Monday, May 26, 2014

Kau

sana kau puji
sini kau puji
sana kau sayang
sini kau sayang
sana kau jaja bahasa gula
sini kau beri bahasa cinta

aku tengok kau dah serupa burung kakak tua kot!

<=::budaqnakal::=>

Aku Ini Mudah

aku ini mudah
tidak perlu sepanjang masa kau hantar pesanan ringkas
semata-mata untuk buktikan;

betapa ambil beratnya kau terhadap aku
betapa ingatnya kau dengan aku setiap masa
betapa bersungguhnya kau mahu aku
betapa sayangnya kau terhadap aku
betapa rindunya kau mendengar khabarku

aku ini mudah :

mudah rimas dan menyampah!

jadinya sekarang; kau pilih!
(sila bulatkan jawapan yang betul)

kita cuma KAWAN/makan pelempang aku KAWAN?

#pisauku dilehermu, ingat!

<=::budaqnakal::=>

Pelangi

semalam
kau berikan aku pelangi
...
....
......
...

................................. rasanya indah sekali!
























<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 22, 2014

Konkrit tidak Hipokrit

 
aku
punyai komposisi luaran yang keras
barangkali seperti konkrit
walau sebenarnya dalamanku semanis kaya
selembut marjerin

kurang-kurang aku tidak hipokrit

<=::budaqnakal::=>

Ilusi Yang Tidak Ikhlas

dia tinggalkan pesanan ringkas;

"hai, masih merajuk?
mari aku pujuk"

aku diam

dia hantar lagi pesanan;

"jangan merajuk lama-lama
nanti aku rindu"

diam lagi aku

dia hantar lagi;

"kalau berhenti merajuk nanti aku bagi upah
sebuah Range Rover putih idaman kau,
mahu?"


aku kata;

"tak mahu itu
cuma mahu kamu"


# konon!
 
 



<=::budaqnakal::=>

Penipu

dari
tadi
picitpicit
batang hidung
uruturut
kening
pegangpegang
dahi
kumatkamit
mulut

tidak tiba juga caramel coffee starbucks















#bomohpenipu!

<=::budaqnakal::=>

Penting Diri

memo dihujung malam
selepas usai waktu kerja lebih masa

"ke hadapan kekasihku sayang,
berhentilah!
aku sudah puas!"

#cuma dia?














<=::budaqnakal::=>

Perasan

penat lelah dalam perhubungan
sakit perit dalam percintaan

ah, itu semua perasaan
bukan kenyataan

kan?
 
kalau tidak
maknanya
kau yang perasan
 
 
 





















#sekadar gambar hiasan, bukan gambar sebenar si jejaka perasan...  :p

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 21, 2014

Pinjamkan aku


Pinjamkan aku
Pinjamkan aku selimut tidurmu

Untuk hangati malam dinginku

Pinjamkan aku selimut tidurmu
Di kala tiada yang membaluti tubuh liarku
Pinjamkan aku selimut tidurmu
Biar baumu bauku bersatu


<=::budaqnakal::=>

Gigolo

peluk tubuhku
belai rambutku
cium bibirku
telanjangiku
aku mohon!

tidur denganku....

# ber "gigolo-kata" hari ini
























<=::budaqnakal::=>

Suis

suis otak
suis jiwa
tekan serentak
tak sama rasa
 
 
 
suis di dada
suis di sana
uli serentak
basah sekata
 
<=::budaqnakal::=>

Non Fiksi

dalam menung
dalam renung

koreng hidung,
gentelgentel...
jentik jauhjauh...

# sebuah karya non fiksi yang sangat agung!

<=::budaqnakal::=>

Terbiasa

Tidur.
Terbiasa dengan aroma tubuhmu
Terbiasa dengan hangat nafasmu
Terbiasa dengan suaramu
Terbiasa dengan dakapanmu
Terbiasa dengan kucupanmu
Terbiasa dengan kasihmu

Terbiasa dengan dengkurmu
Terbiasa dengan beratmu

Tidur.
kau lena.
aku tidak!

