Wednesday, October 21, 2009

AKU & KESAKITAN

Aku cuba angkat jemari
tadahkan tangan dibawah tangis sang awan
menari dan berlari didalam hujan
mengucapkan salam pada guruh yang memekik kemurkaan

Aku cuba duduk tetap
bertafakur dalam gelap
ingin dengarkan kata hati sendiri
perlahan meluahkan resah yang menggema

Aku bagaikan pengunjung asing di daerah petang
menunggu senja yang berwarna riang
dan menanti malam... saat-saat beburung cinta kembali ke sarang
akankah nanti, ada senyum mengiring pulang?

***sakit ini tidak apa-apa jika dibandingkan dengan sakit yang aku bawa tanpa senyumanmu cinta...

<=::budaqnakal::=>

MAAF...

"MAAF"...
mungkin ia bukannya cara terbaik untuk memperbaiki keadaan
mungkin bukan juga perkataan yg bisa menyembuhkan hati...
namun, apa lagi yang mampu seorang aku lakukan?
untuk kamu, maaf kerana keralatan hati buatkan aku menjadi sedikit tidak rasional dalam meluahkan rasa dan mengekspresikan pemberontakan hati...
"MAAF"... pasti bukan cara yang terbaik untuk memiliki... tetapi, apa lagi cara yang aku ada?
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 20, 2009

PEJAMNYA JIWA...

jika esok lusa atau di hari mendatang, angin menolak kukuhnya hati... membawa terbang bersamanya debu-debu perasaan yang runtuh... maka, aku minta, jiwa yang bakal terpejam itu, usah kamu persoalkan MENGAPA?
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 19, 2009

Biarkanlah Hati Yang Bicara







Pejamkan mata
Rebahkan jiwa
Biarkanlah hati yang bicara
Kau takkan pernah tahu
kapan dukamu kan terubati


Pejamkan mata
Rebahkan jiwa
Biarkanlah hati yang bicara


<=::budaqnakal::=>

Terkadang....

Kenapa agaknya?
terkadang bila terkelilingi gelak dan tawa
berselingan senyum dan sengih
masih kita merasakan sepi?


kenapa agaknya?
terkadang bila terselubung sibuk dan kalut
berselitkan galau dan bingung
masih kita merasakan bosan?


kenapa agaknya?
terkadang bila terangkum sayang dan cinta
beradunkan rindu dan perlu
masih kita merasakan kosong?


kenapa agaknya?
terkadang bila tersulam letih dan perih
beralunkan layu dan ngantuk
masih kita merasakan segar?


kenapa agaknya?
terkadang bila berbaur soal dan tanya
berbungkamkan kata dan makna
masih kita merasakan... HAMPA?


terkadang, kita meminta lebih dari yang sepatutnya diperlukan... Mungkin lebih baik diam dari berbicara jika akhirnya yang bakal kau terima hanya harapan dan penantian....dan bakal mengecewakan... Seperti aku yang meminta mata agar dapat tidur lena malam ini....Hasilnya teramat berat nak ditanggung!!!! Arghhhhhhhhhhhh.... Nak tidoooooooooooooooooooooooooooooo


***Selamat ulang tahun buat semua teman yang lahir di bulan Oktober, kak Jue, Nina, Aman, Ayang, Ayei dan Misna, juga untuk sesiapa sahaja yang membaca laman ini... Moga kalian sentiasa berada ditahap yang membanggakan, ceria, bahagia dan berjaya... Moga segala impian yang di simpan kan tercapai... Biar lambat, asal selamat...


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 13, 2009

KALAU

Kalau gembira yang semalam-semalam itu akan lenyap esok hari dan pada hari-hari yang mendatang... MAAFKAN AKU...
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 12, 2009


11 Oktober


Selamat Ulang Tahun buat satu-satunya teman dan sahabat terbaik aku, cik Nina Halin, moga di tangga usia baru ini, kamu akan meniti dan melaluinya dengan penuh kegembiraan... Moga kamu akan ketemu cinta sejati... Moga perjalanan hidup kamu di hari-hari mendatang akan dilimpahi dengan segala kebahagiaan yang kamu idamkan... Moga, pada tahun-tahun yang mendatang kita masih akan bertemu dan bersama meraikan kamu... seperti kelmarin, di tarikh 11 Oktober...

