manusia seperti aku (penulis kononnya)
adalah manusia yang pelupa
lupa untuk bertemujanji
lupa mandi
lupa untuk membuang sampah
lupa untuk keluar makan
lupa yang dia lapar
lupa hari dah malam
lupa yang aku duduk seorang
tetapi aku sentiasa ingat
setiap perkara tentang janji temu yang pertama
apa yang kau pakai
apa yang kau buat
apa yang kau cerita
dan apa yang kau tipu dia untuk bertemu aku
aku memang pelupa
kerana terlalu sibuk mengingat idea-idea dan kosa kata
aku memang pelupa
tetapi aku tidak pernah lupa
untuk buat kau tersenyum lah gila!
# okey... aku dulu yang memanggil kau gila... sekarang kau pula kata aku gila... jadi yang sebenarnya siapa yang gila nih?
<=::budaqnakal::=>
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment