=::budaqnakal::=>

Apa Yang Penting

...apa yang penting... - HATI
...apa yang penting... - PERCAYA
...apa yang penting... - KERJASAMA!!!

eheehehehheeeeeee....

<=::budaqnakal::=>

Hari Ke-2

Heh... leh tahan gak lah busynya aku kat opis baru nie... panggil orang meeting la, arahkan org p kursus lah... kena buat research lah... paperwork lah... ermmmm... baru 2 hari kerja pun dah ada few tasks yang kena aku laksanakan... oklah tuh, at least aku tak bosan... tapi lama2 mau jugak mereng kepala otak aku nih cos banyak sangat benda yang nak kena buatnya... patutlah ada sorg kawan aku tuh kepala pun dah makin kurang je rambutnya... ahahahahahahaa
apa pun, rindu tetap ada untuk sahabat-sahabat di sana...
ermmm... kalaulah aku ada ilmu magik, mahu je aku kerdipkan mata, supaya buka-buka je mata aku dah ada di sana... pastu kerdip mata lagi dah kat opis balik... ehehheheheeee... jangan bukak-bukak mata je nampak orang tgh mencangkung nak membuang sudahlah!!
apa apa pun... this is just the beginning... permulaan yang nampak cantik sahaja perjalanannya... moga ianya akan sentiasa cantik dan indah hingga ke hujung perjalanan... moga aku tak tersasar... tak menyimpang dari landasan... tak "accident"... uhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu
<=::budaqnakal::=>

CIntailah Sepenuh Hati - Ari Lasso

Di dalam hatimu
T’lah aku temukan
Arti kebahagian
Bersama dirimu
Aku merasa berarti
Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan
Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Betapa hidupku takkan pernah sama

Bila kau tinggalkan ku

Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya
Tiada arti semua bila kau pergi
Genggamlah tangganku dan peluklah diriku


Saatku jatuh nanti menangis sepi
Cintailah aku sepenuh hati

Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 17, 2010

Jika Suatu Ketika Kita Tak Bersama Lagi




Jika suatu ketika kita tak bersama lagi
Aku ingin kau mengenang
segala kisah tentang kita
yang telah terpahat rapi di rangka langit
bersama segenap noktah-noktah peristiwa
juga canda dan pertengkaran-pertengkaran kecil
yang mewarnai seluruh perjalanan kita
Dalam Lengang, Tanpa Kata

Jika suatu ketika kita tak bersama lagi
Aku ingin kau tetap menyimpan
setiap denyut nadi yang berdetak
dan degup cepat debar jantung
saat mataku memaku matamu
disela derai gerimis menyapu beranda
kala kita pertama bertemu
Dalam Sepi, Tanpa Suara

Jika suatu ketika kita tak bersama lagi
Aku ingin kita meletakkan segala perih itu
disini, pada titik dimana kita akan berbalik
lalu membiarkan waktu menggendongnya
hingga batas cakerawala cinta
bersama sesak rindu tertahan didada
Dalam Diam, Tanpa Airmata

Jika suatu ketika kita tak bersama lagi
Aku ingin cinta itu tetap tersimpan rapi
pada larik awan, pada hujan, pada deru kereta,
pada embun di rerumputan, pada pucuk pepohonan
pada hembus nafas kita sambil pejam memetik mimpi
yang telah kita sematkan disana
lalu mendakapnya perlahan
Dalam Sunyi, Tanpa Cahaya

Jika suatu ketika kita tak bersama lagi
Aku ingin kita akan tetap saling menyapa
lalu menyentuh angan kembali
seraya meniti ulang segala jejak yang sudah kita tinggalkan
lantas menyedari bahawa cinta kita adalah nyata
dan untuk itu kita tak perlu ambil peduli kata sesiapa
kerana kita tahu

Dalam Lengang, Tanpa Kata
Dalam Sepi, Tanpa Suara
Dalam Diam, Tanpa Airmata
Dalam Sunyi, Tanpa Cahaya

Ada Bahagia
Untuk Kita
Hanya Kita…


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 16, 2010

Kepergian...

Aneh, bila rasa pemergian hari ini tidak sama dengan rasa kala kepergian pada setahun setengah yang lepas...

Hari ini aku kembali ke kamar ini, untuk kali terakhir...

Rasanya tidak sama seperti hari pertama aku jejakinya...

Pergi aku meninggalkan 1001 kesedihan dan kenangan... Hanya Tuhan yang mengerti...

<=::budaqnakal::=>

Sunday, February 14, 2010

Terima Kasih



...Reen, GeeJah, Naniss, Wanie & Pija... Terima kasih untuk penghargaan ini....

<=::budaqnakal::=>
Posted by Picasa

Wednesday, February 10, 2010

Buat Sahabat-sahabat MaCGDI

ternyata, hijrahku ke sini juga tak memberikan aku damai...

buat semua teman dan sahabat yang ada ketika susah, senang, tawa dan sedih... yang sentiasa membantuku, yang acapkali menyokong aku ketika hampir rebah... terima kasih untuk segalanya... Insyaallah, panjang umur kita akan bertemu lagi...

Reen, thanks untuk semuanya... jangan buat gila sangat, nanti terkenan kat anak kau...

Gee, sorry dulu masa study tanak kawan dgn kau... sbb kau kan ala2 "gadis melayu" dulu... takut aku nak kawan dengan kau... tapi tu dulu... sekarang baru aku tau yg kau pun sama gila macam reen

Nani, i'm glad that kita berkawan semula selepas macam-macam perkara yang jadi... happy cos at last u get to know me well... pesanan untuk u... "jangan biarkan diri mudah dipengaruhi anasir2 luar" ehehehheheheeeee

to both my lovely sweet little sister - wanie & pija, thanks for everything... be good, be strong...

** Sayang kamu semua sepenuh hati... May this friendship will last forever... Muah2... sayang banget sama kamu semuaaaaaaaaaaaaaaa.....

<=::budaqnakal::=>

Mencintaimu...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 09, 2010

Bernafas dalam Lumpur

selama hidup, aku tak pernah cuba untuk sibukkan hal orang lain... tak pernah cuba untuk mencari buruknya seseorang itu, tak pernah berfikir yang negatif tentang orang lain... tetapi anehnya, gemar benar orang bercerita yang buruk-buruk tentang aku, gemar benar orang menjatuhkan aku... kenapa? apa salah aku pada mereka?

aku umpama bernafas dalam lumpur...

<=::budaqnakal::=>

Jatuh Katil???


Malam tadi tanpa aku tahu kenapa dan bagaimana, sedar-sedar, aku sudah berada di lantai... huh? bila masa aku jatuh katil nih?

duh????

mungkin kerana kejatuhan yang tidak disedari itulah agaknya tangan kananku pagi ini terasa benar sakitnya...

duh???
ehehehheheeee... nasib takde yang sedar... kalau tidak mahu ada yang gelak mengilai macam langsuir pagi tadi....


<=::budaqnakal::=>

Monday, February 08, 2010

Aku?

aku?
aku hanya debu
yang bisa hilang dipuput bayu
bisa hanyut lenyap didakap laut

aku?
aku hanya semburat kapas mengering
yang menunggu angin terbangkan aku
berharap 'tuk berakhir di bantal empukmu
agar bisa kulelapkan tidur di setiap malam indahmu


<=::budaqnakal::=>

Setegar Senja?

ternyata aku tak setegar senja saat kehilangan jingga
aku hanya pengecut yang bersembunyi disebalik indahnya

<=::budaqnakal::=>

CINTA?

CINTA?
ia tak membawa aku ke mana-mana
tak memberikan aku apa-apa
kecuali ~
"LUKA"
** kalau saja aku bisa membunuh hatiku sendiri...

<=::budaqnakal::=>

SENJA

...kirmizi senja di ufuk belantara
takkan kekal indah tanpa kamu cinta...
<=::budaqnakal::=>

Friday, February 05, 2010

Selamat Tinggal Pelangi

Tinggal hanya beberapa hari saja lagi untuk aku pergi... Meninggalkan warna-warna pelangi yang bahagianya infiniti...

awan hitam datang menyapa pada awal musim itu
lalu aku tersenyum merelakan
biarpun dalam hati sudah ada bibit-bibit gerimis

"selamat tinggal sang pelangi
moga esok lusa
dihujung gerimis
kita ketemu lagi"

<=::budaqnakal::=>

Pesan Untuk Teman

usah berhenti melangkah
biarpun pernah lelah
usah terus mengalah
biarpun pernah kalah
hidup ini ibarat perang
usah undur sebelum berjuang
** Doa dan kasih sayangku akan sentiasa bersama kalian... moga kalian dapat apa yang dihajatkan...
<=::budaqnakal::=>

Maaf Ku Harus Pergi - Nineball


saat terhias hidupku bersamamu
ku ingin tetap menggenggam tanganmu
tapi ku tahu kita tak pernah satu
arti caramu mencintaku,
caraku mencintamu

maaf, ku harus pergi
kini ku simpan rasa di hati ini
saat terhias hidupku bersamamu
ku ingin tetap memegang tanganmu
tapi ku tahu kita tak pernah satu
arti caramu mencintaku,
caraku mencintamu

maaf, ku harus pergi
kini ku simpan rasa di hati ini
maaf, ku ’kan pergi lagi
kini ku simpan kenangan di hati ini
maaf, ku harus pergi
kini ku simpan rasa di hati woo oh….
maaf, ku ’kan pergi lagi

kini ku simpan kenangan di hati ini
(maaf, aku harus pergi)
(simpan dalam hati)
(ku ‘kan pergi lagi)

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 03, 2010

Di Mana?

...di mana kamu kini?...

<=::budaqnakal::=>

KAMU

...kamu membuatkan aku keliru...


<=::budaqnakal::=>