"Kita bertemu, saling bergandingan kala susah mahu pun senang, kita saling melengkapi kala kekurangan dan kekosongan bertapak dihati... kita saling tertawa atas kebodohan dan kegilaan sendiri... kita saling menangis berpelukan tatkala kesedihan terkadang hinggap di pinggir jiwa... kau, aku... persahabatan kita - Anugerah Terindah Yang Kumiliki..."

Selamat Ulang Tahun.... Sayang Kamu!



<=::budaqnakal::=>

Saturday, October 10, 2009

Penat Hati?

Penat? Penat bekerja sepanjang hari tidaklah sepenat kau mencari jawapan bagi sesuatu perkara yang agak complicated seperti tentang hati... susahkan nak tahu apa yang dalam hati seseorang itu... rindu, sayang dan cinta itu mudah benar nak diungkapkan... tetapi sejauh mana kebenarannya?? "perlu", "mahu", "ingin" memang mudah untuk diminta tetapi sebaik mana ia mampu dilaksanakan??

Aku seorang yang sederhana... mudah... tetapi terkadang aku punya kesukaran dalam meluahkan apa yang ada dalam hati aku... aku perlukan dorongan... mcm enjin kereta juga, kalau takde injection of power takkan boleh hidup... kalau tak ada pemandunya takkan boleh bergerak... kecuali kalau kereta tu ada atas bukit yg curam dan diturunkan breknya lah.. memang kereta tu bergerak... tapi kebarangkalian untuk terjunam masuk gaung atau kemalangan tu memang tinggilah... heh...

Aku tak gemarkan hal-hal yang rumit yang menyesakkan akal hati dan fikiran aku... aku mahu sesuatu perkara itu berjalan dengan selancar-lancarnya, bila banyak halangan atau terlalu banyak persoalan... aku selalunya akan mengambil tindakan yang drastik... BERDIAM DIRI dan PERGI....

Itu, aku... diri aku... mungkin pada orang lain... segalanya mudah... segalanya seperti satu gurauan atau mainan... tapi aku tidak.. bila aku katakan sesuatu bermakna aku serius...

Yang benar nih dong! hati bukannya mainan....


<=::budaqnakal::=>

Friday, October 09, 2009

Misterinya Hati

Bila kita suka... Orang akan bertanya "kenapa?".. "sejak bila?" dan "bagaimana?"... hakikatnya, terkadang kita tak punya sebab-sebab yang spesifik untuk sukakan sesuatu atau seseorang... Itu pada aku... aku tak tahu pada orang lain bagaimana pula jawapan mereka... Terkadang kita suka kerana "kesederhanaan" kerana "senyuman" dan kerana "kegembiraan" yang orang itu bawa dalam kehidupan kita... dan ada juga yang suka kerana "pengisian" orang itu dalam "kekosongan" diri kita... Perlukah semua itu kita huraikan satu-persatu untuk menunjukkan betapa kita menyukai sesuatu atau seseorang itu?
Seseorang pernah katakan yang aku ini berbeza, lain dari yang lain, kehilangan aku takkan dapat digantikan dengan apa2 dan sesiapa pun... dia mahu aku sentiasa ada untuk dia... kerana dia mahu begitu... Ini aku namakannya, "keinginan"... keinginan adalah perkara yang sentiasa ada pada setiap manusia dalam muka bumi ini.... keinginan yang kalau tak kedapatan akan buatkan kita kecewa.... Cumanya, keinginan orang itu buatkan aku tertanya-tanya, "kenapa dia mahu begitu?"... aku tak bertanya dan takkan bertanya kerana aku pasti dia punya alasannya yang tersendiri yang mungkin tak boleh dirungkaikan dalam bahasa lisan... lagipun....
........ hidup ini perjalanannya teramat misteri...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, October 07, 2009

BENGANG

bengang
bengang bila sedar yang diri diperbodohkan
bengang
bengang bila tahu yang diri persendakan
bengang
bengang bila asyik memahami tanpa difahami
bengang
bengang
bengang
diri terasakan bangang
dikelilingi manusia gampang
bengang
bengang
bengang bila terpaksa bertenang
ingat senang??
bengang! bengang!bengang!
gampang!gampang!gampang!
tenang....tenang...tenang....
senang??senang??senang??
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 06, 2009

Di Sebalik Sang Langsir

beberapa hari ini
aku menjadi pengunjung tetap belakang tabir sang langsir
melihat panorama dari jendela kamar
menghirup asap beraroma cengkih yang enak
mengasyikkan!
sebentar tadi
aku baru kembali dari balik tabir sang langsir
bercumbuan dengan sang dinding
dan melafaz cerai pada sang katil...
<=::budaqnakal::=>

Monday, October 05, 2009

AKU HARI INI & SEMALAM...

HARI INI DAN SEMALAM
AKU PETIKKAN SANG GITAR
DENGAN NYANYIAN LAGU HATI
BERNADA KESEDIHAN
JEMARI MENARI PERLAHAN
ATAS DEDAWAI KESEPIAN
SEPERLAHAN ANGIN YANG BERLALU
DIDALAM DERAIAN SANG HUJAN
<=::budaqnakal::=>

Bila Yang Benar Itu Hanya DIA Yang Tahu

"Sekiranya aku menulis, aku tak mahu menjadi candu yang meracun akal sesiapa. Aku suka kalau ada orang yang berbeza pendapat. Kerana aku selalu membuat silap, sewaktu aku yakin aku di pihak yang benar.

Aku membuat kesimpulan bahawa manusia adalah makhluk yang buta, sekali pun mereka sering mengaku sebagai celik huruf. Tapi telah terbukti kalau hanya tahu membaca tetapi tidak tahu berfikir, mereka hanyalah robot penghafal tulisan. Sejenis robot yang tak berguna. Tingkat intelektualnya tak lebih dari mesin pesanan suara untuk menjawab telefon.

Manusia begitu megah bila dapat mengetahui tentang atom, neutron dan elektron, sejumlah benda-benda yang belum pernah dilihat mata mana-mana manusia hidup, sekalipun dengan bantuan mikroskop"
kata-kata diatas aku petik dari blog seorang kenalan... melihatkan orangnya (hanya dalam FB) aku tak pernah menyangka yang dia mampu menghasilkan gaya penulisan yang sebegini... Gaya penyampaian dalam hasil penulisannya sungguh menarik... bahasanya penuh dengan kata-kata simbolik... walau sedikit sinikal... namun segalanya masih dengan kata-kata yang beralas... Penulisannya benar2 menarik perhatian aku...
Apa yang ingin aku simpulkan disini adalah, aku bersetuju dengan beliau yang menyatakan betapa manusia terkadang buta... walau hakikatnya celik... bodoh walau hakikatnya punya akal untuk berfikir dan menghalusi sesuatu perkara dengan penuh kewarasan... terkadang juga terlalu angkuh dan merasakan dirinya terlalu bagus berbanding manusia lain...
Aku tidak mahu mengutuk jenis-jenis manusia tersebut, aku hanya ingin menyatakan aku KECEWA... kecewa kerana ada yang beranggapan aku tergolong dalam jenis manusia-manusia yang harus dielakkan... Akukah yang pendek akal dan kurang waras atau yang bermuka-muka dengan aku itu yang sebenarnya manusia BODOH dan TOLOL??

<=::budaqnakal::=>

Monday, September 21, 2009

Ralatnya Sebuah Konklusi = MATI...

malam ke-2 syawal... bau ubat-ubatan terlalu kuat hingga membuatkan dada aku sedikit sesak... mungkin di sini, di tempat menanti di luar lobi bangunan putih ini mampu buatkan aku sedikit bernafas dgn lebih terbuka dan selesa...
sebetulnya, di dalam sana tadi, melihatkan si kecil terbaring seakan tidak bernyawa buatkan aku hilang bahasa dengan Tuhan... menyedari kepesongan sendiri... maka Istighfar aku dalam hati... dan membawa diri ke sini... moga Tuhan tahu aku tidak bermaksud menuduhNya begitu...
si kecil itu, sedang bertarung nyawa untuk teruskan hidup... dan aku yang hidup, bertarung nyawa untuk apa? hanya untuk membuktikan betapa segala konklusi yang pernah dibuat mereka-mereka yg kononnya bijak pandai itu adalah ralat?? Konklusi yang tidak di sokong oleh aku... dan moga si kecil itu juga tidak mudah mengalah untuk membuktikan betapa konklusi yang terhasil hari ini adalah keRALATan yang paling besar dalam sejarah!!!
Bangkit dewi... bangkit... kitakan dah berjanji, mahu main bunga api???
<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 17, 2009

Kisah Aku dan Piano

semilir angin dari putaran kipas siling
berhembus meniup dan menyapa wajah sendu
seakan kasih belai dengan lembut


aku duduk di sisi sang piano usang
jemari perlahan ku rebahkan pada gigi hitam putihnya
ku biarkan musik berbicara tentang hati..
tentang rasa, tentang duka, dan juga tentang cinta
walupun terselit nada minor yang kian sumbang
menghantar luka dalam tatapan hampa

<=::budaqnakal::=>

Monday, September 14, 2009

Saat Nakal & Degil



terkadang tanpa sedar
usia kian beranjak
dan masa mematangkan kita

usah menutup ego
buat-buat lupa
sedang hati saling mengingati
dan kita saling menjengah
mengimbau kenangan kita-kita semua..
saat nakal dan degil
jadi penunjuk jiwa




<=::budaqnakal::=>

Khatimah Cinta

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi


Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu


Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku


Peluk tubuhku
kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 10, 2009

NONET YANG SENGAL

SENGAL NYA NONET!!!
ahahahhaaaaa...
kadang-kadang bila Nonet ni moody2 aku pun naik hangin tgk dia
nyampah...tension... semua perasaan yang negatif lah...
tapi
bila time dia buat perangai gila n sengal dia tu
aduuuuhhhhhh
tak larat nak layan...
penat gelak
takde dia, boring jugak lah....


<=::budaqnakal::=>

Monday, September 07, 2009

Kalau Bisa...


lautan itu,
pada aku teramat puitis
teramat seksi
turun naik skala nafsunya bermusim
terkadang tenang
terkadang meribut
aku ingin menjadi lautan
yang memuja matahari telanjang perkasa
di atas rumput lautnya kami kahwin dan senggama
dan orgasme dalam belukar deburnya ombak
aku ingin jadi lautan
yang menguji ketabahan bebatuan
bagi musim yang tak pernah lelah
menghitung buih yang hilang
kalau bisa,
aku ingin jadi lautan

<=::budaqnakal::=>

Kejamnya Pisang

... bila yang tersirat
tak mampu diterjemahkan
kepada yg tersurat...

<=::budaqnakal::=>

Friday, September 04, 2009

AKU

langit bisa kehilangan renyai hujan
kerana sangkala yang membeku
hutan pun mungkin kehilangan daun serta perdu
kerana musim tak lagi bersekutu
tetapi
ada yang tak bakal lekang oleh buram waktu
namanya....


....AKU....



<=::budaqnakal::=>

Gerimis

aku bangkit dari tidur
tatkala embun terbangun antara daun-daun pepohon di luar jendela kamar
ketika hujan rintik menepuk-nepuk manja punggung dahan akasia
ah!
gerimis pagi ini, beraromakan sunyi
dan rindu menghimpit lagi...

<=::budaqnakal::=>

Namanya... SUNYI



ada yang mampu ubah hati jadi benci
ada yang mampu ubah airmata jadi puisi
ada yang mampu ubah langit jadi duri
ada yang mampu ubah tekad api jadi debu mati
ada yang mampu ubah tangis jadi nyanyi
namanya... SUNYI


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 01, 2009

MELANKOLIKNYA AWAN....


awan itu mendung
menjelagakan hari
melayankan melankolik
sebelum bisa menangis
meredakan hati


<=::budaqnakal::=>

AL-MUBARAK

Salam Ramadhan, agak lama tak menulis... Satu kerana sepanjang Ogos yang lepas aku jarang di pejabat, terlalu sibuk dengan urusan kerja... Satu lagi kerana minggu terakhir Ogos aku disahkan menghidap ILI - Illness Like Influenza... So aku bercuti sejak 26 Ogos hinggalah semalam...
Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yg kedua aku BERDUA.. heheheheee... tak tahu lah tahun depan macamana lak... Ermmmm, Bazaar Ramadhan merupakan destinasi utama dalam bulan ini, tapi mcm biasa lah, aku takleh g sorang2 tak berteman... kalau aku g sorang2 alamatnya semua benda aku beli... heh... Pastu makan tak abisssss....
Bunga api pun dah beli... tunggu nak main je... Tapi rasa2nya, bunga api tuh bakal terbakar hangus hujung minggu ni kerana 2 orang mafia akan berkunjung ke rumah utk buka puasa bersama-sama... (buka puasa je sama2? buka lain tammo??) ehehehehee...
Semalam, Chef Nonet masak bawal masak steam ala2 Naked Chef + sayur campur + hempedal ayam goreng, huh.... layan gak la makan kat umah... lepas makan rehatkan perut sekejap sebelum makan dessert... mula2 aiskrim Haagen Daz, pastu Baskin Robin.... eheheheeeee....
(arini mau makan aiskrim with peaches, auwwwwwwwwwwwwww!!! sedapnyaaaaaaaaaaa)
Weekend ni sempena kedatangan 2 org mafia ke rumah utk berbuka puasa bersama2... i was thinking of few menus.... salah satunya my favourite fruit punch... ermmmmm, yummieeeeeeee.... itu pun kalau rajin!!! ahahahahahaaaaaaaa
By d way, to all... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... Moga2 semua orang mendapat barakah di bulan mulia ini... Bagi yang berkenderaan tu, hati-hati di jalanraya, maklum saja, Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi... Ingat sikit keluarga tersayang, jangan membahayakan keselamatan sendiri....

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 17, 2009

jika aku melangkah ke sana..

jika aku melangkah ke sana
kepada sang ombak yang bergulung buas menghempas ganas
jangan khuatir
akan aku tinggalkan jejak
..........
barangkali sepasang selipar nipis hitam berbunga putih yg selalu ku pakai
atau barangkali sedikit kesan telapak kaki yg kian terhakis di bawa air
..........
atau mungkin
sekujur tubuh terbujur
tanpa nyawa
..........
itu pun
jika aku melangkah ke sana
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, August 05, 2009

Pesanan Utk Si Bodoh yang TOLOL


Ermmm... semalam lagi sekali si gila tuh cari pasal dengan nina... hati, jiwa dan baran aku dah mendidih dah... Ikutkan hati aku mahu je aku maki and lempang si gila tu...

Sesungguhnya, aku adalah manusia baran yang terkadang akan mengamuk diluar kawalan... Bila "remote control " akal aku dah tak berfungsi dan bentuk gelombang osiloskop hati sudah berada di luar kewarasan tiub sinar katod... maka, AWAS!!!!

Ini amaran terakhir untuk si gila yang berperangai macam manusia bodoh mencari publisiti murahan, takde otak, bodoh sombong, bangang, tolol, takde budi bahasa tak sedar diri dan PSIKOSIS :::::>> if sekali lagi aku tahu kau kurang ajar dengan nina dan sakitkan hati dia... Aku takkan teragak2 lagi... Tunggu dan lihat je apa yg aku akan buat...

