aku tahu aku tak layak nak rasa benci atau menyampah pada sesiapa... malah aku tak berhak untuk melabelkan seseorang tu sebagai "bodoh" "bangang" "bahalul" dan sebagainya...
tapi...
bila dalam meeting, boss bercakap... ko pun sama nak bercakap... and bila orang lain bagi idea kau pun sama nak bagi idea padahal kau ulang jer apa yg orang lain tu cakap... and then bila orang lain berikan idea-idea baru untuk meningkatkan produktiviti produksi supaya tidak terlalu "lame", kau membantah dan tidak boleh menerima hakikat... WTF???
ermmmm...
barangkali, dia merasakan diri dia adalah orang lama yang lebih bijak dan lebih tahu tentang segala-galanya di sini... atau mungkin juga dia membayangkan bilik mesyuarat itu adalah bilik mahkamah yang membenarkan dia untuk keluarkan statement "SAYA BANTAH!"... atau barangkali dia sememangnya bersifat TOLOL???
melihat dia bersuara saja sudah memualkan... (huh! nasib baik setakat buat aku rasa mual.. kalau buat aku termengandung??? dah berduyun dah anak aku yang keluar sebijik2 rupa mcm si BAHALUL nih...)
p/s**sekali lagi, aku sebagai penulis blog ini ingin menyatakan bahawa aku bukanlah manusia sempurna yang semudah itu mahu memBAHALUL dan menTOLOLkan seseorang itu... tapi "mamat sengal" yang memang terserlah ke NGOK NGEK kannya (perkataan NGOK NGEK ini aku pinjam dari kamus bahasa Sonasha) dalam mesyuarat tadi betul-betul buat jiwa aku tak tenang... manakan tidak... hingga sekarang walaupun sudah hampir 2 jam berlalu mesyuarat tersebut tamat... aku masih terbayang-bayang dan terdengar-dengar cara percakapannya... Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Pergi!! Pergi!!! Pergi!!!!!!!!!!!! Pergi kau dari fikiran aku!!!!!!!!!!!!!! Pergi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Damn!
<=::budaqnakal::=>
No comments:
Post a Comment