# owh dimanakah keadilan?

<=::budaqnakal::=>

Mudahkan?



















ke sana ke mari mencari sesuatu untuk diabadikan dalam diri

sedar tak sedar yang kau cinta nilainya sangat kecil dan sederhana

sumpah! aku jatuh cinta lagi

pada nikmatnya rasa kenyang bersama kopi dan roti!

jam 2.37 petang... masih cintaku sarat untuk kopi
untuk roti...

# mudahkan untuk memuaskanku?


<=::budaqnakal::=>

Friday, May 16, 2014

Tentang Kau

kau minta aku tulis tentang kau
menung aku memanggil ilham dan idea menjenguk-jenguk akal

sedang cuba-cuba tulis tentang kau
 
"tiba-tiba kau hadir
dengan ligat semangat kau menjerat
segala rasaku jadi tergugat
 
ah! kenapa kau menzalimiku jerawat"

aku cuba
bukan tidak mencuba menulis tentang kau
tetapi di antara masa-masa ilham itu datang
rasa sakit jerawat baru tumbuh di dalam hidung sangat menyengat
maka aku cuma mampu tulis tentangnya
bukan kau

# lain kali aku cuba lagi ya!




















<=::budaqnakal::=>

Hilang Ingatan

dah lama rasanya tak update blog

eh?

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 14, 2014

Stapler





"cuba kau ambil dawai kokot itu
masukkan ia ke dalam perut stapler"

"sekarang
cuba kau ketip pula rekahan-rekahan
pada hatiku..."

biar berdarah
biar parah
asal tak punah

# seberapa lama hati mampu bertahan?

<=::budaqnakal::=>

KAU



kegilaan kau terkadang buatkan
otakku yang sempit dan kaku
bergerak laju-laju
memprodusikan kata-kata untuk kamu
 
"KAU MANUSIA TERGILA DI ANTARA YANG GILA AKU PERNAH JUMPA"
 
betul kan?
kau memang gila
mengaku cepat!
kalau tidak cucuk lubang buntut kau!
 
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, May 12, 2014

Malam Semalam

semalam
cuma sedikit bintang mengenyit
ada bulan yang senyum senget
ada suara malam yang merengek

"aaaahhhhahhhh"
"aaaaaaaaaaaaaahhh"
"aaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh"

p.s. cirit birit tahap kronik malam semalam

<=::budaqnakal::=>
 
 

Kawan Kata

kawan kata :

Bukan...
Bukaaannnnn
 
Bukannya tak ada rasa mahu
Ada..
 
Bukan tak ada bunga dalam jiwa
Ada..
 
Bukan tak ada rasa untuk mencuba
Ada..
Bukan tak ada hati untuk menyayangi
Ada..

Cuma.. aku fobia..
takut untuk mencuba dan terkecewa
 
 
 
lagi!
 
p.s. PENAKUT - YUNA untuk kau

 
<=::budaqnakal::=>
 

Terima Kasih Sayang

malam tadi
di ranjang kamar
aku gomol dia
dia gomol aku
bibir bertaut ganas
tangan meliar bebas
 
belum sempat klimaks 
telefon bimbitku berbunyi
nama tertera di situ buat kami bergaduh besar
dia maki aku, aku maki dia

dia turun dari katil
capai baju dan seluar dalam
tarik daun pintu hempas
sambil tunjuk 'fuck' kepadaku
telefon bimbitku berbunyi lagi
dari orang yang sama
 
"sayang tak kerja ke?"
 
"keje... keje..." mamai
 
"bangunlah dah pukul berapa nih"
 
"ok... ok..." sambil garu kepala pandang keliling
 
#demmit! mimpi je? aku mandi dalam senyum harini... terima kasih mimpi! :p
 
 
 
<=::budaqnakal::=>

Aku Kau Kata

Aku kata :

"bogelkan semua kisah sedih
sarungkan dengan segala perihal yang indah"

Kawan kata :

"Ibarat pelacur menukar pakai agar nampak lebih sopan
menutup tubuh yang pernah didedahkan?
Hey... pelacur tetap pelacur lah... kotor!"


# kotor atau bersihnya kau... bukan kita-kita yang tentukan...




AKU

manusia seperti aku (penulis kononnya)
adalah manusia yang pelupa
lupa untuk bertemujanji
lupa mandi

lupa untuk membuang sampah
lupa untuk keluar makan
lupa yang dia lapar
lupa hari dah malam
lupa yang aku duduk seorang

tetapi aku sentiasa ingat
setiap perkara tentang janji temu yang pertama
apa yang kau pakai
apa yang kau buat
apa yang kau cerita

dan apa yang kau tipu dia untuk bertemu aku

aku memang pelupa
kerana terlalu sibuk mengingat idea-idea dan kosa kata


aku memang pelupa
tetapi aku tidak pernah lupa
untuk buat kau tersenyum lah gila!


# okey... aku dulu yang memanggil kau gila... sekarang kau pula kata aku gila... jadi yang sebenarnya siapa yang gila nih?















<=::budaqnakal::=>

Friday, May 09, 2014

1818

1818
masih di pejabat
di luar sana hujan gerimis
gelap di dalam sini

1818
masih di sini
berharap malam nanti lena hingga ke pagi

1818
penat
letih
nasib baik esok cuti

<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 08, 2014

RASA

petang-petang begini
masih di pejabat
hebat?

aku yang selalunya punya banyak rasa
kini cuma tinggal satu rasa sahaja



rasa nak berak

 


















<=::budaqnakal::=>

Celaka

sudah berulangkali

aku beri cinta

dan

dia balas dengan luka

celaka!



<=::budaqnakal::=>

Selamat

kawan tanya dengan penuh rasa bertanggungjawab

"macamana kita nak selamatkan dia?"
"supaya dia tak hanyut macam ni"


dengan penuh keyakinan dan rasa tanggungjawab juga aku jawab

"tak ada cara lain"
"kau kena kawin dengan dia"

kawan kata

"errrrr... tak boleh, sebab nanti aku tak ikhlas" (lihat senyum saja sudah tahu jawapan)

p.s. cuma dia yang boleh selamatkan dirinya, kita ini bukan sesiapa.. tidak punya hak pula

<=::budaqnakal::=>

Malam

malam itu
ketika melihat kau terlentang pada ranjangnya malam
memeluk dinginnya cinta dalam telanjang
hatiku jadi remuk berkecamuk
#  cuma mampu memandang dan bertanya "nafsu, mana kau hilang?"





















<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 06, 2014

PREJUDIS

YANG TERSURAT

situasi 1 : perempuan, bertudung, perokok - dianggap sundal dan jalang serta memalukan puak2 bertudung!

situasi 2 : perempuan, tidak bertudung, perokok - dianggap sundal, jalang jauh tersimpang dari agama

situasi 3 : perempuan, lemah lembut, bertudung, bukan perokok - dianggap baik, mulia dan tinggi akhlaknya


YANG TERSIRAT

perempuan situasi 1 : orangnya baik, jarang solat, sangat kasih kepada ibu bapanya, sangat menjaga perhubungannya sesama manusia

perempuan situasi 2 : kerap bersedekah, baik, tidak pernah tinggal solat , disenangi ahli keluarga dan kawan-kawannya, suka memuliakan golongan asnaf

perempuan situasi 3 : mulut puaka, suka mereka-reka cerita, mengumpat, memburuk-burukkan orang, kasar dengan orang tua, tak solat langsung, merendah-rendahkan golongan asnaf, tunjuk baik kerana suka dipuji-puji


# tiada manusia yang sempurna, namun kewajaran mana yang kau pilih dengan hanya menilai luarnya sahaja? #PREJUDIS

<=::budaqnakal::=>

Cerita Kawan

Bengang!
terlalu bengang nih
stress to the max bak kata omputih
Rimas!
Rimas!
Sangat Rimas!

*spender terselit celah buntut weh!!! (cerita dari seorang kawan)

<=::budaqnakal::=>

Kalau

kalaulah hatiku ini kopi
sudikah kau menjadi gulanya?

"sruuupppp! huh!! apasal masin kopi awak nih??"

p.s. kalau lu tak sudi, cakap terus terang... jangan pedajal gua gini...

 
 





















<=::budaqnakal::=>

Kena Cuci

Terciptanya malam dan siang
matahari dan bulan
supaya kita kenal hitam dan putih
kelam dan terang

terciptanya kau dan aku
cinta dan rindu
supaya kita merasakan nikmatnya
meraba dalam gelap

ehh!
motif?
kena cuci ni....

p.s. adoi...lain macam pulak otak ni kan? (sambil pegang kepala "keluar kau! keluar!! keluar kau!!)

 
 
 
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, May 05, 2014

ada masa-masanya

ada masa-masanya
wajahmu ada di mana-mana
di papan tanda
di jalan-jalan raya
di skrin tv
di permukaan kopi dalam gelasku
di biasan cermin
di mangkuk kaca
di mangkuk jamban

ada masa-masanya
aku rasa
boleh tahan merepek tahap gila juga aku ni kan?

p.s. aku pun jiwang karat juga bro!


















<=::budaqnakal::=>

bukan kerana COOL



gara-gara status kilang air liur basi di muka buku seawal pagi tadi ada yang dengan sinisnya mengirim pesanan peribadi di sana

"u ingat status u tu cool sangat?"

huh! ahahahaha... aneh bukan? kerana kami bukan teman rapat pun... kenal dia cuma melalui kawan yang juga aku kenal daripada kawan...

aku jawab;
 
"u panas sebab i jauh lebih cool dari u kan?"
 
p.s hey kawan... lebih baik mati kerana derita, daripada hidup tanpa cerita...! (status aku tulis bukan untuk mendapat label-label cool mahupun gempak lah hai si otak lembu!)
 
<=::budaqnakal::=>



Selamat
























aku tidak punya bahasa indah untuk diabadikan sempena ulang tahun kelahiranmu kali ini

tidak juga punya apa-apa untuk diberi....

yang aku punya cuma HATI

nah! ambillah kalau sudi...

p.s. selamat ulangtahun Moq... doaku yang baik-baik sahaja untuk kamu...

<=::budaqnakal::=>

Saturday, May 03, 2014

Keterasingan

























keterasingan terkadang menjadikan kita lebih berani meneruskan kelangsungan hidup...

<=::budaqnakal::=>

123 A B C

1 2 3
A B C

Setiap apa yang berlaku punya aturan dan susunaturnya
Kau boleh memilih dari mula... dari tengah atau terus muktamad dengan pilihan yang terakhir....

1 2 3
A B C

Segalanya bermula dengan nombor dan huruf
Kenali
Belajar
Hafal
Baru kau bisa tahu
tentang apa itu kehidupan...

Jangan mengalah...
Jangan kalah!

p.s. usah tewas kerana hati, kawan...

<=::budaqnakal::=>

Friday, May 02, 2014

Hey Panda

hey panda
esok hari apa?
ingat!
kau dah tua
 
hey panda
malam ini
ikut saja aku ke mana
jangan banyak tanya
 
hey panda
selamat ulangtahun ya!
jangan lupa
kita kawan sampai bila-bila
walau saat kita lanjut usia
 
 
 
 
p.s. sayang kau Boq... sampai bila-bila selagi terdaya....
 
<=::budaqnakal::=>

Di Antara

Di antara cinta, sayang dan rindu
Mana yang paling lahanat?


Di antara dia, dia dan aku
Mana yang paling smart?

Di antara cinta dia, sayang dia dan rindu aku
Mana yang paling hebat?

p.s. Deyyyy! salah jawab kalu, jari lu wa potong lah lahanat!

<=::budaqnakal::=>