<=::budaqnakal::=>

Awan Biru


Sabtu lepas... Dengan penuh excitednya aku dan Misna, bersama beberapa orang lagi officemate Nina telah ke Konsert Awan Biru - Search...
But then, rasa excited berubah menjadi rasa bosan yang teramat sangat bila kumpulan Search tiba lewat dan konsert bermula hanya pada jam hampir 10 malam... hati sikit rasa OK bila Amy say sorry... but then jadi panas balik cos masa lagu ketiga tiba2 sound system jadi sunyi sepi... stage gelap... and why??
----> "masalah teknikal"... Almost 15mins baru depa sambung balik show... Masa ni sakit hati, sakit jiwa, sakit pinggang dah bercampur aduk... Last2 aku duduk, layan sudoku....
Ermmmm... AWAN BIRU??
AWAN BIRU lebih pantas menjadi AWAN TERPILU barangkali??
<=::budaqnakal::=>

Friday, July 31, 2009

Giving Up Smoking?

... kalaulah ia semudah membancuh nescafe...


<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 30, 2009

ROMEO

ROMEO


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 29, 2009

REFORMASI HATI


HARI INI IA TERCUIT LAGI

ENTAH KENAPA
MUDAH AMAT IA MEMBENARKAN DIRINYA DISENTUH RASA
ENTAH, SEJAK KAPAN IA MENJADI TERLALU RAPUH
MEMBIARKAN DIRI DALAM KEAMPUHAN

WAHAI HATI; TABAHLAH....
WAHAI HATI; SABARLAH....
WAHAI HATI; TENANGLAH....

>>>>>hari ini, aku mahu mereformasi hati<<<<<

<=::budaqnakal::=>

Snuya VS Lin Dan

Jika kamu terlihat atau mendapat tahu Snuya memakai ini dalam mana2 tournament, harus kamu hati2... Ini adalah lucky underwear Snuya... Kalau sudah tersarung, Lin Dan juga tak mampu menewaskan dia... apalagi kamu yang bermain hanya untuk pasukan Puspanita...

Ehehehehheeeheheee....

p/s*** Mau yg merahkan? ini ada merah ditengah2....


<=::budaqnakal::=>

...HUJAN & KEMALASAN...

hari ini hujan
mata ku buka keberatan
kaki melangkah dalam kemalasan


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 28, 2009

AKU INGIN BERSETUBUH DENGANNYA...

aku membayangkan kehebatan semalam
dirangkul enak dalam hangat telanjang
semalam adalah nikmat pembaringan yang hebat
nikmatnya terasakan padat...
aku ingin segera pulang
kembali bersetubuh dengannya
biar lepas segala desah resah serakah
aku ingin sekali lagi menguliti kamu
sang ranjang...
aku ingin tidur....
<=::budaqnakal::=>

AKU & RASA YANG AKU RASA

Aku rasa.... penat
akal ku lelah
nafas ku makin tak teratur
dada ku getarnya makin tak seirama

Aku rasa.... sarat
otak ku padat
intipatinya karat

aku rasa... tenat
aku mahukan rehat
tidur sepanjang abad

aku rasa...

aku mahu
TIDUR
BERDENGKUR
DAMAI....

<=::budaqnakal::=>

DIA PUNYA CITARASA YANG HEBAT!!

OWH YA... SEBELUM TERLUPA... BILA AKU TUNJUKKAN YANG INI, AKU JANGAN LAGI KAMU KATAKAN TEMAN YANG TIDAK PRIHATIN HINGGAKAN KEGEMARAN KAMU PUN TIDAK AKU TAHU...
DEMI KERANA INGIN MEBUKTIKAN YANG AKU INI BENAR2 SEORANG TEMAN YANG BAIK, YANG CUKUP MENGENALI KAMU... MAKA TELAH AKU JALANKAN SIASATAN LANJUT....
MAKA ITU, SIAPA SANGKA YA? YANG BETULNYA ADALAH INI.... KALI INI PASTI TEPAT!!!!!



<=::budaqnakal::=>

YANG INI BARANGKALI???

KALAU KERAS KAMU KATAKAN
"BUKAN YANG ITU!"
"BUKAN SEBEGITU!"
"TIDAK SEPERTI ITU"

ERMMMMM....
BARANGKALI, YANG INI???



