Monday, October 05, 2009

Bila Yang Benar Itu Hanya DIA Yang Tahu

"Sekiranya aku menulis, aku tak mahu menjadi candu yang meracun akal sesiapa. Aku suka kalau ada orang yang berbeza pendapat. Kerana aku selalu membuat silap, sewaktu aku yakin aku di pihak yang benar.

Aku membuat kesimpulan bahawa manusia adalah makhluk yang buta, sekali pun mereka sering mengaku sebagai celik huruf. Tapi telah terbukti kalau hanya tahu membaca tetapi tidak tahu berfikir, mereka hanyalah robot penghafal tulisan. Sejenis robot yang tak berguna. Tingkat intelektualnya tak lebih dari mesin pesanan suara untuk menjawab telefon.

Manusia begitu megah bila dapat mengetahui tentang atom, neutron dan elektron, sejumlah benda-benda yang belum pernah dilihat mata mana-mana manusia hidup, sekalipun dengan bantuan mikroskop"
kata-kata diatas aku petik dari blog seorang kenalan... melihatkan orangnya (hanya dalam FB) aku tak pernah menyangka yang dia mampu menghasilkan gaya penulisan yang sebegini... Gaya penyampaian dalam hasil penulisannya sungguh menarik... bahasanya penuh dengan kata-kata simbolik... walau sedikit sinikal... namun segalanya masih dengan kata-kata yang beralas... Penulisannya benar2 menarik perhatian aku...
Apa yang ingin aku simpulkan disini adalah, aku bersetuju dengan beliau yang menyatakan betapa manusia terkadang buta... walau hakikatnya celik... bodoh walau hakikatnya punya akal untuk berfikir dan menghalusi sesuatu perkara dengan penuh kewarasan... terkadang juga terlalu angkuh dan merasakan dirinya terlalu bagus berbanding manusia lain...
Aku tidak mahu mengutuk jenis-jenis manusia tersebut, aku hanya ingin menyatakan aku KECEWA... kecewa kerana ada yang beranggapan aku tergolong dalam jenis manusia-manusia yang harus dielakkan... Akukah yang pendek akal dan kurang waras atau yang bermuka-muka dengan aku itu yang sebenarnya manusia BODOH dan TOLOL??

<=::budaqnakal::=>

1 comment:

AniN said...

just ignore those kind of ppl..let them talk. u x rugi apa2 pun. kalau mereka yg dihasut tu mengikut kata tanpa usul periksa that means they're idiot too. u dont need friends like that. in fact u dont have to be friends with ppl like that. u already have friends who accept and appreciate u the way u r. life is too short and beautiful to bother abt these things..so cheer up ok!