<=::budaqnakal::=>

AKU PENULIS EROTIK TAK PUNYA AKAL DAN SEMBORONO???


...keindahan sensual
dari bau-bau hari semalam
mengepung udara sembab
dari dalam seluar...

***jika aku menulis sebegini? apakah aku penulis picisan yang pincang akal dan erotik sembrono? apakah yang seperti ini bisa jadikan aku manusia jijik yang tidak tahu malu juga pendek akal dan GILA SEKS??? Kalau tidak gemarkan penulisan aku... maka JANGAN DIBACA!!!****
***aku penulis sembrono? atau kamu sembrono membuat nilai ke atas aku?

<=::budaqnakal::=>

SELAMAT PULANG YASMIN AHMAD

UNTUK SANG PENGLIPURLARA
DI ATAS KEPERGIAN KAMU
MOGA KAMU AKAN DAMAI DI SANA
...........
MOGA ESOK LUSA
TIADA YANG LUPA
..........
"SELAMAT PERGI"
"SELAMAT PULANG"
<=::budaqnakal::=>

Monday, July 27, 2009

TERIMA KASIH & RIP





>>>TERIMA KASIH UNTUK SEMUA UCAPAN DI TANGGAL 21 JULAI YANG LALU<<<

TERIMA KASIH UNTUK KEJUTAN YANG DIRANCANG OLEH NINA, MISNA, AYUN & IJAD... IT'S GREAT AND SUCH A MEMORABLE THING...

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA....

JULAI INI JUGA KITA DIKEJUTKAN DENGAN PEMERGIAN SEORANG PENGLIPURLARA YANG IDEALISTIK, KREATIF DAN GENIUS - YASMIN AHMAD... AL-FATIHAH ATAS PEMERGIANNYA ITU.... TERTANYA2, APAKAH AKAN ADA LAGI IKLAN2 KEMERDEKAAN YANG MENYENTUH HATI SEPERTI KARYA ARWAH NANTI???
~~~~~~~~~~~~~~~~RIP~~~~~~~~~~~~~~~~
*** Shakespear pernah berkata orang-orang yang genius akan mati awal... Ermmmm... adakah aku akan mati awal juga??? (Genius ke????? ahakssss)
<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 23, 2009

11:11

-AKU MENCARI BUKU INI... -


<=::budaqnakal::=>

DEVOTED

"DEVOTED"
...AKU INGIN MENGABDIKAN DIRI UNTUK KAMU CINTA...
AKU INGIN MENJADI PLATO YANG IDEALISTIK DAN RASIONAL
DALAM MEMBICARAKAN FALSAFAH-FALSAFAH CINTA
AKU INGIN MEMANDANG CINTA SEPERTI PHYTAGORUS
KATANYA : "YANG MISTIKAL ITU BISA MENJADI REALISTIK"
SOALNYA : MAHUKAH KAMU MEREALISASIKAN "KITA"?
<=::budaqnakal::=>

21 JULAI....

Saturday, July 18, 2009

JIWA SESAK

...TERKADANG RASA MAHU MENGALIRKAN SEGALA KEPEDIHAN DAN KEGUSARAN DENGAN AIRMATA, NAMUN IA TAK BISA MEREMBES DERAS MAHUPUN PERLAHAN DEMI UNTUK MELEPASKAN SEGALA AMUKAN RASA INI....

DAN DADA TERASA SEMAKIN MENYESAKKAN.... SEMPIT... SARAT DENGAN SEGALA RASA RALAT...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 14, 2009

ARJUNA MENCARI CINTA


Sudah kudaki gunung tertinggi

Hanya untuk mencari dimana dirimu

Sudah kujelajahi isi bumi

Hanya untuk dapat hidup bersamamu

Sudah kuarungi laut samudera

Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu

Tapi semakin jauh ku mencari

Cinta semakin aku tak mengerti

***Akulah Arjuna....yang mencari cinta..

Wahai wanita....cintailah aku..

Mungkin kutemui cinta sejati

Saat aku hembuskan nafas terakhirku

Mungkin cinta sejati memang tak ada

Dalam cerita kehidupan ini


<=::budaqnakal::=>


****lagu dari dewa "arjuna mencari cinta".... dan aku mencari CAHAYA.....*****

Monday, July 13, 2009

PENCINTA KOPI ITU ADALAH AKU


Aku pencinta kopi
pengagung aromanya yang harum
seorang penagih yang jika tak kedapatan minuman hitam pekat itu
maka jadilah aku seorang manusia tak keruan..hilang arah dan hilang akal...

tetapi cintanya aku kepada sang kopi hitam pekat itu
tak sehebat cinta aku kepada kamu
tak seghairah aku menggilai kamu
tak segila aku menginginkan kamu...

tak percaya??

cuba pergi bancuhkan i secawan kopi... kita test!!!

(ahaksssssssssss.... ini ayat taktik untuk dapatkan secawan nescafe o jer sebenarnya)


<=::budaqnakal::=>

Minggu Hadapan

Minggu hadapan... usia bakal menginjak ke satu lagi angka... Hati masih berjiwa muda... tak apa... masih berjiwa remaja.... heh...
minggu hadapan... bakal mendengar suara abah menyanyikan lagu "selamat hari jadi" melalui corong telefon seperti tahun-tahun yang sebelumnya....
bakal menerima ucapan2 selamat juga dari emak dan kakak2 tercinta.... hanya terkurang satu ucapan... iaitu dari adik kesayangan aku yang masih berada di lubnan... malah 11 Julai yang lalu aku tak berpeluang mengucapkan "selamat hari jadi" kepadanya seperti tahun-tahun yang lalu...
Janggal rasanya....
Minggu hadapan... usia yang meningkat itu akan bakal dihujani dengan soalan2 yang sama dan menjurus ke arah isu yang satu "bila nak kawin?"... (ni bab yang lemah nie.....)
Minggu hadapan... takkan ada keraian... kerana aku terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat dan juga kerja2 sampingan...
Minggu hadapan.... aku menunggu satu lagi angka menyusul.....
Minggu hadapan juga, untuk tahun ke-2 aku ingin mendengar ucapan selamat dari "DIA"...
p/s*** untuk kamu CINTA.. terima kasih kerana sentiasa menemani aku kala susah senang sedih dan tawa....
~~~~~~AKU INGIN ENGKAU SELALU HADIR DAN TEMANI AKU~~~~~~~~
<=::budaqnakal::=>

Sunday, July 12, 2009

SENDIRI....

sendiri
aku melangkah kaki
ke lorong-lorong sepi mencari erti
tentang seorang aku
yang hidup dalam kesesatan
sendiri
aku melangkah kaki
ke lembah-lembah dusta mencari makna
tentang seorang aku
yang tak punya apa
kecuali kamu.... CINTA....

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 08, 2009

SALAM TAKZIAH

Minggu lepas, seorang teman kehilangan abah kesayangan yang menyahut seruan Illahi... Semalam, dia kata pada aku...
"Rindu abah..."
Aku katakan pada dia
"Sabar... kena kuat untuk emak... Emak lagi terasa abah tak ada... Emak lebih lama hidup dengan abah... Emak dah terbiasa abah ada.... So, sabar banyak-banyak... kuatkan hati.... untuk emak...."
Sebetulnya, aku pun tidaklah sekuat mana jika aku perlu melalui hal-hal sebegini, terfikir juga jika satu hari nanti perkara sebegini terjadi pada aku... Ermmmmmm..... Macam mana yea???
Untuk Wani, salam takziah... Kuatkan diri dan hati untuk emak...
P/S*** nak kirim roti inti kelapa!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Monday, July 06, 2009

Kita Akan Bertemu Lagi...

mentari itu berlabuh di hujung horizon
seakan mengucapkan selamat jalan
buat kami yang bakal kepergian
"selamat tinggal
moga kita kan ketemu lagi"
<=::budaqnakal::=>

Friday, July 03, 2009

Bali




<=::budaqnakal::=>